Friday, January 2, 2009

CERITA SERATUS DUA PULUH LIMA

Alhamdulillah, tiba juga ke tahun 2009. Terima kasih Allah. Selamat datang kepada adik Dilla dari Maran. Semoga semakin sukses di sini.

Khutbah Jumaat di D' Palma, Ampang tadi sebut bab serangan Yahudi laknattullah di Gaza. Aduhai...Apalah sangat yang dapat kita buat selain daripada menjerit, membuat bantahan dan yang sewaktu dengannya. Sedang kelompok Arab sendiri buat dek jer...Bukan ramai rakyat Israil pun, sekadar 4 juta jer.

Surat Tun M kepada Obama pun mungkin hanya sekadar catatan RM pada cek kosong !
Tak ada makna. Kepada saya, dunia Islam perlu memperbetul diri dan negara sendiri. Tak payahlah sibuk-sibuk pandang penderitaan yang jauh-jauh. Benar, mereka saudara seIslam kita. Tapi, bagaimana dengan kita yang dok berbalah tak sudah-sudah ni ? Insaflah, bahawa hanya dengan kekuatan dan perpaduan Islam, maka TIADA siapa dalam dunia ini mampu mengalahkan kita. Semoga 2009 membawa keinsafan kepada kita semua terhadap kebiadaban musuh-musuh kita yang sedang mengintai peluang, akibat perpecahan ummah senegara yang berlaku hari ini. Salam ukhwah.

4 comments:

ainul02 said...

selamat tahun baru kepada en shah..

Anonymous said...

Selamat Pagi Pak Tam!
x terlambat lg untuk atih ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.Bersama-samalah kita berjuang untuk kecemerlangan diri dan negara....

Anonymous said...

Salam sejahtera En Shah...
Tembeg & Tadin di sini pon nak ucapkan Selamat Tahun Baru.. Semoga Lebih Ceria, bahagia & Diberkati Selalu...

Anonymous said...

selamat thn baru untuk abg shah,lama gak xdgr kabar..lama xdak citer kat blog..