Monday, January 12, 2009

CERITA SERATUS DUA PULUH ENAM

Salam hormat rakan-rakan sekalian.

Posting lalu dapat respons dari Bangcik, Perlis, Atih dan rakan-rakan lain. Sebut pasal Bangcik, saya suka budak ni. Hormat orang dan tak berat tulang. Masa sukan RISDA kat Perlis pada November lalu, Bangcik selalu bantu saya ke venue-venue yang berkaitan. Ada sekali tu, ketika saya dok tunggu kenderaan Urusetia datang ambil, sampai tertidur saya kat kerusi Mini Stadium UiTM Perlis tu. Arau ke Kangar jauh jugak. Tapi, sat jer bila Bangcik dengar saya dok tunggu kereta untuk kembali ke Kangar, dan-dan tu jugak dia pi ambik saya.

Begitu juga dengan Timbalan Pengarah Perlis dan rakan-rakannya yang cukup baik hati. Kesian jugak dengar cerita had sorang tu (abang Produa) yang tengah dok problem dengan isteri dia. Apapun, saya berharap semoga hubungan mereka akan pulih kembali seperti sediakala walaupun saya pernah tergerak hati nak suruh saja dia pi tinggai isteri dia tu. Tapi, tak adil pulak, kerana ianya hanya cerita sebelah pihak (exparte). Jangan-jangan terbalik ceritanya tak ? Tapi, kalau betoi-betoi dia (isteri dia tu) dah ada 'orang lain'. Tindakan yang tepat ialah bercerai untuk mengelakkan dari tenggapan serong orang lain. Dan, kita pulak dipanggil 'dayus !'. Apapun, harap-harap sabaqlah no !

Saya pernah mengalami saat-saat perceraian. Bukan mudah. Tapi, syukur...la ni Tuhan bagi 'isteri' yang terbaik. Saya amat menyayangi isteri saya.

Benar, setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...Sekadar suatu peringatan bersama, jika perkahwinan itu hanya bersandarkan kepada untuk mencari keseronokan duniawi, toksah kawin...enjoylah dulu. Namun, berkahwinlah jika anda sudah bersedia untuk mengatur hidup bersama melalui pendekatan yang lebih islamik. Dan, jangan lupa untuk bersederhana dalam semua perkara...

Oh ya, dah lama tak dengar cerita Nyah & The Gang (28H). Apa kabar agaknya ya ? Teman-teman sekampung yang tertunggu-tunggu reunion - sabar, lepas habis Pilihanraya KT ni ok kot...Tanyalah Mamat kalau ada cerita baru. Bye !

Friday, January 2, 2009

CERITA SERATUS DUA PULUH LIMA

Alhamdulillah, tiba juga ke tahun 2009. Terima kasih Allah. Selamat datang kepada adik Dilla dari Maran. Semoga semakin sukses di sini.

Khutbah Jumaat di D' Palma, Ampang tadi sebut bab serangan Yahudi laknattullah di Gaza. Aduhai...Apalah sangat yang dapat kita buat selain daripada menjerit, membuat bantahan dan yang sewaktu dengannya. Sedang kelompok Arab sendiri buat dek jer...Bukan ramai rakyat Israil pun, sekadar 4 juta jer.

Surat Tun M kepada Obama pun mungkin hanya sekadar catatan RM pada cek kosong !
Tak ada makna. Kepada saya, dunia Islam perlu memperbetul diri dan negara sendiri. Tak payahlah sibuk-sibuk pandang penderitaan yang jauh-jauh. Benar, mereka saudara seIslam kita. Tapi, bagaimana dengan kita yang dok berbalah tak sudah-sudah ni ? Insaflah, bahawa hanya dengan kekuatan dan perpaduan Islam, maka TIADA siapa dalam dunia ini mampu mengalahkan kita. Semoga 2009 membawa keinsafan kepada kita semua terhadap kebiadaban musuh-musuh kita yang sedang mengintai peluang, akibat perpecahan ummah senegara yang berlaku hari ini. Salam ukhwah.

Wednesday, December 31, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH EMPAT

HARI AKHIR 2008. SEDIH SEBAB BANYAK SANGAT YANG TIDAK ENAK PADA TAHUN INI. APAPUN, KEMASUKAN SAYA KE RISDA TELAH MENGUBAT SEGALA LULUH HATI.
SAYA BEROLEH KEKUATAN DI SINI. TERIMA KASIH DATO' IZAT, TERIMA KASIH SELURUH KEPIMPINAN RISDA, JUGA WARGA KERJANYA YANG BEGITU PRIHATIN, BERBUDI MULIA SERTA RAMAH TAMAH BELAKA. "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 !!!". SEMOGA 2009 AKAN MENJADI TAHUN PALING GEMILANG UNTUK KITA SEMUA. INSYA-ALLAH.

Tuesday, December 30, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH TIGA

Assalamulaikum wbt.,
Lamanya tak muncul. Semalam Nyah komplen blog tak bergerak...
Dah lebih sebulan anak-anak tinggal KL. Semalam hantar mereka pulang Alor Setar dengan train dari stesen KL Central.

Mila nangis teresak-esak. Nampak sangat dia sayang kat Umi Has dia. Dengan Abah dia...lagilah !!! Pagi ni call, okey dah. Gitulah Mila, bila kat Alor Setar jumpa mak betul dia...hilang rindu kat sapa-sapa. Bebudak. Tapi, orang dewasa tak boleh tipu kalau memang sayang kat sapa-sapa. Macam saya, rasa sayang pada isteri Allah saja yang tahu ! Anak-anak ? Mereka (Lidiya, Amalia dan Karmila) tiada tandingannya. Kategori mereka lain. Sebab tu kalau kita balik dari outstation kita tuju anak dulu. Itu kalau sianglah...

Hari minggu lalu tengok Doddy (sepupu anak saya) menyanyi kat KL Central. Doddy adalah pelakon kanak-kanak siri Tentang Bulan (Astro), had yang jadi Abu tu. Hari tu Hakim (Idola Kecil) pun nyanyi sama. Yang paling best tengok gelagat adik Doddy si Daniel (1 tahun) keletah, aktif, nakal...manja ! Penuh dengan bakat seni...

Turut sama menghantar anak-anak saya balik Alor Setar (AS) ialah Nyah, Ita & co. Nuri kerja. Lepas makan KFC dengan Manja dan anak-anak, sekitar jam 8.00 malam keretapi bertolak ke AS. Puas kali ini bersama dengan anak-anak saya. Mereka akan bersekolah di SM Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kabarnya berada dalam kelompok pelajar khas (cemerlang). Mila juga akan berada dalam tahun 4. Saya harap anak comel saya itu akan mengikut jejak langkah kakak-kakak kembarnya tu.

OK, Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru Masehi 2009. Semoga kita semua berjaya dalam apa yang diimpikan pada tahun-tahun yang mendatang. InsyaAllah ! Bye...

Wednesday, November 19, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH DUA

Kegembiraan berterusan di sini. Saya sedang dalam Kursus Induksi Kursus. Petang ini akan ke BTN near KLIA. Semalam baru balik dari Kampung Gagu, program anak angkat. Terima kasih kepada ayah dan emak atas layanan kalian yang tak pernah susut (bersama adik 'tiri' saya - Napi dan Faiz). Apapun, kisah paling menarik munggu ini ialah kejayaan anak kembar saya Siti Nur Lidiya dan Siti Nur Amalia mendapat 5A dalam UPSR mereka. Tahniah anak-anak abah. Malam keputusan saya berpeluang menatap wajah mereka dalam slot berita TV9. Manisnya anak-anak abah. Mila (yang kecil) juga hantar mesej bahawa dia mendapat kedudukan nombor dua dalam kelas. Saya amat bangga dengan pencapaian mereka. Semoga anak-anak abah akan terus berjaya hingga ke menara gading dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara ! Balik nanti terpaksa berpisah pula dengan Manja, kerana akan ke BTN pulak pada 25 November 2008. Tidur hotellah lagi nampaknya...GLC pun kena BTN...

Oh ya, nak ingatkan kengkawan kampung, reunion pada bulan 12. Saya dan Mamat akan bincang dengan pihak hotel KLIH dekat Chow Kit tu. Keputusan akan dimaklumkan melalui blog ini ataupun sms. Jumpa lagi...

Friday, October 24, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH SATU

SAYA MERASA AMAT GEMBIRA DAN CUKUP SELESA DI TEMPAT BARU INI. SAYA BUKAN LAGI TETAMU SEPI, TETAPI SEORANG PETUGAS TETAP YANG DIHARGAI OLEH KALANGAN WARGA DI SINI. APA LAGI YANG SAYA MAHUKAN ? MUNGKIN JIKA ADAPUN YANG SAYA MASIH PERLUKAN IALAH DOA TULUS DARI TEMAN-TEMAN SEPELAYARAN YANG MENJADI KUNCI KEKUATAN SAYA SELAMA INI. MAAFKAN SAYA KERANA AGAK LAMA TIDAK MENULIS DI BLOG INI. SEBENARNYA SAYA AGAK SIBUK DENGAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIATUR DI SINI. SAYA PASTI ’BERBOHONG’ JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK SERONOK ! SAYA MAHU ANDA MEMBAYANGKAN SENDIRI KESERONOKAN SAYA ITU. BOLEH ?

BARU-BARU INI SAYA DIRAIKAN OLEH RAKAN-RAKAN JHEOA DI KELAB DARUL EHSAN, AMPANG. TERIMA KASIHLAH ATAS HADIAH-HADIAH YANG CUKUP BERNILAI DAN BERERTI ITU. RAMAI YANG DATANG TERMASUK KAWAN-KAWAN DARI PUSAT LATIHAN KLUANG. PUAN NORLIZA DAN HAJI RAZAK BOS-BOS SAYA TURUT HADIR. KAWAN-KAWAN ’SEKETUA UNIT’ SAYA ZAINAL BAKAR DAN ROSLAN THAMBICHIK YANG KEDUA-DUANYA KINI DAH NAIK PANGKAT S32, HAJAH ROKIAH, MAGIS, UMI, ZAIMAH, HEMLEY, BOB, HAFIZ, KHAIRUL DAN FIDAH ’SIDARA PINGITAN’ TURUT BERSEKALI. BEGITU JUGA, TEMBEG (PEMBANGUNAN), FADZLI (PENTADBIRAN), RAZIMAN (PENTADBIRAN), INA (KEWANGAN), YATI (PLK KLUANG) SERTA TEMAN-TEMAN LAIN TERMASUK ’BOS’NYA, AWAL-AWAL LAGI DAH BERHIMPUN DI DEWAN MAKAN. SAYU RASA HATI TENGOK WAJAH-WAJAH KENGKAWAN YANG TELAH LEBIH TUJUH TAHUN SAYA KENALI ITU.

PADA 15 OKTOBER LALU SAYA MENGACARAKAN MAJLIS ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) 2008 DI KAMPUNG PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG, MELAKA. MAJLIS YANG DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI ITU TURUT DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN YAB DATO’ SERI HAJI MOHD. ALI RUSTAM, KETUA MENTERI MELAKA DAN YB TAN SRI MUHAMMAD BIN HJ. MUHD. TAIB, MENTERI KKLW. KEBETULAN ABANG SAYA SHAHROM TURUT DATANG MENYAKSIKAN BERSAMA KAK NON (ISTERI) DAN ANAK LELAKI BUNGSU MEREKA.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN DOA DAN KESYUKURAN AGAR KITA SENTIASA DILIMPAHI DENGAN KESEJAHTERAAN YANG BERPANJANGAN, KESEGARAN ROHANI DAN JASMANI SERTA DIPANCARKAN DENGAN CAHAYA KEIMANAN YANG TEGUH.

SEPANJANG TEMPOH ’BERDIAM DIRI’ TERSEBUT SAYA JUGA BERPELUANG BERTEMU KEMBALI DENGAN KAKAK ANGKAT SAYA, KAK G. DIA DATANG KE RUMAH UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI SULUNGNYA, KAK LONG DALAM TEMPOH WAKTU TERDEKAT INI. COMEL ANAKNYA, MACAM EMAKNYA JUGAK !

’MAMAT KUALA SLIM’ DAN ANJANG ISA TURUT MEMBERI INFO MENGENAI KEPULANGAN KE RAHMATULLAH YOB G. INALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN. MAMAT SEMPAT MINTA SAYA CARIKAN LOKASI SESUAI UNTUK REUNION WARGA PERANTAU KAMPUNG KUALA SLIM KHUSUSNYA DI KUALA LUMPUR PADA 6 DISEMBER 2008 (TARIKH YANG DICADANGKAN). HARAP-HARAP RAMAI KENGKAWAN YANG AKAN JOIN NANTI. OK, JUMPA LAGI...

Tuesday, October 14, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH

SELAMAT TINGGAL SAUDARA SAUDARI
ANDA TERSANGAT HAMPIR DI HATI
TIADA DENDAM KU BAWA PERGI
SEKADAR KENANGAN SEINDAH MEMORI

GURAU SENDA BERSEBATI
BEKAL SENYUM KALA MENYENDIRI
SEANDAINYA ADA KHILAFKU SENDIRI
MOHON MAAF SEPULUH JARI

ERAT MESRA DIBERKATI ILLAHI
TULUS MEKAR SILATURRAHMI
MOGA KEIKHLASAN TERUS BERSEMI
PERSAHABATAN INI KEKAL ABADI

CERITA SERATUS SEMBILAN BELAS

Nyah sms jam 5.22 petang semalam ketika selesai solat Asar kat surau bahagian bawah parkir pejabat Manja : ”Salam, nak bagitahu suami Acek Enon baru saja meninggal hari ini”. Innalillahiwainaila hirojiun. Saya membalas sms Nyah : ”Nyah, sampaikan salam takziah kami berdua kepada Acek Enon. Setiap kita pasti akan kembali kepada yang Esa. Sekadar masa dan ketika saja yang tak pasti. Namun yang hidup perlu teruskan kehidupan ini. Semoga arwah diampunkan segala dosa-dosanya dan dizumrahkan di kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin”.

Kesian Nyah, masa tahu suami Acek meninggal, dia baru saja tiba dengan bas di Pudu Raya. Lepas tu, ambil bas semula untuk ke Ipoh. Saya tahu, sejak dulu lagi Nyah memang begitu mengambil berat tentang hal-hal keluarga termasuk emak dan bapak, adik beradik, arwah Opah, arwah Wan Nyah, arwah Andak, Arwah Mak Yong, Arwah Yob Nan, Wah, Acek, Yong, kak Long Jamah, arwah abang Amat, Yob Li, Nyah Am dan lain-lain. Itulah Nyah. Masa kecil saya cukup ’geram’ dengan dia...garang ! Dah besar panjang ni baru saya tahu, hatinya cukup mulia. Saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan Nyah pada setiap masa.

Hari ini hari terakhir di JHEOA. Esok saya akan bertugas di tempat baru. Saya sebenarnya tak sabar lagi nak ke tempat baru itu. Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasakan suatu kehilangan untuk melangkah pergi dari Jabatan ini. Terlalu banyak yang indah daripada sebaliknya. Apapun, hijrah ini memungkinkan saya untuk tambah dewasa dalam hidup sebagai kakitangan awam. Saya banyak terhutang budi kepada mentor-mentor saya di sini. Tentulah saya tidak akan lupa kepada mereka-mereka itu. Dan, di ruang ini saya mohon agar saya diizinkan untuk membawa ilmu yang saya pelajari itu ke tempat baru. Tentu ada yang bertanya, takkan tak ada yang tak seronok kot...? Saya nak beritahu, jika adapun yang saya tidak ’gembira’, saya telah melupakannya. Semua sekali !

InsyaAllah, pada 17 dan 18 haribulan ini saya akan ke Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka untuk program Perdana Menteri. Seperti biasa, saya diamanahkan untuk menjadi juruacara majlis. Kabarnya, gandingan saya di Melaka ialah Puan Rashidah, dari Jabatan Penerangan Negeri Melaka. Saya juga diamanahkan untuk merangka skrip pengacara (emcee) tersebut.

Sebenarnya saya agak teruja sebab saya akan bertemu kembali dengan ’mentor utama’ saya yang menjadi ketua di Agensi yang baru ini. Dulu beliau merupakan Ketua Pengarah JHEOA, kemudian bertukar ke PERDA (naik gred) dan seterusnya menjadi TKSU (S) di KKLW, bertukar ke RISDA dan mendapat anugerah ’Datuk’. Sewaktu di JHEOA saya adalah merupakan PRO Jabatan yang direct di bawahnya. Saya suka bekerja di bawah kendalian beliau kerana sikap profesionalismenya. Seorang bos yang prihatin, suka menolong orang, peramah, cekap dan penuh komitmen. Itulah ciri-ciri seorang bos yang menjadikan saya cukup seronok dan teruja bertugas pada waktu itu. Namanya, Datuk Mohamad Izat Hasan. Baru-baru ini saya melihat wajah beliau di TV9 dalam rancangan AKOK di Sg. Pancing, Kuantan, Pahang.

Yang mahal tu, beliau juga memiliki hobi yang pelbagai. Beliau gemar memancing, menembak, bertani, bermain golf, menyanyi dan pelbagai lagi. Sewaktu satu function di INTAN suatu ketika dulu, Datuk Zalekha Hassan (mantan SUB Kewangan KPNPM) pernah beritahu saya : ”Kami kat sini harapkan Izat jer. Dia boleh jer buat macam-macam...” Dia merujuk kepada kerja kursus JUSA yang mereka sedang lalui ketika itu. Turut sama ialah Encik Jaswant Singh bekas SUB Penyelidikan KPNPM yang ketika itu bertugas di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM. Saya sendiri hadir kerana mengiringi Band D’ Minda JHEOA untuk malam akhir kursus tersebut.

Ohya, Tembeg tanya pasal cerita ...’selagi tak jumpa laut’. Ada satu kes saya naik kereta yang pemandunya sahabat kita Orang Asli. Masa tu kat Jalan Imbi (sesat untuk ke Jalan Conlay). Saya tanya dia, boleh ke sampai ni ? Jawab pemandu tu : ”Selagi tak jumpa laut sampailah kita encik...” Logiknya, tengah-tengah KL mana nak cari laut. Pantai Dalam kat Angkasapuri tupun tak nampak bayang laut...Terkena betul saya !

Oklah, sebelum semuanya usai di sini, saya amat berharap agar kita dapat terus saling berinteraksi lagi pada hari-hari mendatang. Ingatlah nama ini : SHARUDIN ABDULLAH @ SHAH EFENDY @ UDIN (panggilan keluarga dan orang kampung saya). Wasallam.

Monday, October 13, 2008

CERITA SERATUS LAPAN BELAS

Banyak hari dah tinggal blog. Sorilah pada kengkawan. Banyak betul kerja. Hari Sabtu, jamuan raya kat rumah Shimah (adik ipar) di Semenyih. Semalam beraya di rumah Aidi Khalil (recording artist 90an/bekas adik ipar). Anaknya si Dodi (pelakon drama 5 Sekawan Astro dan pelakon iklan). Saya keluar sorang sebab Manja ke rumah orang kawin dengan keluarganya. Adik Dodi, Daniel sedang enak tidur dalam buai. Kakaknya Dida sibuk layan tetamu. Kebetulan emak maznah (isteri Aidi) ada sama. Sempat jugak tanyakan kabar Aja (anak angkat saya).

Masa di rumah Shimah, kesian jugak tengok Hassan (adik bungsu Manja) yang demam kerana menjaga Pak Long di HUKM. Takpa San, pahala tu. ..

Nyah sms bagitahu Acek (lelaki) nazak. Minta saya ’kirimkan’ yassin. Lapas solat Isyak saya baca yassin untuk Acek. InsyaAllah, sihatlah tu. 6.05 pagi tadi Nyah hantar sms : ”Alhamdulillah, tapi nafas masih dengan mc”.

Sesungguhnya hidup mati manusia ini hanya Dia yang menentukan. Janganlah berdukacita sangat, kerana hidup ini sebenarnya sekadar sementara saja. Cukup masa, kita kembali kepada-Nya. Justeru, yang hidup perlu teruskan kehidupan ini, kerana perjalanan masih lagi panjang. Jika ditakdirkan pergi...redhalah...

Tinggal esok saja lagi sisa-sisa khidmat saya di JHEOA ini. Setakat ini, saya masih belum mengemas barangan lagi. Asyik sibuk jer...Hari ini kena siapkan skrip emcee ’ADC 2008’ di Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Baju korporat yang ditempah Khamis lalu di Omar Ali kabarnya dah nak siap. Saya suka jahitannya. Kemas sangat. Selesa pakai. Petang ni juga nak ambil seluar (3 helai) yang di alteration kat Billion.

Kalau ada jarum yang patah
Usah simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Usah simpan di dalam hati

Bos saya Puan Norliza ke outstation, Pos Sindrut dengan Roslan Tambichik hari ini dan esok. Saya sedih jugak, sebab akan berpergian tanpa Bos. Tapi saya tahu, saya agak kurang ’salah’ dengan dia. Memang saya akui, saya suka gurau dengan dia. Mungkin sebab dia sporting kot. Tapi, gurau yang berbatas antara anak buah dengan bosnya. Not over, over !

Saya mendoakan Puan Norliza berjaya mengharungi onak duri dalam perkhidmatan awam di mana saja ditugaskan. Yang penting, jangan egois. Selalu dekati staf. Sentiasa memandang ke bawah daripada ke atas. Hormati pandangan staf tanpa mengira kasta mereka. Dan, jangan bimbang untuk dikritik. Jangan pulak takut gagal. Kata bijak pandai, ”Kalau takut gagal, jangan lakukan apa-apa”.

Bagi saya, perkhidmatan untuk masyarakat Orang Asli adalah kerjaya yang paling saya suka. Cukup mulia. Dulu saya selalu ingat saya cerdik. Rupanya mereka lagi cerdik (berdasarkan pengalaman lalu). Sahabat saya Malik Marhaba, Mamat, Abang Dolah Ali, Ateh Wak dan lain-lain (masa sesi borak-borak kat rumah Uda Atan tempohari) tentu masih ingat lagi cerita...”selagi tak jumpa laut....”

Mari kita cerita bab UMNO pulak. Mengenai pemilihan UMNO, suasananya dah makin menarik. Menteri saya (YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib) pun dah mula ada pencalonan (2). Begitu juga dengan YAB Dato’ Ali Rustam (3). Tapi, nampaknya TS Muhyiddin Yassin (23) masih di depan. DS Najib jauh di depan (28) - memerlukan 30 undi saja lagi. Pencabarnya Ku Li masih belum ada bayang. Tapi, pastilah Bahagian Gua Musang akan beri padanya undi. Apapun, selamat berjuan kepada semua pewaris UMNO ! Untuk Pak Lah, tahniah kerana bijak ’mencium’ kehendak di peringkat akar umbi. Tidak ramai pemimpin Malaysia sedemikian berani mempertaruhkan masa depan politiknya demi parti dan negara !

Buat KJ, jangan susah hati. Anda masih mampu bertarung sekurang-kurangnya kuota pencalonan. Tak sukar untuk mencari 18 undi lagi ! Yakinlah. Tapi, itulah...cai saya untuk Mukhriz pulak. Oklah, kita sembang lagi esok...

Tuesday, October 7, 2008

CERITA SERATUS TUJUH BELAS

Malam tadi call Nyah minta nombor K/P arwah emak dan bapak. No. K/P emak, Zon bt. Idris 331122-08-5134, manakala bapak, 251122-08-5011. Mesej Nyah, “Tak perasan lak haribulan & bulan lahir mak bapak sama”. Yalah, kami masa kat kampung dan waktu dah duduk bandor ni, mana ada sambut birthday-birthday ini semua. Tengok K/P emak bapakpun entah bila waktu. Lainlah keluarga kat bandar ! Sebut bab harijadi ni teringat anak saudara saya siAliya yang berusia sekitar tiga tahun nyanyi dalam kereta baru-baru ni. ”Camat jadi jadi, camat jadi jadi, camat jadi jadi…”. Sebetulnya dia tak reti nak sebut perkataan ‘hari’.

Sebelum tu Nyah sms. “Mimi kata, cikgu kata ok, ada yang tak bawa gambo, esok kena bawa. Temekasih atas pertolongan”. Saya merasa lega sebab permintaan Nyah tempohari untuk mencarikan potret SPB Agong dan SPB Raja Permasuri Agong untuk kerja sekolah Mimi telah dapat saya laksanakan. Itupun terpaksa korban majalah JAKIM dan Nur. Takpa, anak saudara punya pasal. Dulu masa saya di IPTS, assignment sayapun saya bercelaru. ’Belasah’ jer...Lulus jugak ! Ada ke logik, disuruhnya kami kumpul semua cover jenama rokok dan tampal kat kertas assignment tu ? Saya manalah ada masa nak buat kerja mengarut tu semua. Last-last ambik buku Yellow Pages, gunting bebanyak, dan hantar pada pensyarah. Kuning jer semuanya. Dahlah tu, tipis melayang kertasnya. Apa kata pensyarah saya Encik Velentine Siva…”Ini satu kerja budak pemalas !”. Heh heh heh. Tuuu, lulus punnnn !!!

Saya masih berhutang dengan diri saya kerana tidak berkesempatan menziarahi suami Acek Enon (emak saudara saya). Nyah beritahu teruk jugak sakitnya. Apapun, saya tetap mendoakan agar Acek (lelaki) segera sembuh seperti sediakala. Banyakkan bersabar dalam menempuh dugaan Allah ini. InsyaAllah, ini hanya secebis dugaan dari-Nya. Hadapilah dengan sabar dan taqwa. Ceewah, sedapnya bahasa…Kena kat diri sendiri tengok. Pergi jumpa doktor pun takut ! (Saya lah tu…). Itu kena Tanya Manja mengapa macam tu.

Pak Long juga macam tu. Masih terlantar di HUKM. Masa hari raya ketiga, adik beradik, anak buah serta saudara mara dari PD, Seremban, Kajang, Bangi, Semenyih, Shah Alam dan lain-lain datang menziarah. Anak angkat Pak Long pun dah balik. Maka tinggallah kak Long Shidah, Ita dan Mak Long sendiri menjaga Pak Long. Stress lagilah kak Long Shidah tu. Sabar jerlah...

Saya suka nak sampuk sikit pasal isu pemilihan UMNO. Secara peribadi saya suka kalau TS Muhyiddin Yassin naik jadi Timbalan DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Di petak Naib Presiden saya suka pada calon TS Isa Samad, DS Utama Dr. Rais Yatim dan DS Mohd. Shafie Apdal. Ketua Wanita TS Rafidah Aziz secara automatik dilantik ke jawatan tersebut. Posisi Katua Pemuda saya suka pada calon Datuk Mukhriz Mahathir. Timbalannya saya kira patut beri pada Datuk Razali Ibrahim. Ketua Puteri saya fikir wajar dapat kepada Rosnah Abdul Rashid Sirlin, manakala Naibnya kepada Bibi Sharliza Mohd. Khalid. Dalam senarai 25 calon kerusi MKT, saya suka calon-calon seperti, Datuk Shahril Abdul Samad, DS Syed Hamid Syed Jaafar Albar, DS Musa Aman, Datuk Bung Mokhtar Radin, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz, DS Mahazir Khalid, DS Mohamed Khalid Nordin, DS Shahrizat Abdul Jalil, DS Zulhasnan Rafique, DS Azmi Khalid, Datuk Ahmad Shabery Cheek, DS Adnan Yaakop, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, DS Azalina Othman Said, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Noh Omar, Datuk Mustapha Muhammad, Datuk Dr. Awang Adik Hussein, Dato’ Muhd. Zain Mohamad, DS Idris Jusoh, DS Tajul Rosli Ghazali, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Datuk Zainal Abidin Osman, Datuk Anifah Aman dan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Okeylah, anggap saja cai di atas sebagai ’suka-suka’ jer dari pemerhati politik kampungan macam saya. Jumpa lagi...