Monday, June 30, 2008

CERITA ENAM PULUH EMPAT

Haru satu dunia kes liwat DS Anwar Ibrahim bergema lagi ! Berlaku pada 26 Jun 2008. Mangsa Mohd. Saiful Bukhri Azlan, Pembantu Peribadi DS Anwar Ibrahim dikatakan mula berkhidmat selepas PRU 12. Bekas graduan UNITEN. Yang jadi tandatanya banyak orang ialah, mengapa DS Anwar ’lari’ ke kedutaan Turki tu ? Betul ke ada orang yang nak bunuh dia ? Selama ini elok je, tak pernah dengar pun pasal orang nak membunuh dia. Negara kita ni bukan macam negara-negara brutal yang lain tu. Silap sikit, bunuh ! Silap sikit, bunuh ! Itu kerja ’cowboy’. Pakat pikirlah sendiri !!!

27 dan 28 Jun saya berada di Pahang untuk dua program berasingan. Lepas Mesyuarat Program Mencari Bakat Sukan Kanak-kanak Orang Asli dengan Institut Sukan Negara (ISN) di Pejabat Daerah Bera pada 27hb, saya terus ke Kuantan dan bermalam di sana kerana esoknya saya dijemput menghadiri Majlis Perasmian MID Kampung Sungai Pancing Utara, Kuantan yang dilakukan oleh YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri KKLW.

MID tersebut turut saya adili pada 2 Jun 2008 lalu. Wah, nampak gah sekali tempat tu. Turut hadir pada perasmian itu ialah Timbalan Menteri KKLW, YB Tuan Joseph Anthony Belaun, ADUN kawasan berkaitan (tak ingat namanya), Datuk Hajah Jamaliah Kamis, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Haji Abdul Jabar Che Nai, TKSU (Sosial), Tuan Haji Bashar, TKSU (Ekonomi) serta Datuk Haji Md. Nor Zainal Ariffin, SUB (Kanan), SUB-SUB KKLW dan lain-lain pegawai kanan peringkat Persekutuan dan Negeri. Majlis yang meriah itu memberi peluang untuk saya bertemu dengan ’pembesar-pembesar’ KKLW. Masa berjabat salam dengan YB Menteri, sempat saya perkenalkan diri bahawa saya Shah Efendy, penghantar komen blog YB Tan Sri yang aktif ! ”Bagus, bagus...”, jawab Tan Sri. Dan, saya takkan lupa bilamana Datuk KSU bergurau dengan saya dihadapan Encik Nisra (orang nombor dua JHEOA dari keturunan Orang Asli) dan Encik Hamidi (KKLW) : ”Saya nak jadikan Shah ni Orang Asli. Tiap kali jumpa saya, mesti muka moyok...”, katanya. ”Ni Nisra, tolong bantu Shah ni apa yang patut !”, sambung Datuk KSU sebelum ke hujung jalan untuk menyambut ketibaan YB Menteri.

Saya juga seronok bilamana dapat berjumpa dengan bos nombor dua INFRA, Puan Ruby yang semakin cantik tu. Dia pun terperanjat mendengar penamatan kontrak saya di JHEOA pada 30 Jun 2008 ini. Tak palah bos, dah tak ada rezeki, nak buat macamana ? Datuk SUB (Kanan), Encik Zubir dan Encik Hassan Busu turut memberi rangsangan. Saya terhutang budi pada apa yang telah dilakukan untuk membantu saya. Allah saja yang maha tahu akan apa yang saya pendam selama ini.

Apa yang menarik masa kat Kuantan tu ialah, saya telah dibawa oleh abang Daud (pemandu JHEOA) ke Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan laut. Sejujurnya, saya tak pernah makan seafood di situ. Dari gerai pertama hingga ke penghujung, baru dapat gerai yang selesa ’kurang pelanggan’. Yang lain-lain...penuh beb ! Tanjung Lumpur membuatkan saya teringat-ingat akan satu peristiwa dalam tahun 80an, di mana saya membuat persembahan di sana. Penyanyi Mona Fendy (orang kata kakak saya) menetap seketika di sana. Dia bela ayam itik kat situ. Punyalah berbau tengik kat kawasan tu. Semua orang komplen. Tapi, saya dengar dia buat ’dek’ aje. Saya pernah satu program dengan Allahyarham Mona Fendy di TV3, program Muzik-Muzik kelolaan Azwan Ali kalau tak silap ! Gelang dia, nah sampai siku tuu...

Nak dijadikan cerita, sedang ’mengoder makan’ terpandang pulak ke meja Encik Rosli Yaakup, SUSK kepada Menteri KKLW, isteri dan kaum kerabatnya. Di sebelah kami pulak, Encik Azizan (Pengurus Besar KEJORA) bersama isteri dan pemandunya. ”Surat you melalui Tan Sri Zaleha Ismail ada pada saya”, sapanya. Lalu saya minta dia tengok-tengokkan apa yang patut. Dia berjanji untuk berhubung terus dengan Ketua Pengarah JHEOA. Sedap sikit hati saya. Abang Daud senyum jer...

Saya memilih ketam, ikan siakap, sayur kailan ikan masin, nasi putih, air epal dan mangga serta dua gelas ais kosong. Puhhh...bukan mertua saja yang lalu kat depan saya tak nampak, Incredible Hulk pun mungkin saya tak nampak jugak ! Begitulah punya enaknya seafood kat situ. Belasah punya belasah, tibalah waktu nak membayar. Tiba kat kaunter, brother tu kata ”Dah settle bang, orang kat sebelah tadi bayarkan”. Ooo...Encik Rosli (yang dah balik awal) bayarkan ya. Terima kasihlah. Saya dengar dengan group Encik Azizan sekali dia bayarkan. Murah rezeki tuan...

Masa balik, singgah semula kat Kuantan kerana ada yang tertinggal kat kaunter hotel. Dah terlanjur, beli barang makanan harian kat COWBOY. Yalah, hari tu kan 'hari akhir saya outstation' dengan JHEOA. Sebenarnya, hari ini (30 Jun 2008), kontrak saya berakhir di organisasi bertuah ni. Meskipun demikian, saya masih menanti ’talian hayat’ yang mungkin akan hadir sedikit waktu lagi dari sumber-sumber yang bersimpati. Entahlah, susahnya nak mencari sesuap nasi di dalam Kerajaan yang menamakan diri mereka Adil dan Saksama ini ! Apapun, saya masih berdoa agar Allah membukakan seluas-luasnya pintu rezeki buat saya dan keluarga.

Di ruangan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan jika sekiranya saya pernah menyakiti rakan-rakan di JHEOA serta di KKLW. Saya insan biasa yang lemah dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Doakan saya berjaya mencari laluan hidup seterusnya. Saya telah berjanji, bahawa saya akan tetap berusaha dan berusaha segigihnya untuk menyara keluarga saya, terutama jumlah nafkah yang ditetapkan oleh Mahkamah sebanyak RM1,000.00 setiap bulan, untuk perbelanjaan ketiga-tiga puteri kesayangan saya LIDIYA, AMALIA dan KARMILA yang masih bersekolah itu. RM 1,000.00 untuk Manja seperti selalu mungkin kena ’berhutang’ dulu. Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambaMu yang sedang dilanda kesukaran ini. Amin. Jumpa anda lagi...

Monday, June 23, 2008

CERITA ENAM PULUH TIGA

Hari Sabtu lepas, pergi ke Bukit Beruntung, survey jalan sebab Manja ada kerja pada 24 Jun 2008 kat sana. Silap faham sikit, sebab mula-mula isteri saya kata kat Rawang, jadi sayapun tunjuklah jalan ikut jalan lama dari Selayang tu. Rupanya kat Bukit Beruntung, patutlah kawan dia (encik Zakaria dari store TNB Bukit Beruntung) suruh ikut lebuhraya, lalu tol Bukit Beruntung ! Apa raa...

Berbelit-belit jugak jalan dia. Macam tak berpenghujung. Jauh wa cakap lu ! Nanti insyaAllah, esok kita jalan ikut highway ok Manja !

Waktu nak balik keluar tol KL sesat pulak. Macam-macam. Sedang tercari-cari jalan, terserempak dengan seorang ibu muda (kaum India) sedang berjalan lesu beriring bersama anak kecil sekitar empat tahun. Di tangannya barang pasar, manakala anaknya memegang sebungkus keropok. Kesian. Panas giler waktu tu. Saya suruh Manja undur dan berhentikan kereta depan dua beranak tu, buat-buat tanya jalan ke tol KL. Sebaik sampai kat depan mereka, anak kecil tu terus terkam nak buka pintu untuk masuk. Kesian dia. Berpeluh-peluh. Jauh tuuu dari jalan besar tadi. Mungkin mereka baru balik dari pekan Rawang dan turun kat jalan besar tu. Kemudian, saya pelawa mereka naik. Dalam pada tu saya tanya jugak arah ke tol Bukit Beruntung untuk ke KL. ”Nak pergi tol, encik jalan kat situ, belok kiri dan terus sampai tol”, jawabnya bila ditanya arah yang nak kami tuju.

Dalam sembang-sembang tu, saya tanya dia kat mana rumah dia. Punyalah jauh. Saya fikir kalau dia sorang pun mungkin ambil masa satu jam setengah untuk sampai rumah, dengan anaknya tu mungkin sampai satu ke dua jam. Jauh ! Dahlah berbukit. Namapun Bukit Beruntung !!! Yang tak beruntungnya dua beranak tu. Kesian mereka. ”Tak takut ka naik kereta kita orang. Mana tau kami ini orang jahat ka apa ka ?”, soal saya. ”Tengok muka pun kenai”, jawabnya dalam loghat Penang.

Mungkin dia hairan tengok isteri saya yang bawa kereta. Belum apa-apa isteri saya story kat dia sebab musabab pasal saya tak memandu seperti lazimnya tugas seorang suami. ”Tapi suami saya memasak dan mengemas kat rumah ! ”, kata Manja. ”Untunglah cik, suami saya satu plate pun dia tak mahu angkat lepas makan”, sambutnya dan kami sama-sama ketawa. ”Lagi satu, kalau tak picit badan dia, kepala kena ketuk !”, sambungnya lagi. ”Apa punya jantan !”, kata hati saya. Tulah, untungnya isetri saya. Mana nak cari laki macam ni kan ? Riaklah tu ! Akhirnya kami tiba jugak ke rumah ’aci’ tu yang ’sesayup mata memandang’ dari tempat pickup diaorang tadi.

Masa nak pergi isi minyak RM50.00, cukup-cukup sampai Bandar Baru Bangi banyak tu jugak yang habis. Kopak beb ! Pakai airlah nampaknya Persona ni nanti. Malam tadi kat TV, ada cerita di Jepun la ni dah dicipta kereta guna air ! Naik pulak air nanti !!!

Lepas mandi dan tukar baju, pergi pulak ke sebelah belakang rumah, anak lelaki Haji Rahman (orang TNB) kahwin. Meriah sungguh ! Ramai tetamu yang datang. Makanan pun sedap. Alya Catering kalau tak silap. Yang menambah seri lagi majlis tu ialah dengan penampilan Al-Balladi (pemuzik solo buta) - kalau tak silap saya datang dari Kedah nun. Ngam choy betul ! Sebenarnya masa kat Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dulu, kami pernah ambil dia dan pemuzik buta (tuna nitra) Alfred Ho untuk satu konsert OKU peringkat nasional dan antarabangsa. Malah, Al-Balladi ni pernah mewakili negara di banyak festival seni antarabangsa. Hebat. Manakala Alfred Ho pula, pernah menghasilkan album lagu-lagu Inggeris dan Melayu pada sekitar tahun 90an.

Semalam makan KFC bersama keluarga Manja. Sesekali makan chicken chop KFC tu oklah jugak. Tapi, semalam tak berapa lalu, apa lagi adik ipar saya si Hassan tulah yang ’tolong menghabiskannya’. Emak mertua saya (Puan Napsiah) dan Dikmahpun ikut. Sebelum balik, bungkus untuk Salleh sekali. Sebenarnya saya ada tiga lagi ipar duai iaitu Haslina (yang tua) suaminya Hamdan (anak mereka Farhana dan Hafizuddin), Hasnal isterinya Nasriah (anak-anak mereka Shafikin, Hakimi dan Nurin Nuha), Anuar isterinya Zarina (tak ada anak), dan juga Hashimah suaminya Haris (anak-anaknya Haikal dan Siti Umairah). Malangnya, saya tak ingat nama anak-anak keluarga sebelah saya sendiri iaitu anak Yong, anak abang Alom dan anak Emi. Anak Nuri dan isterinya Ita - kak Yu, Shafiq, Mimi dan Aliya saya ingat sebab kerap jumpa, kerap jugak ingat. Mereka tu dah jadi macam anak angkat Nyah ! Nanti bila-bila kalau Nyah bagi tahu, saya akan catatkan di blog ini senarai panjang nama anak-anak adik beradik saya yang lain. InsyaAllah.

Tiba-tiba teringat kat arwah emak dan bapak. Renung balik, macamana sukarnya mereka menghidupkan kami adik beradik dulu. Dengan gaji yang cuma kadangkala hanya mampu di bawa sebanyak RM70.00 sebulan oleh bapak, itulah yang di’kecah’ oleh emak untuk buat belanja harian. Mujur emakpun pandai buat kueh dan menganyam tikar pandan. Dapatlah jugak tampung sikit-sikit. Kadang-kadang tu, kueh memanjang tak laku. Itulah bahana perangai PHD orang Melayu !

Setiap kali solat, doa untuk emak dan bapak tak pernah terlupakan. Begitu juga untuk seluruh keluarga. Malang, anak saya yang kecil (Mila) tak sempat jumpa atuk dan opahnya. Itu jugalah yang sering diungkap oleh anak saya tu tiap kali kami bertemu. ”Manja, abang sayang awak dan semua keluarga kita !”. Jumpa lagi...

Thursday, June 19, 2008

CERITA ENAM PULUH DUA

Nyah telefon pagi ni tanya pasal ’penyakit misteri’ yang menghantui saya baru lalu. Itulah sifat seorang kakak yang perihatin. Lama dah tak tulis tentang Nyah dan kawan-kawan 28Hnya. Hari tu kata Nyah tak jadi nak buat reunion kat Melaka nun. Takpalah Nyah, nanti kita usulkan semula. Mungkin masa hari lebaran yang akan datang ?

Semalam baru balik dari Bera (kawasan Menteri KBS bapa Dafi AF). Ke sana kerana mesyuarat dengan pihak Institut Sukan Negara sempena penganjuran program Bakat Sukan (TID) yang termasuk dari kalangan kanak-kanak pelajar Orang Asli. Bukan nak komen, tapi bebudak pegawai sekarang agak ’kurang ilmu’ dalam mengendalikan program/mesyuarat. Mesyuarat 'agak bercelaru' tanda tak cukup persediaan. Agenda tak ada. Mujur pengerusi bijak mengendalikannya. Jawapan dibuat secara ’hanging’. Sedih. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Bera. Nak dijadikan cerita, tengah-tengah mesyuarat api padam. Selain bergelap, panas giler jugaklah ! Diputuskan pada 27 Jun ini mesyuarat terakhir sebelum majlis sebenar program berlangsung pada 4,5 dan 6 Julai 2008.

Saya ni kalau pergi mesyuarat tak sah kalau tak bercakap. Memangpun kaki bercakap. Banyak komen. Tapi, saya suka kalau sesuatu mesyuarat tu berjalan lancar atau smooth. Kalau ada yang tak berkenan, siap !!! Tapi, ianya bergantung jugak kepada siapa yang jadi ’chairman’. Kalau setakat ngam choy okeylah, belasah. Kalau yang ranking tinggi sikit tu...Lu pikirlah sendiri !

Banyak betul cerita politik yang tidak tertulis. Sebenarnya saya banyak menghantar komen mengenai politik dalam blog orang lain. Kat sini boleh jugak bicara tentang politik. Cuma, mutakhir ini saya hadkan sikit. RETROSPEKTIF lebih menjurus kepada penceritaan kisah-kisah lalu yang digarap dengan situasi masa kini. Saya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan maya saya. Pengalaman tidak boleh disimpan menjadi pusaka kekal, ianya mesti dikongsi bersama dengan orang lain supaya boleh membawa kebaikan kepada kehidupan manusiawi sejagat.

Baru-baru ini komen saya kat akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Surat Pembaca yang disiarkan pada 26 November 2004 telah dipetik oleh sdra. Hishamuddin Rais, aktivis roformasi (pernah ditahan ISA) dalam buku terbarunya terbitan 2008 : Keganasan, Penipuan & Internet - hagemoni media daulah pecah. Cuma tarikhnya silap, ditulis pada 29 November 2004. Saya beli buku tu kat MPH Bukit Bintang Plaza. Buku berharga RM30.00 itu banyak memaparkan pandangan ’kiri’ beliau tentang isu-isu yang menggelegak dalam negara kita. Saya tak mahu ulas isinya, saya cuma mampu berbangga bahawa Hishamuddin Rais memetik tulisan saya di Utusan Malaysia. Itu saja !

Kepada semua yang telah dan akan singgah di blog ini, terima kasih. Biarpun kurang komen, pada saya anda tetap ’bersama’ saya. Saya akan terus menulis sehingga waktu itu tiba. Jumpa lagi !

Tuesday, June 17, 2008

CERITA ENAM PULUH SATU

Syukur alhamdulillah, penyakit misteri yang saya hidapi Jumaat lalu telah pulih hampir 99%. Cuma kedapatan sedikit bengkak tetapi tidaklah ketara sangat. Semasa kena tu saya dok ingat pipi saya jadi macam seniman Sidek Hussain. ”Habislah aku...”.

Saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Masa tu petang menjelang hari raya aidilfitri. Naik motor cup emak. Sekali moto tu terbalik, ekzos dia ikut menghempap dan melekat kat kaki. Bayangkanlah. Saya menjerit macam kena rasuk dek jembalang tanah. Mak aiii, bila kena usik dengan kengkawan yang kata mereka kaki yang melecur tu akan terbit ulat, sayapun apalagi, bubuhlah segala macam tok nenek ubat (termasuk ubat gigi). Sampai la ni, bertandalah kaki saya kekal menjadi satu kesan sejarah yang tragis.

Semalam, lepas balik kerja terus pergi kedai tayar di Bandar Baru Bangi. Tahu tak, harga sabijik tayar Goodyear tu ? RM 230.00 wa cakap lu ! Lingkup duit. Nasib baik ada kad kredit. Lemas lagilah nampaknya dok bayaq hutang. Kata tokeh tu, lubang tayar tu sangat besar. Yang peliknya tu kami dua orang main ikut je cakap dia. Sampai tayar tupun lupa nak bawak balik. Kalau tak, boleh jugak dibuat pasu bunga Manja. Isteri saya tu sekarang ni dah gila bunga. Lepas tebang pokok yang membawa sampah kat depan rumah kami, penuh bunga dari pasar pagi Seksyen 4 mengisi ruang yang kosong tu. Macam-macam bunga ada. Yang tak ada cuma ’Bunga-bunga Cinta’ Misha Omar je. Bye...

Monday, June 16, 2008

CERITA ENAM PULUH

Malang tak berbau. Hari ini Persona pancit betul-betuk kat mines selepas Sungai Besi tol. Manja belasah, bawak jugak sampai pintu gerbang Selangor/Wilayah dekat Kampung Kerinci. Mujur ada kereta towing service dari Prakash Towing. Baik budak India tu, namanya Anan. Sesiapa yang mengalamai masalah kereta bolehlah call dia ditalian 016-3852040/017-3620927. Saya tanya dia berapa ganti tayar, dia kata dua puluhringgit boleh ka abang ? Cantik. Apa lagi, sayapun sibuklah letak kun kecemasan kat jalan di belakang kereta. ”Bang, itu macam punya kun kereta tak boleh nampak”. Iyalah, kecik sangat ! So, saya letak yang tiga segi. Confident sikit dia...

Dalam suram tu, cari Manja kat mana. Rupanya kat dalam kereta. Apalah bini aku ni. Patutpun si Anan tu masa jack Persona tu lambat je. Rupanya si tembam kat dalam kereta tak keluar ! Saya bab nak tukar tayar ni bukannya pandai. Nanti tayar yang nak ditukar, dengan sebuah kereta pulak kena tukar !

Mujur jugak hari ni keluar rumah jam 6.00 pagi. Kalau tak, mahunya satu Lebuhraya Persekutuan tu ’jam’. Terus terang, ini pengalaman pertama saya tayar bocor di jalanan. Si Anan tu pesan supaya kami tak bawak laju- Sebab tayar tu kecik sangat. Tak sama ballance dengan yang lain-lain. Tak palah, kata hati saya. Untung ada tayar spare tu disediakan oleh Proton. Kalau tak, tayar kereta sorong pegi pasar tu saya belasah ! Haa kau, baru ya !

Malang betul dua tiga hari ni. Jumaat lalu posting blog kata nak pergi bengkel di Pusat Latihan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah. Apa jadi, pagi tu masa nak hantar barang pada Tan Sri Hajah Zaleha Ismail di LPPKN, Jalan Raja Laut tergendala sekejap. Mulanya saya bersama rakan saya menuju ke destinasi masing-masing (saya ke KLCC) manakala Haziman Ibrahim nak pekena sarapan di BSN. Masa kat bas stand (sebelah Selangor Dredging, Jalan Ampang) beli sejalur betik. Sedap nampak. Haziman tak mahu. Katanya nak pekena sarapan pagi dulu. Okeylah.

Tapi, sebaik saya habis makan betik tu, tiba-tiba pipi sebelah kiri saya membengkak ! Halamak, ini sudah kira macam aktor Sidek Hussain. Apa lagi, sayapun call Haziman. Sebaik dia datang, diapun hairan yang seamat hairan ! Saya rasa macam nak nangis. Bukan apa, esok nak ke outstation. Habislah saya. Sampai di pejabat Tan Sri Zaleha, dia kata saya macam OKU ! Lepas semuanya selesai, pergi belasah sate Kajang kat MARA, Jalan Raja Laut. Apa lagi, bertambah membengkaklah pipi tu.

Call Manja kat Subang. Dia tanya nak balik ke tak (kebetulan saya bercuti). Saya kata tak payahlah. Punyalah malu. Asyik tekap pipi je sepanjang jalan kat KL tu. Selama tempoh bercuti termasuk Sabtu dan Ahad tak keluar rumah. Kesian Manja, pergi kenduri kendara rumah saudara maranya tak bersama suami. Sori.

Tapi, syukur alhamdulillah, pagi ni selepas tiba pejabat pipi yang bengkak pagi tadi dah pulih. Tension dah hilang kot. Jumpa lagi...

Thursday, June 12, 2008

CERITA LIMA PULUH SEMBILAN

Saya telah berjanji dengan Manja untuk tidak ke outstation lagi. Tapi, akhirnya saya terpaksa menelan kata-kata saya, sebab arahan untuk ke Bengkel Peggredan Kampung JKKK di FELCRA Seberang Perak telah dibuat. Saya akan ke sana esok sehingga 15 Jun 2008. So, sorry Manja...Apapun, I love you so much !!!

Kelmarin saya bertemu kembali dengan bekas bos lama Y. Bhg. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail, mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Dalam usia 71 tahun, sihat lagi Tan Sri yang kini memegang teraju sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara. Sibuk betul dengan jadual yang berselerak. ”Asyik sibuk macam dulu jugak”, katanya. Rupanya ada cerita disebalik perlantikan baru tersebut. Kata Tan Sri, pada mulanya sebelum PRU12, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tak mahu sain perlanjutan kontraknya di LPPKN, dan menangguhkannya sehingga menteri baru tiba (selepas pengumuman kabinet baru). Rupa-rupanya betul, YB Datuk Dr. Ng Yen Yen pulak yang sangkut selepas Dato’ Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai kepada YB Nurul Izzah Anwar. Itulah, lain kali jangan cakap-cakap macam tu, kan dah kena badi...

Saya ke sana disebabkan satu hal yang penting. Oleh kerana beberapa maklumat (yang ingin saya kemukakan pada Tan Sri) tidak lengkap, jadi saya berjanji untuk ke pejabatnya hari ini. InsyaAllah, sat lagi saya sampai. Kebetulan saya bercuti hari ini.

Minggu ni agak sibuk dengan hal kerja dan hal peribadi. Pagi tadi Mila call (dari Alor Setar) sebelum pergi sekolah, ucap terima kasih pasal semalam saya hantar jam tangan ’kumbang emas’ melalui bas Transnasional. ”Terima kasih bah, cantik jam kumbang tu”, tuturnya. Alhamdulillah, dapat juga mereka ’jam’ tu. Lidiya dan Aye mengeluh sebab jam tak ada. ”Nanti nak periksa susah”, kata Lidiya. Anak abah jangan susah, sebut je (ewah, macam orang senang), abah akan cuba cari apa yang dihajati. Jangan yang mahal-mahal dahlah ! Lepas bulan Jun ni lagilah pening !!!

Manja dua hari ke Subang Jaya. Ada bengkel. Naik kereta kawan katanya. Bagus jugak, dalam minyak dok mahal ni, pandai-pandailah...

Okeylah, nanti kita cerita lagi...

Thursday, June 5, 2008

CERITA LIMA PULUH LAPAN

Akhirnya, misi Anugerah Kecemerlangan Medan Info Desa 2008 (AKMID 2008) bagi group yang diketuai oleh Encik Rashmiz Abdul Rashid, PSU ICT (D4) (KKLW) dengan ahli-ahlinya Encik Roslan (KEDA), Fadilla (KEMAS) dan saya (JHEOA) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sejak dari Kampung Teduri, Baling, Kedah (27 April 2008) hingga Kampung Bukit Jering, Jeli, Kelantan yang berakhir pada 2 Jun 2008, kami telah melaksanakan penghakiman di 15 buah MID termasuk Sarawak dan Sabah sepertimana yang saya ceritakan pada posting terdahulu.

Terlalu banyak yang dipungut hasil daripada 'kelana' sepanjang tempoh tersebut. Malang sedikit, di akhir-akhir lawatan kami ke Kelantan semacam ada sesuatu yang tidak kena. Meskipun Puan Zarina Jantan selaku KPSU ICT (D) KKLW hadir, namun ianya tidak mampu menyuntik ’keterujaan’ pengurus-pengurus MID berkenaan. Biasa-biasa saja ! Suka koranglah !

Saya kagumi semangat Puan Zarina kerana sanggup berhadapan dengan situasi ’pening berat’ untuk bersama kami di dua tempat berlainan iaitu di Kampung Sungai Sam, Kuala Kerai dan Kampung Bukit Jering, Jeli. Dilla juga dikhabarkan turut mengalami pening yang teruk kerana keadaan jalan yang tak ubah seperti 'ular kena palu' seperti di jalan Kuala Pilah-Bahau atau Cameron Highlands !

Terima kasihlah kepada rakan-rakan supir kita dari KEMAS (membawa Puan Zarina dan 'Datin' Dilla) dan saudara Asri dari FELCRA (yang membawa ahli panel lelaki) yang telah memandu dengan begitu berhemah sekali. Masa balik, sempat jugak ke Rantau Panjang dan terus ke Wakaf Che Yeh untuk membeli belah. Abang Lan beli purse baru. Kesian dia, kena bayar mahal berbanding kedai lagi satu ! Peristiwa ni kena jugak kat Encik Rashmiz untuk dua kotak pelikat ’cap gajah menirap’ yang dibeli pada keesokan harinya kat KB. Sebut pasal purse abang Lan, nasib baik cuma tertinggal kat kereta Asri, kalau tempat lain haghu jugak !

Pagi 2 Jun 2008, kami bertiga ke Pasar Siti Khatijah, dan arked batik/sutera untuk sambung sesi ’Jalan-jalan Caghi Baghe’ lagi. Sebelum pulang, kami dibawa pula oleh Asri ke Pengkalan Kubur dan patah kembali ke Rantau Panjang. Asri beria-ia mengajak saya ke sebelah Siam sana. Memang saya ada membawa bersama passport Antarabangsa. Tapi, takkanlah saya nak tinggalkan Encik Rashmiz kat Rantau Panjang. Datang sama balikpun mestilah sama ! Apa kata, masa kat Siam nun saya kena baham dengan peluru, dahhh janda bini saya. Yatim pulak anak-anak saya ! Tragisnya kan ? Tak sanggup saya Asri oiii ! Lain kali jelah. Sebenarnya Asri dah datang awal pagi kat hotel kami untuk hasrat yang sama. Bukan apa tu, dia saja nak uji iman saya. Lain kali kalau pergi KB, saya mesti tunaikan 'hajat' kawan kita tu walaupun bagi dia Golok tu cuma tempat biasa-biasa jer ! Saya tahu, Asri saja jer pelawa...cuma nak rai kengkawan dari KL !

Oh ya, sebelumnya pada sebelah pagi sempat jugak saya bertemu Ita (isteri Nuri) yang kebetulan ada kat KB untuk membeli belah bersama Ani (adiknya). Sempatlah saya hulur duit buat belanja pasar. Lupa pulak kirim salam pada keluarga dia kat kampung tu. Saya harap dia dapat beri Shafiq seringgit dua untuk belanja ais krim ke, hapa ke. Tetiba teringat Nyah. Tentu dia tengah rindu kat Alia, Mimi dan Kak Yu. Bapak diaorang (Nuri) rindu ke tak, tu ? Puan Danawati (KEMAS) yang saya temui di hotel yang sama (bercuti bersama keluarga) masih mesra seperti biasa. Orang KEMAS ni okey jugak kan ? Tara sombong wooo ! Orang JHEOA pun apa kurangnya ya tak ?

Lega rasanya bila semuanya dah selesai. Banyak perkara yang takkan dapat saya lupakan ketika bersama group. Kepada Datin Dilla, maaflah kerana saya selalu sangat jual nama dia. Terutama bab makan. Anggaplah itu sebagai satu gurauan dari seorang rakan dan tidak bermaksud apa-apa. Tetapi percayalah, bahawa saya amat risau kalau ada kengkawan yang susah ataupun sedang dalam kesakitan. Seperti malam tu, bila Encik Rashmiz kata Datin sakit, saya cukup bimbang. Ketahuilah bahawa kami membawa sama amanah suami Datin (walaupun tidak secara bertulis, pesanan atau sebarang MoU). Apapun, Datin jagalah kesihatan. Makan rambutan boleh, tapi jangan banyak. Macam hari tu, kira secukup rasa. Apapun ’Happy Birthday’ !

Satu peristiwa yang paling saya tidak akan lupa ialah bilamana pesawat menuju ke Tawau tempohari. Siangnya saya belasah sambal petai yang saya masak kat rumah. Dalam pesawat tu, kira keluar masuk toiletlah sampai transit kat KK dan terus ke Tawau. Pendek kata, asyik ’terkucil’ saja. Tu dia penangan petai Bidor !

Kesian Manja, kena tinggal selalu. Takpa, lepas ni ’no out station’ lagi. Promise me !

Kepada kengkawan dari KKLW, JHEOA dan agensi lain sori kalau ada apa-apa salah saya kepada korang. Kita jumpa lagi kat mana-mana ok ! Dan, kepada adik-adik pengurus MID yang telah kena ’belasah’ sehingga ada yang ’termenangis’ dengan teguran saya, anggaplah itu sebagai pelajaran yang baik untuk anda. Jika orang menegur tandanya anda masih disayangi. Jika sebaliknya...tak reti-reti ? Jadikanlah MID di bawah kendalian anda sebagai hub untuk masyarakat mendapatkan sebanyak mungkin ilmu ICT demi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta. Selamat Maju Jaya. Kepada abang Daud (supir JHEOA), terima kasih kerana sudi membawa saya ke sana ke mari biarpun pelbagai ’tuduhan liar’ yang dilemparkan kepada abang oleh beberapa kerat manusia yang tidak memahami. Bagi saya, abang Daud pemandu yang berdisiplin dan sentiasa menghormati orang lain. Begitu juga pemandu KEDA, pegawai merangkap ’pemandu’ KEMAS di Miri dan pegawai merangkap ’pemandu’ di Tawau. Cukup enjoy dengan kalian. Friendly sekali. Jumpa lagi...