Friday, October 24, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH SATU

SAYA MERASA AMAT GEMBIRA DAN CUKUP SELESA DI TEMPAT BARU INI. SAYA BUKAN LAGI TETAMU SEPI, TETAPI SEORANG PETUGAS TETAP YANG DIHARGAI OLEH KALANGAN WARGA DI SINI. APA LAGI YANG SAYA MAHUKAN ? MUNGKIN JIKA ADAPUN YANG SAYA MASIH PERLUKAN IALAH DOA TULUS DARI TEMAN-TEMAN SEPELAYARAN YANG MENJADI KUNCI KEKUATAN SAYA SELAMA INI. MAAFKAN SAYA KERANA AGAK LAMA TIDAK MENULIS DI BLOG INI. SEBENARNYA SAYA AGAK SIBUK DENGAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIATUR DI SINI. SAYA PASTI ’BERBOHONG’ JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK SERONOK ! SAYA MAHU ANDA MEMBAYANGKAN SENDIRI KESERONOKAN SAYA ITU. BOLEH ?

BARU-BARU INI SAYA DIRAIKAN OLEH RAKAN-RAKAN JHEOA DI KELAB DARUL EHSAN, AMPANG. TERIMA KASIHLAH ATAS HADIAH-HADIAH YANG CUKUP BERNILAI DAN BERERTI ITU. RAMAI YANG DATANG TERMASUK KAWAN-KAWAN DARI PUSAT LATIHAN KLUANG. PUAN NORLIZA DAN HAJI RAZAK BOS-BOS SAYA TURUT HADIR. KAWAN-KAWAN ’SEKETUA UNIT’ SAYA ZAINAL BAKAR DAN ROSLAN THAMBICHIK YANG KEDUA-DUANYA KINI DAH NAIK PANGKAT S32, HAJAH ROKIAH, MAGIS, UMI, ZAIMAH, HEMLEY, BOB, HAFIZ, KHAIRUL DAN FIDAH ’SIDARA PINGITAN’ TURUT BERSEKALI. BEGITU JUGA, TEMBEG (PEMBANGUNAN), FADZLI (PENTADBIRAN), RAZIMAN (PENTADBIRAN), INA (KEWANGAN), YATI (PLK KLUANG) SERTA TEMAN-TEMAN LAIN TERMASUK ’BOS’NYA, AWAL-AWAL LAGI DAH BERHIMPUN DI DEWAN MAKAN. SAYU RASA HATI TENGOK WAJAH-WAJAH KENGKAWAN YANG TELAH LEBIH TUJUH TAHUN SAYA KENALI ITU.

PADA 15 OKTOBER LALU SAYA MENGACARAKAN MAJLIS ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) 2008 DI KAMPUNG PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG, MELAKA. MAJLIS YANG DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI ITU TURUT DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN YAB DATO’ SERI HAJI MOHD. ALI RUSTAM, KETUA MENTERI MELAKA DAN YB TAN SRI MUHAMMAD BIN HJ. MUHD. TAIB, MENTERI KKLW. KEBETULAN ABANG SAYA SHAHROM TURUT DATANG MENYAKSIKAN BERSAMA KAK NON (ISTERI) DAN ANAK LELAKI BUNGSU MEREKA.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN DOA DAN KESYUKURAN AGAR KITA SENTIASA DILIMPAHI DENGAN KESEJAHTERAAN YANG BERPANJANGAN, KESEGARAN ROHANI DAN JASMANI SERTA DIPANCARKAN DENGAN CAHAYA KEIMANAN YANG TEGUH.

SEPANJANG TEMPOH ’BERDIAM DIRI’ TERSEBUT SAYA JUGA BERPELUANG BERTEMU KEMBALI DENGAN KAKAK ANGKAT SAYA, KAK G. DIA DATANG KE RUMAH UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI SULUNGNYA, KAK LONG DALAM TEMPOH WAKTU TERDEKAT INI. COMEL ANAKNYA, MACAM EMAKNYA JUGAK !

’MAMAT KUALA SLIM’ DAN ANJANG ISA TURUT MEMBERI INFO MENGENAI KEPULANGAN KE RAHMATULLAH YOB G. INALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN. MAMAT SEMPAT MINTA SAYA CARIKAN LOKASI SESUAI UNTUK REUNION WARGA PERANTAU KAMPUNG KUALA SLIM KHUSUSNYA DI KUALA LUMPUR PADA 6 DISEMBER 2008 (TARIKH YANG DICADANGKAN). HARAP-HARAP RAMAI KENGKAWAN YANG AKAN JOIN NANTI. OK, JUMPA LAGI...

Tuesday, October 14, 2008

CERITA SERATUS DUA PULUH

SELAMAT TINGGAL SAUDARA SAUDARI
ANDA TERSANGAT HAMPIR DI HATI
TIADA DENDAM KU BAWA PERGI
SEKADAR KENANGAN SEINDAH MEMORI

GURAU SENDA BERSEBATI
BEKAL SENYUM KALA MENYENDIRI
SEANDAINYA ADA KHILAFKU SENDIRI
MOHON MAAF SEPULUH JARI

ERAT MESRA DIBERKATI ILLAHI
TULUS MEKAR SILATURRAHMI
MOGA KEIKHLASAN TERUS BERSEMI
PERSAHABATAN INI KEKAL ABADI

CERITA SERATUS SEMBILAN BELAS

Nyah sms jam 5.22 petang semalam ketika selesai solat Asar kat surau bahagian bawah parkir pejabat Manja : ”Salam, nak bagitahu suami Acek Enon baru saja meninggal hari ini”. Innalillahiwainaila hirojiun. Saya membalas sms Nyah : ”Nyah, sampaikan salam takziah kami berdua kepada Acek Enon. Setiap kita pasti akan kembali kepada yang Esa. Sekadar masa dan ketika saja yang tak pasti. Namun yang hidup perlu teruskan kehidupan ini. Semoga arwah diampunkan segala dosa-dosanya dan dizumrahkan di kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin”.

Kesian Nyah, masa tahu suami Acek meninggal, dia baru saja tiba dengan bas di Pudu Raya. Lepas tu, ambil bas semula untuk ke Ipoh. Saya tahu, sejak dulu lagi Nyah memang begitu mengambil berat tentang hal-hal keluarga termasuk emak dan bapak, adik beradik, arwah Opah, arwah Wan Nyah, arwah Andak, Arwah Mak Yong, Arwah Yob Nan, Wah, Acek, Yong, kak Long Jamah, arwah abang Amat, Yob Li, Nyah Am dan lain-lain. Itulah Nyah. Masa kecil saya cukup ’geram’ dengan dia...garang ! Dah besar panjang ni baru saya tahu, hatinya cukup mulia. Saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan Nyah pada setiap masa.

Hari ini hari terakhir di JHEOA. Esok saya akan bertugas di tempat baru. Saya sebenarnya tak sabar lagi nak ke tempat baru itu. Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasakan suatu kehilangan untuk melangkah pergi dari Jabatan ini. Terlalu banyak yang indah daripada sebaliknya. Apapun, hijrah ini memungkinkan saya untuk tambah dewasa dalam hidup sebagai kakitangan awam. Saya banyak terhutang budi kepada mentor-mentor saya di sini. Tentulah saya tidak akan lupa kepada mereka-mereka itu. Dan, di ruang ini saya mohon agar saya diizinkan untuk membawa ilmu yang saya pelajari itu ke tempat baru. Tentu ada yang bertanya, takkan tak ada yang tak seronok kot...? Saya nak beritahu, jika adapun yang saya tidak ’gembira’, saya telah melupakannya. Semua sekali !

InsyaAllah, pada 17 dan 18 haribulan ini saya akan ke Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka untuk program Perdana Menteri. Seperti biasa, saya diamanahkan untuk menjadi juruacara majlis. Kabarnya, gandingan saya di Melaka ialah Puan Rashidah, dari Jabatan Penerangan Negeri Melaka. Saya juga diamanahkan untuk merangka skrip pengacara (emcee) tersebut.

Sebenarnya saya agak teruja sebab saya akan bertemu kembali dengan ’mentor utama’ saya yang menjadi ketua di Agensi yang baru ini. Dulu beliau merupakan Ketua Pengarah JHEOA, kemudian bertukar ke PERDA (naik gred) dan seterusnya menjadi TKSU (S) di KKLW, bertukar ke RISDA dan mendapat anugerah ’Datuk’. Sewaktu di JHEOA saya adalah merupakan PRO Jabatan yang direct di bawahnya. Saya suka bekerja di bawah kendalian beliau kerana sikap profesionalismenya. Seorang bos yang prihatin, suka menolong orang, peramah, cekap dan penuh komitmen. Itulah ciri-ciri seorang bos yang menjadikan saya cukup seronok dan teruja bertugas pada waktu itu. Namanya, Datuk Mohamad Izat Hasan. Baru-baru ini saya melihat wajah beliau di TV9 dalam rancangan AKOK di Sg. Pancing, Kuantan, Pahang.

Yang mahal tu, beliau juga memiliki hobi yang pelbagai. Beliau gemar memancing, menembak, bertani, bermain golf, menyanyi dan pelbagai lagi. Sewaktu satu function di INTAN suatu ketika dulu, Datuk Zalekha Hassan (mantan SUB Kewangan KPNPM) pernah beritahu saya : ”Kami kat sini harapkan Izat jer. Dia boleh jer buat macam-macam...” Dia merujuk kepada kerja kursus JUSA yang mereka sedang lalui ketika itu. Turut sama ialah Encik Jaswant Singh bekas SUB Penyelidikan KPNPM yang ketika itu bertugas di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM. Saya sendiri hadir kerana mengiringi Band D’ Minda JHEOA untuk malam akhir kursus tersebut.

Ohya, Tembeg tanya pasal cerita ...’selagi tak jumpa laut’. Ada satu kes saya naik kereta yang pemandunya sahabat kita Orang Asli. Masa tu kat Jalan Imbi (sesat untuk ke Jalan Conlay). Saya tanya dia, boleh ke sampai ni ? Jawab pemandu tu : ”Selagi tak jumpa laut sampailah kita encik...” Logiknya, tengah-tengah KL mana nak cari laut. Pantai Dalam kat Angkasapuri tupun tak nampak bayang laut...Terkena betul saya !

Oklah, sebelum semuanya usai di sini, saya amat berharap agar kita dapat terus saling berinteraksi lagi pada hari-hari mendatang. Ingatlah nama ini : SHARUDIN ABDULLAH @ SHAH EFENDY @ UDIN (panggilan keluarga dan orang kampung saya). Wasallam.

Monday, October 13, 2008

CERITA SERATUS LAPAN BELAS

Banyak hari dah tinggal blog. Sorilah pada kengkawan. Banyak betul kerja. Hari Sabtu, jamuan raya kat rumah Shimah (adik ipar) di Semenyih. Semalam beraya di rumah Aidi Khalil (recording artist 90an/bekas adik ipar). Anaknya si Dodi (pelakon drama 5 Sekawan Astro dan pelakon iklan). Saya keluar sorang sebab Manja ke rumah orang kawin dengan keluarganya. Adik Dodi, Daniel sedang enak tidur dalam buai. Kakaknya Dida sibuk layan tetamu. Kebetulan emak maznah (isteri Aidi) ada sama. Sempat jugak tanyakan kabar Aja (anak angkat saya).

Masa di rumah Shimah, kesian jugak tengok Hassan (adik bungsu Manja) yang demam kerana menjaga Pak Long di HUKM. Takpa San, pahala tu. ..

Nyah sms bagitahu Acek (lelaki) nazak. Minta saya ’kirimkan’ yassin. Lapas solat Isyak saya baca yassin untuk Acek. InsyaAllah, sihatlah tu. 6.05 pagi tadi Nyah hantar sms : ”Alhamdulillah, tapi nafas masih dengan mc”.

Sesungguhnya hidup mati manusia ini hanya Dia yang menentukan. Janganlah berdukacita sangat, kerana hidup ini sebenarnya sekadar sementara saja. Cukup masa, kita kembali kepada-Nya. Justeru, yang hidup perlu teruskan kehidupan ini, kerana perjalanan masih lagi panjang. Jika ditakdirkan pergi...redhalah...

Tinggal esok saja lagi sisa-sisa khidmat saya di JHEOA ini. Setakat ini, saya masih belum mengemas barangan lagi. Asyik sibuk jer...Hari ini kena siapkan skrip emcee ’ADC 2008’ di Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Baju korporat yang ditempah Khamis lalu di Omar Ali kabarnya dah nak siap. Saya suka jahitannya. Kemas sangat. Selesa pakai. Petang ni juga nak ambil seluar (3 helai) yang di alteration kat Billion.

Kalau ada jarum yang patah
Usah simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Usah simpan di dalam hati

Bos saya Puan Norliza ke outstation, Pos Sindrut dengan Roslan Tambichik hari ini dan esok. Saya sedih jugak, sebab akan berpergian tanpa Bos. Tapi saya tahu, saya agak kurang ’salah’ dengan dia. Memang saya akui, saya suka gurau dengan dia. Mungkin sebab dia sporting kot. Tapi, gurau yang berbatas antara anak buah dengan bosnya. Not over, over !

Saya mendoakan Puan Norliza berjaya mengharungi onak duri dalam perkhidmatan awam di mana saja ditugaskan. Yang penting, jangan egois. Selalu dekati staf. Sentiasa memandang ke bawah daripada ke atas. Hormati pandangan staf tanpa mengira kasta mereka. Dan, jangan bimbang untuk dikritik. Jangan pulak takut gagal. Kata bijak pandai, ”Kalau takut gagal, jangan lakukan apa-apa”.

Bagi saya, perkhidmatan untuk masyarakat Orang Asli adalah kerjaya yang paling saya suka. Cukup mulia. Dulu saya selalu ingat saya cerdik. Rupanya mereka lagi cerdik (berdasarkan pengalaman lalu). Sahabat saya Malik Marhaba, Mamat, Abang Dolah Ali, Ateh Wak dan lain-lain (masa sesi borak-borak kat rumah Uda Atan tempohari) tentu masih ingat lagi cerita...”selagi tak jumpa laut....”

Mari kita cerita bab UMNO pulak. Mengenai pemilihan UMNO, suasananya dah makin menarik. Menteri saya (YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib) pun dah mula ada pencalonan (2). Begitu juga dengan YAB Dato’ Ali Rustam (3). Tapi, nampaknya TS Muhyiddin Yassin (23) masih di depan. DS Najib jauh di depan (28) - memerlukan 30 undi saja lagi. Pencabarnya Ku Li masih belum ada bayang. Tapi, pastilah Bahagian Gua Musang akan beri padanya undi. Apapun, selamat berjuan kepada semua pewaris UMNO ! Untuk Pak Lah, tahniah kerana bijak ’mencium’ kehendak di peringkat akar umbi. Tidak ramai pemimpin Malaysia sedemikian berani mempertaruhkan masa depan politiknya demi parti dan negara !

Buat KJ, jangan susah hati. Anda masih mampu bertarung sekurang-kurangnya kuota pencalonan. Tak sukar untuk mencari 18 undi lagi ! Yakinlah. Tapi, itulah...cai saya untuk Mukhriz pulak. Oklah, kita sembang lagi esok...

Tuesday, October 7, 2008

CERITA SERATUS TUJUH BELAS

Malam tadi call Nyah minta nombor K/P arwah emak dan bapak. No. K/P emak, Zon bt. Idris 331122-08-5134, manakala bapak, 251122-08-5011. Mesej Nyah, “Tak perasan lak haribulan & bulan lahir mak bapak sama”. Yalah, kami masa kat kampung dan waktu dah duduk bandor ni, mana ada sambut birthday-birthday ini semua. Tengok K/P emak bapakpun entah bila waktu. Lainlah keluarga kat bandar ! Sebut bab harijadi ni teringat anak saudara saya siAliya yang berusia sekitar tiga tahun nyanyi dalam kereta baru-baru ni. ”Camat jadi jadi, camat jadi jadi, camat jadi jadi…”. Sebetulnya dia tak reti nak sebut perkataan ‘hari’.

Sebelum tu Nyah sms. “Mimi kata, cikgu kata ok, ada yang tak bawa gambo, esok kena bawa. Temekasih atas pertolongan”. Saya merasa lega sebab permintaan Nyah tempohari untuk mencarikan potret SPB Agong dan SPB Raja Permasuri Agong untuk kerja sekolah Mimi telah dapat saya laksanakan. Itupun terpaksa korban majalah JAKIM dan Nur. Takpa, anak saudara punya pasal. Dulu masa saya di IPTS, assignment sayapun saya bercelaru. ’Belasah’ jer...Lulus jugak ! Ada ke logik, disuruhnya kami kumpul semua cover jenama rokok dan tampal kat kertas assignment tu ? Saya manalah ada masa nak buat kerja mengarut tu semua. Last-last ambik buku Yellow Pages, gunting bebanyak, dan hantar pada pensyarah. Kuning jer semuanya. Dahlah tu, tipis melayang kertasnya. Apa kata pensyarah saya Encik Velentine Siva…”Ini satu kerja budak pemalas !”. Heh heh heh. Tuuu, lulus punnnn !!!

Saya masih berhutang dengan diri saya kerana tidak berkesempatan menziarahi suami Acek Enon (emak saudara saya). Nyah beritahu teruk jugak sakitnya. Apapun, saya tetap mendoakan agar Acek (lelaki) segera sembuh seperti sediakala. Banyakkan bersabar dalam menempuh dugaan Allah ini. InsyaAllah, ini hanya secebis dugaan dari-Nya. Hadapilah dengan sabar dan taqwa. Ceewah, sedapnya bahasa…Kena kat diri sendiri tengok. Pergi jumpa doktor pun takut ! (Saya lah tu…). Itu kena Tanya Manja mengapa macam tu.

Pak Long juga macam tu. Masih terlantar di HUKM. Masa hari raya ketiga, adik beradik, anak buah serta saudara mara dari PD, Seremban, Kajang, Bangi, Semenyih, Shah Alam dan lain-lain datang menziarah. Anak angkat Pak Long pun dah balik. Maka tinggallah kak Long Shidah, Ita dan Mak Long sendiri menjaga Pak Long. Stress lagilah kak Long Shidah tu. Sabar jerlah...

Saya suka nak sampuk sikit pasal isu pemilihan UMNO. Secara peribadi saya suka kalau TS Muhyiddin Yassin naik jadi Timbalan DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Di petak Naib Presiden saya suka pada calon TS Isa Samad, DS Utama Dr. Rais Yatim dan DS Mohd. Shafie Apdal. Ketua Wanita TS Rafidah Aziz secara automatik dilantik ke jawatan tersebut. Posisi Katua Pemuda saya suka pada calon Datuk Mukhriz Mahathir. Timbalannya saya kira patut beri pada Datuk Razali Ibrahim. Ketua Puteri saya fikir wajar dapat kepada Rosnah Abdul Rashid Sirlin, manakala Naibnya kepada Bibi Sharliza Mohd. Khalid. Dalam senarai 25 calon kerusi MKT, saya suka calon-calon seperti, Datuk Shahril Abdul Samad, DS Syed Hamid Syed Jaafar Albar, DS Musa Aman, Datuk Bung Mokhtar Radin, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz, DS Mahazir Khalid, DS Mohamed Khalid Nordin, DS Shahrizat Abdul Jalil, DS Zulhasnan Rafique, DS Azmi Khalid, Datuk Ahmad Shabery Cheek, DS Adnan Yaakop, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, DS Azalina Othman Said, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Noh Omar, Datuk Mustapha Muhammad, Datuk Dr. Awang Adik Hussein, Dato’ Muhd. Zain Mohamad, DS Idris Jusoh, DS Tajul Rosli Ghazali, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Datuk Zainal Abidin Osman, Datuk Anifah Aman dan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Okeylah, anggap saja cai di atas sebagai ’suka-suka’ jer dari pemerhati politik kampungan macam saya. Jumpa lagi...

Monday, October 6, 2008

CERITA SERATUS ENAM BELAS

Cerita Raya (SMS) (II)

Sayang sekali banyak sms raya yang terpaksa saya delete. Antaranya yang sempat saya selamatkan :

Assalamualaikum. Sempena hari yang mulia, tangan dihulur maaf dipinta moga sama kita mendapat keberkatan dari-Nya. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN - Narimah (bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Hajah Zaleha Ismail, Menteri KPNPM).

Salam Aidilfitri semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sekeluarga - Ikhlas Mejer Habib Abd. Ghani (Naim) seisi keluarga.

Salam. Enak sungguh ketupat palas, dimakan dengan serunding Datin, dengan ingatan tulus ikhlas, salam Idilfitri maaf zahir batin - Rashmiz Abdul Rashid (PSU (ICT) D4 KKLW).

Salam Idilfitri. Selamat hari raya, maaf zahir batin - dari Nazrul, Salmi, Kimie dan Didie.

Pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti siAidilfitri, mesej pendek pengganti diri, tanda dirimu sentiasa diingati. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN - Nyah.
p/s
Nyah, terima kasih atas segala keprihatinan dan kasih sayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin - dari Muhd. Ibrahim bin Muhd. Isahak (Ada) & keluarga (IBR Ukur Consultant).

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap, tapi izinkan hati memohon maaf, zahir dan batin. Selamat Hari Raya Idulfitri - Datuk Haji Mohd. Arif (mantan KSU KBS).

Ayat selembut sutera, bahasa ada kalanya berbisa, janji dilafaz ada kalanya tak dikota, tanggungjawab dilaksana ada kalanya tak sempurna, dalam pergaulan terguris jiwa, dalam persahabatan terburuk sangka, itulah kita yang bernama manusia, selagi hidup di dalam dunia, ku mohon maaf yang tinggi nilainya agar hidup lebih sempurna, supaya persahabatan ini kekal abadi. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN - Ikhlas dari Mohd. Insan dan Shariffah Zahura, New Castle, Australlia.

Rasulullah s.a.w bersabda, ”Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar- Rayan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke dalam syurga melalui pintu itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang yang berpuasa. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin - Ikhlas Norzaimee & Famili.

Lisan kekadang tak terjaga, janji kekadang terabai, hati kekadang berperasangka, sikap kekadang menyakitkan, hidup ini akan menjadi lebih indah jika masih ada rasa maaf bermaafan sesama hamba, bersama kita membersihkan hati di ketika menjelang Edul Fitri. Mohon maaf zahir & batin - daripada Abdullah Ali dan keluarga.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga tersayang - Wazir (Pensyarah Seni Lukis dan Seni Reka UiTM).

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin - Norsheila Amin (penyanyi).

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI SEKELUARGA - Nuri.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN - Norashikin Abdul Rahman (Pembaca Berita RTM).

Assalamualaikum...Abah Mila nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga panjang umur dan diberkati Allah. Mila nak minta ampun dan maaf sekiranya Mila ada buat salah kat Abah. SALAM AIDILFITRI. Don’t forget me key - Siti Nur Karmila (Mila) bt. Sharudin.
p/s :
Anak Abah sayang, Mila tidak pernah bersalah dengan Abah, malah Abahlah yang sering melakukan kesalahan kepada Mila dan kakak-kakak Mila. Maafkan Abah nak...Ketahuilah, bahawa Abah amat menyayangi kamu bertiga.

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan, yang renggang kita rapatkan, yang rapat kita kukuhkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri...mohon maaf zahir dan batin - Faimi sekeluarga.

Tangan ku hulur tak kesampaian, senyum ku ukir tak kelihatan, sms ku kirim tanda ingatan, di Aidilfitri kita bermaafan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin - Roslan Tembichik.

Akhirnya, saya minta maaf kepada yang tidak sempat saya balas dan smsnya yang saya ter’delete’. Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang disengaja mahupun tidak. Terima kasih kepada Amran, Inak, Liza, Ateh, Mamat, Tembek dan lain-lain (dah lupa dah) yang telah menghantar sms mahupun menghubungi saya secara terus melalui telefon. Semoga kita bertemu lagi di Aidilfitri yang akan datang. InsyaAllah. Jumpa lagi...

CERITA SERATUS LIMA BELAS

Catatan Raya (I)

Tahun ini kami beraya di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga di Desa Pelancongan, Ipoh, Perak. Alhamdulillah, di PD tiada sangat masalah air seperti yang ditulis pada posting yang lalu. Namun, sepatah kata saya pada Manja, ianya saling tak tumpah seperti zaman saya di Kampung Medan dulu. Larut malam baru air turun. Jadi, setiap rumah standbye isi air. Tak tidur malam wa cakap lu ! Lewat sikit, esok pagi pergi kerja pakai tak mandilah jawabnya. Itulah senario lapan puluhan di Kampung Medan. 51 tahun merdeka, PD pun macam tinggal kat tanah haram !

Kali ini Awai beraya di rumah mertuanya di Kuala Selangor. Shimah yang sedang berbadan dua beraya di Melaka. Hasnal (Inai) dan Manja di Kampung Chuah. Dan, sudah pastilah emak, Dekmah, Salleh dan Hassan ikut sama beraya di sana. Kami balik PD tanpa Salleh yang menaiki bas, memandangkan Persona Manja tak muat nak isi muatan yang sebegitu ramai. Ramai satu hal, tapi badan sekor-sekor (termasuklah saya) mengalahkan ahli gusti sumo !

Sejak malam tadi dan pagi raya ni saya menerima puluhan sms ucapan raya. Betul kata Shah IT, raya sama jer. Makan kueh, makan lemang, makan dodol, minum orange, bagi duit raya, terima duit raya, main mercun (walaupun dah dilarang oleh Kerajaan), main bunga api, salam...lepas tu habis. Eh eh, sekejapnya raya !!! Nak sambut bukan main susah payah. Beli itu, beli ini. Tukar itu, tukar ini (bukan tukar ’bini’ - sensitif ni). Last-last, balik normal macam biasa.

Dalam satu hari saja kami boleh pergi ke lima buah rumah saudara mara untuk beraya. Esoknya 2 Oktober, kami bertolak ke Seremban untuk beraya di rumah Pak Ngah. Lepas tu balik Bangi. Tiba Kajang (rumah emak), api pulak tak ada. Mujur di Bangi (rumah kami) ok. Ini TNBlah punya hal ni ! Nak marah TNB tak boleh, nanti Manja maraaaah !!!

3 Oktober kami ke Desa Pelancongan, Ipoh untuk beraya di sana dan juga untuk memeriahkan majlis pernikahan Maznah (anak Yong) dengan Zulhelmi Abdullah (mu’allaf) yang berasal dari Ipoh yang diadakan pada empat hari raya. Kami ke sana dengan Nyah, Ita dan anak-anaknya kak Yu, Mimi dan Alya. Nuri kerja. Dalam perjalanan Nash Lefthanded call. ”Aku nak kau datang masa aku buat open house nanti. Nanti aku bagi tahu bila”, pintanya. Ingatkan dah tamat nombor dia hari tu. InsyaAllah, kalau tak ada apa aral boleh jugak pergi. Dah lama tak jumpa kau Nash. Dulu engkau, aku dan Sam (The Zurah II) kerap jugak berhubung. Yalah, masa tu kan kita sama-sama menduda. La ni, tinggal Sam jerlah yang belum menamatkan zaman duda terlajaknya. Apapun, thanks atas ingatan kau itu. Aku doakan kau bahagia selalu !

Setiba di sana, kami terus ke kubur emak dan bapak. Saya menghadiahkan suratul yassin untuk kedua-dua mereka. Sayang kubur mereka agak berjauhan sedikit. Namun saya puas, kerana kali ini saya dapat menziarah tempat persemadian mereka, setelah tidak berkesempatan pada raya yang lalu. Selepas itu saya bersembahyang Jumaat di masjid Pengkalan Pegoh. Nyah nak telefon anak Yong untuk mengantar saya ke masjid. Tapi saya menolak. Rupanya, punyalah jauh masjid tu. Mujur tengah jalan ada satu brother tu (yang membonceng adiknya) sudi menumpangkan motor kapcainya. ”Balik nanti saya tunggu abang kat sini ya”, pelawanya ikhlas. Malamnya kami makan di warung tepi jalan Pengkalan Pegoh.

Saya sempat jugak mengemas laman rumah Nyah yang dah macam keadaan rumah ’Nang Nak’ tu ! Rumput rampai, sampah sarap penuh kat laman. Dalam rumah bergantungan sawang. Nyah dah lama tak balik rumah dia tu yang berdekatan dengan rumah Yong. Habis jari calar balar kena ranting bunga berduri. Licin semuanya saya tebas. ”Hah, barulah nampak macam rumah !”, tegur abang kat sebelah rumah Nyah tu. Dia ni orang kuat PAS. Jadi, sembang saya pun ikut alur dialah...Iyakan saja...

Dalam hujan-hujan lebat saya mengerjakan kawasan yang berselirat tu. Dahlah gitu, berkain pelikat pulak tu. Kalau terungkai kain, tengok ’wayang free’ jerlah jawabnya jiran-jiran kat situ. Nak buat macamana, seluar bawak sehelai jer.

Lepas tu, Manja yang pulang dari membeli makanan pagi tu, bagitahu Yong mintak saya datang cepat sikit untuk jadi ’saksi’ majlis akad nikah kat surau kawasan sebelah (taman lokasi kes pembunuhan yang melibatkan kerabat diRaja Perak tak lama dulu). Masa nak pergi nikah tu hangin jugak saya, dengan pengantin, mak pengantin (Yong) dan wali (Nani @ Zulkifli, anak saudara saya). Lambat macam nak mampus ! Saya jerit nak nikah ke tak nak ni ? Baru semuanya sibuk nak gerak !

Bab nikah satu hal. Budak tu mu’allaf. Masa Kadi ajar dia macam tergagap-gagap jer. Langsung saya mintak kadi tu tulis kat kertas. Sekali baca jer, lancar. Sah lafaz nikahnya. Sah, ’Shah’ Efendy ! Kalau tak tulis, agaknya sampai esok pagi pun belum tentu settle. Syukran !

Saya dimintak pulak baca doa selamat kat majlis jamuan selepas Hisham adik Nani yang janggutnya macam Pak Kiai tu menolak. Masa makan tulah saya berpeluang berkenalan dengan kaum kerabat dari sebelah pengantin lelaki. Yong siap bergambar lagi dengan mereka. Itu jadi bukti tu, kalau ada apa-apa hal di belakang hari. Tanda sah mereka sekeluarga merestui perkahwinan tersebut. Jangan nanti bila berlaku kematian, si Zulhelmi tu nak dikuburkan di jirat Cina !

Balik KL, terus hantar Nyah, Ita dan anak-anaknya kat Sungai Way. Lepas solat Asar kami balik Bangi. Rasa lama benar tinggalkan rumah bertuah tu ! Sejak dah kena cat hijau muda dan orange ni, makin seri lagi rumah yang Manja beli sekitar tiga tahun lalu.

Esoknya, Manja ambil anak dia di Shah Alam. On the way tu, singgah rumah Nyah bawa gambar SPB Tuanku Mizan Zainal Bidin dan SPB Tuanku Nur Zahirah untuk kerja rumah si Mimi.

”Aqilah, Emerzaki dan Mira”. Cantik dan kacak anak-anak tiri saya tu. Yalah, anak orang ’loaded-loaded’ mesti kelihatan elit dan bergaya. Duit raya sekali dapatpun RM200 ! Berbeza dengan anak saya si Mila, masa saya tanya dapat banyak mana duit raya hari tu...”Banyak giler bah ! ”, sahutnya. Pada anak saya, RM50 ke RM100 hasil salam raya dah banyak tu. Banyak giler ! Tapi tak boleh nak samakan situasi mereka. Antara saya dengan bekas suami Manja macam langit ke tujuh dengan bumi landai. Namun, saya bersyukur atas segala nikmat-Nya kerana setakat ini saya masih mampu menyara mereka yang saya kasihi.

Lepas beraya di rumah emak kami ke rumah Hasnal. Dan balik semula setelah membeli DVD player, sebab Aqilah nak tengok Kung Fu Panda. Saya dan Manja menjamu anak-anak kami itu dengan mihun sup dan cekodok ikan bilis. Sedap ! Itu kata anak-anak kami. Licin pinggan tu ! Macam kepala ’Hattan’ ! Sori bro, pinjam nama kau kat blog ni kejap. Orait aaaa ?

Di tempat kerja hari ni tak ramai yang datang. Bahagian saya Cuma ada Puan Norliza, Zainal Bakar, Khairul, Fidah dan saya. Tengah dok berborak dengan Puan Norliza, Y. Bhg. Tuan Haji Mohd. Sani Mistan, Ketua Pengarah JHEOA lalu kat depan. Saya terus bersalam raya dan kembali berborak dengan Puan Norliza tu. Saya maklumkan mengenai ’rahsia’ hari-hari terakhir saya di sini. Dan, saya sempat berpesan supaya dia sabar dengan sepak terajang kat sini. Juga, saya berharap agar dia sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sempat juga saya minta dia doakan supaya ’buah’ yang dah nak sampai kat tembolok saya sat ni, tidak tersembur keluar semula ! Kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk diri masing-masing bos. Semoga sukses selalu ! See you soon...