Friday, March 28, 2008

CERITA EMPAT PULUH TIGA

Semalam ke Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur menyaksikan pameran sempena Hari Kraf Kebangsaan 2008. Acara perasmiannya akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pagi ni. Sempat jugak shopping kat sana. Imagine, orang beli barang kraf saya beli buku kraf. Cara-cara Orang Asli buat ’origami’ atau anyaman. RM 32.00 hengget terbang ! Buku tersebut kabarnya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim tahun lalu di Pulalu Carey, Selangor. Sebut pasal Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim ni, ramai jugak kengkawan di sana yang sempat saya temui dok komplen pasal pertukaran portfolionya di KeKWa ke Kementerian Luar Negeri. Memangpun, beliau pada saya adalah seorang yang begitu komited dan amat meminati bidang-bidang yang ada kaitannya dengan kesenian dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Kini KeKWa diterajui oleh YB Datuk Shafie Afdal dengan nama baru Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Unity, Culture, Arts and Heritage). Semoga Dato' Rais masih setia dengan kameranya...

Seramai 500 pengusaha kraf dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pameran yang berlangsung dari 27 hingga 7 April 2008 itu. Saya cukup teruja dengan benda-benda macam gini. Pameran dan jualan hasil rimba, tembikar, logam dan songket selain diselitkan persembahan pentas oleh artis jemputan. Sambil tengok-tengok sampin songket, terpegang yang berkenan. ”Berapa harga bro ?”, gatal mulut tanya. ”RM5,000.00 je...”, jawab brother tu dengan senyum. Entah kenapa, kaki rasa macam nak ’speed’ F1’ je melangkah saat tu. Ukur baju biarlah dibadan sendiri...

Bila perut terasa lapar, pergi pulak ke bahagian gerai jualan makanan. Pekena nasi ayam Lia (bekas penari tradisional tempat saya bekerja dulu). Sedap jugak sup dia. Ada taugeh. Teringin jugak nak cuba ’sup campur taugeh’ nasi ayam tu sebagai menu kat rumah. Lia merungut tak berapa ramai pelanggan. Saya kata sabar, baru hari ini start. Hari Sabtu dan Ahad nanti tak menang tanganlah Lia dibuatnya. Di situ juga saya menemui seorang personaliti yang amat saya kenali. Dengar suaranya pun saya dah tahu siapa dia ! Itulah Abang Anuar Kamaruddin (AK), DJ radio Rangkaian Nasional RTM yang paling popular terutama sewaktu mengendalikan LPMI (Lagu Popular Minggu Ini) sekitar tahun 80an, sebelum diambil alih oleh sahabat saya Haji Zazmie Zain. Pada era AK, lagu saya ’Begitu Hatiku Kasih’ (lagu dan lirik ciptaan saya sendiri) pernah dinobatkan sebagai antara senarai top five selama enam minggu berturut-turut. Haji Chuari Selamat, kini Penyelia Klasik FM kalau jumpa mesti 'menyakat' saya, ”AK abang angkat awak...!”.

AK juga berjanji untuk ambil saya sebagai salah seorang artis bagi persembahan anjuran Wanita FM (beliau kini bertugas di sana - bossnya Noramin). Sebenarnya saya pun minat jugak untuk menjadi DJ radio. Dalam banyak-banyak kerja seni, DJ radio belum lagi saya pernah buat. DJ pasaraya pernah, DJ majlis kahwin pernah, perantara TV Pendidikan pernah, perantara pantun, pengacara majlis (emcee) rasmi dan tidak rasmi pernah, selain berlakun radio dan pentas, berlawak, menari, menyanyi, bersajak, bersyair, berpantun, bermain muzik (drum), menulis skrip pentas dan melukis potrait, karikatur, kartun, penulisan kreatif seperti cerpen dan rencana, ucapan serta cabang-cabang seni kreatif yang lain yang sama waktu dengannya.

”Bersama-sama dengan kita pada pagi ni ialah penyanyi Shah Efendy”, umum Wak Nin dari atas pentas kecil tu. Spontan ketika dia terlihat kelibat saya kat depan pentas tu. Tak semena-mena dah kena menyanyi satu lagu bersama kumpulan yang cukup popular di Lembah Kelang dan juga biasa membuat persembahan di luar negara - ’Balle Balle’ tu ! Lagu ’carma’ (cari makan) ’Menimbang Rasa’ yang dipopularkan oleh S. Efendi tu saya tujukan khas untuk tiga peminat veteran (wanita) yang datang ambil autograf berhampiran sudut gerai Klasik FM. ”Ingat jugak peminat-peminat lama tu kat aku...”, bisik hati saya. Bye...

Thursday, March 27, 2008

CERITA EMPAT PULUH DUA

Selama tiga belas tahun saya bertugas di Pentarama, saya telah menjelajah dari sekecil-kecil kampung di pedalaman (termasuk perkampungan Orang Asli dan kampung-kampung Bumiputra etnik minoriti di Sabah, Sarawak dan Labuan) hinggalah ke Bandaraya tersohor Kuala Lumpur ! Ada banyak persembahan yang saya jayakan yang menjadi nostalgia manis hingga kini. Antaranya, di Bukit Mertajam, Parit Buntar, Sungai Petani, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Labuan dan juga Langkawi.

Ada juga tempat-tempat yang menjadi ’kenangan paling sukar untuk dilupakan’. InsyaAllah, dalam waktu terdekat ini akan saya ceritakan perihal peristiwa-peristiwa tersebut. Yang pasti, saya merasa amat bertuah dan beruntung kerana ditakdirkan untuk menyertai unit Pentarama tersebut, kerana melaluinya saya memperoleh terlalu banyak pengalaman hidup yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata ! Kata orang, ’jauh perjalanan luas pengalaman’. Maka, kepada rakan-rakan maya saya, suka saya nasihatkan agar anda mencari sebanyak mungkin pengalaman (dalam segala bidang) yang terhidang di hadapan mata - untuk menjadikan anda seorang yang berilmu serta kompeten dalam hidup ini.

Pengalaman boleh diperolehi melalui apa saja sumber yang ada, atau dari siapa saja samada yang hidup atau yang telah mati ! Alam ini umpamanya, terlalu banyak yang dapat kita kutip sebagai sumber info-pengalaman. Melalui orang gila juga, saya pasti banyak pembelajaran yang boleh diperolehi. Membaca PERSPEKTIF lagilah banyak pengalaman...(Puji diri sendirilah tu...).

Saya gemar berkawan. Tak kira dari golongan atau kelompok mana mereka. Bagi saya, tiada kasta yang mampu memagari hubungan antara saya dengan orang lain. Sebagai makhluk Allah, kita adalah sama. Yang membezakan kita cuma dari beberapa aspek. Tetapi, jangan pula sesekali kita menyesali apa yang Allah telah kurniakan kepada diri kita. Berdosa tau !

Bidang pembelajaran saya adalah komunikasi. Orang komunikasi selalunya gemar berkawan dan menjalin silaturrahim dalam seluruh khalayak. Dan, seharusnya mereka memiliki ciri-ciri yang cukup menyenangkan selain kekemasan personaliti diri. Lembut berbicara serta dijalin intim dengan penuh hemah. Kalau tiada ciri-ciri tersebut, mereka pada saya bukan terdiri daripada kelompok terbabit. Jumpa lagi...

Wednesday, March 26, 2008

CERITA EMPAT PULUH SATU

Dapat call dari kak Kiah Cina pagi ni. ”Tak kenallah Din gambar tu”, rungutnya. Tu baru tengok kat gambar kak Kiah oiii, belum tengok had yang real ! Jangan-jangan kak Kiah Cina pun diaorang tak kenal sama tak ? Saya dapat rasa yang kak Kiahpun ’rindu’ kat diaorang tu semua kan ? Apapun, saya harap kak Kiah dapat jemput semua sekali rakan-rakan mate di 28H dulu tu sempena majlis kahwin anaknya nanti. Barulah meriah !

Oh ya, saya minta maaf hari tu terlupa nak story sikit pasal abang Mat (Brother). Brother yang dulu, kini dan selamanya - sama je ! Maintain. Balik dari reunion tu, abang Mat hantar saya dengan teksi dia hingga ke stesen Putra-LRT Asia Jaya. Macam-macam hal saya borak dengan abang Mat sewaktu dalam kereta. Yang ’’sulit-sulit” tu, off the records lah ya. Namun, saya puji sikap abang Mat yang cukup berterus terang. Kak Esah beruntung dapat Brother ! Betullll…Saya acah je nak bayar, memang pun - abang Mat tak nak duit saya tu. “Lain kali bolehlah naik free lagi, kan abang Mat ?”.

Dapat pulak panggilan dari bos lama di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) dulu - Hajah Zuraidah Amiruddin (Cik Zu). Saya amat gembira sebaik dapat bercakap dengan beliau. Cik Zu masa di KPNPM berjawatan sebagai salah seorang pegawai kanan yang disukai ramai dan penuh dengan populariti. Di samping itu, beliau juga menjadi Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan. Manakala saya sendiri selaku Setiausahanya selama beberapa tahun selepas era Encik Anuari. Saya mendapat kabar dari Encik Kamaruddin Abdul Ghaffar, juga bekas pegawai kanan KPNPM (rakan akrab Cik Zu), yang saya temui di Maju Junction tahun lalu, mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya. Saya amat bimbang sebenarnya waktu tu. Syukur alhamdulillah, kini Cik Zu dah sihat sepenuhnya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kehidupan Cik Zu. Amin...

Baiklah, mari kita bercerita kembali bab Pentarama semalam. Lepas peristiwa tu, saya menyambung penjelajahan bersama group Pentarama tu ke seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau tak silap hampir tiga minggu jugak ! Masa tu Kerajaan negeri dikuasai oleh PAS (Menteri Besarnya Allahyarham Datuk Haji Mohd. Asri Muda). Allahyaraham Datuk Asri atau “Tok Ayah” begitu sinonim dengan arus politik PAS dan juga peringkat nasional terutama pasca penggabungan PAS dalam BN. Waktu itu tiada halangan untuk persembahan Pentarama (yang berkonsepkan hiburan bermaklumat) di negeri yang diperintah oleh Kerajaan PAS tersebut.

Bagi memperbaiki mutu persembahannya, Tan Sri Mohammad Rahmat (Tok Mat), selaku Menteri Penerangan masa tu sentiasa memberikan suntikan-suntikan baru yang sesuai dengan peredaran semasa. Juga, ke arah memperbaiki lagi tahap serta mutu persembahan kami yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dan, bagi saya Tok Mat adalah ’mentor’ yang sukar untuk dicari ganti. Harap-harap Menteri Penerangan yang baru ini dapat memberikan perhatian utama terhadap kumpulan tersebut, yang pada tanggapan saya masih lagi relevan sebagai salah satu daripada medium komunikasi dua hala ’yang begitu dekat’ antara pihak Kerajaan dengan masyarakat kumpulan sasar umumnya. Mungkin idea orang muda lebih ’terkehadapan’ ! Sehubungan itu juga, adalah bijak pada pemikiran saya, RTM sebagai ’keluarga kembar’ Jabatan Penerangan memberikan fokus dan mempromosi kegiatan artis Pentarama supaya dapat terus diterima dalam usaha ke arah mempertingkatkan lagi jumlah khalayaknya.

Oh ya, tentu semua nak tahu bagaimana saya mendapat nama Shah Efendy tu ya ? Ianya bermula ketika show pertama di Bachok tu lah. Norazean (kak Yan tinggi) masa tu pengacara (emcee) persembahan. Ketika time saya mula nak membuat persembahan, dia beritahu : ”Panjanglah nak sebut nama adik ni. Kak Yan bagi nama 'Shah Efendy' okey tak ?”, cetusnya dalam nada bersungguh. Sebagai orang baru saya ikut jelah...Itu la pasal kekal nama tu sampai kini ! Not bad jugak kan ?

Seingat saya, ada ramai lagi penyanyi generasi 70an hingga 90an yang menggunakan nama Shah samada di pangkal ataupun di penghujung nama. Mereka termasuklah sahabat saya Aman Shah, Elias Shah, Shah Reza (Datuk), Shahrizan Salmi, Irwan Shah (DJ Dave) dan beberapa lagi. Di Indonesia sendiri terdapat seorang penyanyi yang cukup gah namanya di persada muzik serantau, S. Effendi (Said Effendi). Beliau adalah antara penyanyi lelaki yang saya minati di Indonesia selain Broery Marantika, Bob Tutupoly, Ebiet G. Ede, Eddie Silitonga, Sam dan D’ Llyods dan Tommy J. Pisa. Dah terlanjur, penyanyi lelaki Malaysia yang menjadi kesukaan saya antaranya ialah Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, Sudirman Hj. Arshad, Ahmad Jais, Tan Sri S. M. Salim, sahabat lama saya Jamal Abdillah (semoga sukses dengan ’Konsert Simfoni Kasih’ bersama Saleem nanti), dan juga Allahyarham Zain Azman. Kita jumpa lagi...

Tuesday, March 25, 2008

CERITA EMPAT PULUH

Kembali kita kepada sambungan cerita 36 yang lalu. Maka selepas itu jadilah saya anggota Pentarama yang sah dengan gaji pokok sebanyak RM7.00 sehari. Pada masa tu kira banyak jugaklah bagi saya ! Yang tak syoknya, masa ambil gaji macam pekerja kontrak bangunan pulak rasanya. Punyalah seksa, sain sana sain sini. Siap tutup-tutup jumlah pulak tu ! Tapi, itu semua sudah menjadi sejarah yang kekal bersemadi dalam lubuk jiwa kami bekas anggota Pentarama. Bebudak sekarang tak rasa tu !

Tempat yang mula-mula saya pergi untuk bertugas ialah di Bachok, Kelantan. Sebagai ’artis’ baru yang fresh, saya menjadi favoirite Ketua Unit masa tu arwah Encik Ghaffar. Di sana saya macam kena buli jugak. Kejap-kejap disuruh menyanyi lagu kesukaannya, saya pun dah lupa lagu yang dipopularkan oleh Rudy Ahmad dari Sabah yang pernah digossipkan bercinta dengan penyanyi Mazuin Hamzah (bekas isteri adinda Sultan Brunei). Suka betul arwah dengan lagu tu. Naik muak saya menyanyi lagu tu depan dia.

Selain daripada menyanyi, saya juga perlu berlakun di pentas pada malam itu. Maka, siangnya sibuklah saya menghafal lirik lagu dan dialog lakunan. Memang saya akui, saya ni jenis yang susah nak menghafal. Lagu saya sendiripun saya tak pernah hafal. Memanjang kantoi ketika menyanyi. Benda mudah macam nombor telefon sendiripun kekadang terlupa jugak ! Banyak makan ’kepala ikan’, tu la pasal ! Begitulah apa yang berlaku. Siangnya saya diajar showmanship oleh abang Musa (drummer). Salah satu lagu yang saya nyanyikan ialah lagu ’Juliana’ yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Saya cukup teruja dengan lagu tu. Rancak ! Jadi, untuk mudah ingat, saya tuliskan senikata lagu tu kat tapak tangan. Nak jadi cerita, malam tu hujan renyai, habis tangan basah. Lirik lagu pun cair sama. Saya punyalah gelabah. Apa lagi, plan B - belasah je lah lagu tu. Pendek kata, sebarang perkataan yang 'menyinggah’, saya pasti sebut ! Maka, anda bayangkanlah yang dingin, apa jadi dengan lagu tu. Hancur, punah ranah !

Turun pentas je, si Zain (Ketua Artis kami) mengamuk. Yang pedihnya, ada ke patut disuruhnya saya balik KL ? Binawe betul ! Cukup sadis. Habis satu rombongan kutuk dan ketawakan saya malam tu. Malu besar beb ! Sejak tu, diaorang pakat panggil saya ”Din Bachok”. Lekat sampai sekarang.

Sebetulnya ada lagi cerita tragis malam tu. Masa berlakun sebagai Pak Daik, dialog saya berbunyi begini lebih kurang : ”Nama saya Pak Daik Tuanku. Hamba...(bla bla bla)”. Lepas habis dialog tu, sayapun bisik kat Hatta sebelah saya, ”Okey tak ?”. Tetiba dia cakap balik (slow je - dalam nada geram) : ”Diaaaamlah...!” Korang tahu tak, sebenarnya semua penonton kat bawah tu dapat dengar (dialog saya yang 'tak ada dalam skrip' tu) dengan jelas sebab saya cakap betul-betul dekat dengan microphone. ’Tiga ratus puluh’ kali malu saya malam tu ! Nanti saya story lagi...

CERITA TIGA PULUH SEMBILAN

Terima kasih kepada Nyah kerana pembetulan cerita semalam. Kepada semua rakan-rakan kat 28H tu, lihatlah foto-foto kenangan yang telah diambil tempohari (sebelah kanan-bawah). Comel tak ? Saya percaya, semuanya yang berkesempatan hadir pada pertemuan sulung di rumah kak Esah dan Brother Mat tempoh hari, masih lagi segar dengan memori indah itu. Masih teringat dan terngiang-ngiang keletah dan senda gurau masing-masing. Begitu juga dengan anak-anak yang menambah seri pertemuan tersebut. Bahawa, kita akan sama-sama mengingati tarikh keramat itu : 20 Mac 2008 (Khamis), bersamaan 12 Rabiul’Awal 1429 Hijrah (Mauliddurrasul).

Saya sendiri dapat merasakan bahang kemeriahannya. Renungilah foto-foto itu kembali. Cuma ingatan tulus dari saya, jangan akhiri ia di situ. Sambunglah kembali ikatan silaturrahim tersebut melalui wadah teknologi terkini. Nak tulis surat, tentulah masing-masing dah penat nak menulis. Apa yang saya dapat saya rumuskan, kalaulah berkumpul semua sekali warga 28H tu, agaknya tentu lebih gamat lagi. Dan, nampak gayanya kalau nak buat lain kali kenalah sewa bas pulak. Bawa seisi family dan kita boleh anjurkan macam-macam acara (game) lagi. Kalau umur panjang, rezeki murah, pertemuan-pertemuan selanjutnya kita book pulak ’Air Asia’ (masa discountlah). Pergi mana-mana tempat menarik di negara kita ni. Okey tak idea ni ? Tak okey pun kata okeylah ya...

Terima kasih pada ”Shasha” (anak kak Kiah Kecik) yang telah mengirimkan gambar-gambar tu. Pesan untuk Shasha dan lain-lain anak pelajar ’keluarga kita’, agar belajar rajin-rajin dan mendapat keputusan cemerlang pada setiap exam. Balaslah jasa ibu dan bapa. Jangan persiakan harapan mereka. Ingat, bahawa cabaran di hadapan semakin besar. Hanya mereka yang terbaik, tabah dan komited sahaja akan mampu memperoleh kejayaan yang hakiki ! Di samping itu, "Tuhan" jangan sekali-kali dilupakan...

Kembali bercerita mengenai jalur politik negara. Saya terpanggil untuk mengulas mengenai kenyataan YB Datuk Ahmad Sabery Cheek, Menteri Penerangan yang baru, mengenai hasrat beliau untuk menemui ’bloggers’ seperti kami sebaik memegang jawatan tersebut baru-baru ini. Saya tabik pada beliau yang begitu peka dengan perkembangan media maya terkini. Memang benar, peranan penulis blog di internet cukup besar. PRU12 yang baru lalu sebagai contoh nyata. Saya fikir, idea ini cukup baik terutama dalam kita membina kembali negara yang telah ’sedikit tercemar’ situasinya, terutama akibat daripada kempen-kempen yang telah berlangsung sebelum dan selepas musim PRU12 baru-baru ini.

Saya amat berharap agar para bloggers politik, dapat menyahut dengan nada yang positif akan hasrat murni Menteri Penerangan tersebut. Kita perlu membantu pihak Kerajaan untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan negara. Justeru, para penulis blog yang memiliki pengikutnya yang tersendiri, perlu mengimbangi situasi pro dan kontra yang disuarakan oleh rakyat jelata termasuk ’suara-suara nakal’ dari luar negara mutakhir ini ! Kita tidak boleh terus-terusan berberpolitik. Waktu senggang diperuntukkan bagi memulihkan kembali keadaan yang tidak berapa menyeronokkan ini. Kita sering mengungkapkan perkataan, ’Alangkah bersyukurnya aku, kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini”. Lalu saya bertanya pada diri saya sendiri, apakah kita telah benar-benar ’berasa bertuah’, selamat, seronok, selesa, sejahtera dalam situasi negara yang agak ’suram’ sekarang ? Bangkitlah wahai seluruh anak Malaysia. Tempatkan kembali negara kita ke persada dunia. Allah bersama dengan kita...InsyaAllah.

Kepada bloggers sekalian, tiba waktunya untuk anda menulis sesuatu yang bernilai positif untuk negara anda sekarang. Tulislah yang baik-baik, kerana jika terlalu banyak anda menulis tentang keburukan negara sendiri, ingatlah bahawa anda telah menempatkan diri anda ke dalam spesis ’keluarga’ peribahasa : ”Seperti meludah ke langit terkena batang hidung sendiri”. Fikirkanlah secara rasional. Kita bertemu kembali nanti...

Monday, March 24, 2008

CERITA TIGA PULUH LAPAN

Kemelut perlantikan MB dan exco terus menghantui Kerajaan BN ’Terengganu Kite’. Kita berdoa agar semua pihak yang terbabit dapat duduk berbincang ke arah menzahirkan satu keputusan yang saksama atau dalam lingkungan kondisi ’menang-menang’ dapat dijelmakan. Institusi Raja merupakan salah satu kuasa eksekutif tertinggi negara yang selama ini amat bersedia ’mendengar’ nasihat oleh YAB Perdana Menteri bagi sesuatu isu yang dianggap ’rumit’ untuk ditangani, kali ini boleh melihat dan menilai kembali perlantikan MB baru yang sudahpun menerima watikah perlantikan oleh pihak istana. Secara peribadi, saya memohon pihak-pihak terbabit agar menyegerakan proses penyelesaiannya supaya rakyat tidak lagi dihimpit kebingungan atau tandatanya yang mana mampu meranapkan satu lagi kuasa BN (UMNO) di negeri sebelah Pantai Timur !

Nampaknya, gambar reunion 28H seperti yang dijanjikan terdahulu masih belum diperolehi. Saya harap anak kak Kiah Kecik jika tersinggah ke blog ini dapatlah menyegerakan penghantaran gambar/foto-foto berkenaan. Ramai dah tak sabar nak tengok ’posing maut’ mereka tempohari. Posing paling maut ialah semasa acara ’potong kek’ tu !

Apapun, hari tu saya betul-betul kena buli dengan mereka. Setiba saja kat luar rumah, abang Mat (Brother) menyambut dengan penuh mesra. Susuk tubuh dia nampak macam tu jugak. Malah lebih 'ramping' lagi dari dulu. Kak Esah bagi makan apa haaa ? Mula-mula, bila terpandang wajah-wajah ’lelaki macho’ kat luar tu saya ingatkan jiran tetangga abang Mat. Selepas bersalam dengan mereka termasuk Nuri, saya kemudian terus masuk dan bersalam dengan kak Esah, kak Sariah dan Nyah. Kemudian, tibalah sesi ’bully’ oleh kak Esah dan kak Sariah. Mereka suruh saya ”meneka” barisan ’gadis-gadis’ terutama yang duduk bersandar kat dinding tu. Kak Leha yang duduk kat tepi Nyah saya cam. Sangat cam ! Kak Yam biasalah dengan wajah ala-ala Nyonya Melaka dia tu. Datang dengan anaknya. Jujur, had yang dua orang lagi memang saya tak cam ! Sehinggalah kak Kiah Kecik buka mulut. ”Sampai hati kau Din tak kenal ’ngan kak Kiah”, keluhnya. Laaa, gempalnya kak Kiah ! Perubahan 350% ! Kemudian kak Esah kenalkan ’Cha’. Terperanjat saya. Dah pakai ’glass’. Betul-betul lain. Tetapi yang paling menakjubkan bila suami Cha (Zamri) kata mereka kini memiliki seramai 10 orang anak ! Wau !!! Ye ke ni ? Macam tak percaya je...Produktif sungguh ! Apapun, tahniah, kerana mereka adalah pasangan bahagia yang paling romantis.

Sebut bab suami Cha ni, saya teringat dia meliliki abang kembar seiras yang juga sepertinya berambut afro. Dua beradik kembar yang hansom ni macam belangkas. Ke sana ke sini mesti berdua. tetapi, jajahan takluk utama mereka adalah di padang bola sebelah panggung wayang tu di mana mereka mendominasinya bersama-sama rakan-rakan ’bola’ mereka. Tapi kini, Zamri pun macam saya jugak ! Takpalah Zamri, Mr. Roy pun Mr. Roylah, asalkan bahagia sudah...Apa ada hal ?

Kemudian tiba pula Ani bersama anak lelaki tunggalnya berserta suami (mai Penang jugak kot...), diikuti kak Zee, suami dan adiknya Tun. Seperti tadi, ’Jejak Kasih’ tu telah menerbitkan ber’milimeter’ air mata. Memang syahdu. Tangkap nangis wa cakap lu ! Sebab tu saya tak mahu duduk kat dalam. Sayapun sensitif jugak ! Bagi melenturkan keadaan, saya bergebang sakan dengan abang Mat, Zamri (suami Cha), suami kak Kiah Kecik, abang Ayob (suami kak Leha), abang Razak (suami kak Zee) dan suami Ani. nak jadi cerita, abang Ayob pernah bekerja di Subang Jaya dengan adik ipar saya - Hasnal. Lihat gambar Hasnal kat tepi tu.

Kemudian saya call kak Kiah Cina, dia minta maaf sebab tak dapat datang. 'Faham-faham jelah katanya...' Tapi, dia sempat juga bercerita bab adik dia Eton, yang juga pernah pada waktu-waktu ketika musim cuti sekolah menginap di 28H. Beliau kini mengajar di Tampin dan memiliki empat orang cahayamata. Dulu kurus je budak tu, tapi rupa parasnya macam jugak kakak dia - cute ! kak La pula beritahu dia ada kat Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Hospital Selayang. Takpa, lepas ni kita jumpa kat Pengkalan Balak (rumah kak Kiah Kecik).

Macam-macam yang kami borakkan. Yang paling mendapat tempat adalah isu berkaitan situasi politik tanahair. Secara peribadi, saya dapat merumuskan bahawa mereka adalah saki baki penyokong BN yang masih berminat mengenai parti keramat UMNO. Biar nadanya tidak sekata, namun saya percaya mereka merupakan antara ’pengundi protes’ yang ingin melihat perubahan dalam pentadbiran Kerajaan sediada dan bersedia untuk kembali menjadi 'pengundi tegar' BN dan UMNO ! Bagi saya, saya cukup optimis bahawa proses ’transformasi’ dalam UMNO yang berlaku sedikit demi sedikit kini, mampu membawa kembali kecemerlangan dan kegemilangannya sepertimana masa-masa lalu. Yang penting, rapatkan kembali barisan, dan bersatulah demi untuk kesejahteraan bersama. InsyaAllah. Hidup UMNO ! Jumpa anda lagi...

Friday, March 21, 2008

CERITA TIGA PULUH TUJUH

Sambutan hari keputeraan Baginda Rasullullah s.a.w disambut dengan penuh meriah di seluruh negara semalam. Tiga peristiwa yang menarik perhatian saya untuk paparan bolg ini. Pertama, YB Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak menjadi ’Menteri’ pertama yang berucap mendahuli SPB Agong, PM mahupun TPM pada majlis rasmi pertama peringkat persekutuan sejak Kerajaan baru dibentuk. Beliau menggantikan YB Dato’ Abdullah Md. Zain di JPM. Kedua, YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi ’satu-satunya’ pemimpin kaum Cina di negara ini yang turut berarak bersama-sama TYT Yang DiPertua Negeri dalam majlis sempena sambutan Mauliddurrasul Peringkat Negeri Pulau Pinang. Dan ketiga, peristiwa ’Jejak Kasih’ (Reunion 28H) yang berlaku di rumah kak Esah dan Brother Mat di Kampung Medan, PJ yang mencatat sejarah itu !

Kak Esah telefon ketika saya dalam Stadium Putra, sewaktu majlis penyampaian Anugerah Tokoh Mauliddurrasul 1429H kepada Sheikh Muszaphar Shukor (orang Islam pertama ke ISS). Menurutnya ramai kakak-kakak ke majlis reunion 28H tu dah sampai. Nyah, Nuri serta Ita dan anak-anak merekapun dah ada kat situ. Tapi kata kak Esah, kak Kiah Kecik tak sampai lagi sebab ambil anak perempuannya di UiTM, Shah Alam. Saya kata InsyaAllah, saya akan sampai.

Belumpun selesai function, saya dah keluar. Saya ambil teksi dari Jalan Hang Tuah selepas turun train LRT dari Bukit Jalil. Oh ya, sebelum tu nak cerita sikit. Masa nak ke tempat perarakan Mauliddurrasul tu, bertemu pulak rakan lama di Pentarama - Hassanuddin. Dia kini bertugas di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Sewaktu di Pentarama dia juga menyanyi, berlakun dan menari. Lagu favoirite dia dendangan Sudirman, ”Anak Gembala”. Suka tengok dia menyanyi...showmanship dia tu !

Dalam teksi, cerita bab politik semasa dengan pemandu seorang Melayu. Saya kata, kalau nak tahu sedikit sebanyak pemikiran saya lawatilah blog saya PERSPEKTIF. Sebaik sampai, saya hulur dia RM20.00 (meter cuma sekitar RM12.00 je). Kesian dia, susah payah nak cari rumah kak Esah tu. Kampung Medan dah tak sama macam 30 tahun dulu. Berbeza habis ! ”Eh, banyak sangat ni”, itu katanya ketika saya hulurkan duit tambang tu. Tak pa saya kata, ’sedekah’. Lagipun, kalau saya yang cari sendiri jawabnya Mauliddurrasul tahun depan baru jumpa !
Banyak cerita yang menarik yang akan saya paparkan kat blog ni pasal bab reunion tu. Sayapun tengah tunggu foto-foto dari anak kak Kiah Kecik. Jawabnya tergendala lagilah cerita Pentarama tu. Sabar ya...

Wednesday, March 19, 2008

CERITA TIGA PULUH ENAM

Apabila melihat banyak perkara-perkara ’aneh’ yang berlaku di sekitar kita hari ini, rasanya dunia dah nak kiamat sangat. Di Sabah dalam berita malam tadi, ditunjukkan visual mengenai ’telor ayam kembar bertangkai’. Saya sendiri masih menyimpan ’cili padi kembar’ yang saya perolehi pada tahun lalu. Dan, kita wajar bersyukur kerana kembar Siam dari Kedah telah ’mendapat’ rahmat Allah SWT sebagai insan normal, melalui pembedahan yang dilakukan oleh doktor dan di hospital kita sendiri ! Umat Islam bergaduh sesama sendiri hanya kerana hal-hal duniawi !

Dalam politik, masuk hari ini cuma Terengganu saja yang masih belum menamakan barisan ’kabinet’ khususnya Menteri Besar mereka. Manakala semalam Pak Lah menamakan barisan kabinet peringkat nasional yang baru. Sebagai rakyat marhaen, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan anda semua ! YB Tan Sri Muhammad bin Hj. Muhd. Taib (’Mike Tyson’) nampaknya kembali ke persada politik tanahair dengan penuh iltizam. Saya pernah membaca buku beliau bertajuk ’Melayu Baru’ yang diterbitkan pada 1993. Setelah 15 tahun usia buku tersebut, masih lagi kelihatan amat relevan. Banyak saranan untuk ’membandarkan’ Melayu di bandar. Maka, sesuailah jika kini ’dibandarkan’ pula Melayu kampung, untuk mempercepat proses pembangunan dan transformasi sepertimana yang digagaskan dalam buku tersebut. Selamat datang ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri !

Kita sambung cerita Pentarama pulaklah ya. Nanti ada yang merajuk, susah nak pujuk ! Ya, semasa audition kat Pentarama tu, saya mengakui bahawa tiada ’bekalan seni yang mantap’ yang saya bawa. Hanya sedikit pengalaman seni. Itupun sekadar ’ala-ala’ je. Menyanyi sikit, menari sikit, berlakun sikit. Senang kata ’tak ada pengalaman pro’ langsung ! Itulah masalahnya. Yang mengetuai sesi audition adalah Encik Karim Latiff, pelakun watak antagonis (penentang/watak jahat) era Studio Filem Ulu Kelang.

Punyalah susah payah buat itu ini, seperti yang diarah oleh panel audition. Kena tunjukkan kebolehan dalam semua bidang pementasan/persembahan. Encik Karim Latif (saya panggil ’abang Karim’) serius betul, macam nak makan orang. Ditambah dengan misai tebalnya yang dah mula ada unsur-unsur ’keputihan’ tu. Saya kalau melukis gambar dia tak pernah tak menjadi. Begitulah kuatnya imiginasi saya pada pelakun yang sezaman dengan Allahyarham Tan Sri (Dr.) P. Ramlee ni.

Kalau tak silap saya, ada sekitar 30 orang calun yang pergi audition tu. Nak pilih sorang je, seperti saya kata untuk ’ganti’ penyanyi Jamal Abdillah. Saya main ’belasah’ je bila abang Karim minta saya menari. ”Tarian apa tu ?!”, sergahnya. Sambil-sambil tu saya sahut : ”Tarian zapin encik !”. Setan betul, semua kat situ pakat gelakkan saya. Memangpun, tak rupa macam tarian langsung. Macam ’tomoi Siam’ adalah ! Nak malu ke hapa, bisik hati kecil saya. ’Hantam’ sajalah Labu !

Bila tiba bab berlakun ok, tak ada masalah. Menyanyipun ok, ada basic sikit. Tetiba, tak alih-alih suruh pulak saya melawak. ’Mangkok tingkat’ betul ! Peliknya, sekor ’humat’ pun kat situ tak ketawa. Malu jangan katalah. Peliknya, lepas saya audition tu, spontan saya dengar suara riuh dari dalam bilik bunyi gelak mereka. ”Gelakkan akulah tu !”. Hampeh betul !

Ada sorang je yang menjadi pesaing saya kata kak Yan dan Ellen (abang ipar kak Yan - suami Laila Shahrin (saya panggil kak Lin). Adik Sunny (pemain gitar utama) kumpulan Pentarama tu. ”Boleh tahan jugak budak tu”, bisik hati kecil saya. Tapi, bila kak Yan dan Ellen kata macam tu, sedap sikit hati saya. Yalah, sekurang-kurangnya saya masih ada harapan. At last, Allah nak bagi, dapat jugak saya job tu. Apa lagi, bukan main suka saat tu. Tambah pulak, abang Ai belanja makan kat ’Benteng’ yang di tepi Sungai Gombak (kawasan sekitar laluan gerai-gerai tepi Sungai Gombak atau dipanggil Jalan Masjid India sekarang). Kak Yan, kak Lin, Faimi dan Ellen pun turut sama. Tak boleh tidur, punyalah suka. Sampai nak tidur malam, bunyi kilang kat Kampung Medan, bunyi keretapi atau bunyi kereta lalu lalang kat tepi rumah kami macam (yang selalu memekak !) bagai ’tak ada apa-apa hal’ ! Seronok beb ! Asyik sungguh, lena dibuai mimpi indah. Apa taknya, kan ke esok saya bakal bergelar ’Artis Pentarama’ ? Tercapai jugak cita-cita nak jadi artis. Tapi, bukankah lebih baik masa tu di’konar’kan cita-cita tu - nak jadi ’Ustaz’ ke, Imam Besar masjid Negara ke atau ’Menteri Besar Perak’ ke...Melalutlah tu !

”Kalau awak dapat kerja ni, bila boleh start ?”, jerkah abang Karim. Memang gitupun dia. Tak sudah-sudahnya nak ’menyakat’ saya sejak dari awal audition tadi. Dengan pantas saya menjawab; ”Esok !”. Jumpa anda kembali...

CERITA TIGA PULUH LIMA

Jemputan Ke Majlis
28H REUNION
Pada 20 Mac 2008 (Khamis), jam 10.00 pagi
Di rumah Kak Esah :
24, PJS 2D/9, Kg. Medan,
Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Dapat mesej dari Nyah yang mengingatkan saya mengenai reunion tersebut. InsyaAllah. Tapi tulah, kena pergi perarakan Maulidurrasul kat Bukit Jalil lah pulak. Apa-apapun, jangan lupa bawa kamera masing-masing untuk dimuatkan nanti dalam blog ini.

Kabarnya, kak Esah nak buat ‘secret recipe’. Apalah agaknya masakan bekas aktres Bollywood tu ? Saya pasti, kakak-kakak yang hadir nanti akan menikmati suasana paling syahdu dalam hidup mereka. Yalah, dah lebih daripada 30 tahun ! Sesungguhnya, kenangan tersebut amat sukar untuk dilupakan. Kini, masing-masing dengan haluan sendiri. Macam Nyah, kak Sariah, kak Esah, kak Yam, kak Kiah Kecik masih lagi berhubung kot. Namun kekadang tu, walau tinggal dekat-dekat pun, kaki tu macam berat je nak pergi. Ada-ada saja kekangan !

Saya amat teruja bila Nyah kata kak Sariah, kak Yam, kak Zee, Cha, Ton, kak Leha, Achom, Ani, kak La dan kak Kiah Kecik nak datang. Pasti meriah ! Brother nampaknya terpaksalah keluar 'budget' lebih sikit. Takpa, lain kali kat rumah orang lain pulak kan ? Yang penting, silaturrahim dapat dijelmakan kembali. Allah tahu nawaitu kita. Kalau yang lain-lain macam kak Kiah Cina (JS), kak Normah, Lili dan adik kak Sariah dapat turut sama kan bagus ! Saya harap Nyah dapat bawa kak Jah (kawan baik dia tu). Ada mirip kak Esah jugak. Kita jumpa kembali...

Monday, March 17, 2008

CERITA TIGA PULUH EMPAT

Kepakaran seseorang kadangkala baik untuk digunapakai. Ada juga sebaliknya. Dan, kepakaran juga perlu diaplikasikan di tempat yang betul dan bersesuaian. Eh eh, kenapa pi melalut sampai kes ’pakar’ ni ? Saja nak suruh anda berfikir sejenak.

Suatu ketika di London berlaku satu kejadian kebakaran di sebuah bangunan yang separuh tinggi. Dari tingkat lima, seorang perempuan menjerit sambil mendokong bayinya. Beliau kelihatan begitu cemas di celah-celah asap tebal.

Bomba : "Puan baling anak puan ke bawah sekarang. Kat bawah sini ada tilam empuk yang tebal dan anak puan pasti tidak cedera. Kemudian puan pula terjun ke mari ! ”. (Jerit pegawai bomba dari bawah).

Namun, makcik tu masih enggan melepaskan anaknya, kerana tidak yakin anaknya akan selamat.

Makcik : "Suruh ’Gordon Banks’ datang. Minta dia sambut anak saya kat bawah". (Jerit perempuan tu).

Kebetulan Gordon Banks (ketika itu beliau adalah penjaga gol England, dan baru saja membantu negara tersebut menjuarai Piala Dunia 1966) melintas di kawasan tersebut. Melihat saja kelibat Gordon Banks kat bawah, makcik tu pun terus melempar anaknya dan disambut dengan penuh tenang oleh penjaga gol tersebut. Dan seperti diduga, orang ramai yang berada kat situ semuanya bertepuk tangan dan bersorak gembira, saling tak tumpah seperti keadaan di Wembley Stadium. Apa lagi, melihatkan situasi tersebut, si Gordon Banks itupun terus menyepak bayi tersebut sehingga melambung tinggi, sama sepertimana yang dilakukannya ketika setiap kali berjaya menyelamatkan gawang gol dari dibolosi. Sebenarnya beliau ’termamai’ sejenak kerana menyangkakan beliau sedang beraksi di stadium berkenaan. Naya je budak tu !

Pengajarannya, jangan terlalu yakin dengan kepakaran seseorang. Mai dia mamai, kalut satu dunia ! Mungkinkah cerita ini juga boleh dikaitkan dengan ketewasan UMNO atau parti-parti gabungan BN yang lain dalam PRU12 lalu, yang kabarnya menggunakan pelbagai akses dan tenaga kepakaran ? Takpalah, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Saya konsisten, bahawa BN akan mampu bangkit kembali. Yang penting pada waktu yang sukar ini, jangan sesekali salah-menyalah antara satu sama lain. Rapatkan kembali barisan, dan bersatulah untuk meleraikan kekalutan yang ada. Jangan tuang minyak ke atas api yang sedang marak. Jangan ada paksa memaksa. Ugut mengugut. Seperti selalu, komitmen sebagai satu pasukan amat diharapkan. Yang kalah dan yang menang cuba bermuhasabah diri. Menangpun jika majoritinya merosot, perlu juga diambil kira sebagai satu aspek dalam setiap post mortem. Dan, yang paling penting sekali adalah; apakah isu-isu besar seperti rasuah, kronism, ketidaktelusan dan sebagainya dapat dikurangkan (jika tidakpun terhapus terus) dari pentadbiran ’baik’ negara. Rakyat sedang menilai dan meneliti lagi, untuk memberi jawapan pada PRU13 pula !

Pada amatan saya, unsur-unsur penolakan UMNO juga telah berlaku sejak lama sebelum PRU12 dahulu. Saya tercari-cari apakah makna perkataan ”ABU” yang banyak tertulis di merata KL. Jika kita rajin ke sebelah stesen LRT Central Market, kita akan menemui tulisan tersebut di kawasan ’lukisan mural’ oleh para pelukis vandalism sebelah Sungai Gombak. Mulanya saya ingatkan ABU adalah akronim untuk perkataan Anwar Belasah UMNO ataupun Alternatif Belasah UMNO. Rupanya : Asal Bukan UMNO. Inilah antara kata kunci pembangkang kali ini yang kelihatan begitu licik dan tricky sekali kepada pemerintah khususnya UMNO. Nampaknya parti pilihan saya begitu sukar mengesani isu ini. Dan, satu lagi pengajaran yang baik untuk direnungi. Ateh dan Idazaini ada komen ? Jumpa lagi...

CERITA TIGA PULUH TIGA

Kabarnya pagi ini MB Perak akan mengangkat sumpah jawatan. Terengganu bagaimana ? Perlis ? Apapun, semenjak dua tiga menjak ni nampaknya tak habis-habislah cerita ’kemelut’ Menteri Besar. CM (Chief Minister) Lim Guan Eng dah ok. Pada pandangan saya, beliau sudah wajar dikurniakan dengan anugerah “Datuk Seri” oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang. Begitu juga di Kedah, Perak dan Selangor. Mungkin juga di Wilayah Persekutuan ?

Sebut bab anugerah ni, saya pernah menulis di sebuah media arus perdana mengenai perlunya diberi pertimbangan kepada individu parti pembangkang, yang turut sama berperanan dalam membangunkan negara. Orang-orang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Ustaz Nasharuddin (Timbalan Presiden PAS) dan lain-lain yang agak berwibawa wajar mendapat gelaran ‘Datuk’. Barulah ‘sejuk’ sikit bahang dalam dada mereka. Ini balik-balik kita rekomen pada orang yang tak berapa banyak jasa atau jelas sumbangannya. Artis-artis pun dah berderet dapat Datukship ! Kita harus rasional dalam perkara ini. Keadaan ini juga menjadi ‘barah dalam daging’ pengundi senyap/protes. Harus ada perubahan dalam setiap sektor kehidupan di negara ini. Barulah usaha untuk memartabatkan bangsa dan negara Malaysia ke persada dunia dapat dilakukan secara konsisten !

Dah terlanjur sebut pasal Ustaz Nasharuddin, teringat saya pada suatu ketika. Kalau tak silap, masa tu Mukamar PAS di Alor Setar sedang berlangsung, di mana saya berborak dengan beliau kat lobby hotel empat bintang. Kebetulan saya menginap di hotel yang sama atas satu urusan peribadi. Banyak yang kami sentuh. Antaranya peranan DSAI dalam lanskap politik negara. Beliau nampak optimis mengenai perkara ini. Bahawa pada satu hari akan lahir pemimpin yang ’disegani semua pihak’ untuk menjadi nakhoda negara ! Itu saya tak setuju. Kerana masa tu saya masih percaya pada turutan RAHMAN. Sudah pasti selepas Abdullah, Najib akan menyusul iaitu pelengkap huruf ”N” yang terakhir. Apapun, kita serahkan pada Allah semuanya. Najib ke, Anwar ke, Hadi ke, yang penting ’Melayu’ mesti menjadi ketua Kerajaan ! Manakala kuasa Raja-Raja Melayu mesti terus dipertahankan. Tak boleh ada "Timbalan Raja" seperti Raja Vellu atau Raja Lim. Lantaklah mereka nak wujudkan Timbalan MB ke, Timbalan CM ke. Jangan buat ’gila’ wujudkan Timbalan Raja pulak ! Haghu Malaya nanti !!!

Dalam pada itu, saya turut membaca surat Mukhriz Mahathir yang agak membingungkan itu. Apahal ni ‘bang’ tak sabar-sabar ? DSAI dulupun pasal tak sabarlah jadi macam tu. Tanyalah bapa anda ! Be cool and be gentleman. ‘Jangan dedah rumahtangga kita pada orang luar’. Biar peringkat grassroot buat keputusan pulak lepas ni. Tak lama lagi mesyuarat peringkat Cawangan UMNO. Kat situ baru sesuai. Ambil majoriti. Kalau majoriti kata tak nak Pak Lah, rasanya Pak Lah reda. Ini main desak-desak gini, mirip macam surat suruh letak jawatan Tun M kepada Tunku dulu je. Like father like son. ”Orang” kat keliling dok tepuk tangan. Rasakan Melayu bercakaran sesama sendiri ! Tentulah ada implilkasi daripada surat anda sepertimana anda juga menyedarinya. Niat untuk selesaikan satu problem, kini terpaksa berhadapan pula dengan satu lagi problem yang lain ! Sesuatu keputusan secara konsensus, apabila berlaku ’kegagagalan’ janganlah kita menuding jari kepada pihak lain. Kira ok lah tu Pak Lah pilih anda bertanding di Jerlun, walaupun ada beberapa senarai nama lain yang dicadangkan oleh bekas MB Kedah yang lalu. Berterima kasihlah sikit...Sekali lagi ”be cool man ! ”.

Nampaknya tak jalan jugak cerita Pentarama sepertimana yang diminta oleh rakan-rakan saya tu. Bebanyak sori haaa ! Sabar, kerana ’sabar adalah separuh daripada iman’. Oh ya, pada 20 Mac 2008 ni kak Esah ajak join re-union kat rumah dia di Kampung Medan, PJ. Pada kengkawan yang pernah tinggal kat rumah 28H tu, jangan lupa datang. Kak Yam dah ofer saya dan Nyah naik kereta dia. InsyaAllah, kita jumpa di sana !

Friday, March 14, 2008

CERITA TIGA PULUH DUA

Rasanya tak betul kot ramalan saya tu. Terkini, dari khabar yang diterima formula Kerajaan campuran Perak ialah jawatan MB dari PAS, exco DAP 6, PKR 3 dan Pas 1. Pun ok...! Tak kisahlah, asalkan Melayu masih memegang teraju pemerintahan. Apapun, DAP masih memegang ’remote’nya. Kesian, Tuanku Sultan Perak. Macam dimain-mainkan dek mereka yang berkaitan ! Sebagai rakyat negeri Perak Darul Ridzuan, saya cukup sedih dengan apa yang berlaku. Namun, apapun anggaplah ini sebagai proses ’overhoul’ institusi orang Melayu !

Ramai kengkawan dari Penerangan yang call mintak ’dicepatkan’ cerita tentang Pentarama tu. Sabar saya kata. Kisah di sana tu kalau dihimpun, boleh jadi novel Harry Porter. Banyak tu ! Saya clue sikit, saya mula kerja kat situpun kerana ganti Jamal Abdillah yang ketika itu berhenti setelah berjaya memenangi pertandingan Bintang RTM 1979. Saya akan cerita selanjutnya nanti...tungguuuu !

CERITA TIGA PULUH SATU

Semalam dapat call dari kak La. Dia tanya tentang life, tentang kerja. Mana satu nak jawab dulu ya ? Rewind balik, kak La ni kurus ramping je dulu. Antara adik beradik kak Esah yang saya rapat. Lagi sorang saya cuma kenal Hassan. Saya dengar anak Hassan pun dah dua. Cepat betul masa belalu...Ok lah, kalau ada masa nanti kita sembang panjang ya kak La.

Kembali kepada kisah saya dulu. Selepas bekerja di Restoran Sate Anika, Bukit Bintang Plaza, saya mendapat tawaran bekerja di dalam sektor Kerajaan iaitu di Bahagian Sivik dan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia. Masa tu pejabat dan studionya terletak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur (belakang Mahkamah Tinggi Persekutuan). Di situ saya diletakkan di Unit Pentarama dengan bidang tugasnya adalah bagi menjalankan kempen-kempen yang dicetuskan oleh pihak Kerajaan.

Bos besar masa tu (sebagai Menteri) ialah Dato’ Mohamad Rahmat (Tok Mat). Sementara Dato’ Mohd. Kaus menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, manakala Dato’ Osman Said (bapa kepada Dato’ Azalina Osman) bertindak selaku Pengarah Bahagian. Allahyarham Sheikh Abdul Rahman di posisi Ketua Pentarama, dan arwah Encik Shahabuddin serta arwah Encik Ghaffar sebagai Ketua Unit. Dalam carta organisasi unit tersebut pula, pelakun Karim Latiff sebagai Pengarahlakun, Azman dan Zain selaku Ketua Artis.

Sebenarnya, saya menganggotai kumpulan kesenian terbabit secara kebetulan saja melalui adik angkat abang Ai, ’kak Yan’. Kak Yan juga merupakan adik kepada penyanyi Malek Ridzuan, Abdullah Shahrin dan Laila Shahrin. Penyanyi-penyanyi 80an yang genre muziknya lebih terarah kepada pop dangdut. Kak Yan akhirnya menjadi ’kakak angkat’ saya yang cukup prihatin dan penyayang serta juga ’cukup kebal’ mengawal saya. Dia panggil saya ’adik’. Boyfriendnya Faimi, panas dingin alam bercinta, dan akhirnya mereka berkahwin serta mempunyai ramai anak. Yang saya ingat anak yang tua bernama Amal. Kemudian Faimi bernikah lain dengan rakan artis dari Kampung Baru, Liza dan menetap di sana. Saya dan Liza juga pernah ada hubungan intim. Kak Yan turut bernikah lain dan kini menetap di Johor.

Sebut pasal ’Amal’ anak Faimi ni, masa peringkat Tabikanya ada satu cerita yang saya sangat suka dengar. Satu hari kata Faimi, dia balik dari sukaneka kelas. Excited betul nak cerita kisah dia. ”Tadi abang pecut kuat-kuat, abang dapat potong tiga orang sekali". Dalam pada tu, Faimi hairan kenapa tak ada apa-apa hadiah kalau menang. ”Sebab abang tak dapat kejar yang lagi lima kat depan abang”. Ohhh...dapat nombor enam rupanya. Merosakkan gegendang telinga je.

Banyak yang menarik pasal di Pentarama ni. Dari mula auditions sampailah berhenti kerja. Sekitar 14 tahun gitu. Saya janji saya akan ceritakan semuanya nanti.

Mari kita singgah bab isu politik negara sekejap. Hingga kini, kerusi panas MB Perak masih belum diisi. ’Ding-dong, ding-dong...’, macam-macam hal ada. Bolehkah saya ’menujuminya’ ? Saya fikir PKR akan buat satu tindakan drastik yang mengejutkan gabungan parti altenatif lain. Tiga daripada calon mereka (Melayu) mungkin akan keluar ’menyeberang’ ke BN untuk mencukupkan jumlah 31 kerusi dewan (BN la ni ada 28 kerusi). Ketiga-tiga mereka pula mungkin akan mendapat kerusi exco. Saya fikir ia satu 'kautim' yang adil dan setimpal. Ini saja jalan penyelesaian bagi kemelut tersebut ! Dan, demi maruah serta survival politik Melayu di Perak. Mungkinkah ramalan ini tepat ? Entah, sayapun main ’belasah’ je ? ’Nujum’lah katakan. Jumpa semula...

Thursday, March 13, 2008

CERITA TIGA PULUH

Satu guard marah-marah pagi ni sebab katanya Langkawi la ni kecoh pasal tambang feri dah naik lagi. Eh, betoi ka ? Takpa, itupun yang orang Kedah nak kan ?

Akhbar The Sun yang biasanya agak pro-pembangkang BN, pagi ini keluar cerita highlight lagi : ‘Cracks in Perak coalition - DAP assembleymen to boycott PAS MB’s swearing-in ceremony today’. Akibat pemilihan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 54, dari PAS oleh Baginda Sultan Perak, telah membuatkan Lim Kit Siang ‘hangin satu badan !’. Lihatlah betapa rapuhnya perikatan mereka. Kita tunggu lagi apa nak jadi lepas ni...

Kelmarin saya kata BABI saja akan berleluasa, tapi ada satu isu lagi yang mungkin akan menyebabkan orang Melayu rasa tak senang duduk, khususnya di negeri-negeri yang ditadbirurus oleh pembangkang BN. Isu pembinaan kuil, tokong serta juga church. Mampukah kita bersuara atas perkara ini ? Kita akan lihat nanti jaguhan-jaguhan Melayu yang ’dah tak bergigi’ dok sibuk mempersoalkan mengenai isu ini sepertimana di Pulau Pinang tempohari, di mana orang Melayu mula ’meminta belas ihsan’ DAP mengenai pemansuhan DEB ! Maka wahai orang Melayu, pilihlah DAP lagi !

Saya cuma melihat satu perkara yang boleh menjadi pengajaran besar kepada orang Melayu umumnya. Jika kita tidak bersatu, maka sebarang kemungkinan untuk kehilangan satu demi satu hak-hak istimewa orang Melayu, lambat laun pasti akan berlaku. DYMM Sultan Perak menerima penghinaan pertama dari mereka. Lazimnya, orang Melayu dan rakyat jelata lain-lain kaum di sesebuah negeri beraja tidak mungkin menderhaka kepada rajanya. Sesungguhnya, pemulauan DAP pada sesi mengangkat sumpah oleh anggota Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah manifestasi dari keangkuhan DAP ! Apa kata PAS dan PKR ? Kita tungguuu...

Oklah, saya tinggalkan anda dengan persoalan tersebut. Sendiri tanya, sendiri jawab ! Jumpa lagi...

Wednesday, March 12, 2008

CERITA DUA PULUH SEMBILAN

Pagi ni dapat call dari kak Kiah Cina. Komplen pasal nama penuh dia enter kat blog. Sori, dah betulkan dah. Harap dapat semak kembali CERITA 22. Nasib baik kak Kiah tak saman. Lepas tu jam 12.00 tengahari terima call kak Esah pulak. Dia kata rambutnya dah penuh dengan uban. Body 3G lagi. Takpa, asal brother sayang. Jangan buat botox dah. Satu tentang kak Esah ni, hidung dia punyalah mancung. Walaupun kulitnya gelap-gelap cerah tapi hati dia first class - ‘baik’ cakap lu. Akrab dengan Nyah dan kak Sariah. ‘Ala-ala group terlebih had umur gitu...’ Namun begitu, semua bebudak kat 28H tu respek kat diaorang bertiga ni. Nak kena lazer, cuba !

Ada pembetulan sikit dalam posting 27, saya kata kak Esah akan terima menantu. Belum lagi. Dia kata anak bujang dia ada lagi dua yang belum kahwin. InsyaAllah, kalau ada jodoh mereka tu bertambahlah menantu, kan kak ? Rupanya, kak Esah dah ada ’dua orang cucu’ ! Mak datuk, tak sangka sungguh. Ingatkan masih macam muda belia lagi...Tup-tup dah ada cucu ! Apapun tahniah Tok Esah dan Tok Mat !

Yang paling menarik kak Esah cerita satu hal tentang seorang lagi kakak kat sana, ’Kak Leha’. Kak Leha ni kata kak Esah, kalau beli barang mesti tulis nama punya. Pada telur ayam pun dia tulis...Mujur dia tak cat telur tu kan ? Ya lah, bab-bab makanan ni bukan boleh lepa sikit. Hak Kerajaanlah jawabnya ! Apapun, itu yang bikin trill tu.

Kalau rajin kajiselidik pada diaorang ni, mesti banyak lagi cerita yang boleh menyebabkan kita tersenyum kambing (eh, apa daa kambing) sorang-sorang, kan ? Saya pun memang kerap pindah randah duduk dengan macam-macam spesis manusia. Sekali tu tinggal dengan mat-mat gian. Yang jadi ’doktor’ pun ada. Tapi tu lah, hati kena teguh. Lantak pi lah kat depa. Nak terlungkup ke, nak melingkup ke, kau orang punya hal lah. Masa tu mana reti nak nasihat-menasihat ni. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Lu lu, gua gua. Geng macam tu kalau kita nasihat pun tak guna. Tak pasal-pasal kita kena ceramah dengan dia balik !

Cuba-cuba jugak try nombor kak La yang diberi kak Esah. Baru hantar satu mesej. Entah ingat ke tidak dia. Puluh-puluh tahun punya cerita. Kak La pun dua kali lima dengan kak Esah. Agaknya semua perempuan yang dah kahwin mesti mengalami masalah 3G ? Saya ada kaedah untuk bagi ’dia’ susut nilai. Nak tahu tips tu hubungi saya. Konon...diri sendiri pun lebih kurang je...’Mr. Roy’ (boroi).

Oh ya, sebut pasal Brother Mat Misai (suami kak Esah) ni, teringat saya pasal ‘brother’ hansom tu yang gemar pakai kemeja lengan panjang. Kemas gitu. Misai dia mengalahkan hindustan. Punyalah lebat. Boleh hilang duit siling 10 sen di celahnya. Sekarang ni misai dia dah putih kot ? Perangai dia, senyum je kalau dapat tiket sikit ke, hapa ke. Macam tak ada apa-apa. Kawan dia satu suku Tanjung Karang - sorang kakak konduktor ada gigi emas dan abang Jawa (konduktor yang suka pakai topi baretta). Tah apa ke nama diaorang, lupa pulak... ?

Kata kak Esah, dia suka pasal cerita saya kena tinggal dengan ’Gemuk’ (Cina driver saya tu). Ya lah, punyalah kedekut tahi hidung masin, ’makan’ dah la pakai duit had yang 20 sen tu (pergi balik dari Sungai Way ke Motorola), nak kasik konduktor angpau masa Tahun Baru Cina pun tak pernah musim ! Kalau tak cukup 300 tiket, mesti dia beli punya walaupun masih berbaki 50 keping ! Memanjang je tinggalkan konduktornya. Apa raaa ! ”Tarak guna punya Cina”, kata Ah Meng. Kita sembang lagi nanti...

CERITA DUA PULUH LAPAN

Ateh respons posting 25. Terima kasih. Agaknya sebilangan dari kita tidak menyedari akan permainan politik orang Cina khasnya parti DAP ! Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang. Percaya atau tidak BABI akan menjadi salah satu ’menu utama’ di mana-mana termasuk di kantin Dewan Undangan Negeri, sekolah, majlis-majlis keramaian masyarakat umum dan lain-lain lagi. Arak juga begitu. Judi juga begitu. Bukankah arak dan judi juga satu daripada budaya masyarakat mereka ? Maka, standbye juga orang-orang Pulau Pinang, Perak dan Selangor, apabila jumlah ladang ternakan BABI akan muncul bagai cendawan selepas hujan ! Ianya akan turut melebar ke negeri Perak, dan Selangor. Jika demikian, selama empat atau lima tahun ini Melayu akan ’menangis’ dan terus ’menangisi’ akan nasib malang yang menimpa mereka dan ’mungkin’ menyesali perbuatan mereka mengundi DAP ! Sebagai orang Melayu, meskipun parti pilihan saya tewas di negeri Kedah, namun saya masih mampu tersenyum kerana tampuk pemerintahannya adalah orang Melayu ! Takpalah Ateh, nasi dah jadi bubur. Terima jelah apa yang nak jadi nanti...Macam dialog Ahmad Nesfu dalam cerita Tiga Abdul : ”Nak tengok apa yang nak jadi pulakkk...!”.

Ada rakan yang ’tegur’ saya sebab sokong benar Khairi Jamaluddin (KJ) tu ! Saya dah kata, saya tak kenal dia. Saya sokong dia sebab saya pernah lihat di kaca TV satu ketika dulu, bagaimana beliau ’menyerang’ sebuah kedutaan bersama-sama kepimpinan pemuda BN, yang berkisar mengenai bantahan atas satu kes berkaitan human rights (Islam ?). Saya tengok dia ada kaliber. Ada bakat kepimpinan. Ada semangat ’ultra Melayu’. Itu penting, jika tiada lagi kalangan pendesak, Melayu nak jadi apa ? Pengecut sepanjang zaman ? Barulah bertukar falsafah Laksamana Hang Tuah - ”Melayu Benar-benar Hilang Di Dunia !”. Tindak tanduk dia seperti yang digembar-gemburkan, saya tak pernah tahu. Dan, saya tak minat nak tahu. Percayalah, bahawa seperti saya, ramai dari kalangan kita pun sama - cuma dengar dan baca di internet atau media pembangkang je kes KJ tu. ”Don’t judge the book with the cover ?”. Benar, tetapi baik sangatkah sesetengah pemimpin ”Melayu” kita ? Tampuk pemerintahan masih baru, tunggulah lama sikit nanti...Politik dunia tidak sama dengan ’politik akhirat !’.

Saya suka orang macam Ateh. Berterus terang. Siswazah yang masih ’dipinggir’ oleh keadaan. Takpa Teh, satu masa Pak Tam doakan Ateh akan duduk di tempat yang sewajarnya Ateh patut dapat ! Apa yang penting, ambil dulu mana-mana pengalaman yang ada. Be positive semuanya. InsyaAllah,

Saya harap orang Melayu akan bersatu kembali. Lupakan fahaman politik. ’Buang yang keruh ambil yang jernih’. Usah caci mencaci lagi. Renunglah pada ayat Al-Quran surah Ali-Imran ayat 103 – Bismillahirrahmanirrahim. "Wa’tasimu bihablillahi jami’au, wala tafarraqu" (dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah). Tak kasihankah kita dengan nasib anak cucu kita generasi yang akan datang ? Duduk dan bermusyawarahlah. Carilah jalan penyelesaian atas satu-satu isu itu dengan penuh hemah. Bermuhasabahlah selalu. Kan itu yang dituntut oleh agama kita ?

Saya tidak bimbang Melayu berkubur di tanah air sendiri, kerana kepupusan bangsa itu berlaku pada setiap zaman. Cuma yang menjadi kerisauan saya seandainya ’Islam’ itu dikuburkan di ’lubuk hati’ sendiri. Lemparkan jauh-jauh mana-mana nilai buruk yang merosakkan, tampilkan nilai-nilai murni berteraskan Islam sejati ke dalam jiwa kita orang Melayu. Dan, kita akan melihat sebuah peradaban bangsa yang kuat, serta mampu memancarkan 'nur' ke serata pelusuk alam. Lihatlah apa yang berlaku kepada saudara Islam kita di luar negara. Sehinggakan Mesir pun enggan membuka pintu sempadannya kepada rakyat Palestin yang diburu oleh Yahudi keparat itu ! Sedang, negara-negara lainnya hanya melihat dengan pandangan sebelah mata sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Di manakah semangat Islamisasi kita ? Lalu ingatlah bahawa, ”Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”. Carilah Dia, dekatilah Dia, Dia akan bersama kita selalu. Jumpa lagi...

Tuesday, March 11, 2008

CERITA DUA PULUH TUJUH

Diriwayatkan, pernah pada satu ketika Rasullullah S.A.W didatangi oleh seseorang yang meminta dirinya dilantik untuk melakukan tugas muazzim (melaungkan azan). Beliau berbuat demikian setelah mendapat 'maklumbalas' daripada rakan-rakannya yang memuji akan ’kesedapan suaranya’ dalam melaungkan azan. Dan, pastilah akibat daripada puji-pujian tersebut nyata telah sedikit sebanyak mendatangkan 'riak' kepada diri beliau. Lantas, diajukan permohonan untuk tujuan tersebut kepada Baginda Rasullullah S.A.W, sedangkan Bilal yang telah berkhidmat sejak sekian lama masih ada. Namun, meskipun suara beliau tidaklah sesedap mana, masjid masih tetap seperti biasa dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat waktu.

Rasullullah S.A.W setelah dipujuk dan berasa tidak sampai hati mengecewakan permintaannya, telah membenarkan sahabat tersebut untuk melaungkan azan pada satu solat subuh. Maka memuji-mujilah kebanyakan orang akan kesyahduan dan kemerduan suara beliau. Sejurus kemudian, turunlah Malaikat Jibril A.S dari langit ke tujuh ke bumi untuk bertemu dengan Rasullullah S.A.W. Jibril A.S bertanya, ”Wahai Rasullullah, apakah orang di bumi tidak bersolat subuh pada hari ini ?”. Baginda yang mengenali Malaikat tersebut lalu menjawab bahawa solat subuh baru saja selesai dilaksanakan. ”Tetapi kenapa tidak ada suara Bilal yang melaungkan azan ?”, tanya Jibril A.S lagi. Baginda menjawab bahawa laungan azan juga sudah berkumandang. ”Pelik, selalunya suara azan tersebut dapat kami dengar hingga ke langit, hari ini sebaliknya pula ?”, soal Jibril A.S.

Apakah pengajarannya ? Biar sebagus dan sebijak manapun kita, jika apa yang kita buat ’terselindung’ di sebaliknya nilai-nilai buruk seperti sombong, bongkak, riak, takabur atau lain-lain yang sama waktu dengannya, maka semua itu tidak langsung membawa erti. Malah, ianya akan memberi implikasi besar yang boleh meruntuhkan reputasi kita. Jadi, bersama-samalah kita fikirkan agar perilaku kita sentiasa di bawah kawalan nafsu dan mengikut sepertimana acuan Islam yang sebenar. Bersederhanalah, kerana itu lebih baik !

Hari ini isu politik masih lagi berlegar di sana-sini. Kejatuhan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus (pertama kali IKKL susut 10 peratus dalam satu hari) semalam, telah membuatkan para pelabur ’terpinga-pinga’. Tentulah ianya berkaitrapat dengan keputusan pilihanraya baru-baru ini. Berdoalah ke arah pemulihannya demi kepentingan ekonomi negara.

Oh ya, petang semalam saya bertemu Nyah di stesen Putra LRT Asia Jaya. Sempat juga saya ambil nombor telefon kak Esah selain bertanya mengenai perkembangan diri kak Kiah Kecik, kak Zam dan kak La. Nyah beritahu kak Kiah Kecik nak jumpa saya. Agaknya dia teringin nak tengok rupa terkini saya yang ’ala-ala kacak’ ni kot...Dia tak tahu ke adik dia ni ’kacaknya’ hanya kat perut saja. Tu la pasal rasa macam ’ngilu’ je nak jumpa kakak-kakak 28H tu !

Nyah nampak ceria je. Saya harap Nyah akan kerap ke rumah kak Esah, bukannya jauh sangat dari Sungai Way tu. Kan ke kak Esah duduk kat Kampung Medan je ? Dah terlanjur ni, sukalah saya nak ucapkan tahniah pada kak Esah dan ’Brother Mat Misai’ dia tu, serta juga kak La yang turut sama akan menyambut ’menantu’ masing-masing tak lama lagi. Best kan, tak lama lagi tengok group ’Opah-Opah’ sembang pasal cucu ! Bye...

Monday, March 10, 2008

CERITA DUA PULUH ENAM

Saya pernah berlakun dalam drama-drama keluaran syarikat Serangkai Filem (kepunyaan kak Habsah Hassan). Antaranya yang saya masih ingat ialah 'Kekasihku Di Menara' dan 'Tanah Sebidang'. Berlakun bersama-sama antaranya dengan Vanida Imran dan suaminya Rashidee ishak , Shaharuddin Thamby, Louisa Chong, Jehan Miskin, Betty Benafe, Kasma Diana dan ramai lagi. Pernah sekali tu kak Chah (Habsah Hassan) ’ofer’ watak utama cerita drama dia. Kisah seorang penyanyi lama yang berhadapan dengan konflik zaman suramnya. Ada ke patut, tak alih-alih sutradara tu ambil Kazar. Tak palah, mungkin bukan rezeki saya. Yang syoknya, satu drama yang saya berlakun dengan Betty Benafe dan Jehan Miskin. Teruk saya kena hamun dengan kak Fauziah Nawi (kak G) sutradara/pengarah masa tu. Watak saya sebagai Pak Su kepada Betty di samping sebagai jurulatih sukan (atlit). Apa taknya, saya masa tu tak berapa ambil pot bab salah silah seseorang jurulatih (coach) sukan padang ni. Masa tu shooting kat Stadium UiTM, Shah Alam di mana Jehan Miskin dan kawan-kawannya - sori tak ingat (yang kemudiannya jadi top dalam bidang peragawan) berlatih sukan ’sprinter’ kat padang. Cara saya ajar tu ’memang totally salah'. Kira-kira tak ikut ’piawaian’lah. Tu la pasal kena jerit dengan kak G, ”Kalau macam tu baik aku yang jadi coach !”, jeritnya. Saya pulak buat 'dungu' je...

Lepas tu shooting cerita 'Tanah Sebidang', di satu lokasi (kampung) kat Melaka. Pengarahnya Raja Ahmad Alauddin. Saya jadi broker tanah orang kampung. Kira jadi ’crook’ lah tu. Masa tu lagi teruk, 'buta huruf' betul dengan benda-benda automotif ni. Tak pernah pegang stereng kereta sekali pun (maksudnya bawak keretalah tu), tup-tup dah kena suruh berlakun bawak 'menatang' tu ! Tak haru kau ! Punyalah tebal muka, 'makcik radio' kat situ 'selumberland' je tegur, ”Hai, takkan artis tak pandai bawak kereta kot...!”. Sudah-sudahnya ambil shot dari jauh. Orang lain yang bawa kereta tu ! 'Padan muka penonton kena tipu'.

Kes yang sama berlaku dalam sebuah lagi drama di lokasi kat Batu Caves. Watak saya jahat jugak (muka macho macam ni, asyik kena watak macam tu je). Watak isteri, lakunan Kasma Diana. Kes belasah isteri pasal berebut anak. Masa tu shooting jam 3.00 pagi. Ikut jalan ceritanya, saya dan Kasma bertembung kereta waktu dinihari di hadapan rumah, meluru masuk rumah dan bertengkar. Kemudian saya belasah dia sambil rampas dengan kasar anak kecil kami. Budak tu melalak betul-betul, takut betul kot...At last, kereta tu pun orang lain yang bawak. ’Hampeh’ betul ! Penonton kena tipu lagi...

Bab yang paling seronok bila dapat duit berlakun. Ribu jugaklah jumlahnya. Tapi, baik hati punya pasal, kena ’kenduri’ jugak dengan kengkawan ! Ada la baki empat lima ratus. Mujur job (jadi pengacara majlis, DJ, menyanyi) kerap ada. Part time menyanyi kat Sri Melayu once jugak. Kerja hakikipun buat jugak. Pendek kata kiri kanan ’tangkap’. Tempat-tempat macam Hotel Istana, Perdana Felda, Dynasty Hotel dan beberapa lagi kerap menjemput saya untuk tugas sebagai pengacara (emcee) majlis perkahwinan atau majlis rasmi yang lain. Majlis-majlis tu saya cas RM1,500.00 (yang RM 500 tu ’orang tengah’ punyalah). Namun, silap saya pada masa tu ialah satu habit yang tidak bijak 'menabung'. Ini satu pengajaran yang amat baik untuk kengkawan. Jangan sesekali buat macam saya. Arwah Opah saya kata dulu, kalau ada terung, kacang panjang atau pucuk ubi, masaklah pucuk ubi atau salah satu darinya dulu. Yang lain simpan. Jangan perabih semua. Esok-esok boleh jugak dibuat gulai. Ini saya tidak, duit apa saja yang dapat habis dikendurikan. Lingkuplah ekonomi ! Jangan buat macam tu tau ! Kata orang, ”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’.

Kak Chah baik orangnya. Saya suka filem-filemnya. Cuma sekarang sibuk dengan bisnes makanan bersama kak Rubiah Suparman. Sebelum tu, saya pernah bekerjasama dengan beliau, sewaktu projek membuat rakaman dokumentari 'kes video game lucah' untuk di present kepada Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Kosnya pun taklah mahal sangat, sekitar RM 40,000.00 je. Masa tu kalau nak ambil slot dalam seminit dua dari siaran TV swasta termasuk TV3, ’cas’ (bayarannya) ialah RM 3,000.00 dan ke atas. Mujur ada Datuk Seri Effendy Norwawi (suami Tiara), pemilik NT7 masa tu. Melaluinya, dapatlah diambil sedikit sebanyak slot-slot berita dan rencana mengenai kes tersebut untuk menampung mana-mana isu yang masih kurang. Punyalah susah nak ambil shot story masa tu kerana setiap kali krew kami membuat serbuan ke lokasi-lokasi kedai video game merata KL, bersama rakan-rakan dari IPD (Ibu Pejabat Polis) Sentul, mesti kedai-kedai tu tutup awal-awal lagi ! Itulah masalahnya. Pernah satu malam tu kena kepung dengan ’tonto’ ketika bersama seorang anggota polis berpakaian preman (berpangkat Inspektor) - yang juga merupakan junior saya sewaktu bersekolah di SMJK (I) Slim River Perak dulu, sewaktu menjalankan tugas serbuan tersebut. Punyalah kecut perut ! Krew kami seramai lima orang termasuk Ruba'ayah Osman (kini PRO Kementerian Pelajaran Malaysia) di 'cover' oleh pegawai polis tu. Sempat jugak ’rampas’ beberapa keping cakera padat lucah, yang tak ada kena mengena langsung dengan kes tu. Masa balik, rakan pegawai polis tu tanya, "Nak bawak balik ke CD ni ?". Hisshhh...nak buat hapa ! Tak pasal-pasal jadi kes lain pulak nanti ! Saya mintak diri dulu...

CERITA DUA PULUH LIMA

Rakyat sudah bersuara ! Kita harus menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka. Saya berjaga sampai jam 4.30 pagi mencatat satu demi satu keputusan yang disiarkan oleh TV3 dan saluran RTM 1. Naik berpinar mata. Apapun, saya bersyukur kerana BN masih memerintah biarpun hanya mendapat 140 undi (melebihi undi mudah - kurang 8 undi untuk 2/3 majoriti). Tension pun dah habis. Semuanya dah jadi sejarah. Ayuhlah, kita bina kembali Malaysia yang waras !

KJ menang. Lekat jugak ramalan saya. Tapi jauh sangat majoriti undinya. Takpa, dalam mana-mana pertandingan, dengan sekadar satu undipun sudah dikira menang ! Pesan saya dari info yang diterima, saudara perlu mempersiapkan diri ketika Perhimpunan UMNO nanti. Ramai yang sedang berura-ura untuk ’membelasah’ anda ! Adat seorang pejuang, tidak gugur walau sehelai ’bulu’ kerana herdikkan manusia. Berhujahlah sepertimana anda berhujah sebelum ini. Dari 10 yang tak suka, pasti ada ’satu’ yang suka. Kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Anda ada potensi. Anda juga kini seorang Ahli Yang Berhormat. Buatlah yang terbaik demi bangsa dan negara tercinta ini !

Apapun, pada PRU Ke-12 lalu, kebanyakan dari kita mungkin tidak menjangkakan kekalahan sebegitu besar BN, dan terpaksa pula kehilangan tampuk pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, lebih-lebih lagi di Perak dan Selangor yang dianggap selama ini sebagai kubu kuat BN. Prestasi terburuk BN sejak 1973. Sebagai pengundi ’totok’ BN, saya cukup berasa sedih. Tetapi, saya katakan bahawa BN pasti akan bangkit kembali...InsyaAllah ! Apa yang penting sekarang, kepimpinan di semua peringkat perlu membuat ’post mortem’ secara jujur dan terperinci. Jangan bimbang bersuara untuk sebuah kebenaran, demi memastikan BN (khasnya UMNO) masih lagi relevan untuk orang Melayu khususnya dalam kancah politik negara !

Pagi ni, saya dapat mesej dari Nyah, ”Assalamualaikum. Pagi-pagi lagi teringat Din (sayalah tu) terus buka email dan terus dapat. Tak habis baca lagi. Nasib baik Din tak cerita kisah pahit penghuni 28H. Rasa rindu dengan Din. Suruhlah dia datang rumah Kiah kak Mah ye. Nak terus baca lagi ni, jangan kacau tau. Hi...hi...hi...sms Kiah Kecik ni”. Oooo...kak ’Kiah Kurus’ rupanya. Sebenarnya kak Kiah Kecik sama dengan kak Kiah Kurus seperti yang saya cerita awal-awal tu ! Saya dapat imagine semula, kakak ni special sangat. Macam kak Zam, jugak kuat ketawa. Dia cute sangat. Rambutnya panjang. Kalau tak silap abang kandung dia (arwah) pernah berlakun dalam sitcom TV3 Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Yang jadi mamak tu. Kulitnya putih (anak Cina jugak kot...). Kategori ’comel’. Kalau berjalan pergi kerja, risau jugak takut kena lambung dengan angin yang bertiup ! Ada adik nama Chom. Kurus macam dia jugak (masa tu lah). Tapi kalau ikut story kak Yam, kak Kiah Kecik ni sekarang dah masuk group 3G jugak. Halamak, makan apa daa kat Melaka tu ?

Sebenarnya saya cuba-cuba juga nak ’rewind’ kembali kisah-kisah penghuni 28H tu. Ya lah, saya ni tak lama kat situ. Walaupun kadang-kadang mampir. Macam situasi rumah bujang lain, gaduh kecik-kecik dan baik semula tu adatlah. Berebut bilik airpun satu hal. Atau mungkin juga kecil hati pasal kes-kes terpencil seperti ada kaum yang tak basuh pinggan kat singki, gula, susu, milo tinggal tin ataupun kes tersalah sarung kasut atau terambil payung. Ya lah, kalau fikir-fikir balik, sebenarnya kisah-kisah macam tu lah yang mematangkan kita dalam hidup ini. Saya tahu, bila menatap blog kali ini kak Kiah Kecik pasti tersenyum simpul sorang-sorang. Teringatlah tuu...

Saya mengambil kesempatan di sini, untuk kembali merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan-rakan maya pengujung blog ini, dan berharap kita akan terus berkomunikasi dan berinformasi melaluinya. Jikapun saya tidak membalas komen anda, anggaplah bahawa saya telah menatapnya. Kerana sejujurnya, saya tidak pernah ’meminggirkan’ setiap komen anda ! Orait...?

Rakan-rakan kita Zaimah, Ateh, Ulny, Liza dan lain-lain tu dah balik ke belum ? Kot-kot masih lagi berada kat kampung halaman masing-masing, dok meraikan kemenangan parti atau calon masing-masing. Fidah tak mengundi katanya. Tu la pasal, negeri dia pun dah kena ambil dengan PKR. Huda Zainal macamana ? Hari tu ’rimas’ dengan poster pilihanraya yang memenuhi sekitar kawasan tempat tinggalnya. Ayu, Emma, Ana macamana ? Bagaimana dengan calon pilihan anda semua ? Ada menang ? Jumpa lagi...

Saturday, March 8, 2008

CERITA DUA PULUH EMPAT

Saya baru saja balik dari mengundi di Sekolah Rendah Agama Raudatul Muttaqin, Taman Dato' Senu, Sentul. Nasib saya baik kerana setiba saja di sana saya tidak payah berbaris panjang. Masuk dan terus mengundi. Mudah. Seperti saya katakan, saya pasti akan mengundi BN. Calonnya kali ini adalah anak mantan Presiden Gerakan, Lim Si Pin menentang calon favourite PKR, Tian Chua. Dari cakap-cakap dengan beberapa pengundi dan petugas parti BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), nampaknya pertarungan tersebut akan berlangsung dalam keadaan yang agak sengit ! Tetapi, saya tetap optimis dengan kemenangan calon BN. 'Sure' punya !

Sebagai bekas warga Taman Dato' Senu, dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Gerakan Belia 4B, saya tidak mampu mengelak dari bertemu dengan rakan-rakan yang bukan dari parti pilihan saya. Selepas berada agak lama di 'pondok panas' BN di mana saya bertemu dengan Ketua UMNO tempatan, abang Hassan, saya ke pondok 'sebelah lagi satu' iaitu pondok PKR. Di sana saya bertemu dengan abang Hassan Jauma (orang-orang nama Hassan ni cukup popular kat sini). Beliau merupakan Ketua Cawangan PKR Taman Dato' Senu. Yang saya mis untuk bertemu ialah dengan saudara Daud Kentar (kawan rapat saya sewaktu dalam Gerakan Belia 4B hingga sekarang), yang juga merupakan salah seorang 'tenaga terpenting' parti tersebut. Apapun, saya mampu berasa bangga sebab saya masih dilayan seperti mana dulu biarpun mereka 'cukup tahu' parti yang saya sokong ! Itulah uniknya rakan-rakan saya di Taman Dato' Senu ini. Tidak pula kedengaran pilihanraya kali ini dicemari dengan pergaduhan seperti PRU Ke-11 dulu. Syukurlah gitu...

Pusat mengundi di sekolah tersebut adalah merupakan pusat yang baru diwujudkan. Dulu-dulu kalau nak mengundi, orang dari taman ni mesti kena keluar ke sebelah Sentul Pasar. Kebanyakannya di sekolah-sekolah rendah Cina yang berdekatan. Sekurang-kurangnya orang kat taman tu dapatlah budget time diaorang kali ini. Yalah, pagi-pagi kena ke pasar atau buat kerja-kerja rutin yang lain dulu. Kalau ada waktu senggang barulah boleh pergi menjalankan tanggungjawab untuk mengundi. Eloklah tu, tetapi kadangkala kena tengok keadaan cuaca jugak. Sejak musim pemanasan global ni, macam-macam yang tak dijangka boleh berlaku !

Teringat saya samasa mengundi pada Pilihanraya Ke-11 dulu. Punyalah panjang berbaris...tahu-tahu sampai lebih kurang lagi sepuluh orang untuk 'turn' saya, rupanya pusat mengundi sebenar saya di sekolah yang lagi satu yang agak jauh juga dari situ. Pulak ! Rasanya kalau letak minyak petrol kat kepala ni, terus 'terbakar' gitu ! Tak payah cucuh api pun. Apa taknya, punyalah lama berbaris...tup-tup dah kena tukar tempat ! 'Mangkok sambal belacan betul !'. Mujurlah banyak kereta yang menanti untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian tersebut. Kalau tak, 50-50 jugak (nak balik ke tidak ?). Berkat kesabaran mengundi, calon tu menang jugak. Lepas tu, sesekali bila ke Parlimen untuk bertugas, dapatlah tengok wakil rakyat tu di sana. Cuma 'sekali' sempat menyapanya kat kantin. Malang sikit, sebab suaranya 'jarang-jarang' kedengaran. Low profile betul. Harap-harap yang bakal dipilih nanti mampu mengutarakan masalah rakyat dengan lebih 'ganas' lagi. Tengoklah macam Seri Gading, Larut (sayang sekali dah bertukar ke DUN Dato' Raja kita tu) dan juga Kinabatangan. Power beb !

Menjadi wakil rakyat perlu ada aura. Perlu ada umphhh ! Bukan nak puji, orang-orang macam Dato' Badaruddin Amiruldin (Jerai) dan Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) dan beberapa nama lagi memang mengujakan bila berdiskusi di Parlimen. Dulu Tan Sri Lee Lam Thye (pengerusi PLKN)menjadi ikon jurucakap rakyat, di mana beliau cukup disegani di kalangan ahli-ahli dewan. Kepada saya, seseorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara perlu berhujah dengan penuh berhemah, tidak terlalu emosi di samping bersekali dengan fakta yang sebenar dan terkini. Juga, perlu ada 'sense of humor'. Jangan main hentam keromo je macam sesetengah wakil rakyat. Buatlah 'home work' sikit. Barulah wujud check and ballance dan the good governance sepertimana yang dihasratkan oleh pengundi anda. Kalau tidak, sia-sia jelah undi yang diberi. Kata orang Negeri Sembilan, 'buek mengabihkan bogheh yo !'.

Secara peribadi saya terlalu ingin melihat pemidato-pemidato hebat berada di Parlimen. Barulah kata orang 'kena buku dengan ruas'. Jika tidak, hambar je setiap hari. Saya harap Khairy Jamaluddin (KJ) menang di Rembau. Melayu sebenarnya memerlukan orang-orang macam anda, Dato' Shahrir Samad, Dato' Ruhanie Ahmad (Ron) mantan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (Backbencer) - yang pernah saya bantu sewaktu menjadi calon kawasan Parit Sulong dulu - (masih ingatkah Dato' dengan lagu 'Sanggam' yang saya nyanyikan pada satu malam ketika kempen Dato' dulu ?). Saya melihat mereka mampu bertindak selaku kumpulan pendesak, atau menyambung warisan 'ultra Melayu'. Dah terlanjur menyebut nama Dato' Ron ni (harap Dato' sabar walau 'tak lekat' menjadi calon lagi kali ini), mohon saya menyentuh sedikit tentang aktiviti terbaru beliau. Ramai orang kenal Dato' Ron terutama pelayar-pelayar yang singgah di blog 'Kuda Kepang'nya. Setelah memerhati dengan penuh minat, rasanya ada sesuatu yang harus 'difikirnilai' semula. Sebagai orang Melayu, saya harap Dato' janganlah asyik 'belasah' Pak Lah (PM kita bersama) dan menantunya KJ saja. Bukan apa, nanti 'ludah ke langit kena batang hidung sendiri' pulak ! Yang untung 'orang lain'. Musuh-musuh Melayu ataupun musuh-musuh negara kita. Takkan tak ada langsung yang baiknya. 'Common'lah Dato'. Berilah masa pada Pak Lah. Tun M pun selepas 22 tahun mengaku masih tak mampu ubah orang Melayu. Alon-alon Dato' ! "KLCC (pun) tidak dibina dalam masa sehari".

Kalau ada yang tak suka KJ tak pa, sayapun tak kenal dia sangat. Tetapi percayalah, Melayu tidak mudah 'diperlekeh' jika orang-orang macam ni ada. Tak silap saya, KJ lah orangnya yang pernah kata depan-depan suruh Tun M berhenti dan beri jawatan PM kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sewaktu satu pertemuan antara Tun M dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara sedikit masa lalu. Kalau orang lain tidak memandangnya hebat, saya tetap (saya ulangi : saya TETAP) 200% kata beliau hebat ! Jangan bimbang, saya adalah 'peminat nombor satu' saudara, dan tetap mendoakan kejayaan saudara di Rembau hari ini. InsyaAllah.

Maaflah, kerana hari ini saya banyak menyentuh mengenai politik tanahair. Sebagai medium perkongsian pintar, anda boleh melontarkan pandangan di ruangan ini...itupun jika anda sudi atau berminat tentangnya (politik). Kalau tidak, tak mengapa. Lain orang lain cara pemikirannya. Oh ya, masa masih ada lagi...pergilah mengundi sebelum waktu tamat. Selamat mengundi ! Jumpa lagi...

Friday, March 7, 2008

CERITA DUA PULUH TIGA

8 Mac 2008 (Sabtu), kita akan mengundi. Marilah sama-sama kita jalankan amanah tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab. Bagi saya tiada lain di harapkan melainkan Barisan Nasional menang dengan majoriti undi 2/3 seperti yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan parti. Saya menaruh sepenuh keyakinan berdasarkan pemerhatian terhadap pilihanraya-pilihanraya yang lalu serta apa yang telah dibuktikan oleh Kerajaan BN selama ini. Hidup Barisan Nasional ! Hidup Pak Lah ! Hidup UMNO ! Allahuakbar !

Negara ini adalah sebuah negara demokrasi. Anda jangan bimbang seandainya tidak mengundi parti pilihan saya. Itu hak anda. Tiada siapa yang akan mempertikaikan anda. Pesan saya, selepas kita mengundi dan selepas keputusan diumumkan, jalankanlah kembali kehidupan normal bernegara dengan aman dan damai. Jangan sesekali 'berdemonstrasi' seandainya calon yang kita pilih tewas. Terimalah ia sebagai suratan. Lima tahun lagi mana tahu, kita pulak yang akan dipilih menjadi calon, dan menang ? Bak kata orang, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu ? Apa yang penting, kita bina kembali Malaysia yang sedikit ‘rosak’ akibat dari demam pilihanraya tersebut. Ketepikan segala perbezaan yang berlaku selama beberapa waktu ini. Semoga kita waras kembali. InsyaAllah.

Sebenarnya menulis membolehkan kita release dari tension. Apatahlagi yang ditulis itu adalah merupakan suatu hakikat. Kisah lama-lama yang memerlukan kita mengingat kembali satu demi satu urutan peristiwa tersebut. Kekadang risau juga, kalau-kalau apa yang ditulis menyebabkan pembaca yang dikaitkan merasa hiba, marah, kecil hati atau kembali tension. Niat saya murni, sekadar untuk menjalin kembali ikatan ukhwah yang telah terputus sejak sekian lama. Kata kak Yam elok juga re-union tu, dan beliau sendiri menawarkan kediamannya di Putrajaya sebagai hos pertemuan tersebut. Manakala kak Kiah Cina juga kabarnya berhasrat untuk mengundang rakan-rakan lama yang pernah bersama-sama bersusah senang di rumah yang penuh dengan memori itu, ke majlis perkahwinan anaknya nanti. Saya berharap kepada kakak-kakak, rakan-rakan sebaya atau adik-adik bekas penghuni 28H supaya memberikan respons kepada idea murni ini.

Sejak saya sebarkan blog ini, banyak juga maklumbalas yang saya terima dari rakan-rakan maya saya. Saya amat menghargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala komen serta idea tersebut. Semoga apa yang diketengahkan akan memberi faedah kepada kita bersama.

Pesan saya, hargailah persahabatan itu. Jangan sesekali dinodai dengan perkara-perkara yang boleh ’meretakkan’ hati seorang kawan. Mungkin hari ini kita tidak memerlukan mereka, jangan lupa esok lusa. Dunia ini kecil, pusing-pusing orang itu juga yang akan kita temui. Bersediakah kita untuk kehilangan seorang kawan ? Kita jumpa kembali okey...

CERITA DUA PULUH DUA

Pagi ni nak ucap terima kasih pada kak Yam kerana telah mengingatkan saya dua lagi nama penting kat 28H dulu. Kak Zam. Saya suka usik dia ni. Cakap sikit gelak banyak ! Kemudian kak Yam beritahu lokasi tugas kak Kiah Gempal. Saya nak panggil dia kak Kiah Cina (sebab rupa dia ada iras Cina). Terperanjat besar dia bila saya call pagi ni. Dah nak sambut menantu tak lama lagi rupanya. Begitu cepat masa berlalu. Lepas tu nanti bergelar ’opah’ lah pulak !

Melalui kak Kiah ’Cina’, saya dapat empat lagi nama jiran penghuni sebelah rumah 28H. Abang Zubir, abang Pot (kini kerja kat DBKL - isteri dia saya dah lupa namanya), abang Lias (taukeh tailor kat Masjid Jamek) dan Rose. Rose pernah muncul dalam filem Mr. Os dan beberapa filem yang diarahkan oleh Din Glamour. Dengarnya karier Rose sekarang sebagai mak andam artis. ”Auw, tak rela I...” Manakala abang Lias berkawan baik dengan rakan penyanyi saya kak Mariam Ahmad. Beliau salah seorang penyanyi genre lagu-lagu keroncong yang popular di negara ini.

Kak Kiah Cina kata, sesekali dia pernah juga lalu kat Sungai Way tu. Teringat balik kisah suka duka kat sana katanya...Apapun, terima kasihlah pada kak Kiah Cina kerana jemput saya ke majlis kahwin anaknya kat Kelang dalam waktu terdekat ni. Harap-harap dapatlah kad tu dihantar awal sikit, boleh jugak skip mana-mana jadual function yang tak berapa penting tu. ’Re-unionlah katakan...’

Apa yang menarik pagi ni ialah bila kak Yam bercerita bab yang cukup sensasi ni. Sayapun jadi ’terlopong’ dibuatnya. Rupanya kak Yam ni pun pernah ada hubungan jiwa dengan ’Kome’ (abang Sam). Lama jugak ’hubungan jiwa ’ tu berlangsung. Tapi kata kak Yam, dia tak berapa tahan dengan sikap ’mengongkong’ Kome tu. Apakah itu juga antara punca perpisahan dia dengan 'kakak' kita lagi sorang tu ? Kak Yam juga bagi tahu yang seorang lagi kawan Kome kat rumah sebelah tu pun (tak ingat jugak namanya) cuba-cuba nak tackel kak Yam. Mungkin sebab tak ada persefahaman kot, tu la pasal tak jadi intim.

Kata Shakespeare, ”Jangan membebani kenangan kita dengan kesusahan yang lalu”. Ingat dan renungilah segala kenangan itu dengan penuh rasa keinsafan. Carilah yang manis di dalamnya, dan nikmatilah kelazatannya. Manusia boleh berubah (jika dia mahu) dalam sekelip mata. Dan, begitulah juga sebaliknya. Saya hanya ’pengingat’ masa lalu di ruangan RETROSPEKTIF ini. Jika ada yang terkeluar dari konteks yang sebenar, ianya adalah akibat dari kelalaian dan kealpaan diri saya sendiri. Apa yang penting, ruangan ini boleh dijadikan sebagai jambatan penghubung silaturrahim setiap anda yang berkenaan. Juga, menjadi sandaran pengalaman kepada adik-adik kita yang pada waktu peristiwa itu berlaku, mungkin masih berada dalam perut emak menanti waktu untuk menjenguk dunia nyata. Kita jumpa semula nanti...

Thursday, March 6, 2008

CERITA DUA PULUH SATU

Sat tadi terima call dari kak Yam yang kini bekerja kat Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Bagus jugak ada blog ni, boleh sambung kembali silaturrahim dengan kakak-kakak tu balik. Dia tanya, bila cerita pasal kahwin nak siar kat blog ni. Nanti, ’sabau...’ Kak Sariah (Sungai Besar) kata, alon-alon...

Selepas tinggal di Sungai Way, saya dan abang Ai pindah ke Kampung Medan. Betul-betul kat tepi rel keretapi. ”Tanah haram, rumahpun haram !”. Sebelahnya pulak kilang besi yang dipisahkan oleh sebatang sungai/longkang. Kat sebelah kanan (dari arah Sungai Way), ada laluan keretapi di samping terdapat sebatang jalan raya yang sentiasa berlopak ditakungi air berlumpur. Setiap sa’at rumah tu mesti berhabuk punya ! Tak tenteram sungguh. Apa lagi bunyi sahut menyahut dari kilang dan juga sesekali bila keretapi dan kenderaan yang lalu lalang kat depan rumah. Boleh ’koma’ dibuatnya ! Siksa wa cakap lu ! Tapi nak buat macamana, itu saja pilihan yang ada.

Dah sekian lama menyewa, akhirnya rumah tu abang Ai beli. Kalau tak silap $800. Saya macam dah nak nazak tinggal kat situ, dia pegi beli pulak. Mampus ! Masa tu Kampung Medan berjiran dengan Taman Datuk Harun, Kampung Batu 10 dan Kampung Ghandi. Okey je. Tak adapun gaduh-gaduh. Orang Indonesia pun tak ramai. Bangla lagilah, hampir tiada ! Agaknya masa tu pintu Imigresen kita kena pateri, tak macam sekarang ?

Kampung Medan masa tu terkenal dengan kegiatan pasar malam minggu. Yang syoknya, ada pentas hiburan. Nak tahu, dari sinilah saya start mengasah bakat menyanyi. Masa tu saya terkenal dengan nama jolokan ’Sam’ (D’Lloyds) Kampung Medan ! Di situ juga Ali Mamak, Khairul Azhar (penyanyi/pelawak Kumpulan Asam Berlada), N.D Lala, Along (PRO Astro), Efendy Baba (adik pelakun 70’an Bob Mustafa), Mas Omar (sekadar beberapa nama yang masih saya ingat) turut memulakan langkah awal di bidang seni suara. Kak Normah, teman serumah kakak saya pun pernah sesekali menyanyi kat sini. Biasalah, bila awek yang menyanyi menjerit sakanlah mat-mat kilang spesis saya yang bersepah setiap hujung minggu tu ! Tapi, minah kilangnya agak sopan sikit masa ’abang-abang macho’ melalak. Kontrol ’cute’ agaknya !

Semua ada identiti sendiri. Mas Omar dengan style Hail Amir dan Halil Chiknya, Along dengan lagu wajib Abang Becanya, Ali Mamak dengan hidustaninya. Oh ya, sebut bab hindustan ni, tak sah kalau tidak menyebut satu nama iaitu Mat Raffi. Dia ni peminat dah sedia ada. Kalau dia menyanyi hindustan, gelek 100% punya ! Bukak dada tayang bulu dada lagi ! Sayang masa tu saya tak ada bulu dada, kalau tidak lebih dari Faizal Tahir saya buat.

Masa tu kalau nak menyanyi kena bayar kupon 50 sen. Nanti adalah ’grumal’ (word mengarut) dari pengacara, yang menyebut lagu ini diminta oleh sianu atau sianu. Pada hal sendiri tulis kat kertas sendiri nyanyi. Bagi penyanyi ’tetap’ macam kami ni, ’sponsor’ dah standbye bayar. Kadang-kadang boleh jadi macam istilah saya LDD (Lepas Dia, Dia). Nak kata apa, duit dah bayar...melalak je lah ! Pikir-pikir masa tu, glamour jugak kami tiga empat ekor ni. Glamour ke hapa ! Kat pentas punyalah bergaya, balik rumah berlengkang lengkung dengan bunyi keretapi, mat rempit dan kilang besi. Abuk besi pun kadangkala bercampur-baur dengan nasik ! Sedap jugak - zat besi tuuu !!!

Kat sini saya sangkut pulak dengan makwe nama ”Pah”. Budak Muar. Hitam manis macam saya. Lama jugak kami berkawan. Tambah rapat bila saya bekerja dengan kakak dia - Saadiah kat Sate Anika, Bukit Bintang Plaza (BB Plaza). Di sinilah saya baik dengan arwah Zain Azman (penyanyi yang sering berkolaborasi dengan kak Julie Sudiro). Arwah adalah salah seorang pemegang saham Sate Anika bersama-sama adik beradiknya termasuk abang Aris, abang Man dan kak Yati. Mereka merupakan pewaris peniaga sate terkenal di Kampung Baru, Kuala Lumpur sekitar tahun 50’an-60’an iaitu Majid Sate. Bila pergi kat BB Plaza masa kini tempat tu dah jadi kedai kasut. Sayu je...Bertemu kembali...

Wednesday, March 5, 2008

CERITA DUA PULUH

Sedang enak makan mee mamak di Hameeds Restourant, KLCC, ekor mata terlekat pada dua individu yang cukup saya kenali sedang rancak berbual bersama seorang lagi rakan mereka. Kedua-duanya pernah menjadi ketua Jabatan saya. Dato' Zakaria Ahmad (zzakq@hotmail.com), mantan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Encik Md. Rosnan Sulaiman (rosnansulaiman@yahoo.com), mantan Ketua Pengarah JHEOA. Kedua-duanya tampak sihat dan masih beridentiti seperti dulu. Kalau saya ditanya siapakah yang saya ingin temui di dunia ini, kedua merekalah antaranya. Saya tak pasti Encik Rosnan buat apa sekarang, tetapi Dato’ Zakaria (Dato' Z) menjadi konsultan di bidang Quality Management. Cuma saya tak sempat berbual lebih panjang kerana waktu yang menghambat. Apapun, saya amat gembira hari ini kerana diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu 'mentor-mentor' saya yang banyak menabur jasabakti dan pengalaman dalam saya meniti alam kehidupan sebagai kakitangan awam. Saya masih belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai kerjaya sebagai kakitangan awam sepertimana yang disaran oleh sahabat kita tempohari. Nantilah, suatu hari bila saat itu tiba.

Ada sorang lagi rakan kita bagi komen tentang saya dan makwe-makwe. Nak kasik tahu ni, bukannya hebatpun, cuma agaknya bebudak pompuan tu amalkan pepatah ’tak ada rotan akarpun berguna’ kot... Tak ada yang kacak, separuh kacak pun okeylah ! Ye ke kacak ? ’Hancuuussss, adalah !!!’

Selepas boring bekerja di kilang Maruman tu, saya kemudian bekerja di beberapa buah kilang lagi antaranya kilang minuman Yeo Hiap Seng dekat Petaling Jaya dan akhirnya di kilang Anchor, tempat buat kasut untuk eksport. Malangnya, kilang-kilang tu semua tak ada story yang menarik untuk dibawa ke dalam blog ini. Apapun, saya cukup terkesan kerana institusi kilang itu telah menjadikan saya cukup dewasa dan berani berhadapan dengan kekalutan hidup ini. Kebanggaan saya adalah, sekurang-kurangnya saya pernah melalui alam bekerja sebagai konduktor bas mini, jadi mat kilang dan pernah juga bekerja kampung (menebas resam, lalang), malah pernah bekerja di ladang kelapa sawit, tembikai dan kacang goreng (bab ini belum sempat diceritakan lagi) sehingga kerja-kerja yang agak mudah seperti jadi penyanyi di club dan profesion sebagai kakitangan awam. Nak kelentong saya sikit-sikit boleh, tapi jangan lebih-lebih, nanti sendiri yang kantoi !

Cuma pesan saya, jangan kedekut ilmu. Dan, jangan pula buat macam tok guru silat. Oleh kerana takut anak murid lawan dia balik, ’buah’ yang sulit tu dia tak kasik ! Haa, nak pergi ’kuning’lah otak tu. Maksud saya, jarang tok guru beri semua ilmu dia atas dasar keselamatan diri. Ironinya, kalau dah bagi semua - gugurlah martabat mahaguru dia. Tak percaya tanya tok guru silat. Mesti dia tak ngaku punya...kan? kan ?

Peganglah peribahasa : ”Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya’, dan ’Bintang di langit tak kan terasa apa-apa walaupun kita memanggilnya kunang-kunang’. Cuma yang nak terasapun kalau anda memanggil saya ’kacak’, sedangkan saya sebaliknya. Tentulah ada yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Apapun, hidup kita ini sandar menyandar.’ Ibarat aur dengan tebing’, saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jangan amalkan sikap membenci...Tuhan marah ! Jumpa anda lagi...