Monday, October 13, 2008

CERITA SERATUS LAPAN BELAS

Banyak hari dah tinggal blog. Sorilah pada kengkawan. Banyak betul kerja. Hari Sabtu, jamuan raya kat rumah Shimah (adik ipar) di Semenyih. Semalam beraya di rumah Aidi Khalil (recording artist 90an/bekas adik ipar). Anaknya si Dodi (pelakon drama 5 Sekawan Astro dan pelakon iklan). Saya keluar sorang sebab Manja ke rumah orang kawin dengan keluarganya. Adik Dodi, Daniel sedang enak tidur dalam buai. Kakaknya Dida sibuk layan tetamu. Kebetulan emak maznah (isteri Aidi) ada sama. Sempat jugak tanyakan kabar Aja (anak angkat saya).

Masa di rumah Shimah, kesian jugak tengok Hassan (adik bungsu Manja) yang demam kerana menjaga Pak Long di HUKM. Takpa San, pahala tu. ..

Nyah sms bagitahu Acek (lelaki) nazak. Minta saya ’kirimkan’ yassin. Lapas solat Isyak saya baca yassin untuk Acek. InsyaAllah, sihatlah tu. 6.05 pagi tadi Nyah hantar sms : ”Alhamdulillah, tapi nafas masih dengan mc”.

Sesungguhnya hidup mati manusia ini hanya Dia yang menentukan. Janganlah berdukacita sangat, kerana hidup ini sebenarnya sekadar sementara saja. Cukup masa, kita kembali kepada-Nya. Justeru, yang hidup perlu teruskan kehidupan ini, kerana perjalanan masih lagi panjang. Jika ditakdirkan pergi...redhalah...

Tinggal esok saja lagi sisa-sisa khidmat saya di JHEOA ini. Setakat ini, saya masih belum mengemas barangan lagi. Asyik sibuk jer...Hari ini kena siapkan skrip emcee ’ADC 2008’ di Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Baju korporat yang ditempah Khamis lalu di Omar Ali kabarnya dah nak siap. Saya suka jahitannya. Kemas sangat. Selesa pakai. Petang ni juga nak ambil seluar (3 helai) yang di alteration kat Billion.

Kalau ada jarum yang patah
Usah simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Usah simpan di dalam hati

Bos saya Puan Norliza ke outstation, Pos Sindrut dengan Roslan Tambichik hari ini dan esok. Saya sedih jugak, sebab akan berpergian tanpa Bos. Tapi saya tahu, saya agak kurang ’salah’ dengan dia. Memang saya akui, saya suka gurau dengan dia. Mungkin sebab dia sporting kot. Tapi, gurau yang berbatas antara anak buah dengan bosnya. Not over, over !

Saya mendoakan Puan Norliza berjaya mengharungi onak duri dalam perkhidmatan awam di mana saja ditugaskan. Yang penting, jangan egois. Selalu dekati staf. Sentiasa memandang ke bawah daripada ke atas. Hormati pandangan staf tanpa mengira kasta mereka. Dan, jangan bimbang untuk dikritik. Jangan pulak takut gagal. Kata bijak pandai, ”Kalau takut gagal, jangan lakukan apa-apa”.

Bagi saya, perkhidmatan untuk masyarakat Orang Asli adalah kerjaya yang paling saya suka. Cukup mulia. Dulu saya selalu ingat saya cerdik. Rupanya mereka lagi cerdik (berdasarkan pengalaman lalu). Sahabat saya Malik Marhaba, Mamat, Abang Dolah Ali, Ateh Wak dan lain-lain (masa sesi borak-borak kat rumah Uda Atan tempohari) tentu masih ingat lagi cerita...”selagi tak jumpa laut....”

Mari kita cerita bab UMNO pulak. Mengenai pemilihan UMNO, suasananya dah makin menarik. Menteri saya (YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib) pun dah mula ada pencalonan (2). Begitu juga dengan YAB Dato’ Ali Rustam (3). Tapi, nampaknya TS Muhyiddin Yassin (23) masih di depan. DS Najib jauh di depan (28) - memerlukan 30 undi saja lagi. Pencabarnya Ku Li masih belum ada bayang. Tapi, pastilah Bahagian Gua Musang akan beri padanya undi. Apapun, selamat berjuan kepada semua pewaris UMNO ! Untuk Pak Lah, tahniah kerana bijak ’mencium’ kehendak di peringkat akar umbi. Tidak ramai pemimpin Malaysia sedemikian berani mempertaruhkan masa depan politiknya demi parti dan negara !

Buat KJ, jangan susah hati. Anda masih mampu bertarung sekurang-kurangnya kuota pencalonan. Tak sukar untuk mencari 18 undi lagi ! Yakinlah. Tapi, itulah...cai saya untuk Mukhriz pulak. Oklah, kita sembang lagi esok...

1 comment:

Anonymous said...

hai en shah.. ceritalah pasal selagi tak jumpa laut tu.. tembeg