Tuesday, October 7, 2008

CERITA SERATUS TUJUH BELAS

Malam tadi call Nyah minta nombor K/P arwah emak dan bapak. No. K/P emak, Zon bt. Idris 331122-08-5134, manakala bapak, 251122-08-5011. Mesej Nyah, “Tak perasan lak haribulan & bulan lahir mak bapak sama”. Yalah, kami masa kat kampung dan waktu dah duduk bandor ni, mana ada sambut birthday-birthday ini semua. Tengok K/P emak bapakpun entah bila waktu. Lainlah keluarga kat bandar ! Sebut bab harijadi ni teringat anak saudara saya siAliya yang berusia sekitar tiga tahun nyanyi dalam kereta baru-baru ni. ”Camat jadi jadi, camat jadi jadi, camat jadi jadi…”. Sebetulnya dia tak reti nak sebut perkataan ‘hari’.

Sebelum tu Nyah sms. “Mimi kata, cikgu kata ok, ada yang tak bawa gambo, esok kena bawa. Temekasih atas pertolongan”. Saya merasa lega sebab permintaan Nyah tempohari untuk mencarikan potret SPB Agong dan SPB Raja Permasuri Agong untuk kerja sekolah Mimi telah dapat saya laksanakan. Itupun terpaksa korban majalah JAKIM dan Nur. Takpa, anak saudara punya pasal. Dulu masa saya di IPTS, assignment sayapun saya bercelaru. ’Belasah’ jer...Lulus jugak ! Ada ke logik, disuruhnya kami kumpul semua cover jenama rokok dan tampal kat kertas assignment tu ? Saya manalah ada masa nak buat kerja mengarut tu semua. Last-last ambik buku Yellow Pages, gunting bebanyak, dan hantar pada pensyarah. Kuning jer semuanya. Dahlah tu, tipis melayang kertasnya. Apa kata pensyarah saya Encik Velentine Siva…”Ini satu kerja budak pemalas !”. Heh heh heh. Tuuu, lulus punnnn !!!

Saya masih berhutang dengan diri saya kerana tidak berkesempatan menziarahi suami Acek Enon (emak saudara saya). Nyah beritahu teruk jugak sakitnya. Apapun, saya tetap mendoakan agar Acek (lelaki) segera sembuh seperti sediakala. Banyakkan bersabar dalam menempuh dugaan Allah ini. InsyaAllah, ini hanya secebis dugaan dari-Nya. Hadapilah dengan sabar dan taqwa. Ceewah, sedapnya bahasa…Kena kat diri sendiri tengok. Pergi jumpa doktor pun takut ! (Saya lah tu…). Itu kena Tanya Manja mengapa macam tu.

Pak Long juga macam tu. Masih terlantar di HUKM. Masa hari raya ketiga, adik beradik, anak buah serta saudara mara dari PD, Seremban, Kajang, Bangi, Semenyih, Shah Alam dan lain-lain datang menziarah. Anak angkat Pak Long pun dah balik. Maka tinggallah kak Long Shidah, Ita dan Mak Long sendiri menjaga Pak Long. Stress lagilah kak Long Shidah tu. Sabar jerlah...

Saya suka nak sampuk sikit pasal isu pemilihan UMNO. Secara peribadi saya suka kalau TS Muhyiddin Yassin naik jadi Timbalan DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Di petak Naib Presiden saya suka pada calon TS Isa Samad, DS Utama Dr. Rais Yatim dan DS Mohd. Shafie Apdal. Ketua Wanita TS Rafidah Aziz secara automatik dilantik ke jawatan tersebut. Posisi Katua Pemuda saya suka pada calon Datuk Mukhriz Mahathir. Timbalannya saya kira patut beri pada Datuk Razali Ibrahim. Ketua Puteri saya fikir wajar dapat kepada Rosnah Abdul Rashid Sirlin, manakala Naibnya kepada Bibi Sharliza Mohd. Khalid. Dalam senarai 25 calon kerusi MKT, saya suka calon-calon seperti, Datuk Shahril Abdul Samad, DS Syed Hamid Syed Jaafar Albar, DS Musa Aman, Datuk Bung Mokhtar Radin, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz, DS Mahazir Khalid, DS Mohamed Khalid Nordin, DS Shahrizat Abdul Jalil, DS Zulhasnan Rafique, DS Azmi Khalid, Datuk Ahmad Shabery Cheek, DS Adnan Yaakop, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, DS Azalina Othman Said, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Noh Omar, Datuk Mustapha Muhammad, Datuk Dr. Awang Adik Hussein, Dato’ Muhd. Zain Mohamad, DS Idris Jusoh, DS Tajul Rosli Ghazali, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Datuk Zainal Abidin Osman, Datuk Anifah Aman dan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Okeylah, anggap saja cai di atas sebagai ’suka-suka’ jer dari pemerhati politik kampungan macam saya. Jumpa lagi...

No comments: