Monday, October 6, 2008

CERITA SERATUS LIMA BELAS

Catatan Raya (I)

Tahun ini kami beraya di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga di Desa Pelancongan, Ipoh, Perak. Alhamdulillah, di PD tiada sangat masalah air seperti yang ditulis pada posting yang lalu. Namun, sepatah kata saya pada Manja, ianya saling tak tumpah seperti zaman saya di Kampung Medan dulu. Larut malam baru air turun. Jadi, setiap rumah standbye isi air. Tak tidur malam wa cakap lu ! Lewat sikit, esok pagi pergi kerja pakai tak mandilah jawabnya. Itulah senario lapan puluhan di Kampung Medan. 51 tahun merdeka, PD pun macam tinggal kat tanah haram !

Kali ini Awai beraya di rumah mertuanya di Kuala Selangor. Shimah yang sedang berbadan dua beraya di Melaka. Hasnal (Inai) dan Manja di Kampung Chuah. Dan, sudah pastilah emak, Dekmah, Salleh dan Hassan ikut sama beraya di sana. Kami balik PD tanpa Salleh yang menaiki bas, memandangkan Persona Manja tak muat nak isi muatan yang sebegitu ramai. Ramai satu hal, tapi badan sekor-sekor (termasuklah saya) mengalahkan ahli gusti sumo !

Sejak malam tadi dan pagi raya ni saya menerima puluhan sms ucapan raya. Betul kata Shah IT, raya sama jer. Makan kueh, makan lemang, makan dodol, minum orange, bagi duit raya, terima duit raya, main mercun (walaupun dah dilarang oleh Kerajaan), main bunga api, salam...lepas tu habis. Eh eh, sekejapnya raya !!! Nak sambut bukan main susah payah. Beli itu, beli ini. Tukar itu, tukar ini (bukan tukar ’bini’ - sensitif ni). Last-last, balik normal macam biasa.

Dalam satu hari saja kami boleh pergi ke lima buah rumah saudara mara untuk beraya. Esoknya 2 Oktober, kami bertolak ke Seremban untuk beraya di rumah Pak Ngah. Lepas tu balik Bangi. Tiba Kajang (rumah emak), api pulak tak ada. Mujur di Bangi (rumah kami) ok. Ini TNBlah punya hal ni ! Nak marah TNB tak boleh, nanti Manja maraaaah !!!

3 Oktober kami ke Desa Pelancongan, Ipoh untuk beraya di sana dan juga untuk memeriahkan majlis pernikahan Maznah (anak Yong) dengan Zulhelmi Abdullah (mu’allaf) yang berasal dari Ipoh yang diadakan pada empat hari raya. Kami ke sana dengan Nyah, Ita dan anak-anaknya kak Yu, Mimi dan Alya. Nuri kerja. Dalam perjalanan Nash Lefthanded call. ”Aku nak kau datang masa aku buat open house nanti. Nanti aku bagi tahu bila”, pintanya. Ingatkan dah tamat nombor dia hari tu. InsyaAllah, kalau tak ada apa aral boleh jugak pergi. Dah lama tak jumpa kau Nash. Dulu engkau, aku dan Sam (The Zurah II) kerap jugak berhubung. Yalah, masa tu kan kita sama-sama menduda. La ni, tinggal Sam jerlah yang belum menamatkan zaman duda terlajaknya. Apapun, thanks atas ingatan kau itu. Aku doakan kau bahagia selalu !

Setiba di sana, kami terus ke kubur emak dan bapak. Saya menghadiahkan suratul yassin untuk kedua-dua mereka. Sayang kubur mereka agak berjauhan sedikit. Namun saya puas, kerana kali ini saya dapat menziarah tempat persemadian mereka, setelah tidak berkesempatan pada raya yang lalu. Selepas itu saya bersembahyang Jumaat di masjid Pengkalan Pegoh. Nyah nak telefon anak Yong untuk mengantar saya ke masjid. Tapi saya menolak. Rupanya, punyalah jauh masjid tu. Mujur tengah jalan ada satu brother tu (yang membonceng adiknya) sudi menumpangkan motor kapcainya. ”Balik nanti saya tunggu abang kat sini ya”, pelawanya ikhlas. Malamnya kami makan di warung tepi jalan Pengkalan Pegoh.

Saya sempat jugak mengemas laman rumah Nyah yang dah macam keadaan rumah ’Nang Nak’ tu ! Rumput rampai, sampah sarap penuh kat laman. Dalam rumah bergantungan sawang. Nyah dah lama tak balik rumah dia tu yang berdekatan dengan rumah Yong. Habis jari calar balar kena ranting bunga berduri. Licin semuanya saya tebas. ”Hah, barulah nampak macam rumah !”, tegur abang kat sebelah rumah Nyah tu. Dia ni orang kuat PAS. Jadi, sembang saya pun ikut alur dialah...Iyakan saja...

Dalam hujan-hujan lebat saya mengerjakan kawasan yang berselirat tu. Dahlah gitu, berkain pelikat pulak tu. Kalau terungkai kain, tengok ’wayang free’ jerlah jawabnya jiran-jiran kat situ. Nak buat macamana, seluar bawak sehelai jer.

Lepas tu, Manja yang pulang dari membeli makanan pagi tu, bagitahu Yong mintak saya datang cepat sikit untuk jadi ’saksi’ majlis akad nikah kat surau kawasan sebelah (taman lokasi kes pembunuhan yang melibatkan kerabat diRaja Perak tak lama dulu). Masa nak pergi nikah tu hangin jugak saya, dengan pengantin, mak pengantin (Yong) dan wali (Nani @ Zulkifli, anak saudara saya). Lambat macam nak mampus ! Saya jerit nak nikah ke tak nak ni ? Baru semuanya sibuk nak gerak !

Bab nikah satu hal. Budak tu mu’allaf. Masa Kadi ajar dia macam tergagap-gagap jer. Langsung saya mintak kadi tu tulis kat kertas. Sekali baca jer, lancar. Sah lafaz nikahnya. Sah, ’Shah’ Efendy ! Kalau tak tulis, agaknya sampai esok pagi pun belum tentu settle. Syukran !

Saya dimintak pulak baca doa selamat kat majlis jamuan selepas Hisham adik Nani yang janggutnya macam Pak Kiai tu menolak. Masa makan tulah saya berpeluang berkenalan dengan kaum kerabat dari sebelah pengantin lelaki. Yong siap bergambar lagi dengan mereka. Itu jadi bukti tu, kalau ada apa-apa hal di belakang hari. Tanda sah mereka sekeluarga merestui perkahwinan tersebut. Jangan nanti bila berlaku kematian, si Zulhelmi tu nak dikuburkan di jirat Cina !

Balik KL, terus hantar Nyah, Ita dan anak-anaknya kat Sungai Way. Lepas solat Asar kami balik Bangi. Rasa lama benar tinggalkan rumah bertuah tu ! Sejak dah kena cat hijau muda dan orange ni, makin seri lagi rumah yang Manja beli sekitar tiga tahun lalu.

Esoknya, Manja ambil anak dia di Shah Alam. On the way tu, singgah rumah Nyah bawa gambar SPB Tuanku Mizan Zainal Bidin dan SPB Tuanku Nur Zahirah untuk kerja rumah si Mimi.

”Aqilah, Emerzaki dan Mira”. Cantik dan kacak anak-anak tiri saya tu. Yalah, anak orang ’loaded-loaded’ mesti kelihatan elit dan bergaya. Duit raya sekali dapatpun RM200 ! Berbeza dengan anak saya si Mila, masa saya tanya dapat banyak mana duit raya hari tu...”Banyak giler bah ! ”, sahutnya. Pada anak saya, RM50 ke RM100 hasil salam raya dah banyak tu. Banyak giler ! Tapi tak boleh nak samakan situasi mereka. Antara saya dengan bekas suami Manja macam langit ke tujuh dengan bumi landai. Namun, saya bersyukur atas segala nikmat-Nya kerana setakat ini saya masih mampu menyara mereka yang saya kasihi.

Lepas beraya di rumah emak kami ke rumah Hasnal. Dan balik semula setelah membeli DVD player, sebab Aqilah nak tengok Kung Fu Panda. Saya dan Manja menjamu anak-anak kami itu dengan mihun sup dan cekodok ikan bilis. Sedap ! Itu kata anak-anak kami. Licin pinggan tu ! Macam kepala ’Hattan’ ! Sori bro, pinjam nama kau kat blog ni kejap. Orait aaaa ?

Di tempat kerja hari ni tak ramai yang datang. Bahagian saya Cuma ada Puan Norliza, Zainal Bakar, Khairul, Fidah dan saya. Tengah dok berborak dengan Puan Norliza, Y. Bhg. Tuan Haji Mohd. Sani Mistan, Ketua Pengarah JHEOA lalu kat depan. Saya terus bersalam raya dan kembali berborak dengan Puan Norliza tu. Saya maklumkan mengenai ’rahsia’ hari-hari terakhir saya di sini. Dan, saya sempat berpesan supaya dia sabar dengan sepak terajang kat sini. Juga, saya berharap agar dia sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sempat juga saya minta dia doakan supaya ’buah’ yang dah nak sampai kat tembolok saya sat ni, tidak tersembur keluar semula ! Kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk diri masing-masing bos. Semoga sukses selalu ! See you soon...

No comments: