Monday, May 12, 2008

CERITA LIMA PULUH EMPAT

Sebulan dua ni asyik outstation je. Kesian Manja. Tapi takpa, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya dapat dia bebas tengok LCD TV model LG yang baru tu ! Tengok LCD TV ke hapa, dia tidur rumah mak dia di Kajang nun ! Saya baru balik dari Johor dan Negeri Sembilan. Dah lama tak berkunjung ke Kota Tinggi. Dulu kat situ ada sorang adik angkat saya yang mukanya macam penyanyi Ramlah Ram. Itu sekitar tahun 80an. Mungkin kini dah beranak pinak kot ! Kawasan Parlimen YB Datuk Seri Syed Hamid Albar ini begitu menyenangkan. Tapi bimbang jugak, sebab setiba di sana hujan turun punyalah lebat. Risau, takut kalau-kalau banjir macam tahun lalu ! Hotel yang kami tinggalpun dekat tepi sungai besar. Mujur ada bilik kat tingkat tiga tu ! Sekurang-kurangnya selamat sikit...Encik Rashmiz, abang Lan dan Dilla dengan cik abangnya tinggal agak jauh dari hotel saya dan Daud (pemandu). Kami datang dengan dua buah kereta, kereta pejabat dan kereta Vios Dilla.

Baca akhbar cerita YB Karpal Singh lagi. Saya tak mahu komen banyak, bab-bab macam ni sudah pun saya gambarkan ketika membuat rumusan mengenai PRU12 yang lalu. Lihat semula disiri-siri yang lalu. Apapun, semua orang Melayu harus melihat ini semua dalam konteks semangat ukhwah sebangsa ! Kata mereka, apa perlu disebut kembali mengenai isu ketuanan Melayu. Wahai ’orang’ di luar sana, bahawa agama Islam, kedaulatan Raja dan hak-hak istimewa orang Melayu adalah pelengkap terpenting kepada Perlembagaan Negara Malaysia ! Kontrak sosial yang telah dipersetujui secara bersama hendaknya jangan sesekali disentuh. Dalam apa perkara sekalipun, jangan juga sesekali cuba disemarakkan bara kemarahan kaum yang sudah lama bersabar ini !

Berikutnya, saya ke Kampung Mawai Baru untuk tugasan yang masih belum selesai. Sebelum tu bertemu ’Wak Jampuk’ di gerai minum kampung tersebut. Pertama kali gerai yang menyediakan ’penutup’ gelas air minuman. Bagus kalau dicontohi oleh lain-lain peniaga kedai makanan. Medan Infodesa ini antara yang agak baik dari segi pengurusannya. Sebagai hab informasi IT selain sebagai wadah pertemuan masyarakat setempat. Menyentuh pasal Wak Jampuk, dia ni agak popular di sini. Semua orang kenal dia. Dalam bual-bual kosong, sempat jugak saya cungkil tip-tip kesihatan dari warga emas berusia 69 tahun ini. Saya perturunkan petua tersebut untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog Retrospektif :

1. Kencing Manis

Dua keping kulit jering di rendam dalam air panas. Tutup dan biarkan sehingga 10 minit. Kemudian keluarkan kulit-kulit tersebut dan masukkan pula dua butir garam jantan (kasar). Kacau dan minum (sebelum itu baca Bismilllah dan doa minta supaya Allah hindarkan daripada penyakit tersebut). Amalkan sehari sekali.

2. Kanser Payu Dara (khas kepada kaum wanita)

Bangun pagi (jangan buat apa-apa aktiviti rutin di bilik air lagi). Tekap ibu jari tangan kat lidah (yang masih ada air basi tu) dan alinkan kat kedua-dua puting payu dara anda. Buat dua tiga kali. Amalkan setiap hari. Sambil-sambil tu berdoalah kepada Allah semoga dihindarkan dari penyakit tersebut.

Kemudian saya meneruskan lawatan ke Negeri Sembilan. Menginap di Rest House Tampin. Tinggal di bilik 07. Siap ada karaoke lagi. Saya tak ada selera kalau bab-bab karaoke ni. Manja kata, kalau nak ’menyanyi’ mesti depan dia. Kena akurlah ! Tapi, sesekali terpaksa langgar pantang jugak, bila ada function yang memerlukan saya enter frame. Bukan apa, sekadar ’melepaskan’ hajat kengkawan ! Belasah je...

Saya kemudian ke Kampung Tengah, Gemencheh. Saya suka tempat ni. Sederet pejabat UMNO/JKKK, Tabika dan Medan Info Desa (MID). Cumanya, pengguna dari kalangan Cina tidak pernah ke sini biarpun rumah mereka berdekatan. Tetapi anak-anak dari kaum India kerap ke MID ini untuk melayari internet ataupun lain-lain tugasan sekolah yang berkaitan IT.

Pada 9 Mei 2008, sempat seketika menatap wajah YB Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri KKLW di TV3 yang baru selesai diwawancara oleh penyampai Ally Iskandar. Kalau tak silap, Tan Sri bercakap pasal Hari Ulang Tahun UMNO Ke 62. Sorrylah Tan Sri tak sempat nak tengok semua. Jadi, tak boleh nak komen apa-apa ! Apapun, cantik baju Melayu warna jingga tu ! Saya dahpun hantar komen di blog Tan Sri pagi ni.

10 Mei 2008, ke Hari Terbuka Stesen Petronas Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Ini semua Manjalah yang punya idea ! Saya bukan 'boleh tengok' bab-bab macam gini. Teruja saja nak masuk pertandingan. Hari tu saya masuk acara Boling Kelapa, Teh Tariking dan Kuiz Pasangan Bahagia. Boling Kelapa dan Teh Tariking saya dapat nombor tiga. Kuiz Pasangan Bahagia dapat bunga ros je. Kesian Manja, semua salah kuiz tu. Soalan tentang jenis jam tangan isteri, saya belasah Orient (sebenarnya Quartze), kereta impian isteri BMW (jawapan Manja, Persona), warna baju, saya belasah coklat (jawapannya kelabu) dan sajian makanan hari cuti am oleh isteri, saya tulis nasi goreng (jawapan Manja lempeng). Punah ! Ranah !

Masa nak balik (kerana fikirkan nombor bertuah dah tak mengena), sekali tu diumumkan pulak hadiah misteri, yang tup-tup memilih saya sebagai ’Pelanggan Paling Sporting’. Manja pulak tukar mata ganjaran realrewardnya, dapat tupperware ! Hadiah-hadiah termasuk tiga hamper, satu beg susu pekat (kecuali tupperware dan bunga ros) kami ’hadiahkan’ kepada Nyah dan Ita, Hasnal dan mak mertua saya. Puas hati ! Di rumah Nyah hari tu Nuri tak ada, sebab pergi kerja. Syukur, Aliya dah tak takut lagi dengan Pak Denya (saya) !

Esoknya selepas hantar Persona ke pusat servis, saya tolong cuci kereta, cuci bilik air master bed room kami dan masak special menu untuk Manja ! Begitulah hari-hari yang cemerlang dan membahagiakan buat saya dan isteri tercinta. Bahagia ? Paling bahagia. Inilah situasi yang amat saya impikan selama ini ! Jumpa lagi...

1 comment:

Anonymous said...

Wah!...Cerianya!mentang2lh dh dpt jmp manja ye :-)atih suka baca cter pak tam. tmpg rasa bahagia pak tam.Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang memberikan kita nikmat ini.