Tuesday, May 20, 2008

CERITA LIMA PULUH ENAM

Pagi tadi saya terlibat dalam satu diskusi ’panas’. Isu berkaitan Tun M keluar UMNO ! Saya kata eloklah tu. Wajar benar ! Meminjam ulasan mantan TPM, Tun Musa Hitam - ”duri dalam daging sudah terkeluar”. Tambah Tun Musa, ”Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah tersesat jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan”. Dalam maksudnya. Jadi, fikir-fikirkanlah ungkapan oleh negarawan UMNO yang setakat ini masih konsisten bersama parti tonggak orang Melayu ini !

Masa Nyah sms beritahu berita tersebut, saya juga turut menontonnya di siaran berita ringkas TV3. Maaflah Nyah kerana tak sempat membalas mesej tu, sebab terlalu ’suka’ sangat ! Kesian anak dia Mukhriz. Sedikit sebanyak tercalar juga impian untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO bila sibapa tidak lagi bersama dalam satu parti. Saya fikir, nama-nama lain yang sedang hangat di pasaran untuk merebut jawatan tersebut ketika ini, bolehlah mengatur langkah-langkah yang sesuai...seperti kata Tun Musa, ”sambarlah peluang keemasan ini...”

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kerana memberi respons terhadap komen saya diblog beliau baru-baru ini. Namun, saya agak keciwa dan kesal kerana ’pantun’ saya pada blog Tun M telah ’dikeluarkan’ selepas sehari. Rupanya Tun M pun tak boleh terima kritik ! Sabar ajelah...

Oh ya, lama dah tak dengar cerita tentang kawan-kawan di 28H dulu. Apa kabar agaknya. Macamana dengan reunion kedua kat Melaka tu ? Jadi ke ? Dalam waktu yang terdekat ni, saya mungkin tak dapat turut serta, tetapi kalau lepas bulan Jun okey kot. InsyaAllah. Jumpa lagi...

1 comment:

Shah Efendy said...
This comment has been removed by the author.