Monday, May 5, 2008

CERITA LIMA PULUH TIGA

Entah kenapa hari ini teringat betul kat Leman (Mejer Sulaiman Kutty) bekas PRO Tentera Darat, Lan (Mejer Roslan Salam) bekas PRO TUDM, Shahrom pegawai kanan BPR dan Dill (pegawai kanan swasta), antara bekas rakan-rakan saya di Institut of Public Relations Malaysia (IPRM) dulu. Bagaimana mereka sekarang ? Sudah naik pangkat kot...Dill pulak tentunya terus bahagia bersama suami tercinta dan anak-anaknya yang cute itu. Wan Azizah (bukan isteri DSAI) pada ketika itu bertugas di ABIM. Adik abang Mat Kelantan pun dah tak tahu kabar beritanya. Kak Siti (KEMAS) yang berulang alik dari Kuantan pergi kelas dengan MAS dah bersara kot...Sayang sekali nama-nama yang lain hampir tidak mampu saya mengingatinya. Apapun, sesi pembelajaran di IPRM tidak mungkin dapat saya lupakan. Masa kursus peringkat sijil ada Zulkifli (rakan saya di KPNPM), juga seorang penulis kreatif di beberapa ’akhbar nyamuk’ dan Abang Awang (Brunei) yang juga naik turun pesawat setiap hujung minggu. Saya dengar Zul masih di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Dah ambil skim tetap !

Waktu meneliti senarai Ahli Suruhanjaya SUHAKAM baru-baru ni, tak jumpa pulak nama Prof. Dato’ Hamdan Adnan, mantan Presiden IPRM merangkap Presiden FOMCA (waktu tu). Beliau juga adalah merupakan pensyarah bagi subjek Komunikasi di IPRM tu selain Nik Affandy (bos PR di KWSP), Velentine Siva, Dato’ Abas Salleh (mantan KP Jabatan Penerangan) dan Krishnan (mantan PRO MAS). Selain itu, Dato’ Marimuthu (Presiden FOMCA sekarang) dan ’girlfriendnya’ juga selaku presiden sebuah lagi badan NGO pengguna turut mengajar kami.

Mereka adalah ’profesional’ dalam bidang PR. Saya cukup teruja setiap kali pembelajaran bermula. Ketika itu kes DSAI sedang heboh diperkatakan satu Malaya ! Masuk sesi perbincangan je, mesti keluar bab DSAI. Assignment kami sewaktu peringkat sijil ialah atas tajuk mengenai Kompetensi TNB. Masa tu Datuk JJ menjadi CEOnya. Saya ditugaskan untuk menemuramah CEO tersebut. Tetapi malangnya hanya pegawai kanan saja yang berjaya saya temui. Belasah je, lulus !

Lan merupakan pelajar cemerlang. Dapat pingat lagi. Leman pulak kalau bab solat cukup jaga. Bagus betul pegawai tentera tu. Bab makan minum Dill dengan Wan Azizahlah pakarnya (bawa bekal). Selalunya saya akan bagi alasan tak bawa makanan sebab tertinggal dalam teksi ! Haha hah ! Kelentonglah tu. Bila balik kelas di PJ tu, saya selalu tumpang van Lan. Van dia banyak betul jasanya pada saya.

Lagi satu yang best bab pensyarahnya. Prof. Dato' Hamdan Adnan kalau ambil kelas mesti lepas jam 2.00 petang. Masa tulah mata mula nak tertutup ! Syoknya kalau dapat bantal. Mata diapun merah je. Selalu saya usik dia, ”Cikgu sudah tidur, mari kita main bola !”. Tapi, Prof. Hamdan memang best. Sporting giler ! Dulu masa saya kat UiTM dia selalu komen dengan bos tempat saya kerja (Encik Hassan Samat). Dia cakap saya buat assignment tah macam hapa. Yalah, seingat saya masa tu mana ada masa. Kerja kat pejabat Menteri siang, malam menyanyi (dengan izin Menteri/KSU) selain sibuk hal-hal berkaitan persatuan/NGO belia dan juga peribadi.

Yang tak sedap tu, sekali dia suruh we all cari syarikat-syarikat rokok dan tampal logonya. Apa punya assignment. Apa lagi, nak mudah saya ambil dari Yellow Paggers (berlambak saya dapat). Tapi tulah, tipis kuning je kertas tu. Saya buat dono je bila kena sound ’pemalas !’. Nak buat macamana bukan ada masa nak kutip kotak rokok tu kat tepi jalan ! Saya pulak bukan smoker.

Namun apapun, kenang-kenangan kat IPRM itu sesungguhnya merupakan satu pengalaman yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Di sana kami menjadi pelajar yang cukup kritis. Sesuailah dengan taraf profesionalisme IPTS tersebut. Bilalah dapat buat reunion dengan diaorang tu ! Jumpa lagi...

No comments: