Tuesday, May 13, 2008

CERITA LIMA PULUH LIMA

Saya amat berharap bahawa umat Melayu akan sedar dan membuka mata seluasnya, dengan tindak tanduk YB Karpal Singh mengenai isu yang hebat diperkatakan ketika ini. Hari ini dilaporkan bahawa biarpun 2,000 laporan polis dibuat, YB Karpal Singh tetap berpegang teguh dengan apa yang didakwanya (mengenai isu pertukaran Pengarah JAIP dan mempertikai kuasa Sultan Perak) baru-baru ini. Isu ini sengaja dipolitikkan oleh DAP sekadar untuk menguji kesetiaan dalam ’perkahwinan campur’ parti-parti di bawah Pakatan Rakyat sejak PRU12 yang lalu. Maka sebab itulah saya fikir pemimpin-pemimpin Melayu dari PAS dan PKR ’tidak berani’ membuka mulut masing-masing. Semuanya seakan di bawah kawalan satu kuasa.

Syabas kepada YB Datuk Ibrahim Ali dan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah dengan begitu ’kental’ bersuara dan membuat teguran kepada Ahli Parlimen dari Bukit Gelugor itu. Datuk Ibrahim Ali misalnya cukup lantang dalam respons yang turut membuat sedikit ’ugutan’ untuk mengumpulkan puluhan ribu orang Melayu di Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. ”Jangan main-main dengan saya ! ”, katanya menggertak. Secara jujur, saya ’salute’ kepada beliau. Nampaknya Datuk telah membuktikan bahawa ’sekatil tidak semestinya bersatu dalam mimpi yang sama’. Biarlah orang nak kata Datuk apa. Bagi saya kalau ’katak’ itu adalah katak yang bermaruah dan berperinsip, maka ianya adalah lebih baik daripada menjadi ’sang singa’ yang tiada gigi !

Bercerita bab YB Datuk Ibrahim Ali ini teringat pada satu ketika di ground floor Bangunan Selangor Dredging, Jalan Ampang, di mana saya telah ’terserempak’ dengan beliau di hadapan lift. Terkejut jugak saya, bila tengok beliau hanya berpakaian santai, terbuka dua butang baju, rambutpun kusut masai. Katanya, tujuan ke situ adalah untuk mengutip hutang rumah sewa daripada sebuah kedutaan asing yang beroperasi di bangunan tersebut. Saya juga sebut mengenai hasrat untuk membeli buku politik tulisan terbaru beliau.

Datuk Ibrahim Ali ni, kalau bab mengumpul orang bagi kat dia. Masa Tun Dr. Mahathir tengah berserabut dengan kes DSAI, dan berhadapan pula dengan pelbagai isu yang dibawa oleh ’pembangkang’, masa tulah dia muncul dengan idea bernas. Reunion UiTM ! Hasilnya, ribuan bekas penuntut UiTM berkumpul di Stadium Melawati, Shah Alam termasuk saya. Penuh stadium tu ! Itulah penangan Datuk Ibrahim Ali. Tetapi kini semuanya sudah berlalu. Apapun, saya amat berharap agar Datuk sudi untuk menyertai UMNO semula. Dan, sebagai ramalan : saya kira Datuk Ibrahim Ali akan menyertai UMNO kembali dalam masa terdekat. InsyaAllah. Kita bertemu lagi...

2 comments:

Anonymous said...

salam......
xtif blog anda eee............

Anonymous said...

en.shah.....camamne nk bina blog sendiri?