Thursday, May 22, 2008

CERITA LIMA PULUH TUJUH

Kadang-kadang kita hairan dengan sikap orang politik ni. Pada satu ketika bukan main lagi junjung parti. Partilah tonggak kekukuhan bangsa, partilah pembela nusa, partilah wadah perjuangan, partilah memartabat agama. Macam-macam. Bila sekali tsunami politik datang, hilang semuanya. Tinggallah parti terkonteng-konteng. Pulak tu, parti dikambing hitamkan. Tak puas hati dengan Pak Lah itu Tun Dr. Mahathir & co. punya hallah. Apa pulak nak kaitkan dengan orang lain. Ajak ahli-ahli UMNO keluar parti apa hal ? Tapi tulis pulak kalau Ahli Parlimen BN lompat parti, tak ada post dalam Pakatan. PM dah ada calon (musuh Tun M sendiri). Menteri, Timbalan Menteri dah ada juga calon sebelah sana. So, wal asal balik hasillah ! Silap-silap jadilah macam ’Lebai Malang’. Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Tapi yang peliknya tu, Tun M suruh keluar parti, dalam masa yang sama macam nak takut-takutkan Ahli Parlimen BN ! Apa kes ni ?

Saya baru posting ke blog Tun M. Minta dia duduk semeja dan berbaik dengan Pak Lah. Pak Lah pun bukan orang lain dengan dia. Pilihan hati dia jugak ! Berbaik bukan untuk kepentingan sesiapa, untuk bangsa Melayu jugak ! Itupun tak reti-reti ? Tapi, yalah macam kata Tun Musa, duri dalam daging sudah keluar. Maka kita binalah kembali UMNO yang sudah dipunahranahkan oleh Tun M. Lagi satu kalau begitulah niat si Mukhriz nak bantai pemimpin dari dalam, eloklah keluarkan saja dia. Bukan ada pekdah pun. Patutnya dia bersyukur Pak Lah restu dia bertanding dulu. Ingat, dia menang bukan kerana diri dia, atau kerana dia anak Tun M. Dia menang kerana undi penyokong setia BN dan UMNO. Pendek kata kemenangannya bukanlah atas faktor jenama Tun M ! Tak percaya bertanding balik. Berani ke ?

Menyampah betul kalau ’orang lama’ buat perangai. Fikirkanlah negara ni sama. Tengok apa kata Asian Wall Street Jaurnal (AWSJ) yang mengulas perkembangan terkini Tun M. Pemimpin negara ini sudah matang benar. Janganlah ajar mereka main wayang. Sekejap berenti, sekejap masuk (kalau Pak Lah berhenti). Ingatlah bahawa apabila rakyat suruh Tun M berhenti setelah 22 tahun jadi PM, orang-orang yang Tun belasah itulah yang jadi pendindingnya. Kalau melihat daripada kartun Zunar (pekatun PAS) macam-macam yang digambarkannya tentang Tun. Saya sendiri naik terbakar dibuatnya. Lihat pula kepada contengan-contengan dinding di merata KL umpamanya, macam-macam bentuk wajah Tun digambarkan. Siapakah mereka di sebalik ini semua ? Jawabnya bukan Abdullah Ahmad Badawi, bukan Najib Tun Razak, bukan Shahril Samad atau bukan juga Tun Musa Hitam ! Mereka jemu dengan Tun. Itu pasal rakyat memberontak. Tak pernah pulak dengar Pak Lah suruh Tun berhenti masa tu !

Saya juga rakyat Malaysia. Jangan ingat you all orang politik saja yang berhak untuk bersuara. Ini negara demokrasi. Kalau tak suka kita diam. Habis cerita. Lagi satu yang tak syok bila Tun ungkit cerita Tun Musa, cerita Shahril Samad. Apa ni macam bebudak ! Itu belum Tun Musa sentuh isu Memali lagi. Belum juga Osman Aroff cerita bab kes 22 Ahli DUN Kedah yang dikatakan master mindnya DSAI. Kenapa dia buat lagu tu padahal dia Timbalan Ketua Bahagian Kubang Pasu (Tun M Ketuanya). Kalau dah masing-masing buka pekung, apa akan jadi dengan kepimpinan kita ? Ingatlah, semua yang Tun cerita tentang kes Tun Musa dan Dato’ Shahril Samad adalah kes yang juga serba sedikit membabitkan integriti Tun selaku Presiden parti dan Perdana Menteri ketika itu !

PM telah beri jaminan akan ada peralihan kuasa kepada Dato’ Seri Najib. Tunggu je lah. Tak payahlah paksa dia. Dia bukan minat nak tunggu lama kat kerusi tu sampai 22 tahun. Pejadah hapa. Sebagai pemimpin yang masih disegani oleh rakyat, haruslah Tun berdiam diri, jangan ganggu UMNO. Biarkan parti itu merencana apa yang patut untuk kebaikan ahli-ahli mereka. Jangan ganggu, kerana Tun telah ’keluar’ dari UMNO. Faham-fahamlah ! Jumpa lagi...

3 comments:

Anonymous said...

Salam shah,

Tun M merupakan seorg yg berpengalaman dlm politik,DAAB(pak lah) seharusnya mendengar nasihat Tun M,ibarat kita adik beradik,mesti mendengar nasihat abg, kalau tak boleh nak ikut bagi alasan yg munasabah,tapi jgn buat musuh ...Pak lah no idea .. ekonomi pun tak pandai ... harapkan org suruhan aje .. maaf ye ni pendapat saya.

Anonymous said...

Thursday, May 29, 2008
UMNO yang bukan lagi UMNO


Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 8:57 AM

Anonymous said...

Sedih mndgr kata2 Tun ni. Mmg benar Umno sekarang sudah kurang taringnya dalam membela nasib Org Melayu. Slps Tun tidak lagi menjadi PM terang-terangan puak ekstremis kaum dlm negeri menunjukkan Tanduk. Org Islam tertampar dgn cerita apabila ada anak Melayu yg memohon keluar dari agama Islam, tapi apa yg kerajaan lakukan utk menyelamatkan akidah anak org Melayu ni?? Bercerita ttg kekalahan BN dalam PRU 12, tahu tak kami sbg rakyat dah muak dng sikap sesetgh pemimpin menunjukkan kekayaan mrk didepan rakyat bekereta besar, rumah besar, anak isteri berbelanja besar, pakai baju cantik2 TAPI rakyat hidup susah. Lihat saja skrg terang-terangan JENAYAH rompak dimana-mana. Kenapa Jenayah semakin banyak?? Kerana hidup semakin terdesak...pernahkah wahai pemimpin-pemimpin yang berlagak kaya ni terfikir?? Sedang anda dberada di dalam kereta pernahkah anda memandang keluar cermin dan lihat si miskin hanya bermotor di sebelah anda??? Ini baru bercerita ttg hal politik. Ada banyak lagi yang kami sbg rakyat tak puas hati ttg pengurusan negara yang kami rasa mcm carca marba. Kasihanlah Orang Melayu kita. Org Melayu sendiri yg jadi mangsa..kami tak rela Melayu hilang Kemelayuan wahai Pak lah..