Friday, May 2, 2008

CERITA LIMA PULUH DUA

Lama benar tak menulis di ruangan ni. Seperti saya katakan bahawa saya la ni tengah sibuk kerja luar. 23-24 April berada di Miri, Sarawak. Saya ke sana sebagai salah seorang panel untuk mengadili pertandingan Anugerah Kecemerlangan Medan Infodesa (MID) KKLW 2008. Di Miri saya menginap di Hotel Park Everly sebelah Hotel Marriot yang kebetulan dihuni oleh Putera Albert II dari Monaco. Saya tak sempatlah nak tengok wajah putera yang menjadi kegilaan wanita-wanita Eropah tu.

Malamnya, saya merayap ke pekan Miri di mana saya sempat bertemu dengan Umie dan Za’imah rakan sekerja saya. Mereka ke sana untuk menghadiri program latihan anjuran INTAN Kuching. Dengarnya topik yang diajar ialah Pengucapan Awam. Harap-harap lepas ni bebudak tu ’makin banyak cakap’ lagi !

Esoknya, dengan kenderaan KEMAS kami ke Kampung Selanyau, Miri untuk tujuan seperti dinyatakan. Jauh jugak tempat tu. Apa yang menyeronokkan ialah kami dilayan dengan baik oleh AJK MID tersebut. Makan tengahari ada pelbagai ulam terhidang termasuk daun kunyit muda. Okeylah. Tapi, saya tengok Fadilla tak larat makan. Kenyang kot. Encik Rashmiz dan abang Roslan tibai semacam jer. Pencuci mulutnya buah limau. Saya memang suka limau. Siap dibekalkan lagi... Sayang sekali, tak dapat merasa buah naga yang saya lihat banyak pokoknya di sekitar laluan ke kampung tersebut. Oh ya, sesuatu yang agak istimewa di kampung ini ialah buah duriannya ! Buah durian ni ganjil sikit. Kecil. Berbuah dipangkal pokok, isinya agak berair dan boleh berbuah sehingga lebih 100 biji. ”Kalau nak cuba datang bulan sembilan nanti ! ”, kata makcik kat situ.

Kenangan pahit ada tak ? Ada, masa pergi Miri dari KLIA, dan masa transit kat Kuching dari Miri (sebelum bertolak ke KLIA), kapalterbang yang kami naiki tu landing macam batu jatuh ! Kasar sungguh turunnya. Mujur saya dan Dilla tak ada masalah jantung. Saya sebut pasal Dilla, sebab diapun merungut sama.

Kemudian saya ke Alor Setar. Tiba saja kat airport tu jumpa Haji Hasbullah Awang dan Afrizal, rakan perantaranya dalam ruangan sukan di TV 1. Satu flight dengan kami. Katanya malam tu ada bola kat Stadium Darulaman antara Kedah dan Pahang. Kebetulan malam tu Kedah nak dinobatkan selaku juara piala FA kot...Kalau lama lagi, harus saya borak pasal kes rasuah di kalangan pemain seperti yang dihebahkan media. Saya sempat beritahu Haji 'Hasbul' bahawa AK (Anuar Kamaruddin) rakan Juruhebah beliau sewaktu di Rangkaian Nasional dulu kini dah bertugas di Wanita FM. Terkejut jugak dia. ”Noramin” lah bos dia ya ?, katanya.

Dari airport Kepala Batas, saya singgah Anak Bukit bertemu anak-anak saya Lidiya, Amalia dan sikecil Karmila (Mila). Mila duduk atas riba saya tanpa beri peluang kakak-kakaknya bermanja. Biasalah ’sibungsu’. Lepas ambil bilik, kami pergi makan dan shopping sikit kat pekan Alor Setar. Mila asyik merajuk jer. Kata Lidiya : ”Biasalah tu bah, dah lama tak jumpa. Buat perangailah...”. Apapun, saya amat menyayangi mereka. Bagi saya mereka tiada galang gantinya ! Selepas menghantar mereka pulang, saya terus kembali ke tempat penginapan di Hotel Regent. Saya pernah ke sini bersama isteri. Seperti Manja, keseronokan di hotel ni kerana betul-betul tengah pekan Alor Setar. Masa Manja outstation kat sini dulu, kami tinggal di hotel empat bintang. Tumpang sekaki beb ! Sekaki hapa, dua kaki !!!

Esoknya, kami anggota panel mula bergerak ke tempat-tempat seperti yang ditetapkan Mula-mula ke Kampung Teluk Teduri, Baling. Kebetulan sebelum bergerak bertemu rakan-rakan lama di Jabatan Perpaduan Negara Negeri Kedah yang pejabatnya berhadapan dengan Bangunan Tunku. Encik Yunus (Yeop Perak) dah jadi Pengarah negeri. Jumpa juga Encik Hashim (Sungai Petani), staf pejabat negeri Saad, abang Zamri serta beberapa pegawai yang lain. Ada sorang tu kenal baik dengan Abdul Razak Abdullah, bekas rakan saya di Ibu Pejabat JHEOA dulu. Kini Razak bertugas kat JHEOA yang kawasannya meliputi Kampung Chuah, Port Dickson.

Saya juga bertemu rakan-rakan JKKK yang kini dah ubah jadi JKKKP. Kebetulan mereka nak ke Baling (Kompleks Rakan Muda, Baling) bagi menghadiri program bersama YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Nampak happy jer kawan-kawan saya tu, walaupun hati dok ’menderita’ akibat kekalahan BN dalam PRU 12 baru lalu ! ”I’ts okey, don’t be kalut ! Susun strategi balik. InsyaAllah, sepenggal je tu”, kata saya menge’cool’kan mereka. Betoi ka ? Esok saya akan ke Bukit Jalil menyertai sambutan Hari Pekerja 2008 dengan team KKLW. Kabarnya dapat baju korporat. Oklah, nanti kita cerita lagi ya.

No comments: