Monday, June 30, 2008

CERITA ENAM PULUH EMPAT

Haru satu dunia kes liwat DS Anwar Ibrahim bergema lagi ! Berlaku pada 26 Jun 2008. Mangsa Mohd. Saiful Bukhri Azlan, Pembantu Peribadi DS Anwar Ibrahim dikatakan mula berkhidmat selepas PRU 12. Bekas graduan UNITEN. Yang jadi tandatanya banyak orang ialah, mengapa DS Anwar ’lari’ ke kedutaan Turki tu ? Betul ke ada orang yang nak bunuh dia ? Selama ini elok je, tak pernah dengar pun pasal orang nak membunuh dia. Negara kita ni bukan macam negara-negara brutal yang lain tu. Silap sikit, bunuh ! Silap sikit, bunuh ! Itu kerja ’cowboy’. Pakat pikirlah sendiri !!!

27 dan 28 Jun saya berada di Pahang untuk dua program berasingan. Lepas Mesyuarat Program Mencari Bakat Sukan Kanak-kanak Orang Asli dengan Institut Sukan Negara (ISN) di Pejabat Daerah Bera pada 27hb, saya terus ke Kuantan dan bermalam di sana kerana esoknya saya dijemput menghadiri Majlis Perasmian MID Kampung Sungai Pancing Utara, Kuantan yang dilakukan oleh YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri KKLW.

MID tersebut turut saya adili pada 2 Jun 2008 lalu. Wah, nampak gah sekali tempat tu. Turut hadir pada perasmian itu ialah Timbalan Menteri KKLW, YB Tuan Joseph Anthony Belaun, ADUN kawasan berkaitan (tak ingat namanya), Datuk Hajah Jamaliah Kamis, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Haji Abdul Jabar Che Nai, TKSU (Sosial), Tuan Haji Bashar, TKSU (Ekonomi) serta Datuk Haji Md. Nor Zainal Ariffin, SUB (Kanan), SUB-SUB KKLW dan lain-lain pegawai kanan peringkat Persekutuan dan Negeri. Majlis yang meriah itu memberi peluang untuk saya bertemu dengan ’pembesar-pembesar’ KKLW. Masa berjabat salam dengan YB Menteri, sempat saya perkenalkan diri bahawa saya Shah Efendy, penghantar komen blog YB Tan Sri yang aktif ! ”Bagus, bagus...”, jawab Tan Sri. Dan, saya takkan lupa bilamana Datuk KSU bergurau dengan saya dihadapan Encik Nisra (orang nombor dua JHEOA dari keturunan Orang Asli) dan Encik Hamidi (KKLW) : ”Saya nak jadikan Shah ni Orang Asli. Tiap kali jumpa saya, mesti muka moyok...”, katanya. ”Ni Nisra, tolong bantu Shah ni apa yang patut !”, sambung Datuk KSU sebelum ke hujung jalan untuk menyambut ketibaan YB Menteri.

Saya juga seronok bilamana dapat berjumpa dengan bos nombor dua INFRA, Puan Ruby yang semakin cantik tu. Dia pun terperanjat mendengar penamatan kontrak saya di JHEOA pada 30 Jun 2008 ini. Tak palah bos, dah tak ada rezeki, nak buat macamana ? Datuk SUB (Kanan), Encik Zubir dan Encik Hassan Busu turut memberi rangsangan. Saya terhutang budi pada apa yang telah dilakukan untuk membantu saya. Allah saja yang maha tahu akan apa yang saya pendam selama ini.

Apa yang menarik masa kat Kuantan tu ialah, saya telah dibawa oleh abang Daud (pemandu JHEOA) ke Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan laut. Sejujurnya, saya tak pernah makan seafood di situ. Dari gerai pertama hingga ke penghujung, baru dapat gerai yang selesa ’kurang pelanggan’. Yang lain-lain...penuh beb ! Tanjung Lumpur membuatkan saya teringat-ingat akan satu peristiwa dalam tahun 80an, di mana saya membuat persembahan di sana. Penyanyi Mona Fendy (orang kata kakak saya) menetap seketika di sana. Dia bela ayam itik kat situ. Punyalah berbau tengik kat kawasan tu. Semua orang komplen. Tapi, saya dengar dia buat ’dek’ aje. Saya pernah satu program dengan Allahyarham Mona Fendy di TV3, program Muzik-Muzik kelolaan Azwan Ali kalau tak silap ! Gelang dia, nah sampai siku tuu...

Nak dijadikan cerita, sedang ’mengoder makan’ terpandang pulak ke meja Encik Rosli Yaakup, SUSK kepada Menteri KKLW, isteri dan kaum kerabatnya. Di sebelah kami pulak, Encik Azizan (Pengurus Besar KEJORA) bersama isteri dan pemandunya. ”Surat you melalui Tan Sri Zaleha Ismail ada pada saya”, sapanya. Lalu saya minta dia tengok-tengokkan apa yang patut. Dia berjanji untuk berhubung terus dengan Ketua Pengarah JHEOA. Sedap sikit hati saya. Abang Daud senyum jer...

Saya memilih ketam, ikan siakap, sayur kailan ikan masin, nasi putih, air epal dan mangga serta dua gelas ais kosong. Puhhh...bukan mertua saja yang lalu kat depan saya tak nampak, Incredible Hulk pun mungkin saya tak nampak jugak ! Begitulah punya enaknya seafood kat situ. Belasah punya belasah, tibalah waktu nak membayar. Tiba kat kaunter, brother tu kata ”Dah settle bang, orang kat sebelah tadi bayarkan”. Ooo...Encik Rosli (yang dah balik awal) bayarkan ya. Terima kasihlah. Saya dengar dengan group Encik Azizan sekali dia bayarkan. Murah rezeki tuan...

Masa balik, singgah semula kat Kuantan kerana ada yang tertinggal kat kaunter hotel. Dah terlanjur, beli barang makanan harian kat COWBOY. Yalah, hari tu kan 'hari akhir saya outstation' dengan JHEOA. Sebenarnya, hari ini (30 Jun 2008), kontrak saya berakhir di organisasi bertuah ni. Meskipun demikian, saya masih menanti ’talian hayat’ yang mungkin akan hadir sedikit waktu lagi dari sumber-sumber yang bersimpati. Entahlah, susahnya nak mencari sesuap nasi di dalam Kerajaan yang menamakan diri mereka Adil dan Saksama ini ! Apapun, saya masih berdoa agar Allah membukakan seluas-luasnya pintu rezeki buat saya dan keluarga.

Di ruangan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan jika sekiranya saya pernah menyakiti rakan-rakan di JHEOA serta di KKLW. Saya insan biasa yang lemah dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Doakan saya berjaya mencari laluan hidup seterusnya. Saya telah berjanji, bahawa saya akan tetap berusaha dan berusaha segigihnya untuk menyara keluarga saya, terutama jumlah nafkah yang ditetapkan oleh Mahkamah sebanyak RM1,000.00 setiap bulan, untuk perbelanjaan ketiga-tiga puteri kesayangan saya LIDIYA, AMALIA dan KARMILA yang masih bersekolah itu. RM 1,000.00 untuk Manja seperti selalu mungkin kena ’berhutang’ dulu. Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambaMu yang sedang dilanda kesukaran ini. Amin. Jumpa anda lagi...

3 comments:

Anonymous said...

en shah p tanjung lumpur x ajak saya pun, dulu masa sy kat pahang every weekend slalu turun situ..bagi saya antara maran dgn kuantan tu kira mcm sblah rumah je..hehe..makan sata dgn keropok lekor...best..kalu x makan dlm kereta mesti makan kat teluk cempedak ( itu tempat favourite saya )...nikmatnye bila makan makan makanan panas sambil dikipas udara segar...lpas makan semua tu..pencuci mulut plak mestilah mcflurry oreo..hehehe...sbb tu badan pun sedap juga..hehehe...kat tanjung lumpur terkenal dgn ikan bakar tp kena pandai pilih tempat..ada yg sedap ada yang x sedap..ada juga mahal nak mampus..tp sayangnya setiap kali saya pegi kat situ xde plak yang nak belanja saya..saya yang kena blanja ada la...huhuhuhu....rezeki en shah btol..

Anonymous said...

Eleh, en shah effendy, kalu bab makan memang tak ingat dunia, nasib baik en rosli yang bayarkan (kira sikit la tu), kalu tidak en rosli dan en azizan sekali kena bayar. Bang, kita pegi Panching 28 Mei 2008 bukan 2 jun yer...

Datin Dilla kirim salam.

Anonymous said...

Salam,
kalau pasai DSAI mmg I bersetuju dgn en shah,dia buat cam tu sebab nak kan simpati rakyat lah tu ...nak buat reformasi sekali lagi, dulu dia tuduh Tun M,sekarang dia tuduh Najib pulak, nape dia tak tuduh pak lah pulak ek!sebabnya najib akan ganti jadi PM,so dia nak sabotaj Najib pulak.
kan?