Thursday, June 19, 2008

CERITA ENAM PULUH DUA

Nyah telefon pagi ni tanya pasal ’penyakit misteri’ yang menghantui saya baru lalu. Itulah sifat seorang kakak yang perihatin. Lama dah tak tulis tentang Nyah dan kawan-kawan 28Hnya. Hari tu kata Nyah tak jadi nak buat reunion kat Melaka nun. Takpalah Nyah, nanti kita usulkan semula. Mungkin masa hari lebaran yang akan datang ?

Semalam baru balik dari Bera (kawasan Menteri KBS bapa Dafi AF). Ke sana kerana mesyuarat dengan pihak Institut Sukan Negara sempena penganjuran program Bakat Sukan (TID) yang termasuk dari kalangan kanak-kanak pelajar Orang Asli. Bukan nak komen, tapi bebudak pegawai sekarang agak ’kurang ilmu’ dalam mengendalikan program/mesyuarat. Mesyuarat 'agak bercelaru' tanda tak cukup persediaan. Agenda tak ada. Mujur pengerusi bijak mengendalikannya. Jawapan dibuat secara ’hanging’. Sedih. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Bera. Nak dijadikan cerita, tengah-tengah mesyuarat api padam. Selain bergelap, panas giler jugaklah ! Diputuskan pada 27 Jun ini mesyuarat terakhir sebelum majlis sebenar program berlangsung pada 4,5 dan 6 Julai 2008.

Saya ni kalau pergi mesyuarat tak sah kalau tak bercakap. Memangpun kaki bercakap. Banyak komen. Tapi, saya suka kalau sesuatu mesyuarat tu berjalan lancar atau smooth. Kalau ada yang tak berkenan, siap !!! Tapi, ianya bergantung jugak kepada siapa yang jadi ’chairman’. Kalau setakat ngam choy okeylah, belasah. Kalau yang ranking tinggi sikit tu...Lu pikirlah sendiri !

Banyak betul cerita politik yang tidak tertulis. Sebenarnya saya banyak menghantar komen mengenai politik dalam blog orang lain. Kat sini boleh jugak bicara tentang politik. Cuma, mutakhir ini saya hadkan sikit. RETROSPEKTIF lebih menjurus kepada penceritaan kisah-kisah lalu yang digarap dengan situasi masa kini. Saya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan maya saya. Pengalaman tidak boleh disimpan menjadi pusaka kekal, ianya mesti dikongsi bersama dengan orang lain supaya boleh membawa kebaikan kepada kehidupan manusiawi sejagat.

Baru-baru ini komen saya kat akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Surat Pembaca yang disiarkan pada 26 November 2004 telah dipetik oleh sdra. Hishamuddin Rais, aktivis roformasi (pernah ditahan ISA) dalam buku terbarunya terbitan 2008 : Keganasan, Penipuan & Internet - hagemoni media daulah pecah. Cuma tarikhnya silap, ditulis pada 29 November 2004. Saya beli buku tu kat MPH Bukit Bintang Plaza. Buku berharga RM30.00 itu banyak memaparkan pandangan ’kiri’ beliau tentang isu-isu yang menggelegak dalam negara kita. Saya tak mahu ulas isinya, saya cuma mampu berbangga bahawa Hishamuddin Rais memetik tulisan saya di Utusan Malaysia. Itu saja !

Kepada semua yang telah dan akan singgah di blog ini, terima kasih. Biarpun kurang komen, pada saya anda tetap ’bersama’ saya. Saya akan terus menulis sehingga waktu itu tiba. Jumpa lagi !

No comments: