Monday, June 23, 2008

CERITA ENAM PULUH TIGA

Hari Sabtu lepas, pergi ke Bukit Beruntung, survey jalan sebab Manja ada kerja pada 24 Jun 2008 kat sana. Silap faham sikit, sebab mula-mula isteri saya kata kat Rawang, jadi sayapun tunjuklah jalan ikut jalan lama dari Selayang tu. Rupanya kat Bukit Beruntung, patutlah kawan dia (encik Zakaria dari store TNB Bukit Beruntung) suruh ikut lebuhraya, lalu tol Bukit Beruntung ! Apa raa...

Berbelit-belit jugak jalan dia. Macam tak berpenghujung. Jauh wa cakap lu ! Nanti insyaAllah, esok kita jalan ikut highway ok Manja !

Waktu nak balik keluar tol KL sesat pulak. Macam-macam. Sedang tercari-cari jalan, terserempak dengan seorang ibu muda (kaum India) sedang berjalan lesu beriring bersama anak kecil sekitar empat tahun. Di tangannya barang pasar, manakala anaknya memegang sebungkus keropok. Kesian. Panas giler waktu tu. Saya suruh Manja undur dan berhentikan kereta depan dua beranak tu, buat-buat tanya jalan ke tol KL. Sebaik sampai kat depan mereka, anak kecil tu terus terkam nak buka pintu untuk masuk. Kesian dia. Berpeluh-peluh. Jauh tuuu dari jalan besar tadi. Mungkin mereka baru balik dari pekan Rawang dan turun kat jalan besar tu. Kemudian, saya pelawa mereka naik. Dalam pada tu saya tanya jugak arah ke tol Bukit Beruntung untuk ke KL. ”Nak pergi tol, encik jalan kat situ, belok kiri dan terus sampai tol”, jawabnya bila ditanya arah yang nak kami tuju.

Dalam sembang-sembang tu, saya tanya dia kat mana rumah dia. Punyalah jauh. Saya fikir kalau dia sorang pun mungkin ambil masa satu jam setengah untuk sampai rumah, dengan anaknya tu mungkin sampai satu ke dua jam. Jauh ! Dahlah berbukit. Namapun Bukit Beruntung !!! Yang tak beruntungnya dua beranak tu. Kesian mereka. ”Tak takut ka naik kereta kita orang. Mana tau kami ini orang jahat ka apa ka ?”, soal saya. ”Tengok muka pun kenai”, jawabnya dalam loghat Penang.

Mungkin dia hairan tengok isteri saya yang bawa kereta. Belum apa-apa isteri saya story kat dia sebab musabab pasal saya tak memandu seperti lazimnya tugas seorang suami. ”Tapi suami saya memasak dan mengemas kat rumah ! ”, kata Manja. ”Untunglah cik, suami saya satu plate pun dia tak mahu angkat lepas makan”, sambutnya dan kami sama-sama ketawa. ”Lagi satu, kalau tak picit badan dia, kepala kena ketuk !”, sambungnya lagi. ”Apa punya jantan !”, kata hati saya. Tulah, untungnya isetri saya. Mana nak cari laki macam ni kan ? Riaklah tu ! Akhirnya kami tiba jugak ke rumah ’aci’ tu yang ’sesayup mata memandang’ dari tempat pickup diaorang tadi.

Masa nak pergi isi minyak RM50.00, cukup-cukup sampai Bandar Baru Bangi banyak tu jugak yang habis. Kopak beb ! Pakai airlah nampaknya Persona ni nanti. Malam tadi kat TV, ada cerita di Jepun la ni dah dicipta kereta guna air ! Naik pulak air nanti !!!

Lepas mandi dan tukar baju, pergi pulak ke sebelah belakang rumah, anak lelaki Haji Rahman (orang TNB) kahwin. Meriah sungguh ! Ramai tetamu yang datang. Makanan pun sedap. Alya Catering kalau tak silap. Yang menambah seri lagi majlis tu ialah dengan penampilan Al-Balladi (pemuzik solo buta) - kalau tak silap saya datang dari Kedah nun. Ngam choy betul ! Sebenarnya masa kat Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dulu, kami pernah ambil dia dan pemuzik buta (tuna nitra) Alfred Ho untuk satu konsert OKU peringkat nasional dan antarabangsa. Malah, Al-Balladi ni pernah mewakili negara di banyak festival seni antarabangsa. Hebat. Manakala Alfred Ho pula, pernah menghasilkan album lagu-lagu Inggeris dan Melayu pada sekitar tahun 90an.

Semalam makan KFC bersama keluarga Manja. Sesekali makan chicken chop KFC tu oklah jugak. Tapi, semalam tak berapa lalu, apa lagi adik ipar saya si Hassan tulah yang ’tolong menghabiskannya’. Emak mertua saya (Puan Napsiah) dan Dikmahpun ikut. Sebelum balik, bungkus untuk Salleh sekali. Sebenarnya saya ada tiga lagi ipar duai iaitu Haslina (yang tua) suaminya Hamdan (anak mereka Farhana dan Hafizuddin), Hasnal isterinya Nasriah (anak-anak mereka Shafikin, Hakimi dan Nurin Nuha), Anuar isterinya Zarina (tak ada anak), dan juga Hashimah suaminya Haris (anak-anaknya Haikal dan Siti Umairah). Malangnya, saya tak ingat nama anak-anak keluarga sebelah saya sendiri iaitu anak Yong, anak abang Alom dan anak Emi. Anak Nuri dan isterinya Ita - kak Yu, Shafiq, Mimi dan Aliya saya ingat sebab kerap jumpa, kerap jugak ingat. Mereka tu dah jadi macam anak angkat Nyah ! Nanti bila-bila kalau Nyah bagi tahu, saya akan catatkan di blog ini senarai panjang nama anak-anak adik beradik saya yang lain. InsyaAllah.

Tiba-tiba teringat kat arwah emak dan bapak. Renung balik, macamana sukarnya mereka menghidupkan kami adik beradik dulu. Dengan gaji yang cuma kadangkala hanya mampu di bawa sebanyak RM70.00 sebulan oleh bapak, itulah yang di’kecah’ oleh emak untuk buat belanja harian. Mujur emakpun pandai buat kueh dan menganyam tikar pandan. Dapatlah jugak tampung sikit-sikit. Kadang-kadang tu, kueh memanjang tak laku. Itulah bahana perangai PHD orang Melayu !

Setiap kali solat, doa untuk emak dan bapak tak pernah terlupakan. Begitu juga untuk seluruh keluarga. Malang, anak saya yang kecil (Mila) tak sempat jumpa atuk dan opahnya. Itu jugalah yang sering diungkap oleh anak saya tu tiap kali kami bertemu. ”Manja, abang sayang awak dan semua keluarga kita !”. Jumpa lagi...

No comments: