Thursday, June 12, 2008

CERITA LIMA PULUH SEMBILAN

Saya telah berjanji dengan Manja untuk tidak ke outstation lagi. Tapi, akhirnya saya terpaksa menelan kata-kata saya, sebab arahan untuk ke Bengkel Peggredan Kampung JKKK di FELCRA Seberang Perak telah dibuat. Saya akan ke sana esok sehingga 15 Jun 2008. So, sorry Manja...Apapun, I love you so much !!!

Kelmarin saya bertemu kembali dengan bekas bos lama Y. Bhg. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail, mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Dalam usia 71 tahun, sihat lagi Tan Sri yang kini memegang teraju sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara. Sibuk betul dengan jadual yang berselerak. ”Asyik sibuk macam dulu jugak”, katanya. Rupanya ada cerita disebalik perlantikan baru tersebut. Kata Tan Sri, pada mulanya sebelum PRU12, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tak mahu sain perlanjutan kontraknya di LPPKN, dan menangguhkannya sehingga menteri baru tiba (selepas pengumuman kabinet baru). Rupa-rupanya betul, YB Datuk Dr. Ng Yen Yen pulak yang sangkut selepas Dato’ Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai kepada YB Nurul Izzah Anwar. Itulah, lain kali jangan cakap-cakap macam tu, kan dah kena badi...

Saya ke sana disebabkan satu hal yang penting. Oleh kerana beberapa maklumat (yang ingin saya kemukakan pada Tan Sri) tidak lengkap, jadi saya berjanji untuk ke pejabatnya hari ini. InsyaAllah, sat lagi saya sampai. Kebetulan saya bercuti hari ini.

Minggu ni agak sibuk dengan hal kerja dan hal peribadi. Pagi tadi Mila call (dari Alor Setar) sebelum pergi sekolah, ucap terima kasih pasal semalam saya hantar jam tangan ’kumbang emas’ melalui bas Transnasional. ”Terima kasih bah, cantik jam kumbang tu”, tuturnya. Alhamdulillah, dapat juga mereka ’jam’ tu. Lidiya dan Aye mengeluh sebab jam tak ada. ”Nanti nak periksa susah”, kata Lidiya. Anak abah jangan susah, sebut je (ewah, macam orang senang), abah akan cuba cari apa yang dihajati. Jangan yang mahal-mahal dahlah ! Lepas bulan Jun ni lagilah pening !!!

Manja dua hari ke Subang Jaya. Ada bengkel. Naik kereta kawan katanya. Bagus jugak, dalam minyak dok mahal ni, pandai-pandailah...

Okeylah, nanti kita cerita lagi...

No comments: