Thursday, June 5, 2008

CERITA LIMA PULUH LAPAN

Akhirnya, misi Anugerah Kecemerlangan Medan Info Desa 2008 (AKMID 2008) bagi group yang diketuai oleh Encik Rashmiz Abdul Rashid, PSU ICT (D4) (KKLW) dengan ahli-ahlinya Encik Roslan (KEDA), Fadilla (KEMAS) dan saya (JHEOA) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sejak dari Kampung Teduri, Baling, Kedah (27 April 2008) hingga Kampung Bukit Jering, Jeli, Kelantan yang berakhir pada 2 Jun 2008, kami telah melaksanakan penghakiman di 15 buah MID termasuk Sarawak dan Sabah sepertimana yang saya ceritakan pada posting terdahulu.

Terlalu banyak yang dipungut hasil daripada 'kelana' sepanjang tempoh tersebut. Malang sedikit, di akhir-akhir lawatan kami ke Kelantan semacam ada sesuatu yang tidak kena. Meskipun Puan Zarina Jantan selaku KPSU ICT (D) KKLW hadir, namun ianya tidak mampu menyuntik ’keterujaan’ pengurus-pengurus MID berkenaan. Biasa-biasa saja ! Suka koranglah !

Saya kagumi semangat Puan Zarina kerana sanggup berhadapan dengan situasi ’pening berat’ untuk bersama kami di dua tempat berlainan iaitu di Kampung Sungai Sam, Kuala Kerai dan Kampung Bukit Jering, Jeli. Dilla juga dikhabarkan turut mengalami pening yang teruk kerana keadaan jalan yang tak ubah seperti 'ular kena palu' seperti di jalan Kuala Pilah-Bahau atau Cameron Highlands !

Terima kasihlah kepada rakan-rakan supir kita dari KEMAS (membawa Puan Zarina dan 'Datin' Dilla) dan saudara Asri dari FELCRA (yang membawa ahli panel lelaki) yang telah memandu dengan begitu berhemah sekali. Masa balik, sempat jugak ke Rantau Panjang dan terus ke Wakaf Che Yeh untuk membeli belah. Abang Lan beli purse baru. Kesian dia, kena bayar mahal berbanding kedai lagi satu ! Peristiwa ni kena jugak kat Encik Rashmiz untuk dua kotak pelikat ’cap gajah menirap’ yang dibeli pada keesokan harinya kat KB. Sebut pasal purse abang Lan, nasib baik cuma tertinggal kat kereta Asri, kalau tempat lain haghu jugak !

Pagi 2 Jun 2008, kami bertiga ke Pasar Siti Khatijah, dan arked batik/sutera untuk sambung sesi ’Jalan-jalan Caghi Baghe’ lagi. Sebelum pulang, kami dibawa pula oleh Asri ke Pengkalan Kubur dan patah kembali ke Rantau Panjang. Asri beria-ia mengajak saya ke sebelah Siam sana. Memang saya ada membawa bersama passport Antarabangsa. Tapi, takkanlah saya nak tinggalkan Encik Rashmiz kat Rantau Panjang. Datang sama balikpun mestilah sama ! Apa kata, masa kat Siam nun saya kena baham dengan peluru, dahhh janda bini saya. Yatim pulak anak-anak saya ! Tragisnya kan ? Tak sanggup saya Asri oiii ! Lain kali jelah. Sebenarnya Asri dah datang awal pagi kat hotel kami untuk hasrat yang sama. Bukan apa tu, dia saja nak uji iman saya. Lain kali kalau pergi KB, saya mesti tunaikan 'hajat' kawan kita tu walaupun bagi dia Golok tu cuma tempat biasa-biasa jer ! Saya tahu, Asri saja jer pelawa...cuma nak rai kengkawan dari KL !

Oh ya, sebelumnya pada sebelah pagi sempat jugak saya bertemu Ita (isteri Nuri) yang kebetulan ada kat KB untuk membeli belah bersama Ani (adiknya). Sempatlah saya hulur duit buat belanja pasar. Lupa pulak kirim salam pada keluarga dia kat kampung tu. Saya harap dia dapat beri Shafiq seringgit dua untuk belanja ais krim ke, hapa ke. Tetiba teringat Nyah. Tentu dia tengah rindu kat Alia, Mimi dan Kak Yu. Bapak diaorang (Nuri) rindu ke tak, tu ? Puan Danawati (KEMAS) yang saya temui di hotel yang sama (bercuti bersama keluarga) masih mesra seperti biasa. Orang KEMAS ni okey jugak kan ? Tara sombong wooo ! Orang JHEOA pun apa kurangnya ya tak ?

Lega rasanya bila semuanya dah selesai. Banyak perkara yang takkan dapat saya lupakan ketika bersama group. Kepada Datin Dilla, maaflah kerana saya selalu sangat jual nama dia. Terutama bab makan. Anggaplah itu sebagai satu gurauan dari seorang rakan dan tidak bermaksud apa-apa. Tetapi percayalah, bahawa saya amat risau kalau ada kengkawan yang susah ataupun sedang dalam kesakitan. Seperti malam tu, bila Encik Rashmiz kata Datin sakit, saya cukup bimbang. Ketahuilah bahawa kami membawa sama amanah suami Datin (walaupun tidak secara bertulis, pesanan atau sebarang MoU). Apapun, Datin jagalah kesihatan. Makan rambutan boleh, tapi jangan banyak. Macam hari tu, kira secukup rasa. Apapun ’Happy Birthday’ !

Satu peristiwa yang paling saya tidak akan lupa ialah bilamana pesawat menuju ke Tawau tempohari. Siangnya saya belasah sambal petai yang saya masak kat rumah. Dalam pesawat tu, kira keluar masuk toiletlah sampai transit kat KK dan terus ke Tawau. Pendek kata, asyik ’terkucil’ saja. Tu dia penangan petai Bidor !

Kesian Manja, kena tinggal selalu. Takpa, lepas ni ’no out station’ lagi. Promise me !

Kepada kengkawan dari KKLW, JHEOA dan agensi lain sori kalau ada apa-apa salah saya kepada korang. Kita jumpa lagi kat mana-mana ok ! Dan, kepada adik-adik pengurus MID yang telah kena ’belasah’ sehingga ada yang ’termenangis’ dengan teguran saya, anggaplah itu sebagai pelajaran yang baik untuk anda. Jika orang menegur tandanya anda masih disayangi. Jika sebaliknya...tak reti-reti ? Jadikanlah MID di bawah kendalian anda sebagai hub untuk masyarakat mendapatkan sebanyak mungkin ilmu ICT demi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta. Selamat Maju Jaya. Kepada abang Daud (supir JHEOA), terima kasih kerana sudi membawa saya ke sana ke mari biarpun pelbagai ’tuduhan liar’ yang dilemparkan kepada abang oleh beberapa kerat manusia yang tidak memahami. Bagi saya, abang Daud pemandu yang berdisiplin dan sentiasa menghormati orang lain. Begitu juga pemandu KEDA, pegawai merangkap ’pemandu’ KEMAS di Miri dan pegawai merangkap ’pemandu’ di Tawau. Cukup enjoy dengan kalian. Friendly sekali. Jumpa lagi...

1 comment:

Anonymous said...

Eh eh, banyak betul namaku ini disebut di sini. Nama 'Datin" biasala. Nama Encik Lan pun OK gak.

Ape apa pun, petai Bidor jangan dimakan sebelum naik flight. Itu tipsnya.

Da.