Tuesday, July 1, 2008

CERITA ENAM PULUH LIMA

Terima kasihlah pada Encik Rashmiz (KKLW) yang telah membetulkan fakta tarikh pengadilan MID di Kampung Sungai Panching Utara, Kuantan iaitu pada 28 Mei 2008, bukan sepertimana yang dicatat pada posting semalam. Dilla kirim salam ? Lama tak jumpa Datin Dilla tu. Dah kurus ke dia sekarang ?

Semalam kami ke rumah Nyah. Terkejut tengok Aliya (anak Nuri dan Ita) kini dah berisi. Montel, tembam. Harap-harap Wi (Nuri) dan isteri dapat merancang keluarga. Sekarang dah empat. Lihat keadaan ekonomi kalian jugak. Tapi, kalau Allah dah nak beri, ambik jelah ! Masa nak balik, Nyah beri duit hasil getah kat kampung. Percayalah, saya amat serba salah bila dihulur duit tu. Rasanya, saya tak layak langsung nak ambil duit tu. Sebab, selain menebas dan membersihkannya pada awal-awal dulu, tak ada peranan apapun yang saya buat selepas tu. Lepas ni, Nyah ambik je duit (bahagian saya tu) buat bayar sewa rumah ke, apa ke. Ikhlas.

Hari ini saya memulakan tugas baru sebagai seorang PKS. Kata ’mereka-mereka’ kat luar sana, sambar dulu sebelum lain-lain peluang datang ! Nak dijadikan cerita, KKLW pun offer sama jawatan tu kata Jas. Tapi, biarlah saya pegang tugas ni dulu kat JHEOA. Saya ada planning saya sendiri. Kerja lima jam okeylah. Lepas tu, bolehlah buat kerja lain. Tapi jangan risau, menjadi prinsip saya sesuatu tugas yang diamanahkan itu akan saya pikul dan saya laksanakan dengan sebaik mungkin, agar segala upah yang dapat menjadi ’darah daging yang baik dan diredahi oleh-Nya’.

Malas nak cerita pasal DS Anwar Ibrahim. Tunggu dan lihat jelah. Saya nak ulas sikit pasal satu memo awam yang saya petik dari dalam bas KL/Ampang pagi tadi. Dalam memo tu tertulis mengenai satu perjumpaan yang diatur oleh Kelab Penyokong Demokrat Dewan Perwakilan Luar Negeri yang berpejabat di Lorong Haji Taib I, Kuala Lumpur. Kenyataan itu tertulis satu pertemuan dengan Bapak Presiden Susilo Bambang Yudhiyono, pada 6 Julai 2008 (Ahad), bertempat di Dewan Wawasan PGRM, Cheras.

Memo Awam yang ditandatangani oleh Sdra. Wawan Syakir Darmawan ini turut menyatakan isi program yang antara lainnya, Ceramah Umum oleh Duta Indonesia ke Malaysia dan seterusnya Ucaptama oleh Bapak Presiden. Selain itu, akan dijalankan acara pemilihan Jawatankuasa baru Kelab tersebut. Kenyataan memo turut meminta supaya warga kerja Indonesia di Malaysia hadir untuk mendapatkan informasi mengenai pelbagai isu domestik serta juga luar negara sendiri melalui program yang diatur, terutama tentang dasar mutakhir Kerajaan Malaysia yang melibatkan PATI baru-baru ini. Yang saya suka tentang memo awam itu ialah mengenai slogan mereka : ”BERSATU MEMBANGUN NEGERI, BERSAMA MENJAGA BANGSA ! ”. Kita wajar mendasari slogan tersebut dalam konteks Malaysia. Meminjam word pelawak Nabil : ”Lu pikirlah sendiri !!!”.

Pagi tadi, saya masakkan Manja makanan campuran ’mat salleh’. Kentang, telur dan sos. Sedap katanya bila saya hubungi kat tempat kerjanya. Saya memang suka masakkan makanan untuk isteri saya. Tadi dia janji nak buat ’bergedil’. Sebut betul-betul...BERGEDIL bukan "BERDEGIL" ! Saya suka benda tu. Tapi, agak leceh jugak nak membuatnya. Apapun, saya harap Manja tak mungkir janji dia. Lagi satu, ingatlah bahawa suamimu akan tetap menyayangimu sampai 1314 (maksudnya : 'sepanjang hayat')...Bye !

No comments: