Wednesday, July 2, 2008

CERITA ENAM PULUH ENAM

"Napoleon Bonapart adalah salah seorang penakluk yang dikisahkan sebagai seorang pejuang yang cukup berani pada zamannya. Tetapi sebenarnya beliau juga adalah seorang yang amat fobia pada ’kucing’, sehinggakan disediakan seorang pengawal peribadi yang khusus bagi menjaga kasutnya daripada di masuki kucing pada setiap hari. Agaknya masyarakat kucing tu suka menghidu ’aroma’ dalam kasut sang penakluk yang digeruni kawan dan lawan itu ! "

Benazir Buttho mati ditembak selepas menghadiri satu perhimpunan di Pakistan. JFK di Amerika Syarikat, Anwar Shadat di Mesir, Indra Ghandi dan anaknya Rajiv di India, serta ratusan lagi yang mati di hujung senjata ! Sebagai pejuang politik, mereka nampaknya tidak pernah gusar tentang peluru yang bakal menanti. Itulah pejuang tulin namanya.

Tetapi, DS Anwar Ibrahim yang dianggap oleh masyarakat PKR sebagai mentor pejuang rakyat, sanggup meredah arus panas politik Malaysia, rupanya seorang yang amat ’penakut’ ! Ala-ala Napoleon Bonapart gitu. Buktinya, beliau berlindung di kedutaan Turki atas apa yang didakwanya sebagai satu konspirasi untuk membunuhnya. Tidak hairan beliau ke sana, kerana dalam banyak ceramahnya beliau acapkali menyebut tentang Endorgan (PM Turki) yang sentiasa memberikan rangsangan kepadanya. Apa yang kita harus tahu ialah DS Anwar Ibrahim juga adalah merupakan penasihat ekonomi Kerajaan Turki. Memang wajarlah beliau mendapat ’layanan’ istimewa di kedutaan berkaitan atas kapasiti tersebut. Khabarnya, Kerajaan Bush juga sudah mengambil langkah-langkah perlu bagi melindungi bakal PM Pakatan Rakyat itu. Hebat DSAI ni !

Pada pemerhatian saya, yang sepatutnya berasa bimbang ialah simangsa liwat. Ini terbalik. Rumusan perbincangan saya dengan kengkawan semalam ialah, isu terbaru ini adalah antara langkah-langkah ’terdesak’ DS Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya dengan cepat sambil ’melupuskan’ imej yang telah tercalar dek ’mainan’ Tun M dulu. Namun, bagi saya (seperti juga kalangan anda yang lain) lebih berminat menanti keputusan DNA, CCTV dan kenyataan oleh pihak-pihak terbabit. Apa yang bermain di kepala saya adalah, saya masih tak faham apa perlunya DSAI dok pi ’kerok’ tempat lain dengan membuat laporan polis terhadap Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Abdul Gani Patail, Dr. Abdul Rahman Yusof dan Datuk Mat Zain Ibrahim (kes mata lebam (black eye) tahun 1998). Pada saya, tumpu saja isu sebenar yang dihadapinya kini. Jangan lari. Apa yang nak dibimbang, YB Datuk Paduka Ibrahim Ali pun sanggup membantu walaupun hingga ke dalam lokap !

Pagi ini, saya turut berbincang dengan kengkawan pasal pengganti DSAI (jika nasib tidak menyebelahinya kali ini). Siapakah yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan Pakatan Rakyat. Adakah Lim Kit Siang, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Datin Sri Dr. Wan Azizah Ismail ? Nak tunggu juga komen lanjut Tun M, Datuk Mukhriz dan Ezam. Pasti berapi ! Episod ini tentunya akan tambah menarik bilamana kes ini dibawa ke mahkamah kelak ! Tunggu !!! Jumpa lagi...

No comments: