Tuesday, July 8, 2008

CERITA TUJUH PULUH DUA

Saya suka puisi Melayu. Semua sekali termasuk pantun, syair, gurindam, pepatah-petitih dan sebagainya. Kerana saya adalah anak Melayu jati yang masih bepijak di bumi nyata. Pagi ini saya nak mengajak teman-teman maya saya mentafsir puisi lama dari Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Anda boleh juga mentafsir mengikut konteks masa kini. Seronok juga sesekali bermain dengan 'andaian puisi'...

MEMBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat
Membuat istana puri berkota
Lalu dipanggil pawang raja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang malam tidak terhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya
Besar tersergam sembilan ruang
Sepuluh dengan rembat guntung
Sebelas dengan pancung serong.

Dua belas dengan anjung tinggi
Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharajalela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa menyempelai
Bertakuk bersedelinggam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir jawa
Lilit melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ulat
Layang-layang dipintu raja.

Istana siap tukangpun mati
Tiada orang dapat menipu
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

(dipetik daripada Puisi Melayu Tradisi – Hikayat Awang Sulung Merah Muda).

4 comments:

Anonymous said...

Hi En. Shah,
Kepakaran orang lain untuk kepentingan peribadi kita, tetapi yang tidak mahu dikongsikan dengan orang lain. Betul ke...boh jer...

Anonymous said...

Wah Shah, main hikayat pulak dahh...
Ini andaian saya :-
Satu lagi gambaran perangai Orang Melayu. memang ada kat mana-mana pun. Ilmu yang dia dapat sebolehnya tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Maka, sipemberi ilmu itu jugak yang dibelasah sampai jadi bodoh balik !

Anonymous said...

Bro Shah !
Aku kalau bab Hikayat Awang Sulung Merah Muda ni tak berapa pandai nak ulas, tapi kalau Bawang Putih Bawang Merah tu okeylah jugak ! Kha kha kha...

Anonymous said...

Yob !
Apa kebendanya ni ? Moh balik Perak makan doyan lagi baik dari nak menelaah Hikayat lama ini. Aku bukan orang seni macam engko Yob ! Apapun, engko bila nak tafsirkan Hikayat ini ?