Monday, July 7, 2008

CERITA TUJUH PULUH SATU

Seandainya anda ingin mencari sedikit kebenaran mengenai kes liwat DSAI, anda perlulah melayari ke laman Tun M. Ada info yang mungkin boleh menjelmakan ’keraguan’ anda terhadap sebarang hujah dan penafian oleh para pengikut setianya. Kepada saya, saranan Mufti Perlis supaya kedua-dua individu terbabit ber’mubahalah’ perlulah disahut segera. Jangan biarkan rakyat hanyut dengan rumusan sendiri yang hanya menjerumuskan mereka ke dalam kancah dosa kering !

Pagi ini nak ketawa baca akhbar cerita Alak penyanyi underground dari kumpulan Carburator Dung kena belasah dengan penonton di perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium MBPJ Kelana Jaya semalam. Nak gelak jugak bila pengarah persembahannya Sdra. Hishamuddin Rais, pun kena ’boo’ dengan khalayak kerana cuba meleraikan situasi melalui pengakuan bodohnya terhadap perlakuan biadap ’penyanyi mangkuk tandas’ berkaitan ! Dalam dunia ini tuan-puan, tidak ada satupun yang perfect. Buatlah macamana pun, pasti ada cacat celanya. Jadi, usahlah buat benda-benda yang mengarut tu lagi. Tak de pekdahnya. ’Mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih’.

Bab penyanyi kurang ajar ni, cukup pantang nenek moyang saya. Sebab itulah bila si ’Faizal Superman’ tu buat perangai buka baju kat TV, saya belasah cukup-cukup melalui tulisan saya di Utusan Malaysia keesokannya. Tak ada adab langsung ! Tetapi malang jugak si Faizal tu, sebab rekodnya telah dipecahkan oleh Alak ! Namun, Alak juga masih tidak dapat melepasi rekod yang dibuat oleh rakan artis sezaman saya Rahim Maarof dalam satu konsert pada era 80an dulu. Siap bukak zip seluar beb !!!

Pagi ini saya bukalah akhbar The Sun kat dalam LRT. Tak pasal-pasal terasa ’segan’ pulak. Bukan apa, asyik siar cerita liwat. Sebelah saya seorang wanita Cina boleh jeling-jeling lagi. Itu baru rakan senegara kita. Macamana agaknya kalau di luar negara, nak mengaku orang Malaysia pun agaknya kena pikir dua tiga kali. Hai, apalah nak jadi dengan dunia politik Malaysia ni ?

Saya juga hairan, bagaimana DSAI boleh kata kalau nak ber’mubahalah’ perlu di hadapan ulamak yang berwibawa. Habis tu, Datuk Nik Aziz, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan semua ulamak dan mufti kat Malaysia ni tak berwibawalah pada dia ? Atau beliau nakkan ulamak dari Turki ? Masa kita bebudak dulu, perkataan ’sumpah’ ni mainan aje. Tapi, itu sumpah bebudak tak boleh pakai. Ini kes yang berkaitan dengan maruah. Kalau tak buat, mengaku saja habis cerita. Bukannya orang boleh buat apa. Lepas tu serah pada badan Undang-undang. Bimbang nanti ’si mangsa liwat’ yang sanggup berbuat demikian, tup-tup kita pulak yang bagi alasan itu ini. Common lah bro, penat dah nak buat andaian...

Saya menyukai DSAI dari dulu kerana beliau cukup petah berpidato. Kalau pergi satu gerai jual VCD kat Masjid India tu, mesti kita dipaparkan dengan pidato DSAI mengenai pelbagai isu politik negara. Yang bosan tu, balik-balik kes Pak Lah, kes DS Najib, kes Altantuya. Nak turunkan harga minyak. Macam-macam. Pendek kata orang lain tak tahu langsung buat kerja, dia soranglah yang terer ! Pooorraah !!!

Semalam pidatonya lagi hebat. Nak pulak berentap dengan ’separuh Menteri Kabinet’ mengenai pelbagai perkara berkaitan pengurusan negara di siaran langsung TV. Nak urus kes liwatpun terpaksa mengadu kat Amerika, macamanalah nak memerintah negara yang sekangkang kera ni ? Janganlah riak sangat bro ! Bye...

No comments: