Thursday, July 24, 2008

CERITA TUJUH PULUH SEMBILAN

Syukur alhamdulillah, balik Kedah kali ini ’hati’ rasa seronok sangat. UPSR trial exam, Lidiya dapat 4A 1B (Bahasa Inggeris cuma dapat 79% - kurang satu point untuk A, kalau tak 5A jugak) dan Amalia dapat 5A. Mila tunjuk gambar dan plak yang dia dapat hari tu (masa dapat nombor tiga dalam kelas). Satu pencapaian yang cukup membanggakan saya sebagai ’abah’ mereka. Tentulah saya tidak layak untuk merasai kebanggaan sepenuhnya. Mungkin kerana jauh...tapi, mereka tetap dekat di hati saya !

Mila demam hari saya tiba. Dah tiga hari tak sekolah. Semalampun bila telefon kata dia tak ke sekolah lagi. Kalaulah Mila tidak ada masalah kesihatan, tentu pencapaiannya sama macam kakak-kakaknya. Tak apalah nak, kita doa sama-sama semoga Allah beri kita kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup. InsyaAllah.

Semalam masa balik, saya singgah Amcorp Mall, Taman Jaya beli bahan-bahan untuk masak mee kari. Udang, kerang, tauhu goreng dan mee kuning. Manja ’belasah’ hingga menjilat sudu ! Saya suka ’masakkan makanan’ untuk isteri saya. Saya tahu dia penat. Sesekali dia perlu dilayan seperti VVIP atau ’puteri’. Tapi, manja bukan sesekali...kerapkali ! Apapun, sebagai suami saya ikhlas. Isteri bukan untuk diperhamba. Isteri adalah kurnia Allah untuk sang suami sebagai pelengkap rumahtangga. Saya amat menyanyangi isteri saya. Terlaluuuuu sayang !!! Tidak pernah sekalipun ’tangan’ saya ’hinggap’ kat pipi dia. ’Hidung besar’ ni adalah...

Berita paling mengembirakan untuk sepanjang minggu ini ialah mengenai penangkapan penjenayah perang Bosnia yang paling dikehendaki, Radovan Karadzic setelah berjaya ’melenyapkan’ diri selama 13 tahun. Si Penyembelih Balkan ini adalah binatang yang tidak harus wujud di muka bumi ini. Saya melihat label yang dicop di dahi binatang ini sebagai ’Osama Eropah’ oleh media negara kulit putih adalah petunjuk bagaimana barat masih menganggap Islam yang diwakili Osama Ben Laden adalah juga spesis yang sama seperti si celaka itu ! Sebagai orang Islam kita wajar bersyukur dengan penahanan tersebut. Dan, berharap agar kematiannya biarlah lebih ’siksa’ daripada yang dialami oleh puluhan ribu mangasanya dulu. Manusia Monster abad ke-20 ini bertanggungjawab ke atas 20,000 perlakuan rogol secara sistematik ke atas warga Islam Bosnia. Kalau dapat dia, mari kita ’sula’ ramai-ramai sampai mati !

Isu panas dalam negara berkaitan pembelian 14 buah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM 3.43 juta oleh Kerajaan negeri Terengganu pimpinan YAB Datuk Ahmad Said, yang mencetuskan kontroversi. Kata MB tersebut dia ikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008, Para 6 (III). Datuk Shahrir Samad kata dia silap faham. Apapun yang jelas, semua Menteri, Timbalan Menteri, Exco negeri perlu memakai Proton Perdana dan bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD).

Lagi satu isu hangat ialah berkaitan muzakarah (berdebat secara terbuka) UMNO/PAS. Tapi Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepimpinan PAS yang lain mahukan ’muqabalah’ (perjumpaan atau bersemuka). Apa-apalah, asalkan bukan ’mu berbalah’ sudah ! Jumpa lagi...

No comments: