Friday, July 11, 2008

CERITA TUJUH PULUH TIGA

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan".

- Hadis riwayat Muslim.

Semalam (10 Julai 2008), ramai yang posting ucapan tahniah sempena hari jadi Tun M kat blog chedet, Kuda Kepang dan beberapa lagi. Itu hari tanggal pusat ke atau hari lahir ? Setahu saya, Tun M lahir pada 20 Disember 1929. Saya ingat ini sebab rakan saya Aishah Omar dari Jabatan Penerangan Malaysia (kini di bangunan MITI lama dekat Jalan Raja Laut), pernah hantar ucap selamat hari lahir pada Tun dan dimuatkan dalam kolum Dari Meja Pengarang Utusan Malaysia. Tapi, entahlah... saya kot yang silap ?

Sebut pasal Tun M ni, saya pun naik pening. Betul punya pening ! Komen Tun tentang peralihan kuasa oleh Pak Lah semalam cukup mengelirukan. Apa ni Tun ? Sudah-sudahlah tu. Cuba Tun nilai sendiri apa yang blogers kata dalam komen mereka kat blog Kuda Kepang, Dato’ Ron. Sudah-sudahlah tu, usah asyik nak berperasangka. Tun pun bukan bagus sangat. Tun membenarkan ungkapan ’Melayu Mudah Lupa’. Saya masih ingat tatkala saya menjadi pegawai khas kepada Tan Sri Hajah Zaleha Ismail (masa tu Menteri Perpaduan Negara dan Kemajuan Masyarakat), Tan Sri pernah beritahu bahawa bila dalam cabinet meeting, semua ahli mesyuarat menikus, macam guru biasa berhadapan dengan seorang Pengetua !

Tun lupa akan masalah antara Tun dengan Tun Daim ? Macamana susahnya nak ’keluarkan’ kroni yang seorang tu tatkala dianya sedang bermaharajalela. Tun lupa pembentukan team AIDS (Anwar Ibrahim, Daim, Sanusi) yang menjadi ’tulang belakang’ karier Tun - sehingga akhirnya Anwar sendiri ’keluar’ dari kepompong tersebut kerana tidak tahan dengan kerenah Tun Daim yang sentiasa mencari peluang untuk ’mengaut kekayaan peribadi’. Tun lebih kenal Daim daripada orang lain. Sekampung pulak tu ! DSAI mungkin boleh ’usaikan’ isu masa lampau ini.

Tun pun tentu tidak lupa akan siaran akhbar berkaitan isu kekayaan anak-anak Tun, yang menguasai lebih daripada 200 buah syarikat. Bagaimana pula dengan ’Operasi Lalang’ yang menggambarkan Tun sebagai Ketua Polis Utama di negara ini ? Pembangkang selalu melabelkan Tun sebagai Diktator ! Era siapa pulak yang mengemukakan idea supaya Presiden dan Timbalan Presiden tak boleh ditentang ? Sendiri mahu ingatlah !

Janganlah disebabkan amarah yang berlarutan, Tun belasah Pak Lah sampai nak mati. Memanglah Pak Lah tak bagus (pada pandangan Tun dan pengkritiknya) oleh kerana sering membuat tindakan-tindakan flip-flop. Pak Lah juga bukan seorang pemidato yang baik. Tetapi, lain orang lain caranya mengurus negara/organisasi. Tak sama Tun. Lihat Barrack Obama punya style, dia kata kaedah PR dengan Iran adalah lebih baik daripada tindakan ketenteraan, berbeza dengan pesaingnya McCain dari Republican. Lihat juga style YAB Azizan Razak dengan YAB Lim Guan Eng. Azizan sibuk nak ’jahanamkan’ hutan, Guan Eng tidak (setakat inilah !). Beza kan Tun ?

Pendekatan Tun yang sebeginilah yang telah menjahanamkan BN pada PRU12 yang lalu ! Tun memang mudah lupa. Tun kata nak kan peralihan kuasa. Pak Lah dah umum. Pun, kena gasak jugak dengan Tun. Serba salah orang tua tu ! Masa Tun umum peralihan pada Pak Lah berapa lama tempohnya ? Tun tak katapun esok atau lusa !!! Malah makan tahun jugak.

Sudahlah tu Tun. Cukuplah DS Anwar Ibrahim saja yang buat kalut. Jangan tambah lagi. Rakyat makin keliru. Arwah emak saya kata : ”Bawak-bawaklah bertobat !”. Ni dah nak dekat 83 tahun macam 38 pulak ! Sepatutnya lebihkan beribadah. Betulkan persepsi ’janggut Rasulullah’ dulu tu yang membuat masyarakat Islam termasuk dalam UMNO sendiri merasa tidak senang dengan Tun. Jadilah penasihat yang baik, bukannya punahsihat !

Saya kalau boleh, tak nak tulis hal-hal yang buruk macam ni. Tak elok belasah bekas pemimpin nombor wahid negara. Tetapi, saya fikir harus ada orang yang tegur Tun secara direct, kerana tulisan yang mengampu pun rasanya tak bagus, betul tak Tun ? Cuba ingat apa agama kita kata tentang soal tidak bertegur sapa selama lebih daripada tiga hari...

Inilah masalah orang kita, cakapnya berdegar-degar. Suruh orang lain berbuat baik, berperlakuan positif. Tapi, lain cakap lain buat. Inikah yang nak kita tinggalkan kepada anak cucu kita nanti ? Saya tak sanggup nak dengar anak cucu saya nanti tanya macam-macam : ” Siapa Mahathir tu ? Siapa Pak Lah tu ? Siapa Anwar tu ? Siapa Najib tu ?". Habis-habis saya akan kata : ”Ooo...mereka-mereka tu bekas PM dan TPM kita”. Selebihnya, saya mungkin tak berani nak kata apa. Ya lah, bebudak sekarang ni brutal-brutal belaka. Soalan diaorang tu semuanya soalan maut !

Saya petik di hujung posting Tun dalam chedet, dan nilaikanlah sendiri wahai warga Malaysia sekalian.

Pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia. Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato' Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.

Saya harap minggu ini negara kita akan tenang kembali. Pak Lah dah tunjuk DS Najib sebagai penggantinya pada Jun 2010. DS Najib pun dah bermubahalah. DSAI bila lagi ? Bye...

4 comments:

Anonymous said...

mmg bukan hari jadi Tun M pun ....
hari jadi proton ... bukan ada yg salah tafsir kut! tapi kan pada saya pak lah mmg PM yg paling teruk, saya sokong BN tapi bukan Pak lah.
By zali lampai on July 9, 2008 4:09 PM
Assalamualaikum Tun,

Seronok dapat baca tulisan membuka minda daripada Tun setiap hari.

Boleh Komen mengenai Proton? Sekarang Proton sudah berusia 23 Tahun.

Selamat Hari Jadi Proton.

Anonymous said...

Bro Shah !
Saya suka mengikuti tulisan bro. Macam mana kalau bro sendiri cuba satukan empat pemimpin tu dalam satu forum. Cubalah...

Anonymous said...

bercakap ttg pemimpin jom pergi kat cni kekekke

http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=363515&extra=page%3D1

Anonymous said...

oppss salah pulak. Pergi kat link ni

http://daniazz6383.blogspot.com/2008_01_01_archive.html