Monday, July 14, 2008

CERITA TUJUH PULUH EMPAT

Dalam CERITA 73 saya sentuh mengenai birthday Tun M. Saya kata silap tarikh. Tapi itu cuma agakan saya saja...Rupanya memangpun saya yang silap. Selepas menatap sendiri di dada akhbar foto Tun M dan Tun Dr. Siti Hasmah sedang memotong kek harijadi, baru saya sedar bahawa sayalah yang silap. Untuk itu, dengan penuh insaf saya mohon maaf pada Tun dan juga blogers yang lain, atas kesilapan yang sememangnya datang dari dalam diri saya sendiri. Apapun, mungkin masih belum terlewat untuk saya mengungkapkan, ”Selamat Hari Jadi Tun yang ke 83”. Semoga Tun sihat sentiasa dan berada di bawah lindungan-Nya selalu ! InsyaAllah.

Semalam ke Shah Alam bertemu anak-anak Manja - Aqeela, Emir Zaki dan Mira. Hanya dua tempat yang berkesempatan kami bawa mereka kali ini, iaitu ke rumah emak di Kajang dan Subang Parade, Subang Jaya. Subang Parade sebab dah dirancang oleh mereka masa mula masuk Persona pagi tu.

Masa dalam perjalanan nak mengambil mereka, kena traffic jam selepas tol Sungai Besi. Ada roadblock. Menyusahkan betul ! Kesian Manja yang bagai dah 'tak sabar-sabar' lagi nak menemui anakanda-anakanda tersayang. Jarak roadblock tu dari mula hingga ke hujung taklah jauh sangat. Tapi tu lah, hampir satu jam dok terensut-ensut kat jalanraya. Minyak baru je isi RM100.00 ! Kabarnya, ada perhimpunan haram pada esoknya (hari ini) di Parlimen oleh DSAI dan juak-juaknya. Betul punya menyusahkan orang !!! Bosan betul. Bagilah cool sikit malaysia ni Bro !

Yang saya tambah nak 'meroyan' tu, bila pagi ni (14 Julai 2008) kena lagi kat tempat yang sama. Mujur naik bas ’rapidKL’ dari Sungai Ramal. Nombor tiket : 2070, Masa : 0603, Plat bas: WPY 7741, Pemandu : 005420, Mac : ABE64E6. Tiket berharga RM3.00 (E Sehala). Saja catatkan semua tu, supaya jadi kenangan/sejarah peristiwa UNDI TAK PERCAYA PADA PAK LAH yang kabarnya nak dibentangkan hari ini di Dewan Rakyat.

Cerita balik pasal Manja dan anak-anak. Sayapun kekadang tu kesian jugak tengok dia (Manja). Yalah, anaklah katakan. Rindunya bukan main ! Tak boleh nak kata. Saya juga macam dengan anak-anak saya si Lidiya, Amalia dan Karmila. Tapi, anak-anak saya jauh nun kat Alor Setaq sana. Sedang anak-anak Manja kat Shah Alam je ! Dekat tapi jauh.

Anak-anak ni meskipun dah besar panjang, tetapi ’terlalu’ banyak kerenah. Kadangkala ’lost’ control jugak ! Tapi tak palah, nanti bila mereka sudah mengerti tentang semua ni, InsyaAllah, tiada lagi ’kerenah’ yang boleh menyukarkan perhubungan. Yang penting sebagai ibu dan bapa, kita mesti lah sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan diri mereka pada setiap masa. Kadang-kadang tu terfikir jugak : ”Kuah nak tumpah ke mana kalau tak ke nasik ? ”.

Sebagai orang yang paling rapat dengannya, saya tahu isteri saya amat menyayangi anak-anaknya, biarpun kekadang tu terdapat ’sesuatu’ yang membuatkannya bersedih. Sebagai ibu yang kuat semangat, saya percaya Manja akan sentiasa tabah untuk melalui detik-detik ’berjauhan’ dengan anak-anaknya itu. Benarlah, naluri seorang ibu cukup pejal kerana merekalah yang melahirkan zuriat tersebut. Orang lelaki ni buat kata emak saudara saya kat kampung, ”Tahunya nak ’menghempap’ saja...”.

Situasi semalam agak menyeronokkan. Mereka dapat bertemu sepupu-sepupu mereka dari PD yang telah satu malam di Kajang. Farhana, Udin selain anak-anak Haris dan Shimah - si Haikal dan Umairah, Pak Usu dan Makcik mereka (Hassan dan Dikmah). Kebetulan Along dan Abang Long serta Mak Andak tak balik lagi selepas malam tadinya menghadiri majlis doa selamat untuk emak yang nak dibedah matanya hari ini, serta juga majlis birthday untuk Nurin Nuha (anak bungsu Hasnal dan Nasriah) yang cerdas tu. Meriah malam tu, tetapi saya totally agak ’kurang ceria dan moody’ sebab ’hilang’ beg pinggang yang mengandungi purse, sedikit wang, Kad Pengenalan, Kad Memandu, Maybank Card, himpunan duit-duit lama dan nostalgik (termasuk duit RM1.00 yang bertandatangan DSAI sewaktu beliau masih ditahan), tam drive dan beberapa barangan peribadi yang lain. Mujur juga ketemu semula. Pada hal masa aktiviti mencari tadi, dah selak pun tempat tu dua tiga kali !

Hasnal dengan tenang je menyakinkan saya....sambil bersalam ketika saya nak balik malam tu, ”InsyaAllah, adalah tu...”, katanya memberi harapan. Eh, eh...macam wali pulak adik ipar saya tu ! Tak alih-alih jumpa kau !!!

Aqeyla dah semakin berisi. Tahun ni nak ambil SPM. Emir Zaki (Aki) nampak dah fungsi-fungsi anak muda tu. Suara dah agak garau. Gerak tindak tidak se'slow' dulu. Mira pulak, seorang anak manis yang ’cute’ sangat. Tapi dia dan anak saya Mila tidak jauh berbeza dari segi saiz, wajah, fe’el (kuat dan cepat merajuk) serta kegemaran menyanyi. Seorang Mira seorang Mila ! Eloklah tu ! Banyak akai...Tapi, sehingga kini mereka tak pernah bertemu...

Anak-anak Manja sudah dibiasakan dengan hidup yang agak mewah. Jadi, tidak hairanlah ’taste’ mereka kelas elite jugak. Nak buat macamana...Saya, kalau keluar dengan anak-anak Manja, sengaja biarkan mereka ’bebas’ dengan emak mereka. Nanti, kalau ada apa-apa Manja akan telefon balik ! Jadi, saya akan ronda, window shopping ke, atau kalau ada yang berkenan tu, beli-beli lah jugak. Selalunya yang bawah RM10.00 ! Itu yang termampu...

Petang kami balik, dan singgah kat masjid tak jauh dari rumah bekas suami Manja. Kami solat Asar sama-sama sementara menanti diambil oleh bapa dan bonda mereka. Habis satu babak. ”Lepas ni, tunggu gajilah pulak baru dapat jumpa balik”, kata Manja. Jimat cermat beb. Hutang kad kredit dah bertambah-tambah ! Kesian Manja...

Pagi ini Manja ada kerja kat Cheras. Tu la pasal saya naik bas dari Sungai Ramal subuh-subuh sa’i ! Katanya, Hasnal nak hantar ke tempat tu pagi ni. Kebetulan, Hasnal cuti hari ni sebab nak menghantar emak ke Hospital Putrajaya. Kabarnya juga, Mak Andak (kakak emak) akan menemaninya di hospital selain adik ipar saya si Dekmah. Saya doakan agar emak mertua saya selamat dalam pembedahan matanya hari ini. Kalau saya, entahlah...sampai ’buta’ kot tak bedah-bedah ! Penakut betul. Suami sapa lah ni, iya ? Jumpa lagi

2 comments:

Anonymous said...

Hi Bro !
Silap menyilap tu tak apa. Biasalah. Tapi, engko mintak maap tu aku respectlah ! Hidup bro !

Anonymous said...

Hahaha ... biasalah kan, tak ada manusia yg tak buat kesilapan....

Birthday

1. I would like to thank everyone for the Birthday Greetings on my 83rd Birthday. It is very heartwarming that so many know about my real birthday and remember to send greetings.

2. My official birthday is 20th December 1925. My father registered that date for all his sons so that there would be no hassles when registering for entry into schools. He was a teacher and knew all about the difficulties.

3. So please do forget my official birthday i.e. December 20. My real birthday make me five months older.