Wednesday, July 30, 2008

CERITA LAPAN PULUH SATU

Ada beberapa orang pegawai atasan di Jabatan saya yang akan saya kenang sebagai ’hero’ saya. Kalau sebelum ini saya ada Encik Mohd. Zamri Mustajap, Encik Bakar Unus, Encik Mohamad Bakhtior, Encik Nisra Nisran(kini TKP), dan mutakhir ini muncul seorang lagi Encik Mohd. Zaki Abd. Rahman, pegawai PTD Gred M48. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah. Orangnya cukup simple. Memiliki sifat-sifat terpuji dan berhemah. Saya sebenarnya cukup malu bila Encik Zaki panggil saya ’abang Shah’. Namun saya fikir, beliau seorang yang amat menghormati orang yang lebih tua darinya. Sedangkan dalam status saya sekarang, beliau boleh panggil ”hoi” saja pada saya !

Allah mentakdirkan nasib seseorang. Dalam usia semuda itu, beliau menjawat jawatan dalam grednya sekarang. Pada penelitian saya selama beberapa hari ini, beliau tidak saja sebagai seorang bos, malah lebih dari itu beliau juga seorang sahabat yang ’terbaik’. Saya tidak kekok bila bercakap dengannya. Tak ada kekangan protokol. Berbeza dengan sesetengah pegawai yang lain, kekadang tu baru Gred 41 lagaknya dah macam JUSA ! Sedarlah bahawa, harta, kedudukan, pangkat dan nama hanyalah bersifat sementara saja. Bukankah elok kalau ramai pegawai kita di Malaysia ini yang seumpama Encik Mohd. Zaki ? JPA kena tengok pegawai yang berkarisma seperti ini.

Beliau cukup prihatin dengan nasib yang menimpa saya. Meniupkan saya dengan semangat yang segar, dan tentulah dalam hatinya mendoakan untuk kejayaan saya. Solat saya semalampun, saya turut mendoakan kejayaan dan kesejahteraan beliau sekeluarga. Ikhlas !

Namun pagi ini, saya dikejutkan dengan berita Encik Zaki akan bertukar ke Perlis. Tak sampai seminggu di sini, dah bertukar. Saya faham dan amat mengerti akan situasi beliau. Namun, kenapa cepat sangat ?

Saya bertemunya sebentar tadi, dan saya cukup sedih dengan berita yang saya dengar itu. ”Hilanglah seorang lagi ’pembela’ saya”, keluh saya. ”Takpa abang Shah, ramai lagi yang boleh bantu...”, balas beliau spontan. Itu saya tak nafikan, tapi saya fikir susah nak cari macam ’bos’ !

Saya akan selalu mendoakan agar beliau terus menjadi seperti dirinya, tidak berlebihan meskipun ditakdirkan nanti berada di tempat yang lebih baik pada masa akan datang. Saya percaya, di Perlis nanti beliau juga akan menjadi bualan ramai , kerana kebaikan, keramahan dan kemurnian hatinya yang cukup tulus itu. Sayang sekali, ’bos’ baru saya ini tidak sempat melihat komitmen saya kepada tugasan yang diberi selanjutnya. Teks ucapan yang saya sediakanpun (pagi ini sepatutnya beliau berucap di PLK Kluang) tak sempat dibacakannya. Sebenarnya teks itu bukanlah bagus sangat, tapi selepas direpair oleh ’bos’ baru kelihatan okey sikit...

Apapun Encik Zaki, saya akan tetap mengingati anda sebagai ’hero’ dan ’antara insan yang telah membangunkan saya dari tidur...’. Insya-Allah, saya akan buktikan perubahan di masa mendatang ! Harap-harap ’bos’ tidak lupakan saya.

Awal bulan depan ’carma’ saya (cari makan) sebagai Emcees @ Pengacara Majlis agak ketat. 5 Ogos di Kuala Lipis, perasmian Agropolitan oleh Perdana Menteri, 8 Ogos di Hotel Charlon, Shah Alam, majlis makan malam Glamorous Nurses Night dan 9 Ogos di Putrajaya. Terima kasih kepada mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ariff yang sebelum tu di KPLB sebagai TKSU kerana sudi menjemput saya. Dan, pada 9 Ogos di majlis perkahwinan adik Cik Zuraidah Amiruddin, bekas bos saya, kini pegawai tinggi di Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kesian kat Manja, yang akan terbang seorang ke Alor Setar pada 5 Ogos dan balik pada 6 Ogos atas urusan kerja. Dan, pada 9 Ogos ke PD sendirian (mungkin dengan emak, Hassan dan Dikmah) sempena majlis hari lahir sicilik Farhana.

Pada bulan November pula, saya akan menjadi Perantara Pantun sempena Festival Pantun Antara Kementerian 2008 (tahun lalu juga saya diberikan tugas yang sama), selain mengacara majlis untuk majlis perkahwinan Kak Long (anak Kak G) di Dewan Merak Kayangan, FELDA, Kuala Lumpur.

Saya juga sedang pening nak pilih peserta bagi mewakili KKLW dalam festival pantun nanti. Ramai sangat yang menolak. Setakat ini hanya seorang dari JHEOA yang berminat. Itulah, bukan mudah sebenarnya nak menyelaras benda ni. Tahun lalu, selepas tiga PSU KKLW menolak disaat akhir, terpaksa hantar peserta ’bidan terjun’. Apa lagi, tiap kali mereka berpantun ’gelak’ sakanlah dewan DBP tu ! Tahun ini harap-harap adalah hendaknya peserta yang 'OK' mewakili Kementerian...Okeylah, kita jumpa lagi nanti...

1 comment:

Anonymous said...

Sdra. Shah,
Saya setuju sangat dengan pandangan saudara pasal pegawai yang bagus dan berkarisma tu harus dilihat oleh JPA. Naikkan pangkat depa nu. Biar jadi contoh pada yang lain. Chow !