Monday, July 21, 2008

CERITA TUJUH PULUH LAPAN

Sekarang musim orang sakit. Hari tu Nyah ke Ipoh menziarah suami Acik Enon di hospital. Acik Enon adalah adik arwah emak yang bungsu. Kabarnya kena ambil air dari tulang belakang. Takut dengar ! Sabtu ke Hospital Seremban menziarah Kak Long (kakak Manja yang sulung) sakit. Abang Long relaks jer...nampaknya tak pergi mesyuarat cawanganlah dia ! Semalam pula ke Desa Tun Hussein Onn untuk membawa Pak Long yang uzur ke HUKM. Mujur ada Hassan (adik ipar) yang saiznya ala-ala The Giant tu ! Selain Mak Long yang sentiasa setia menjaga suaminya, mereka juga ada dua puteri Kak Long Shidah dan Marzita. Seorang lagi anak angkat mereka (Aniza) ada kat Kota Kinabalu bertugas sebagai guru.

Apapun, saya berdoa semoga kita semua sihat sejahtera selalu dan anggaplah sakit itu sebagai satu anugerah dan juga peringatan dari Allah SWT. Kalau ke hospital tak sah jika tidak berhadapan dengan fenomena kerenah pesakit. Kesian Kak Long (sehingga semalam masih di hospital) terpaksa berhadapan dengan satu makcik tu yang asyik merintih tak henti-henti. ”Misi, tolong misi...misi tolong misi...misi tolong misi...”. Saya cuba-cuba jengah dia kat katil, dengan saya-saya sekali dipanggilnya misi (sebab masa tu saya pakai baju putih !). ”Misi tolong misiiii...”

Pagi ini, melalui Kak Tini P.A TKSU (bekas ahli kumpulan koir SUARAPADU, kelolaan saya sewaktu kami di Jabatan yang sama) saya dapat peluang bercakap dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Ekonomi), KKLW yang baru saja dapat pangkat Dato’ dari Yang DiPertuan Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebenarnya Y. Bhg. Dato’ Haji Md. Bashar bin Hj. Abd. Rahman ni memang antara pegawai tinggi di KKLW yang paling saya suka. Walaupun beliau berpangkat tinggi, tetapi tidak pernah menyombong diri. Saya sempat bergurau dengan Dato’ Bashar, ”Dah boleh standbye riki kawasan Tok...”.

Saya juga turut menghantar surat ucapan Tahniah kepada Y. Bhg. Dato’ Bashar. Apapun, sebenarnya kita harus sentiasa menghargai setiap jasa dan pencapaian oleh warga kerja. Tidak kira dari kelompok mana mereka. Seperti di organisasi saya ini, sahabat saya sdra. Rasa Selvam meraih Anugerah Belia Negara 2008 sempena sambutan Hari Belia Peringkat Nasional di Bukit Jalil dari Perdana Menteri tidak lama dulu. Malangnya, tidak ada satupun (setakat ini) penghargaan yang dia dapat di sini. Apakah kita tidak merasa ’sedikit’ berbangga atas pencapaian besar beliau ?

Kalau dari sudut Komunikasi dan Perhubungan Awam, tentulah ianya dianggap sebagai saluran untuk menambahgahkan lagi organisasi. Kecuali, kita tidak menganggapnya besar kerana jenama Rasa Selvam itu sendiri tidak segah mana. Lupakan dulu soal ’kasta’ perjawatan, kerana pada pandangan saya, sdra. Rasa juga seorang kakitangan yang baik. Dalam dunia ini rupanya yang paling mudah dicari ialah ’kelemahan’ orang ! Sabarlah Rasa...

Oh ya, Ketua Panel Penilai MID kumpulan saya tempohari, Encik Rashmiz komplen dalam CERITA 57 sebab ada satu foto dia (kat tepi ni) yang cuma 'separuh'. Itu kena tanya abang Roslan (KEDA). Namun kalau tanya kat saya, mungkin foto tu tak muat sebab orangnya dah agak berisi sejak keluar merayap kat 15 MID tu ! Asyik makan jer...Apa kata 'Datin Dilla' yang 'cute' tu, ada setuju ?

Hari ini saya akan bertolak ke Alor Setar dengan Manja. Manja ada kerja kat sana. Dah terlanjur, dapat jugak jumpa puteri-puteri saya yang comel tu. Siti Nur Lidiya, Siti Nur Amalia dan Siti Nur Karmila dah saya beritahu mengenai kedatangan saya dan Umi mereka. Hari tu saya usik Mila, ”Anak abah ni cantik lagi ker ?”. Pantas dia menjawab, ” Abah niii...kalau nak tahu mailah !”. Terasa ’sangat rindu’ kepada sayang-sayang abah...Semoga Allah merahmati perjalanan kami dengan bas Transnasional jam 5.30 petang nanti. Jumpa di sana ! Bye...

1 comment:

Anonymous said...

abang, i cukup rasa berbangga dengan pandangan itu, rezeki tidak kira tempat, disini tak dapat kita akan dapat di tempat yang lain......... apapun harap suatu hari akan dapat juga balasan dari jabatan, terima,kasih.