Tuesday, July 15, 2008

CERITA TUJUH PULUH LIMA

Saya perturunkan petikan dari tulisan Tun M dalam chedet bertarikh 14 Julai 2008 berkaitan birthday beliau :-

Birthday

1. I would like to thank everyone for the Birthday Gereetings on my 83rd Birthday. It is vey heartwarming that so many know about my real birthday and remember to send greetings.

2. My offcial birthday is 20 Dicember 1925. My father registered that date for all his sons so that there would be no hassles when registering for entry into schools. He was a teacher and knew all about the difficulties.

3. So, please do forget my official birthday i.e December 20. My real birthday make me five months older.

PETIKAN-PETIKAN MENARIK DARI AKHBAR ’UTUSAN MALAYSIA’ - 15 JULAI 2008

Blogger tertua meninggal dunia pada usia 108 tahun

Sydney 14 Julai - Seorang wanita yang dipercayai blogger paling tua di dunia, meninggal dunia pada usia 108 tahun dengan catatan terakhir dalam blog mengenai kegembiraan beliau menyanyi bersama-sama tetamu dan penghuni sebuah rumah orang tua.

Pemergian Olive Riley yang meninggal dunia kelmarin ditangisi oleh ramai orang terutama rakan-rakan Internetnya.

Sejak Februari tahun lalu, Riley yang menetap di sebuah rumah jagaan di Woy Woy di pantai timur Sydney telah menulis sebanyak 70 catatan di blognya.

Beliau berkongsi mengenai kehidupan di zaman moden ini dan pengalaman hidup yang dijalani sepanjang abad ke-20 lalu.

Dilahirkan di Broken Hill pada 20 Oktober 1899, beliau sempat melalui dua Perang Dunia sambil membesarkan tiga orang anak dan melakukan pelbagai kerja termasuk tukang masak dan pembantu bar.

Dalam catatan terakhir beliau bertarikh 26 Jun, Riley menulis : ”Sukar dipercayai saya sudah berada di rumah jagaan ini lebih dari seminggu lamanya”.

Beliau berinteraksi dalam Internet dan blog melalui laman www.allabout tolive.com.au atau http://worldsoldestblogger.blogspot.co.

Menurut cucu saudaranya, Darren Stone, neneknya itu mempunyai ramai rakan Internet sehingga sejauh Rusia dan Amerika.
- AFP

Ratu Venezuela dinobat Miss Universe 2008

NHA TRANG, Vietnam 14 Julai - Ratu cantik Venezuela, Dayana Mendoza, 22, dinobatkan sebagai Miss Universe 2008 apabila mengenepikan empat peserta lain pada peringkat akhir pertandingan ratu cantik berprestij tersebut di sini, hari ini.

Mendoza yang menjadi peserta pilihan di kalangan pemerhati dan pelayar Internet pertandingan itu, diiktiraf sebagai pemenang selepas memuaskan hati para juri ketika menjawab soalan mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita.

Beliau yang mengenakan gaun malam berwarna kuning itu tidak dapat menahan air mata selepas pengacara majlis yang juga host talkshow terkemuka Amerika Syarikat (AS), Jerry Springer yang mengumumkan namanya sebagai pemenang.

Gadis manis itu berjaya mengenepikan saingan peserta Colombia - Taliana Targas, Republik Dominica - Marianne Cruz Gonzalez, Rusia - Vera Krasova dan Mexico - Elisa Najera pada peringkat akhir tersebut.

Mendoza turut memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai, kontrak setahun untuk mempromosi Miss Universe, pakej pelancongan ke seluruh dunia, sebuah apartmen mewah di New York selain pakaian dan kosmetik berjenama terkenal.

Bagaimanapun, pertandingan tersebut dikejutkan dengan insiden melibatkan peserta Amerika (AS), Crystle Stewart yang terjatuh sewaktu menggayakan gaun malam.

Pada tahun lalu, sewaktu pertandingan di Mexico , ratu AS ketika itu, Rachel Smith turut tergelincir dan jatuh terduduk, juga sewaktu menggayakan gaun malam.

Venezuela sememangnya terkenal dengan pertandingan ratu cantik yang diadakan termasuk di peringkat kampung, sekolah malah di penjara.

Peserta dari negara itu sebelum ini pernah merangkul empat gelaran Miss Universe dan Miss World. Vietnam menjadi negara komunis pertama di dunia yang menjadi tuan rumah acara yang ditonton oleh ratusan juta penonton.

”Keadaan di Vietnam juga seperti di Venezuela. Tetapi tidak kira apa yang berlaku, anda tetap mempunyai alasan untuk memberikan senyuman kerana kita berkongsi bagi menjadikan negara kita hebat. Saya suka Vietnam”, katanya.

- AFP

Okeylah, kita segar-segarkan minda sebelum ’bertemu’ DSAI dan Menteri Penerangan di saluran Media Prima dan Astro malam ini. Bye, bye...

No comments: