Thursday, July 3, 2008

CERITA ENAM PULUH TUJUH

Sorilah, saya kadangkala ’terlupa’ buka ruang komentar kat blog ni. Jadi, saya terlepas pandang untuk counting dah berapa ramai yang berkunjung dan memberi komen pada setiap isu yang dibangkitkan. Namun demikian, saya agak terperanjat bilamana CERITA 57 mendapat maklumbalas dari YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan PM kita. Tun M komen pasal kes keluar UMNO tempohari. Saya amat menghargai respons oleh Tun yang dihantar pada 28 Mei 2008 lalu.

Saya telah membaca dan mengamati sedalamnya. Tentulah sukar untuk mendasari apa yang tersurat dan tersirat di sebalik luahan isi hati Tun itu, kerana hanya Tun dan Pak Lah sahaja yang mengetahui ‘sebarang bentuk pergeseran’ yang berlaku antara mereka. Yang lain-lain saya masih ‘merangkak-rangkak’ untuk cuba memahaminya. Fikiran saya berpolemik. Saya hanya seorang rakyat marhain, yang ’amat merasa terkilan’ akan pengumuman oleh Tun untuk keluar dari UMNO. Pada pemerhatian saya, tentulah ada jalan lain yang lebih molek dan terbaik untuk Tun lakukan bagi melahirkan ’protes’ tersebut. Saya cukup sedih dan hampa bilamana pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri. Apakah contoh ini wajar kami teladani ?

Tahukah Tun, bahawa ketika Tun mengumumkan untuk berundur daripada kepimpinan parti dan Kerajaan, saya dengan tidak segan silu telah menangis teresak-esak dalam teksi untuk ke tempat kerja ‘partime’ saya di Seri Melayu ? Bahkan seperti Tun sedar, bahawa pengumuman tersebut telah memeranjatkan manusia seluruh dunia ! Siapa yang tak kenal Tun ? Suara Tun yang vokal itu cukup ’tidak enak’ untuk didengari oleh negara-negara kuasa besar dunia. Presiden Bush contohnya, cukup bimbang bila Tun mula buka mulut terutama bab-bab Palestin dan hal-hal keamanan sejagat yang lain. Tun cukup prihatin dan komited dalam perjuangan rakyat di sebuah negara Islam yang telah tertindas sebegitu lama seperti Palestin. Pegangan Tun KUKUH hingga kini ! Syabas !!! Dan, kita sebagai sebuah negara kerdil, ’digah-gagahkan’ oleh Tun ! Itulah yang mengkagumkan dunia !!!

Tun hebat semasa pegang NAM dan IOC. Ada isu saja, Tun pasti bertindak dan mengadakan mesyuarat tergempar. Sebenarnya, ’komen’ Tun saja sudah cukup untuk mewakili keputusan atau rumusan para pemimpin negara Islam yang lain. Tak payah mesyuarat-mesyuarat. Tetapi macam biasa, Tun masih mengamalkan konsep musyawarah seperti yang dituntut oleh agama. Itu bagus ! Yang perlu diperakui, sejak beralih tampuk, NAM dan IOC macam tak ada apa-apa. Tak ada taring ! Tetapi, kita mesti mengakui hakikat bahawa, lain orang lain cara kepimpinannya.
Persoalannya, mengapa kini ianya tidak diaplikasikan untuk menjernihkan semula kekeruhan antara Tun dan Pak Lah ? Saya sedar Tun marah pada Pak Lah. Itu jugak satu dunia dah tahu. Tetapi, tidakkah tindakan tersebut seakan memakan diri Tun sendiri ? Orang bertanya, siapa yang lantik Pak Lah ? Semasa DS Najib tidak dilantik ke jawatan Timbalan PM, saya dan rakan-rakan UMNO Batu berada di rumah beliau. Seingat saya, masa tu bulan puasa. Frustrasi DS Najib dapat dibayangkan dengan mudah. Kenapa Tun pinggirkan DS Najib pada masa tu ?

Saya pernah tertanya-tanya, apakah setelah DS Najib naik ke persada kepimpinan negara, Tun tidak akan ’diam’ daripada bersengketa dengannya pulak atas isu yang Tun sendiri tidak suka ? Benar, sebagai rakyat Tun berhak bersuara. Tapi, Tun bukan rakyat kelas biasa. Tun warga kelas dunia ! Tentulah sebagai warga kelas dunia dan layak digelar 'Negarawan Dunia', Tun mampu untuk bertindak lebih wajar dalam menangani sesuatu masalah. Dan, saya percaya isu dengan Pak Lah ’kacang’ saja kalau Tun bersedia !

Jika tulisan saya pada posting ke 57 dan 67 ini mengguris hati Tun, saya mohon maaf. Namun dengan hati yang penuh tulus, saya ingin merayu agar Tun kembali ke pangkuan UMNO semula. Usahlah bersyarat. Pak Lah pada saya, pasti akan mengotakan janjinya. Itulah harapan semua yang masih menyayangi parti keramat ini. Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya. Jumpa lagi...

No comments: