Thursday, July 24, 2008

CERITA LAPAN PULUH

Hairan bin ajaib. Kenapalah agaknya tak sudah-sudah Singapura menuntut itu ini dari kita ? Dah dapat Pulau Batu Putih secara sah dan hak, ini nakkan pulak hak Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di sekitar pulau-pulau yang cuma tumbuh ’batu’ saja tu ! Kalau berteraskan Artikel 121 (3) Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982, secara jelas menyatakan bahawa ”kawasan batuan yang tidak sesuai untuk habitat manusia atau tiada keupayaan dari segi ekonomi, tidak boleh dianggap sebagai ZEE atau pelantar benua”. Itu yang tertulis menjadi satu dokumen rasmi. ”Batu Putih adalah batuan di atas air yang tidak tenggelam dan bukan sebuah pulau”, kata Datuk Cheah Kong Wai, Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia (MIMA).

Kalau tak silap ada satu Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan oleh kedua-dua buah negara untuk menyelesaikan isu-isu susulan di persekitaran pulau-pulau yang dituntut oleh dua buah negara sejiran sejak keputusan ICJ tidak lama dulu. Tau-tau dah Mr. Balaji Sadasivan, Menteri Kanan Singapura buat pengumuman untuk mengemukakan tuntutan tanpa merujuk kepada negara kita. Jadi, apa perlunya diwujudkan Jawatankuasa Teknikal tersebut ?

Dilaporkan juga, dengan tuntutan tersebut nelayan kecil khususnya di pesisir pantai Teluk Ramunia dan Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi akan kehilangan punca pendapatan yang menjadi periuk nasi mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Mereka bukan nelayan laut dalam. Kawasan tradisi menangkap ikan mereka khususnya di Pulau Lima dan perairan sekitarnya adalah amat terhad. Sekangkang kera. Habis, kalau dah kat situpun tak boleh nak cari ikan, kat mana lagi ? Kalau saya, saya nak cadangkan di kolam saluran air kita ke Singapura tu. Amacam, ada ikan ke kat situ ? Ada kot...

Sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan menyerahkan hak kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura Mei lalu, ramai nelayan masih tidak berani menangkap ikan berhampiran tempat kawasan terbabit kerana keliru mengenai had sempadan. Kesian mereka. Rakyat kita tu !

Saya kata hairan bin ajaib, kerana Singapura kini ”seakan Belanda dapat tanah” ! Maka, di tangan YB Dato’ Seri Dr. Rais Yatim lah sebarang tindakan yang patut diambil. Kalau dulu ketika isu hak Batu Putih, kata YB Dato’ Seri Syed Hamid punya kerja, Dato’ Seri ambil alih di penghujung jalan. Kini, Dato’ Seri Dr. Rais harus memantapkan hujahan. Jangan silap lagi ! Pertahankan hujah kita walau apapun yang menghalang. Ini harapan rakyat dan maruah negara Dato’ Seri ! Semoga sukses. Bye...

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah pak tam, org bg betis nak peha. mcm 2 lh ibaratnya. mie dh ckp dh, dia xkn duk diam klu dia dpt pulau 2. dh mmg org x ckp tnh ek :-)dpt pulau berbatu pun jdlh...