Thursday, July 17, 2008

CERITA TUJUH PULUH ENAM

Debat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shebery Cheek akhirnya menjadi realiti. Tahniah dan syabas kepada rakan saya sdra. Hanafiah Man (bekas SUA Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin) serta seluruh tenaga kerja Agendadaily.com yang telah mengusahakannya dengan penuh sabar. Tahniah yang tidak terhingga kepada Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai moderator di atas kelancaran majlis yang disiarkan secara langsung oleh saluran Media Prima TV9 dan diulang kembali oleh TV3, Astro dan BERNAMA TV.

Ketika orang lain bercakap mengenai hujah-hujah yang dilontar oleh kedua-dua personaliti terbabit, saya lebih suka mengulas mengenai kedua-dua perantara (support) yang dibawa oleh mereka. Setelah menyaksi dengan penuh kusyuk, saya dapati kedua-dua mereka, NC UUM, Tan Sri Nordin Kardi dan Pengarang akhbar Siasah, sdra. Zulkifli Sulong gagal dalam misi mereka. TS Nordin Kardi misalnya ada masalah mengenai kefahaman isu minyak dan sangkutannya dengan IPP. Sdra. Zulkifli Sulong lebih condong untuk mewujudkan provokasi. Saya fikir keduanya bagai ”ada tidak menambah , tiada tidak mengurang !”.

Mengenai kedua-dua individu berkaitan, saya melihat karisma DSAI ada, namun cara serta kaedah jawapan Datuk Ahmad Shabery Cheek juga wajar saya puji. Meskipun ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya beliau berhadapan dengan bekas pemimpin pelajar, bekas tahanan Kamunting, bekas pengerusi ABIM, bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Menteri Kewangan, bekas TPM yang kini menjadi pemimpin de facto parti Keadilan Rakyat, serta dianggap sebagai PM dalam penantian yang terkenal sebagai pemidato yang agak baik !

Bagaimana kalau selepas ini Agendadaily.com ’lagakan’ pula Tun M dan DSAI ? Tentu satu dunia nak tengok. Berbaloi tuuuu....See you again...

1 comment:

Anonymous said...

Bagaimana kalau selepas ini Agenda Daily.com �lagakan� pula Tun M dan DSAI ? Tentu satu dunia nak tengok. Berbaloi tuuuu....
saya setuju baru DSAI kena buku dengan ruas,tapi jgn lah guna perkataan 'lagakan' tapi dipertemukan.
DSAi tu semua org dia tak percaya,tapi bila jaminan dari Pak lah, caya pulak dia ek!! tak takut bersepai kepala bila sibuk berceramah sana sini,setiap fitnah yg dtg tu adalah bala dari Allah,jadi kita kena mengisafi diri.