Rupanya, waktu pagi adalah merupakan waktu paling afdal dan baik untuk mengimbau atau mengingati sesuatu terutama masa-masa lampau kita. Waktu yang tenang. Tapi, kekadang ada juga waktu pagi yang agak kalut bagi sesetengah kita. Yalah, ada yang tergesa-gesa nak pergi kerja, hantar anak sekolah, masak sarapan, make-up atau lain-lain yang sama waktu dengannya. Pagi tadi saya dapat mengingati kembali nama-nama lain yang menghuni rumah 28H, Sungai Way. Kak Normah (saya pernah jumpa dia masa saya menyanyi kat UKM sekitar sepuluh tahun lalu atau lebih) - dia ni dalam kategori ’cantikl’ah jugak, Norli (adik kak Normah - agak gempal), kak Zee dan adiknya Cha. Sebenarnya ramai penghuni kat rumah tu yang ’tak tahu’ bahawa saya dengan Cha pernah ada hubungan intim. Tak tahulah pasal apa jadi gitu...Tapi, masing-masing pandai ‘cover line’ ! Sekejap je pun. Sempatlah jugak pergi date kat KL dan tengok wayang kat panggung Sungai Way yang sentiasa ‘sesak’ tu !
Datang KL mula-mula tu baik sungguh. Bila dah bercampur dengan kengkawan yang dah otai kat kotaraya ni, macam-macam hal boleh berlaku. Tapi, tak boleh jugak nak salah orang lain. Sendiri cari sendiri jawablah ! Saya berkawan tak kira ‘kategori’ orang. Sampai sekarang pun gitu. Sebab tu saya ‘tak senang nak susah’. Ada je ‘masyarakat’ yang sudi nak membantu. Namun, saya juga sentiasa mengamalkan prinsip John Rambo : DTA (“Don’t Trust Anybody”).
Sewaktu tinggal dengan abang Khar (abang Ai) di satu bilik tingkat dua kedai Cina, saya masih makan di rumah Nyah. Abang Ai pun baik juga, selalu belanja. Tapi dia ni ada satu kelebihan. Dia suka ’berceramah’. Bukan ceramah politik, tapi ceramah jenis yang lebih sesuai dipanggil ‘mengomel’. Hampir hari-hari saya kena ’ceramah motivasi’ dengan dia. Dia juga kuat cari duit. Itu contoh yang paling baik untuk diikuti. Apa saja jenis kerja yang halal asal jadi duit, abang Ai tak tolak punya ! Pernah bawa teksi semasa kerja Bomba kat PJ, dan last sekali sekarang saya dapat tahu dia buka kilang buat kek kat Puchong ! Tuuu dia, hebat tak hebat abang Ai sorang ni. English diapun bagus. Dia ni dalam kategori ’hansom’lah jugak. Tu la pasal dapat isteri yang macam artis Bollywood tu !
Masa abang Ai buat part time bawak teksi, saya selalu juga ikut dia. Yang paling risau masa lepas tengah malam. Bawa penumpang macam-macam ’jenis’. Ada amoi jambu, seksi, mengada-ngada, taiko (samseng) bertatoo malah ’makwe berkumis’ pun ada ! Dia pernah juga menjalankan perniagaan jualan langsung. Pantang jumpa orang, mulalah nak story bab Avon dia tu. Tapi, mengena juga ‘ayat’ dia ni. Laku jualannya wa cakap lu ! Itu namanya the learning process pada saya. Komunikasi yang baik dan berkesan pasti membawa pulangan yang juga baik. Dalam tak sedar, saya belajar tentang itu 'from him'.
Saya kemudian bekerja di kilang Maruman (buat tali jam steel) dalam kawasan Free Trade Zone Sungai Way. Tak jauh dari kilang Motorola tempat Nyah dan kebanyakan penghuni 28H mencari rezeki. Tapi yang ’letih’ tu kena kerja shif. Pertama kali shif malam, punyalah ngantuk, boring dan macam-macam ’perasaan’ yang tak enak lagi ! Rasa nak balik meruap-ruap. Cuma yang mahal sikit kat sini, 'makwe'nya ramai. Hampir dalam nisbah 1 : 100. Tu la pasal sangkut dengan budak nama Shariffah. Kecil molek. Budak Nogori. Suka betul pakai baju warna merah. Mujur kat Sungai Way jam tu tak ’ramai’ masyarakat lembu’, kalau tak hari-hari kena tanduk ! Berbeza dengan saya, yang sejak dulu cukup suka pakai baju warna biru. Taksub dengan BN kot...Jumpa lepas ni...
Friday, February 29, 2008
Thursday, February 28, 2008
CERITA LAPAN BELAS
Semalam saya ke 28H, Sungai Way semula. Kalau dulu rumah tu penuh dengan anak dara, sekarang penuh dengan bebudak kecil. Nyah masih menjadi penghuni setia rumah bertuah tu bersama Nuri dan isterinya Ita sekeluarga (kak Ayu, Mimi, Aliya) dan dua ’baby’ yang dijaga oleh Ita. Seorang lagi anak mereka, Shafiq ada di Kelantan (di jaga oleh keluarga mertua Nuri). Kesian Wi (Nuri) sejak menjaga emak semasa sakit sampai kini tiada kerja tetap. Takpalah Wi, rezeki tu ada di mana-mana. Jagalah hati Nyah. Saya kagumi Nyah kerana begitu sabar dengan segala macam kerenah kami adik beradik sejak dari dulu lagi ! Semoga Allah merahmati Nyah selalu...
Saya masih ingat ketika kecil, waktu menjelang raya Nyah belikan saya baju. Tapi saya tak nak, sebab...yalah raya-raya mana ada orang pakai baju batik ? Mesyuarat PIBGpun kekadang Tok Ketua pakai t-shirt standard gi ’noreh’ je ! Mujurlah Alom (abang sulung) belikan t-shirt. Punyalah berkenannya dengan baju tu, sampai ambil gambar kad pengenalan pertamapun pakai baju tu. Lama jugalah Nyah tak bercakap dengan saya pasal kes tu. Hinggalah saya lulus SRP (dapat gred A25) - jangan terpedaya, bukan 25 subjek dapat A. Itu kira cukup makan jugak tu. Tahap gred A adalah setakat 33 (melepasi had 34 dapat B saja). Nyah hadiahkan sebuah purse yang berisi wang kertas $ 50.00 (dulu tak pakai RM). Saya nangis terharu. Raya kataklah jugak ! Gaduh adik beradik ni ibarat carik-carik bulu ayam, kan ?
Oh ya, bila tengok suasana di rumah tu, rasa sayu pulak. Masih ingat lagi bagaimana deritanya emak oleh sakit yang tak ketahuan hujung pangkalnya, saban hari terlantar di bilik depan rumah tu (bilik Nuri dan Ita anak beranak). Sehingga satu pagi, Wi telefon kata mak dah tak sedar. Badan dah biru katanya. Kesian Wi, dia tak tahupun yang emak dah pergi tinggalkan kami pagi tu. Saya amat terhutang budi pada adik ipar saya, Ita. Begitu setia menjaga emak biarpun terpaksa menelan pelbagai kerenah arwah. Demikian juga pengorbanan yang telah dibuktikan oleh ibu dan bapa serta keluarga Ita di Kelantan (sewaktu emak berubat dulu). Terasa ’kerdil’ benar diri ini jika nak dibandingkan dengan kalian. Apapun, yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal harus teruskan hidup yang semakin menghampiri ke penghujungnya ini. Ingat, setiap saat ada saja maut yang menjemput. Kita bila agaknya ?
Ringan je mulut nak suruh Nyah buat re-union. Macamana agaknya kakak-kakak tu sekarang ? Banyak yang dah 3G kot...(Gemuk, Gempal, Gebu). Nyah pun dah gemuk sikit. Pastilah kenangan masa lalu akan terhimbau kembali dengan pertemuan sebegitu. Kalau tak buat di rumah tupun, mungkin boleh buat kat Sunway Lagoon atau Taman Tasik Titiwangsa ke (boleh gak tumpang sekaki naik ’Eye On Malaysia’).
Sambung sikit yang semalam. Agak lama juga saya bekerja sebagai konduktor bas mini. Saya ni jenis happy go lucky dan suka bergurau dengan kengkawan rapat terutamanya. Satu masa bila saya balik kampung, saya sudah ’terkelentong’ (maksud asal tu nak gurau je) dengan kengkawan yang saya bekerja di KL tu sebagai cikgu. Hebohlah separuh kampung ! Nak dijadikan cerita ngeri, satu masa makcik radio kampung saya (dekat rumah arwah Suhaili kawan baik saya), ’ternaik’ lah bas mini saya tu. Punyalah aib ! Kebetulan makcik tu nak pergi rumah anak dia kat Sungai Way jugak. Yang tak syoknya tu, cara dia sembang tu sinis semacam je...Haaa kau, baru ya. Sejak tu balik KL pun senyap-senyap je. Takde la lagi gatal-gatal nak singgah-menyinggah kat rumah jiran tetangga sebelah menyebelah rumah makcik tu. Malu bro ! Tulah, ’mengelentong’ lagi !
Kalau nak ikutkan kerja apapun ok. Buat apalah nak malu ya tak ? Kita patut malu kalau buat kerja yang memalukan. Kerja apa tu ? Sendiri mahu ingatlah. Saya amat insaf bahawa pada setiap waktu kita melakukan dosa terhadap Allah. Tidak kira besar atau kecil, nyata atau kelam. Maka itu, pada kesempatan ini saya menyeru diri saya dan anda semua, supaya sentiasa bermuhasabah diri. Kalau dalam bekerja kita diukur melalui KPI (Key Performance Indicator). Dalam hidup beragama kita diukur melalui kaedah iman dan taqwa. Sama-samalah kita ingat mengingati. Ketemu kembali…InsyaAllah…

Wednesday, February 27, 2008
CERITA TUJUH BELAS
Antara adik beradik, saya rasa saya agak kacak sikit. Abang saya Alom, adik-adik saya Emi (Haji) dan Nuri boleh kata biasa je. ’Nak pergi ke Jalan Riak lah tu !’ Sori,sori, sori. Entah kenapa, penumpang cukup suka naik bas kami. Nak kata pasal driver rasanya tak. Sebab muka dia yang macam pecah rumah tu tentulah ’mengurangkan’ selera penumpang. ’Tak baik oooo...’ Sori, sori, sori ! Mungkin kot pasal rezeki konduktor dia. Kacak tu ! Ini betul-betul kes ’perasaan’ ! Ataupun sebab saya terlalu pemurah kot. Yang pasti, saya adalah penghibur dalam bas tu. Sebaik bas bergerak je, saya start menyanyi. Muka tak malu betul. Yalah, daripada dengar lagu bangsawan Cina dari tape yang soundnya yang dah pecah tu, eloklah dengar suara saya yang boleh menyebabkan tetiba je hujan lebat. Kengkawan kelompok bas mini gelar saya ’Jay Jay’. Masa tu saya selalu pakai ’hanger’. Ala, yang tali gantung seluar tu. Orang pakai tali pinggang tak boleh pakai tali ni. Nampak ’gonjeng’. Laa, macam omputih pakai dalam filem koboi tu ! Tak boleh nak bayang ? Tak palah, bayangkanlah apa-apapun, asal bukan tali gantung kat penjara dahlah !
Peminat banyak gua cakap lu. Glamour lagi ! Ada sekali tu dalam duit singgit satu minah sudah bagi surat cinta. Tak glamour ke ? Tak pasal-pasal dah jadi girlfriend...Tapi girlfriend dalam bas je. Sorang lagi penumpang free. Girlfriend, tak kan nak ambil tambang, ya tak ? Baik hati punya pasal, habis dengan kengkawan dia pun saya pakej bagi free ! Lingkup driver tu ! Ada sekali kengkawan rapat kat kilang dulu naik dari Kampung Kerinchi. Ada dalam lima orang. Saya punya perangai, kalau nak bagi kengkawan free, selalunya saya akan guna kaedah 1 bayar 1. Kalau diaorang bagi singgit kertas contohnya, nanti saya bagi semula siling dengan jumlah yang sama. Tiketnya pulak macam biasalah, recycle ! Pernah jugak kalau tak ada tiket langsung, bagi ’kepala’ tiket je. Tapi, hari kengkawan saya naik tu saya kantoi. Mangkok-mangkok ayun tu bukan tahu nak berlakun. Siap hello bello lagi kat saya. Orang buat-buatlah tak kenal ke, ’hapa’ ke ! Ini, macam bagus je. Tu la pasal, driver saya dok perli...”Wah, ramai lu punya kawan aaa ?”. Pening kepala driver tu !
Dulu-dulu, tempat paling popular di KL masa hujung minggu adalah di Lake Garden (belakang Muzium Negara). Di situlah tempat warga kota menghilangkan tension setelah enam hari bekerja sakan. Berpusu-pusu manusia entah datang dari mana. Penyanyi generasi 60an dan 80an bersilih ganti menghiburkan pengunjung yang dahagakan hiburan. Ada Jefreydeen, A. Ramlee, Fatimah M. Amin, L. Ramlee, M. Osman, Latif Ibrahim, M. Daud Kilau, M. Shariff dan The Zurah II, Hail Amir, Uji Rashid, D. J. Dave, A. R. Badul, Param, R. Jaafar, Yusni Jaafar, Yahya Sulung dan ramai lagi. Datang Lake Garden tak berpasangan tak rugged la bro ! Itula yang buat saya tension selalu. Sebab setiap hari minggu saya mesti kena kerja. Melopong tengok ‘couple-couple’ tu turun melangkah kat Muzium Negara untuk ke Lake Garden. Masa tu ada makwe pun tak guna. Kita jadi spare tyre dia je. Buat apa. Fikir balik, yalah dia pun nak jugak berlibur dengan pakwenya. Tak alih-alih dapat pakwe yang ‘gila kerja’ ! Nasiblah ada boyfriend ‘stand in’ yang lain ! Ada jugak pekdah ! Tapi, tak ramai yang buat macam tu kot…
Saya baru dapat call dari rakan kita ’Ulny’, tanya bila cerita dia nak keluar. Inipun jenis spesis kuat kerja. Antara kuat kerja dengan kerja bagus ada beza. Tapi, dari pemerhatian saya Ulny ni dua-dua ada. Adik dia si Liza tupun macam dia jugak ! Cuma nakal sikit. Saya harap, Ulny simpanlah puji-pujian ini sebagai wadah untuk memperkasa kerjaya anda di masa hadapan. Jumpa lagi...

CERITA ENAM BELAS
Punyalah teruk driver bas mini tu. Trip kedua dari KL ke Sungai Way dia mesti suruh saya turun belikan dia nasi lemak. ’Double’ bungkus lagi ! Nanti setiap traffic light bila berhenti, dia mesti melantak punya. Dulu laluan Lebuhraya Persekutuan akan ’jam’ bermula dari Jalan 222 lagi sampai KL. Paling perit dekat Jalan Bangsar. Gamaknya boleh ulangalik PD - Bangi satu trip tu. Pengsan nak sampai KL. Bas kecil, penumpang macam sardin ! Dahlah aircond tak ada. Kekadang tu, dua tiga jari je lekat kat tepi pintu. Dah tak tahu mana nak pegang. Yang kesiannya bila tengok mat salleh naik dan berdiri kat dalam ’perut’ bas. Punyalah panjang, sampai terpaksa membongkok kepala. Sikit lagi nak keluar tingkap ! Anda dapat bayangkan tak ?
Pekerjaan sebagai konduktor bas mini juga mengajar anda menjadi manusia berperi. Bayangkan dalam ramai-ramai tu ada warga emas, sekor ’humat’ pun tak kasi tempat duduk. Sayalah nanti selaku konduktor akan minta sesiapa bangun untuk warga emas tu duduk. Tapi, nak buat macamana, kalau dari awal lagi member tu dok ’fight’ untuk berebut tempat, tetiba bagi gitu je pada orang lain, siapa suruh ! Pandai kitalah pujuk. Kadang-kadang terpaksa rasuah ’beri semula’ tambang dia...
Juga, kerja sebagai konduktor bas mini ni selain daripada perlu bersifat simpati dan empati, perlu juga banyak kesabaran. Saya adalah seorang yang agak pemurah. Kalau ada penumpang yang ambil duit sepuluh sen ikut kocek seluar kiri, dua puluh sen ikut kocek baju, sepuluh sen lagi kat kocek kanan, sahlah dapat naik percuma. Selalunya saya akan bagi isyarat mata je, supaya dia tak payah bayar tambang ! Kalau tak pun, saya akan pura-pura beri tiket kat dia yang menunjukkan dia dah bayar. Saya kena hati-hati. Bas tu kecil je. Semua bahagian nampak ikut cermin pandang belakang pemandu. Ya lah, gaji pemandu ikut komisen tiket. Short banyak nanti dia tahu, saya pulak kena ’tiu !’ (kena sembur).
Bab tiket percuma tu memang syok nak story kat you all semua. Setiap tiket yang masih elok yang dibuang oleh penumpang, saya akan lurut baik-baik balik, dan akan beri pada penumpang berikutnya. Terer tak terer ! Masa jadi konduktor bas mini ’duit melimpah ruah’. Duit tak sah lah tu ! Teruk kan ? Untuk minum pagi, makan tengahari atau duit rokok pemandu, kami akan guna duit laluan dekat-dekat. Dulu kalau dari pekan Sungai Way ke Motorola tambangnya 20 sen. Tapi tak ada tiket. Begitu juga dari Jalan 222 ke pekan Sungai Way. Harga tiket sebenar 40 sen pergi dan balik Sungai Way - KL. Pemandu mesti kena cukupkan 300 tiket. Kalau dah lepasi paras tu, macam bonuslah pulak ! Tapi konduktor tak dapat apa. Tu la pasal jual tiket yang dah guna tu. Recycle kata istilah orang sekarang !
Selalunya bas akan bertolak ke KL jam 5.00 pagi. Oleh kerana takut lewat, saya selalu tidur dalam bas yang parking bawah flat kakak saya. Kekadang basuh muka je, lepas tu terus bertugas. Kebanyakan penumpang dinihari adalah kalangan mereka-mereka yang hendak ke Pasar Pesar KL (Central Market sekarang). Tak ramai, kekadang tu dua tiga orang je. Sebab kena rembat dengan bas lain. Untuk ke Sungai Way semula, bas akan mengambil penumpang di Bangkok Bank dan juga di hadapan Bank Pertanian (berhampiran Daya Bumi). Itu rutin.
Oh ya, jadi konduktor ni juga mesti sentiasa berwaspada atau berhati-hati. Pernah satu ketika tu dalam situasi bas bergerak laju, duit kat dalam beg kecil yang saya sandang terkeluar dan berterbangan di jalanan. Putih mata tengok. Saya ingat masa tu hampir lima puluh ringgit. Jawabnya gaji bulan tu terpaksa di potong. Bukan banyakpun, RM300 sebulan je. Tinggallah 250 ’hengget’. Untuk ’cover’ ekonomi korang tahulah apa saya buat kan ? Bersambung...

Tuesday, February 26, 2008
CERITA LIMA BELAS
Saya datang KL pada tahun 1998. Lepas setahun kerja kat kampung. Kalau saya ingat nanti saya cerita bab kerja kat kampung. Sebab saya ni jenis ’hiper pelupa’ jugak ! Cerita yang ni masih ada saki baki memori lagi, itu yang kena cepat-cepat tulis tu. Di KL saya tinggal dengan kakak nombor dua saya yang saya panggil ’Nyah’. Dalam rumah dia, punyalah ’sardin’. Tak silap saya pernah satu masa tu sampai 12 orang ! Bilik tidur ada tiga. Bilik air cuma satu. Kebanyakan mereka ni kerja shift. Saya tak ingat sangat nama-nama mereka, tetapi antaranya Kak Sariah, Kak Esah, Siti ’Umbrella’ (adik kak Sariah), Kak Angah, Ani, kak Kiah (kurus), Chom (adik kak Kiah kurus), kak Kiah (gempal), kak La dan kak Yam. Semua baik-baik belaka. Mesra sungguh !
Nyah suruh tinggal dengan dia kat rumah No. 28H, Jalan 16, Sungai Way tu. Saya tak ada choice. Ingat tu nak pindah jugak kat rumah sepupu. Agaknya Nyah bimbang lepaskan adik dia tinggal dengan orang lain. Syok kat sini, Nyah support. Biasalah, mula-mula sampai KL kena ‘culture shock’ pulak ! Tengok orang pakai seluar short sikit dah ingat lain. Maaf, masa tu ingat macam ’Ipoh Mali’….Tapi lama-lama dah jadi ‘mangli’ (terbiasa). Nak jadikan cerita satu masa tu kena pindah jugak, sebab satu perkara yang ’mengaibkan’.
Masa tu bulan puasa, jadi kebiasaan diaorang bangun dulu, masak ke hapa ke untuk bersahur. Aku dok berlengkor lagi kat hall luar tu. Masa tengah sahur kak Yam sound, ”Haa tadi nampak...(ada lagi ayat power) !” Semua pakat gelakkan. Punyalah malu ! Birat rasa muka. Rasa macam kena tampal kulit kura-kura. Esoknya terus pindah kat rumah sepupu (abang Khar) tak jauh dari rumah Nyah. Kepala kakak-kakak tu semuanya brutal giler ! Itu la pasal, malunya sampai sebulan tak habis kau ! Tapi. Memori itulah yang paling mahal. Saya sorang je ’kumbang’ kat rumah tu, walaupun kekadang abang Mat yang kerja supir bas mini (boyfriend kak Esah), boy friend kak Angah dan Hassan (adik kak Esah) datang rumah. Oh ya, rumah tu berjiran pulak dengan geng yob-yob Perak. Antara yang saya ingat namanya ’Kome’ (boyfriend kak Kiah gempal), Mokhtar, Din, Piee dan beberapa lagi.
Mula-mula kerja kat Jalan Pahat, Shah Alam, di kilang Associated Plastic Industry (API). Penuh dengan rakan-rakan dari kaum Jawa Kelang. Geng ‘tempe’ beb ! Tugas saya mudah, jadi kelendan van yang ulang alik hantar barang kat Salak Selatan. Pemandunya seorang lelaki India. Kemudian kerja kat Lam Seng Plastic Industry, di Jalan 222, PJ. Kerja kat sini tugasnya ringan jugak. Duduk kat bahagian printing. Satu hari tu punyalah leka, separuh tapak tangan masuk mesin. Apa lagi menjerit macam nak ’giler !’. Mujur supervisor Cina tu stop enjin mesin yang macam mesin air tebu tu. Kalau tak, jadi OKU lah sampai hari ni. Di sini ramai budak-budak Nogori. Eden pun cakap Nogorilah !
Lepas tu saya kerja konduktor mini bus. Best giler jugak. Bas kecik muat 25 orang, driver tu bawak sampai 40 orang. Mampus ! Semanjang je saya kena tinggal dengan bas. Sebab sebagai konduktor, saya akan minta penumpang anjak ke belakang untuk memberi ruang pada yang lain untuk masuk sama. Arahan di buat dari luar bas. ”Belakang, belakang, belakang !!!”, jerit saya. Last-last, vroooommm...bas tu ’blah’ gitu je. Terkulat-kulat saya kena tinggal ! Driver bas mini tu kekadang bukan sedar. Yang dia tahu mesti cepat, trip mesti cukup. Nasib dialah, kalau ada yang jujur tu bayar, kalau tak, free jelah hari tu. Sat lagi masa dia balik Sungai Way, saya kena semburlah ! Masa tu mana ada train LRT. Bas Sri Jaya yang panjang tu pun tak muat memanjang untuk membawa penumpang pergi dan balik kerja. Datang satu, satu penuh. Datang dua, dua penuh. Kalau bas tu boleh bercakap, dia akan kata : ”cukup-cukuplah tu abang driver sayang !”. Sambung esok...

CERITA EMPAT BELAS
Masa Cerita Sebelas ada rakan komentar yang tanya pasal apa ayah Izan tak suka saya. Sayapun tak tanya Izan kenapa. Entah ? Tapi, saya fikir mungkin sebab benda lain kot yang saya tak tahu hujung pangkalnya. Sebenarnya ayah Izan ada saudara (yang kini ada pertalian dengan sepupu saya) di Kampung Jaya (sebelah Kampung Kuala Slim). Bila teringat Kampung Jaya tu, bagai nak menitis air mata sebab tanah kami di situ telah dijual oleh arwah emak, kerana emak dan bapa nak tinggal di Kampung Batu Tujuh, Jalan Tronoh, Batu Gajah dan kemudiannya di rumah kakak (Nyah) yang turut bersekali satu taman dengan Yong (kakak yang tua) di Taman Pelancongan, Pengkalan Pegoh, Ipoh.
Apakah mungkin disebabkan berlaku perkara-perkara lain yang membabitkan arwah emak atau apa, saya kurang periksa. Setahu saya, bapa Izan tak pernah sekalipun ’terserempak’ dengan saya dan Izan di mana-mana. Apalah kabar Izan dan keluarganya sekarang gamaknya...? Kita stop dulu pasal Izan okey...
Seperti kata Atih, ’tanpa kenangan kosonglah hidup ini’. Kenangan walau semanis dan sepahit mana sekalipun adalah guru yang paling bernilai. Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman. Semakin berusia, semakin banyak memori yang tercatat. ’Anda tersenyum...’, saya tahu anda sedang menyembunyikan sesuatu di balik senyuman yang manis itu. Simpanlah, dan senyumlah sendiri-sendiri ! Self service ya...
Benar, dulu saya ramai kawan perempuan. Tapi yang berstatus ’special’ tu cuma satu dua orang je. Yang lain saya anggap sebagai teman bersosial. Tidak lebih dari itu. Prinsip saya, jika seseorang itu sudah saya anggap sebagai adik, kakak, saudara atau apa, tidak akan hinggap walau sedetik atau sebesar zarah sekalipun perasaan untuk ’menyimpang’. Sure ! Jika kita ikhlas, tidak mungkin terkhilaf dan terjebak dengan perlakuan-perlakuan nakal seperti yang sedang anda bayangkan sekarang...Tak baik berprasangka tau ! ‘Don’t judge the book with the cover’. Walaupun saya kelihatan macam ’nakal’, tetapi hati budi dan perasaan saya hanya Allah Ta’ala yang tahu ! Tahu tak pe...
Lepas saya bekerja di KL, saya jadi seakan hilang identiti. Benarlah kata orang, perantau ni kalau tak cukup ilmu dunia tambah-tambah ilmu agama boleh hanyut. Banyak benar perkara yang ’kurang’ menyenangkan yang telah saya lakukan. Biarpun begitu, saya masih berpegang pada cakap emak dulu. Minum, rokok, bersubang dan berambut panjang akan saya jauhi dari kamus hidup saya. Cuma mungkin satu yang emak terlupa untuk pesan, iaitu ’perempuan’. Ada pelbagai cerita mengenai ’perempuan’ yang saya akan catatkan dalam blog ini untuk tatapan bersama. Pesan saya, jangan cari kesilapan kerana ia nya tetap wujud walaupun tersorok di tempat yang paling sukar ditemui. Justeru, carilah nilai dan intipati pengajaran darinya. InsyaAllah, ’ilmu’ akan anda perolehi untuk anda sebarkan kepada anak cucu atau ’sesiapa’ yang lain suatu ketika nanti !
Saya hanya ada peristiwa untuk dikongsi bersama rakan-rakan siber saya. Saya tahu, anda juga memilikinya. RETROSPEKTIF hanya sekadar wadah perkongsian ilmu, bukan medan menunjuk-nunjuk kehebatan diri atau apa. Jangan bimbang ianya akan kekal begitu mengikut track yang telah dirangka. Biarpun ada pelayar yang cuma singgah sesekali (kerana blog ini tidak disebarluaskan lagi), saya harap anda yang lain akan tetap setia melayarinya. Tiada istilah jemu dalam perkongsian dan percambahan ilmu. Justeru, saya berjanji untuk terus menulis di blog ini sehingga ke akhirnya. Saya temui anda kembali nanti ...

Monday, February 25, 2008
CERITA TIGA BELAS
Saya minta maaf sebab nak melencong sikit. Kali ni nak cerita lagi pasal Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12). Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dipilih oleh parti masing-masing atau oleh diri masing-masing (calon bebas). Awal-awal lagi BN dah menang 7 kerusi Parlimen dua DUN, manakala PAS satu di kerusi DUN. Saya boleh agak, bertanding untuk kali pertama memang rasa teruja sangat. Kalau macam Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Seri S. Samy Vellu (kedua-dua dari BN) dan Dr. Tan Seng Giaw (dari DAP) tu orang Perak panggil ’dah tagun’. ’Otai’ kata bebudak sekarang. Apapun, yang penting nawaitu kita. Jangan sesekali menjadikan platform pilihanraya hanya sekadar untuk syok-syok sendiri je. Ingatlah, bahawa anda yang bertanding ada misi yang tersendiri. Jika anda dipilih, jangan riak. Saya dah kata awal dulu. Tak ada maknanya. YB adalah akronim bagi Yang Bekerja bukan Yang Berehat !
Musim PRU 11 2004, pernah satu malam saya dipelawa menaiki kereta salah seorang pemimpin parti pembangkang yang ada PhD. Jawatannya masa tu Setiausaha Agung. Saya fikir ramai yang kenal dengan nama Dr. Sanusi Osman. Saya dibawa dengan kereta mewahnya ’tawaf’ keliling Sentul. Masa tu pengaruh saya besar juga. Saya adalah Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan Batu, Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Taman Dato’ Senu, Penasihat Persatuan Penduduk Taman Dato’ Senu, Pegawai Khas kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) dan Penolong Setiausaha Penerangan UMNO Fasa III, Bandar Baru Sentul serta beberapa jawatan dalam NGO yang lain.
Popular jugak kat taman tu ! Kalau ada majlis keramaian mesti duduk depan punya. Itulah kalau orang dah suka. Dihargai, dipuji, disanjung, dijulang, ditatang dan macam-macam ’di’ lagi. Seperti saya sebutkan awal dulu, blog ini bukanlah medan untuk saya melontar riak mahupun takabur ! Na’uzubillahiminzaallik ! Ambillah mana yang baik untuk tauladan, singkirkan mana yang sebaliknya sebagai sempadan.
Dalam kereta, Dr. Sanusi minta jasabaik saya untuk membantu menukar minda para pengundi atas pagar dan juga penyokong taksub UMNO untuk memangkah calon Barisan Alternatif (BA). Saya kata padanya, ”InsyaAllah” saya akan bantu. Rasionalnya kerana calun BN adalah dari kaum Cina. ’Ng Lip Yong’ namanya. Saya tahu saya sedang berbohong ! Masakan saya akan mengubah pendirian ! Itu prinsip perjuangan saya. Oleh kerana demi menjaga ukhwah waktu tu, saya fikir eloklah saya ’beri muka’ sikit ! Tak rugi. Bukan kena bayar apapun ! Maka itu, saya langsung tak buat apapun untuk membantunya.
Akhirnya apabila keputusan pengundian dibuat, calun BN tersebut berjaya meraih majoriti undi sebanyak 11,517 dari 70,55 pengundi. Tak lama lepas itu wakli rakyat Kawasan Batu itu telah dilantik ke jawatan kabinet sebagai Setiausaha Parlimen. Pada penamaan calun semalam, Lim Si Pin, muka baru yang juga merupakan anak kepada Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yaik (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dan mantan Presiden parti Gerakan) akan berentap dengan calun PKR, Chua Tian Chang @ Tian Chua. Berdasarkan isu serta trend semasa, majoriti undi BN kali ini mungkin menjunam sedikit ! Tapi menang tetap menang ! Itu ramalan saya je...
Oh ya, saya teringat pada musim pilihanraya 2004, di mana dikabarkan poster pilihanraya Dr. Mashitah Ibrahim (tidak dipilih kali ini di kerusi Baling) dan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil (Lembah Pantai) menjadi ’mangsa curi’ ! Bukan sabotaj, tetapi diambil sebagai kenang-kenangan oleh ’peminat’ setia mereka. Poster calun mereka tak ubah seperti selebriti Bollywood dan Arabwood ! Itu yang mahal tu. Kali ini rasa-rasanya poster Nurul Izzah Anwar, Dato’ Halimah Mohamad, Azmin Ali ataupun KJ kot yang menjadi mangsa cilok ! Apa-apapun, pesan saya asal jangan ‘curi’ tiang elektrik dahlah ! Sampai jumpa lagi !

GERITA DUA BELAS
Semalam Fidah budak cute jiran saya tanya : ”Apa yang special sangat Izan tu ?”. Ni nak bagi tahulah ni. Satunya, muka dia. Redup je. Sejuk mata memandang. Lagi sejuk kalau pandang masa dia kat kutub utara ! Selepas saya mula bekerja di Kuala Lumpur (kerja kilang je), satu masa Izan buat perangai nak ikut balik KL. Alamak ! Ini sudah kes berat. Masa tu kalau saya nak balik KL, dari Kampung Kuala Slim saya mesti naik keretapi Tanah Melayu kelas tiga dari stesen Slim River. Tak jauh dari situ terdapat satu-satunya panggung wayang kat pekan kecil tu. Bapa saudara saya pula bekerja sebagai ’jaga’ gate keretapi. Izan ’ugut’ nak ikut. Saya halang dia. Tapi dia nak ikut jugak-jugak ! Tahu apa jadi ? Tetiba entah dari mana, bapak dia (pak cik Ahmad tu) tarik tangan dia dengan kasar sebaik Izan melangkah kaki naik ke atas gerabak keretapi yang masih belum bergerak. Saya cuma dapat tengok Izan kena belasah dek bapak dia dari dalam keretapi. Geram sungguh ! Rasa nak je gigit tangan orang tua tu biar dia rasa. Tapi bimbang, takut dia gigit saya balik !
Tahu tak, rupanya dari cerita kawan dia, Izan cuma nak ikut sampai Tanjung Malim je. Kesian dia. Tanjung Malim selang dua stesen je dari Slim River selepas Behrang. Dari sana macam biasa dia akan naik bas balik ke rumah. Saya agak ada orang yang dah story kat bapak dia tentang perhubungan kami. Sejak itu saya tidak lagi berhubung dengan Izan. Masa tu Izan masih sekolah. Nak periksa MCE pulak tu. Tak palah, saya pujuk hati saya....
Sayapun hairan, punyalah bapak dia tak sukakan saya, penyanyi Jamal Abdillah pun dia tak suka (dulu muka saya ada mirip Jamal sikit). Jam tu, Jamal tengah top dengan lagu Derita Cinta dan lain-lain. Dua tiga tahun lepas tu, bila saya duduk serumah dengan Jamal Abdillah di Damansara Utama dan banding muka dia dengan saya...eh, eh samalah ! Tapi ’comel’ saya lagi ! Perasan ! Tu dulu. Lama jugak saya tinggal dengan Jamal kat rumah Dato’ Mohd. Zam, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Strategik rumah tu. Betul-betul berhadapan dengan The Ship (tempat Zainal Abidin dan Headwind, Alleycats serta Sahara Yaacob menyanyi). Syed Sobrie pulak menyanyi kat pub Traffic Light. Rahim Maarof & The Whitesteel kat pub di kawasan tu .Kadang-kadang Awie dan Wings (belum top lagi) turut ‘jamming’ sama. Search kat Hard Rock CafĂ©, Taman Tun Dr. Ismail. Baru ada satu album Made In Malaysia. Naik bas Sri Jaya pun sama-sama diaorang. Penyanyi Salimah Mahmud pun tinggal di kawasan tu. Nanti saya cerita bab ni....saya janji ada banyak yang menarik untuk dicatatkan sewaktu menyewa di Damansara Utama. Tungguuuu !!!
Ya, setia Izanlah yang membuatkan saya berani katakan bahawa dialah ’cinta monyat pertama saya’. Bila kami putus, saya tidak pernah cuba untuk mengambil tahu keadaan dia. Hati monyet (dah namanya cinta monyet, sayalah monyet tu) masa tu dah hancur ! Ewah ! Pada saya, jika bapa dia tak suka itu bermakna perhubungan kami tidak mungkin dapat pergi lebih jauh lagi.
Ditakdirkan Allah, kami bertemu kembali ketika Izan bertugas sebagai kerani di Balai Polis Slim River. Tuan Lat Mansor, masa tu jadi Ketua Polis Daerah Slim River. Kebetukan saya baik dengan Inspektor Faizul yang mempelawa saya join group Band Polis Slim River. ’3G’ dah dia masa tu. Tapi wajahnya tak berubah walau satu ’hun’ pun. Kalau tak silap, suaminya bekerja sebagai anggota polis di situ. Ada anak dua. Saya gembira melihat dia bahagia. Terus terang, dia adalah seorang wanita yang memiliki segala-galanya. Tuhan menemukan jodohnya dengan orang yang menjadi ’kesayangan’ keluarganya ! Malang sekali, saya tidak pernah bersua dengan suaminya...Tentu dia lebih baik dari saya ? Bertemu lagi...

Thursday, February 21, 2008
CERITA SEBELAS
Masa di tingkatan 5, saya berkenan pulak dengan satu budak form 3 dari Rasau, dekat Slim Village. Namanya Norizan Ahmad (panggilan manja Izan). Wajahnya saling tak tumpah pelakun Indonesia Christien Hakim. Punyalah cantik. Masalahnya, dia ni ramai sangat yang admire. Kengkawan saya jugak ! Sayapun hairan, muka saya masa tu taklah buruk sangat. Senang cakap, hansomlah jugak ! Tapi peliknya, dia benci betul kat saya. Jenuh saya try nak mengurat. Satu hari tu, saya beri dia surat melalui kawan dia. Nak tahu, lepas tu dia pi koyak surat tu kecik-kecik. Bubuh balik dalam sampul. Hantar balik kat tuannya. Sayalah ! Tak terbakar kau ! Yelah, kita ni gagak sedang dia merak yang menggigal. Namanyapun merak, mahal tuu !
Di sekolah saya pada waktu itu ada seorang recording artis lagu-lagu genre nasyid. Hidayah Mustafa namanya. ’Top’lah juga waktu tu. Pada satu ketika sempena sukan sekolah, diadakan pertandingan nyanyian (telentime). Saya masuk sekali. Itulah kali pertama masuk apa-apa pertandingan. Lima enam kalilah juga ’rasa nak terbuang air’. Hidayah masuk jugak. Tu la pasal, kami yang masuk tu sekadar buat syarat je. Dah tahu siapa yang nak jadi johan. Rupanya, menyanyi ni pun ikut nasib juga. Ada masa nasib-nasib suara okey. Ada masa tu payau semacam je.
Nak dijadikan cerita, saya menyanyi hari tu okey pulak. Lagu yang dipopularkan oleh D’ Llyods - ’Mengapa Harus Jumpa’. ’Feeling’ habis. Perasan ! Masa pengumuman tu, saya tengah dok sembang sakan dengan kengkawan. Tak dengar apapun kat pentas tu. Lagipun dah agak dah keputusannya. Mesti Hidayah jadi juara punya ! Tetiba, Khalil kawan saya jerit kat saya. ”Oiii ! kau menanglah. Pergi ambil hadiah tu !”. Eh, eh, iye ke ni ? Terpinga-pinga. Semua mata pandang kat saya. Last sekali, dapatlah hadiah macam piala dunia yang dimiliki terus oleh Brazil tu (ada replika pari-pari bersayap kat atasnya). Balik rumah letak kat dalam almari. Punyalah bangga. Empat hari lepas itu, piala tu dah hilang pari-pari. Rupanya dah kena cabut dek emak. Nangis ? Tak delah. Memangpun, masa tu patung-patung macam tu mak memang tak bagi masuk rumah. Ingat lagi masa pelakun Sidi Oraza hadiahkan kembali kepada FINAS, anugerah pelakun terbaik yang diterimanya sempena Asia Pacific Film Festival yang berlangsung di New Zealand. Kan anugerah tu berupa topeng. Tu yang dia tak gemar kot. Kalau Sidi Oraza macam tu, tak heranlah emak sayapun gitu ! Bukan kolot, tapi tuntutan agama ! Jadi pesan saya, jangan simpan apa-apa patung yang menyerupai manusia di rumah. Berdosa !
Lepas tu, bila pergi sekolah pada keesokan paginya ada ’surat’ sesat kat dalam loker meja. Ingat lagi, sampulnya kaler biru muda. Suspens jugak. Dari siapalah agaknya surat misteri ni. Berderau darah bila baca surat tu. ”Adakah lagu itu ditujukan pada Izan ?”. Tulah, Tuhan maha kaya. Kalau kita benci orang, satu hari nanti Tuhan terbalikkan pulak hati kita ! Sejak itu, Izan dan saya jadi couple yang cukup intim di sekolah. Tapi, intim-intimpun, masih dikekang adat dan budaya. Tak berani buat benda-benda tak senonoh. Bukan nak puji diri sendiri. Memang betul, masa tu orang kampung dia berlambak kat pekan Slim River. Pekan di mana kami bersekolah. Buat tak senonoh tengok, kalau tak perang sabil nanti. Satu kampung boleh turun kau !
Cinta monyet kami hanya indah dengan surat-surat berbaur kasih sayang. Ewah ! Kes ni kalau tahu dek emak saya, 45 kali mampus dibuatnya ! Yang syok tu dating kat library. Main pas-pas nota cinta. Kalau nak beli apa-apa saya taklah kisah sangat sponsor kan ada. Tu, kengkawan Felda saya. Takat beli yang seringgit dua tu celah gigi depa je. Kan dah saya kata, untung jadi orang yang keluar menyongsang ni ! Saya berani kata bahawa Izan adalah cinta pertama saya. Walaupun saya pernah jatuh hati dengan Ani. Kenapa Izan special sangat ? Nanti akan saya ceritakan...

Wednesday, February 20, 2008
CERITA SEPULUH
Mari kita masuk topik sukaramai sekejap. Wah, semua senyum bila bab ni. Teringatlah tu ! Alam remaja menjanjikan sesuatu yang cukup nikmat. C.I.N.T.A adalah perkataan yang datang dengan sendiri. Tak tahu macamana, alih-alih muncul perasaan atau keinginan untuk bercinta. Pantang tengok anak dara sikit, syok sangat rasanya. Sekejapan dah gila bayang. Tapi, remaja dulu-dulu berani-berani takut. Acah je lebih.
Saya berkenan dengan satu budak tu, namanya ’Ani’. Adik beradik punyalah ramai. Masa tu main surat-surat je. Tulis pulak tu pakai pensil. Kertas buku 555. Lintang pukang ayat. Belasah je, janji dia baca. Apalah sangat bebudak sebesar tu (tigkatan 1). Itu baru cinta monyet. Jumpapun masa mengaji al-Quran je. Nak dating ? Kau nak mampus ! Bapak dia punyalah garang. Tulah pasal adik beradik dia ’asyik terpekik terlolong macam kena sampuk dek polong’. Kena belasahlah tu !
Ani kecil molek. Suka tersenyum. Suara halus, sopan santunnya cukup terserlah. Saya rasa, saya terpaut hati kat tahi lalatnya yang ada kat sebelah bawah bibir kanan. Manis gua cakap lu. (Bahasa rocker la pulak. Biasalah beb ! Kumpulan sasar bab ini remaja). So, kita enjoy !!! Saya kata dah, bebudak dulu berani-berani takut. Nak bagi suratpun pakai ’posmen’. Kalau confirm minah tu dah dapat surat, muka punyalah tebal. Bertembung je, mulalah nak mengelak. Seganlah konon...
Bezanya, orang sekarang bercinta guna teknologi terkini. Canggih ! Lebih canggih lagi kalau bercinta sehingga tak sedar diri. Tu yang buat video ’peribadi’ tu. Apa raa ! Macam-macam ayat ada ’masyuk’, sehingga yang tak ada dalam kamus pun ditulis. Faham pulak tu. Tu yang ’chek’ dok ’heghan’ sangat ! Lagi satu, bebudak dulu tak ada sumber ’fulus’. Adapun sekupang dua je dalam kocek. Tempat ’dating’ paling-paling elokpun kat padang, bila ada wayang gambar oleh Jabatan Penerangan yang dok kempen merata tempat tu. Cerita masa tu seperti Dayang Suhana, Tiga Dara atau filem-filem ’cap rimau terbang’ (Filem Negara) yang lain.
Untunglah bebudak sekarang. Duit banyak. Sumber banyak (Walaupun ada juga yang asyik dok rembat duit mak bapak je). Pergi date guna motor. Paling ’cekai’ pun Honda cup. Dating kat tempat eklslusif. Tengok wayang kat panggung hebat-hebat. Cerita wayang ’cap rimau terbang’, tak mainlah... Kurang-kurang ’Ada Apa Dengan Cinta’. Surat-surat tak main. Kurang-kurang SMS. Labih brutal, ambil terus dari rumah depan mak bapak dia. Naik motor...Vrooommm!!! Tak gheti-gheti nak peluk pinggang ! Putih mata emak bapak ! Kot-kot boleh jadikan menantu, alih-alih dah kojol. Sebab merempit laju sangat sampai tak ingat dunia ! Innalillah...
Bebudak dulu basikal tua bapak dia adalah. Nak bawak buah hati pun tak sampai hati. Pulak tu, kalau tengah melaram kat kampung, jumpa dek bapak dah kena tukar pemandu. ”Kau ni menyusahkan je. Aku nak ke kebunpun tergendala. Nah, pegang cangkul ni, ikut aku ke kebun tu ada jugak pekdahnya !”. Terpaksalah tukar program...Itulah masalah negara !
Saya taklah melalui peristiwa macam tu. Agaknya, antara yang mungkin dilalui oleh kengkawan sebaya yang lain. Saya naik basikalpun memanjang jatuh. Kekadang tu ’cedera parah’ juga basikal orang tua tu saya kerjakan. Alah betul dengan benda-benda ’bergerak’ ni. Tu yang ambil lesen pun sampai dah nak pencen gini. Gayat ! Saya ni jenis cepat fobia. Hari ketiga dapat lesen dah langgar tol. Nanti saya akan ceritakan tentang bab dapat lesen ni pada masa yang sesuai. Apapun, kepada anda yang selalu sangat memandu laju (race) atau mat-mat rempit ke, tolonglah fikirkan tentang keselamatan orang lain sama. 'Pandu cermat jiwa selamat’. Bye...

Tuesday, February 19, 2008
CERITA SEMBILAN
Remaja dulu dengan sekarang terlalu jauh bezanya. Sejarak langit dengan bumi. Apa tidaknya, perlakuan-perlakuan negatif atau perangai ’brutal’ yang kurang sesuai dengan budaya dan peradaban kita yang berlaku hari ini, hampir tiada dalam kamus remaja dulu-dulu. Kepatuhan dan penghormatan kita pada orang tua (ibu dan bapa) atau mereka yang lebih tua, kekal terpahat sehingga kini. Dulu-dulu, kalau orang tua kita sedang bersembang, kita tidak boleh join atau menyampuk. Amarah mereka hanya melalui signal mata. Kadangkala mereka hanya jeling, kadangkala bahasa berkias, atau sering juga melalui body language. Faham-faham jelah. Kalau tak gheti-gheti jawabnya siaplah sat nanti ! Dulu punya ’power’ pukulan emak bapak boleh terkesan sampai bertahun-tahun. Berbaloikah kalau kita dok melawan arus ?
Sistem kekeluargaan yang diterap oleh ketua keluarga juga memainkan peranan yang penting. Kalau suam-suam kuku je, maka suam-suam kukulah disiplin mereka di rumah. Saya pernah di ikat ke pokok dengan dilumur kerengga ke badan oleh arwah emak, hanya semata-mata kerana ’terambil’ duit lima puluh sen dari ’dabai’ nya (tempat simpan duit yang berupa talipinggang yang dibuat daripada kain ’beluci’. Sebelum diikat ke pokok tu, kena seround dua rotan dulu. Tulah pasal, nak buat nakal kena campur-congak timbangtara sepuluh sebelas kali lagi.
Sekarang ? Isssh, usah kata takut kena jeling dengan emak bapak, kena tembak dengan peluru berpandupun belum tentu dia lari. Bimbang emak bapak jeling ? Buang karan je, dia nanti jeling kat emak bapak ! Haaa tu dia, ganas tak ganas bebudak zaman siber ! Saya harus akui bahawa waktu saya dulu tak ada benda-benda teknologi ni. Jadi, kuranglah gejala sosial. Lagi satu, sikap para ibu bapa juga menyumbang kepada isu salah laku pelajar dewasa kini. Apa tidaknya, anak dan bapak sama naik. Sama-sama kaki disko. Sama-sama kaki minum. Sama-sama kaki judi. Sama-sama kaki perempuan Sama-sama kaki rempit. Kesian kaki. Meskipun tangan yang buat jahat, dia juga yang kena tempelak. Iyalah, kan kaki yang membawa kita ke lembah atau arah yang tak diingini itu !
Aduhai, kalaulah boleh diputar semula jarum jam kehidupan ini, alangkah baiknya untuk berada semula di alam remaja yang penuh dengan peristiwa manis. Pastilah ketika itu saya tidak akan merungut lagi kerana kemiskinan keluarga. Kasihan bapa (apak) dengan dibantu oleh emak yang bertungkuslumus malam siang mencari sesuap nasi untuk anak-anak, sedang saya sendiri kurang bersyukur. Kerana rupa-rupanya, kemiskinan kita hanya sedikit saja jika dibandingkan dengan mereka yang lebih daif atau dalam bahasa ekonominya miskin tegar. ”Ya. Allah, cucurilah rahmatMu ke atas roh ibu dan bapaku yang telah membesarkan aku sehingga menjadi sebegini. Masukkanlah mereka ke syurgaMu yang paling mulia”. Jauh di sudut hati saya, saya amat menyesali akan segala perbuatan samada sedar atau tidak terhadap kedua mereka. Saya mengakui bahawa saya bukanlah merupakan anak yang terbaik. Tetapi percayalah bahawa, setiap pesanan yang mereka tinggalkan masih segar kukuh di sanubari ini. InsyaAllah, saya ingin terus menjadi anak yang soleh. Mendoakan ibu dan bapa tercinta pada setiap kali doa selepas solat. Manusia itu kelemahannya terlalu banyak. Kerana kita bukan maksum....
Pesan saya kepada anak-anak yang mengikuti blog ini, jangan sesekali abaikan ibu dan bapa kita. Jangan engkari perintah dan larangan mereka. Kelak, seumur hidup menjadi beban yang tak terkandung. ”Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu”. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Hindari dari perbuatan yang boleh melukakan hati mereka. Cintailah keluarga kita sepenuhnya, kerana keluargalah pelindung kita sewaktu panas dan hujan, sewaktu basah dan kering, sewaktu tawa dan sedih !
Di hujung cerita kita, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Atih dan Huda kerana komen jujur mereka. Jalinan ukhwah dan silaturrahim juga boleh berlangsung dengan intim andai ada keikhlasan. Semoga RETROSPEKTIF akan terus dikunjungi oleh pelayar-pelayar maya yang lain. Terima kasih, jumpa lagi.

Monday, February 18, 2008
CERITA LAPAN
Suatu ketika saya diminta untuk menjadi perantara bagi satu forum yang dianjurkan oleh kementerian. Dato’ Dr. M. Manogran (juga bekas KSU Kementerian Sumber Manusia) bertindak sebagai pengerusi, manakala Dato’ Haji Ahmad Salleh, TKSU dan Dato’ Sayed Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku ahli panel. Forum diadakan sebagai menyahut saranan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) supaya sesekali diadakan forum terbuka untuk membincangkan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan tugas dan lain-lain yang berkaitan. Saya adalah Setiausaha Bersama MBJ.
Sebagai pegawai khas KSU, satu perkara yang saya tahu mengeni beliau adalah mengenai kepantangannya jika kita menyentuh tentang keburukan menteri. Meskipun beliau tahu para pegawai atasan (di tingkat 7, 19 dan 20 malah agensi-agensi lain dalam kementerian) terutamanya, dok memendam rasa dengan sikap dan tindak tanduk menteri, namun beliau masih setia mempertahankan bosnya. Walaupun terdapat pekara yang tidak menyenangkan bagi beliau sendiri.
Sewaktu saya bertugas di Parlimen, ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan telah membidas menteri atas ketidakhadiran beliau dan beberapa menteri lain untuk menjawab soalan di Parlimen. Antara yang berhujah (kalau tak silap) ialah Datuk Muhammad Aziz, wakil Sri Gading, Dato’ Rohanie Ahmad, Parit Sulong dan Dato’ Raja Haji Ahmad Zainuddin (Larut). Oleh kerana saya tengok forum tu suram dan bungkam je, jadi sayapun mencelah untuk meminta pandangan KSU mengenai kes ketidakhadiran menteri ke Parlimen. Apa lagi, melentinglah pakcik tu. ”Stop !!!” tengkingnya. Saya jadi terkedu, sebab sefaham saya forum itu boleh berbincang apa saja mengikut track. Rupanya perkiraan saya silap. Betul punya marahlah ! Tetapi saya puas, puas kerana apa yang nak disebut atau disentuh tetapi tak terlafaz oleh pegawai-pegawai tertinggi (mungkin KSU juga) telah dapat saya ’hamburkan’. Lepas majlis, satu dua pegawai menghampiri saya dan mengucapkan tahniah. Tapi wajah masing-masing muram je. Saya tak kisah, kerana nasi dah menjadi bubur. Apa-apapun tunggu jelah...
Sebetulnya, saya dah agak dah perkara ’buruk’ akan berlaku atas ’keterlanjuran’ saya itu. Memang benarpun, petang itu juga saya dipanggil oleh KSU melalui Kak Yam, P.Anya ke pejabat. Dengan lembut KSU beritahu bahawa mulai saat itu beliau tidak mahu lagi menggunakan khidmat saya sebagai Pegawai Khas. Dan, esoknya surat yang menukarkan saya ke Jabatan Perpaduan Negara (JPN) saya perolehi dari pejabat KSU berkuatkuasa dari tarikh tersebut. Maka turunlah saya ke tingkat 7, Jabatan Perpaduan Negara dan ditempatkan di Unit Penerbitan. Bertautlah saya kembali dengan saudara Mustaffa Kamal Hashim (jurugambar) dan Ahmaluddin Ramin (pereka). Dua lagi rakan saya Abang Mad Ariff (kerani) telah bertukar ke JPN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bertugas di Setapak, manakala Aishah Omar (pembantu penerangan juga penuli novel remaja) bertukar ke Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Agak boring juga, kerana bos lama saya Tuan Haji Hasan Samat telah bersara awal. Tak dapatlah lagi saya merasa ’belanja’ beliau makan tengahari di Jalan Tiong Nam, Chow Kit sepertimana dulu. Yang bestnya setiap kali waktu nak order, Encik Hasan mesti tunjuk lauk pauk yang murah-murah. Tetapi, jari saya selalu memilih laukpauk yang agak mahal. ’Bengkek’ je dia. Pun begitu, dia masih mahu membawa saya ke kedai makan. Begitulah kalau dah pemurah. Beliau adalah satu-satunya ’sifu’ saya dalam bidang komunikasi khususnya penulisan kreatif. Di bawah pengurusannya, saya menjadi dewasa dalam bidang yang amat saya minati itu. Beliau berkawan baik dengan Prof. Datuk Hamdan Adnan, Pesuruhjaya SUHAKAM dan mantan Presiden FOMCA yang cukup teliti dalam membeli apa jua jenis barangan keperluan. Saya ada cerita menarik mengenai pensyarah saya sewaktu di IPRM ini. Lain kali saya cerita.
Sebenarnya saya juga menganggap kedudukan itu (bertukar ke JPN) hanya transit sementara saja. Sebab saya dah ada plaining lain untuk ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Saya berminat ke sana kerana tawaran Encik Md. Rosnan Sulaiman, bekas Setiausaha Bahagian sewaktu di kementerian dulu. Beliau menjawat jawatan sebagaiah Ketua Pengarah di JHEOA. Kira-kiranya macam kronilah juga. Tapi bukan mudah. Banyak prosedurnya. Hampir setiap hari saya dihubungi oleh arwah saudara Malek (Pengarah Personel) supaya segera membuat urusan pertukaran di jabatan tersebut. Lalu, atas keinginan yang kuat untuk mencari angin baru, maka sayapun berpindah ke JHEOA pada awal tahun 2001. Saya akan ceritakan memori bekerja di JHEOA setelah saya mengimbau kembali kisah-kisah alam remaja dan alam muda belia saya. Jumpa lagi...

CERITA TUJUH
Pagi ini saya membaca di dada akhbar mengenai kepulangan ke rahmatullah Salamah Basiron (65), penulis lirik lagu berhantu ’Oh ! Fatimah’ nyanyian Allahyarham A.Ramlee bersama The Rythmn Boys, di rumahnya di Jurung West, Singapura sekitar jam 3.15 petang semalam. Dengan penuh rasa keinsafan saya merakamkan al-Fatehah, semoga rohnya akan dizumrahkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Kepada anak-anaknya Ennie Mulyani Mohd. Yunos (31), Ersin Diana (37) dan Firdaus Ilham (34), tabahlah dengan dugaan Allah ini. Saya pernah melaluinya, saya amat maklum akan situasi yang sedang dialami. Pesan saya, redha’lah dan berdoalah sentiasa untuk kesejahteraan rohnya. Ingatlah, bahawa kitapun akan ke sana jua sudahnya nanti.
Saya mengenali Allahyarham ketika menjadi pengacara persembahan hiburan mingguan di Taman Tasik, Shah Alam sekitar tahun 2004. Waktu itu memang kerap saya diundang untuk mengacarakan acara persembahan pentas di sana. Kepada saya, Allahyarham seorang yang lemah lembut, kaya dengan senyuman dan tidak lokek dengan ilmu. Agak panjang juga sesi temuramah saya dengan Allahyarham di pentas utama yang turut menampilkan penyanyi era 70an, Hail Amir, kumpulan hip-hop Ruffedge dan penyanyi genre dangdut Haiza. Manakala band pengring ialah Kombo MBSA pimpinan mantan penerbit album saya S. Atan (atau lebih mesra saya panggil abang Atan). Dunia seni kehilangan seorang lagi penulis lirik yang prolifik terutama era 60an selepas Allahyarham saudara Rosli Kamis atau Lolok (juga warganegara Singapura) pergi meninggalkan timbunan karya seni (lirik lagu) yang tidak ternilai harganya. Salamah Basiron turut menggunakan nama Hanismasra dan menulis lirik untuk Allahyarham Datin Rafeah Buang, Zam-Zam, S. Anida, A. Karim Jais, Salim I, Jeffreydin dan Ida & The Zarah.
Izinkan saya menyambung kembali cerita pada posting lepas. Namun, saya tak akan bercerita tentang peristiwa hitam di Kampung Medan. Kerana pada saya ianya adalah merupakan satu tragedi yang tidak seharusnya berlaku dalamana kita mengharungi detik gemilang negara. Siapa yang tak kenal Malaysia masa tu. Bushpun kabarnya sampai macam nak kena ambil nombor giliran untuk bercakap dengan mantan Perdana Menteri kita, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M). Tapi agak malang, kini beliau menjadi pengkritik utama kepada kepimpinan bekas timbalannya, Pak Lah. Saya amat berharap agar nasib Tun M tidak akan menjadi sama seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan kita). Di penghujung hayatnya, beliau seakan seperti terpinggir oleh masyarakat terbanyak !. Kerana pada zamannya, Almarhum Tunku juga pernah menjadi pengkritik Tun M terutama melalui kolum sensasinya di New Straits Times (NST) - ”As I See It...” Jika diperhalusi, budaya pemimpin ulung terdahulu mengkiritik pemimpin terkemudian seakan menjadi satu trend di negara ini ! Untuk rekod, Tun M pernah tersingkir dari UMNO buat beberapa tempoh akibat keaktifannya mengkritik kepimpinan Almarhum Tunku. Apakah senario ini juga bakal menjerumuskan Tun M ke dalam situasi yang sama sepertimana yang dilalui oleh Bapa Kemerdekaan kita itu ? Maka di sinilah dituntut, kebijaksanaan dan keprihatinan pihak-pihak yang terlibat yang menjadi kayu ukur dalam kemelut berskala besar seperti ini. Kita tak mahu pemimpin kesayangan bangsa kita berbalah, anasir lain menangguk di air keruh !
Dulu selalu juga saya ke Parlimen untuk bertugas. Saya suka ke sana kerana dapat bertemu dengan para pemimpin dan juga rakan-rakan setugas dari Kementerian, Jabatan dan Agensi lain. Boleh bertukar-tukar maklumat di samping melaksanakan tugas-tugas hakiki yang diarah. Kadangkala terjumpa kaum kerabat atau kenalan yang datang melawat ke Parlimen. Jumpa ’orang kampung’ katakan. Lagi satu sebab, saya gemar membeli cenderamata terutama ’pin tie’ yang terjual di situ serta ’barang-barang yang sesuai dengan kocek’ yang lain. Kantinnyapun bersih serta memiliki pelbagai menu resepi yang sedap-sedap. Tidak terlalu mahal, sebab jika mahal kelak akan bergemalah dewan dengan hujah atau soalan lazer kepada menteri berkaitan samada dari wakil BN atau pembangkang seperti Datuk Muhammad Aziz (Sri Gading) atau Mat Sabu (Kuala Kedah).
Masa itu, musim Backbencer (Kelab Penyokong Kerajaan) ’membelasah’ menteri yang tidak datang untuk menjawab soalan di Parlimen atas pelbagai alasan misteri. Kalau pembangkang memang kerja dia. Ini Beckbencer. Keliru sungguh ! Tapi, iyalah badan yang empunya diri cuma satu, sedang program harian berpuluh satu Malaya ! Jadual tak pernah kosong. Sebab itu ada menteri yang cuma beri masa ’lima minit’ sahaja kepada tetamu (terutama yang tidak penting ?) untuk berurusan. Logiknya, tempoh masa lima minit itu baru nak buka mulut untuk muqadimmah dah habis. Apa raa ! Jumpa lagi...

Friday, February 15, 2008
CERITA ENAM
Saya pernah berkhidmat selaku pegawai khas di pejabat Dato’ Seri Dr. Hajah Siti Zaharah Sulaiman selama kira-kira tiga bulan selepas era Tan Sri Hajah Zaleha Ismail (kini pengerusi LPPKN) menduduki kerusi menteri, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Masa tu KSUnya Datuk R. Theivandran menggantikan Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Haji Zainul Ariff Hussien (kini pengerusi Universiti Putra Malaysia) yang bertukar ke ICU, dan tak lama kemudian digantikan pula oleh Dato’ Dr. M. Manogran. Bertugas bersama-sama saya ialah sdra. Rosli Dahamin (mantan perantara TV3) yang bertindak selaku Setiausaha Akhbar (SUA) manakala Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) ialah YM Raja Noor Zaedah Raja Ahmad (kini Timbalan Pengarah Kanan (Cawangan Skim Perkhidmatan) Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA). Malang sedikit, SUSK sebelumnya saya terlupa namanya. Tetapi seingat saya, orangnya baik dan agak sederhana perawakannya. Manakala kerusi SETPOL merangkap Setiausaha Kerja Wanita UMNO dipikul oleh Zuraidah Musib (yang pernah berlakun peranan utama drama radio terbitan RTM, Rumah No. 5 Persiaran 1 sekitar tahun 80an).
Masa tu bos saya masih memegang tugas selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Dan, yang menariknya ketika beliau di kementerian tersebut selepas di naikkan pangkat dari Timbalan Menteri Pengangkutan adalah musim pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Meskipun pernah menang ’ciput’ dalam perebutan sengit dengan mantan terdahulu Dato’ Seri Rafidah Aziz, tetapi kabarnya Dato’ Dr. Siti Zaharah mendapat sokongan yang mantap di peringkat grassroot. Pak Sheikh (Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan TPM) pun kabarnya konfiden bos saya itu akan berjaya memandangkan sokongan padu (?) kepada beliau ketika itu. Tapi, akhirnya satu dunia tahu, bahawa Dato’ Seri Rafidah Aziz dinobatkan semula selaku ketua kepada salah satu daripada sayap kanan UMNO itu.
Pengalaman bekerja dengan menteri berkenaan memang menyeronokkan. Tetapi lebih banyak yang ’kurang menyenangkan’. Saya akui bahawa di pejabat tersebut saya agak tidak popular kerana ’adik beradik ipar duai’ membayangi tugasan. Begitulah juga apa yang dialami oleh dua tiga SUSK yang silih berganti menduduki kerusi panas Tingkat 20, Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sebab itulah setelah beberapa lama di situ saya minta izin menteri melalui TKSU untuk bertugas Tingkat 19 (pejabat KSU). Saya ceritakan semuanya kepada TKSU (Datin Hajah Fauziah Ramly) kerana beliau amat prihatin serta mudah dibawa berbincang. Tambahan pula, saya agak ’manja’ dengan beliau dan menganggap ’Kak Chik’ macam kakak saya sendiri. Sebenarnya satu kementerian tu suka kat dia. Begitu juga rakan-rakan di KBS dan Kementerian Penerangan (tempat tugasan terdahulu Kak Chik. Sifatnya yang ’betul-betul holiaw friendly’, kelakar, penyayang, tetapi pasal kerja beliau cukup serius. Janganlah ingat nak main cincai-cincai atau sembrono je, tak pasal-pasal kena ’belasah’. Namun, amarahnya hanya seketika - tidak pernah melarat panjang. Itulah Datin Fauziah yang amat akrab dengan Pak Ya (Dato’ Zakaria Ahmad) mantan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara.
Kenapa saya nak turun ke Tingkat 19 ? Kat atas tu kan glamour ! Ada sebabnya. Salah satunya ialah kerana perselisihan faham antara saya dengan ’adik saudara’ Dato’ Dr. Siti Zaharah. Mana taknya, pejabat tu lepas pukul lima dah jadi macam pejabat kawasan kalau takpun macam pasar malam. Tak ada sistem langsung ! Surat-surat tak kira yang rasmi ke, tak rasmi ke main pukul rata. Boleh buka dan baca ikut suka. Dua kali surat Perdana Menteri (Tun M) kepada menteri hilang. Ianya ada kaitan dengan perpindahan jabatan atau agensi seperti LPPKN, HAWA dan JHEOA ke kementerian lain. Dalam banyak hal ’misteri’ kehilangan itu, sayalah ’mangsa tunjuk’ yang menjadi kambing hitamnya. Mana boleh tahan beb ! Pada satu ketika yang meruncing, saya dengar mamat tu pekik kat CC Khong (ketua kerani kementerian) nak lempar keluar tingkap mesin fotostat. Mentang-mentanglah dulu menteri duduk kat Putrajaya, semua serba baru. Datang kat pejabat Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ’hampeh’. Penat dah mesin tu dok kena repair je. Tapi, kalau nak tukarpun pelan-pelanlah. Zaman menteri lama tak kisahpun bila kami dok guna benda tu sama-sama dengan pejabat Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen. Sepontan saya jerit, ’Hoi itu bukan bapak kau punya ’gheta’ (harta) !’. Saya cerita semua kat Datin Fauziah, dia senyum kelat je. Ekoran itu Datin Fauziah sarankan supaya saya turun bekerja kat Tingkat 19.
Selepas Datin Fauziah, tampil pula Dato’ Haji Ahmad Salleh Sariff, mantan Ketua Pengarah (KP) Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Datuk Bandaraya Ipoh selaku TKSU. Manakala KSUnya Dato’ Dr. M. Manogran, dengan saya sendiri bertindak selaku pegawai khas beliau. KSU ini seperti juga Datuk Theivandran adalah seorang yang lemah lembut perawakannya. Yang tak berapa seronok, era beliau berlaku peristiwa Kampung Medan yang mencalar tahap perpaduan negara kita. Dan, yang lebih tak seronok era beliaulah saya keluar dari kementerian itu. Nanti saya sambung cerita lagi...

Thursday, February 14, 2008
CERITA LIMA
24 Februari tarikh penamaan calun, 8 Mac tarikh pembuangan undi. Itu keputusan SPR. Muktamad ! Jadi, marilah sama-sama kita menjalankan tangungjawab kita, untuk mengundi calun-calun pilihan yang bakal menentukan arahtuju pentadbiran Kerajaan selanjutnya. Bagi saya, saya tetap dengan pilihan yang lalu. BN, dulu, kini dan selamanya ! Saya harap anda menghormati pilihan saya, sepertimana saya menghormati pilihan anda. Biar kita berbeza pandangan asal kiblat kita tetap sama.
Cuma satu harapan saya selaku rakyat marhaen kepada anda wakil rakyat yang bakal dipilih. Jangan sesekali berlagak sombong, angkuh, bangga diri, ego yang tak bertempat atau apa saja yang bernilai negatif selepas mandat rakyat diperolehi. Kerana anda dipilih berdasarkan kebolehan, ketrampilan, komitmen, ikhlas, bersifat kepimpinan, baik di mata umum ataupun kerana parti anda yang sememangnya kukuh. Ingatlah bahawa, tanpa sokongan rakyat tidak mungkin anda berada di persada DUN dan Parlimen.
”Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi-tinggi gunung-ganang”.
- Surah al-Isra’ ayat 37
Sering-seringlah melawat kawasan untuk menjenguk pengundi anda. Dengar-dengarlah keluhan mereka. Jangan hanya tiba pada musim memilih kembali barulah sibuk nak enter frame, mencari semula ketayap lama, buku telefon lama, peta kawasan lama, nota perbincangan lama ataupun sibuk bertanyakan alamat rumah tok ketua yang pernah dua tiga tahun dulu menulis surat minta derma tiga biji kompang (sebagai tambahan) untuk persatuan belia kampung (kasihan, pemain kompang dua belas orang, tiga tak ada kompang dok pukul periuk lama). Tunggu peruntukan kompang wakil rakyat, periuk barupun kena belasah !
Ikutlah resemi pemimpin lampau. Contohilah wakil rakyat sepertimana yang pernah saya ceritakan seperti posting terdahulu. Kadang-kadang mereka tu bukan nak peruntukan pun, seperti ibu bapa kita di kampung - asal jenguk muka sudahlah. Kalau tak, tunggu jelah waktu itu ! Pernah sewaktu di Kedah dulu (masa tu saya bertugas di pertengahan 90an) ada pengerusi Rukun Tetangga (RT) boleh warning wakil rakyat kerana tak hadir majlis anjurannya. Dengan hanya berbekalkan sekawah meehoon katanya, dia boleh kasi konar sokongan rakyat setempat kepada wakil rakyat tu. Tu dia, ’ganas tak ganas’ tengok !
Lain pula senario semasa saya bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Datin Paduka kini Tan Sri Datin Paduka Sri Hajah Zaleha Ismail), di mana pernah seorang wakil rakyat (DUN) yang memberi kata dua kepada beliau, hanya kerana gagal membekalkan peruntukan dua buah komputer ke kawasannya. Antara isi dalam surat itu : ”Ingat Datin, dulu dalam MT nombor berapa, jangan sampai kali ini tak ada nombor langsung...” kalau tak silap saya waktu tu Menteri saya hanya berada pada rangking ketiga atau keempat tercorot. Hah ! yang ini jangan pulak gatal-gatal nak tiru. Bukan apa, bimbang nanti ”Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Kalau tidak takut dengan manusia (BPR), takutlah dengan Allah. ”Jangan memperaga duri sebatang kepada landak”. Jumpa lagi nanti...

CERITA EMPAT
Sah sudah Parlimen Ke 11 dibubar. Tahniah kepada yang bakal jadi calun. Syabas kepada yang bakal menang. Sekalung penghargaan untuk mereka yang tewas, kerana telah menjadi sebahagian daripada penerus proses demokrasi negara. Menang atau kalah, bukan persoalan. Apa yang penting adalah tidak tanduk kita selepas ini. Menang jadi wakil rakyat. Kalah jadi rakyat biasa. Terimalah hakikat !
Banyak memori yang terpahat tatkala mengimbau musim pilihanraya ketika mana saya dan rakan-rakan berkelana dalam Unit Pentarama, menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair membawa mesej-mesej rasmi Kerajaan serta menghurai pelbagai isu masyarakat. Sebut saja dalam negara ini dari era YABhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, semua Menteri atau wakil rakyat pernah berucap atau berpidato di pentas Pentarama. Saya teringat zaman Allahyarham Datuk Asri Muda, mantan Presiden PAS, ketika kami mengadakan kempen di Kelantan sekitar tahun 80an. Sedihnya, waktu dinihari kami diarah balik ke Kuala Lumpur atau lebih tepat keluar terus dari negeri Cik Siti Wan Kembang kerana menurut pihak polis pentas kami akan dibakar oleh penyokong fanatik mereka esok malam.
Maka pulanglah kami meskipun baru saja menjejakkan kaki di hotel penginapan. Kekadang susah juga jadi orang gomen ni fikir saya. Macam-macam tafsiran. Meskipun di kalangan kami sendiri tidak tahu parti mana yang dipangkah oleh rakan taulan pada pilihanraya. Yang pasti undi itu rahsia, dan menjadi hak mutlak mereka (individu yang berkelayakan mengundi) untuk menentukan parti atau calun mana pilihan masing-masing ? Jelas sekali, walaupun saya sebagai Ketua Artis dan penyokong kuat UMNO, namun saya tidak pernah menjalankan kempen secara domestik untuk meminta rakan-rakan saya supaya mengundi parti pilihan saya. Ia berlainan apabila saya memakai topi parti ketika menjalankan tugasan parti di kawasan sendiri.
Pilihanraya di Parit Raja, Batu Pahat paling saya ingati. Ketika itu calun Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaliegh Hamzah bertanding satu lawan satu dengan calun BN. Pada malam tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Muhd Taib dan Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhiyuddin Yassin berkongsi pentas Pentarama. Sedang kusyuk mendengar ucapan, tak semena-mena kecoh dengan hingar bunyi deruman puluhan motorsikal berpelekat Semangat 46 mengelilingi pentas. Suasana menjadi hingar bingar, naik bingit telinga dibuatnya ! Mujur dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas. Peristiwa tersebut berlanjutan pula ketika kami di Tanjung Lumpur, Kuantan (tempat kempen berdekatan dengan rumah Allahyarham Mona Fendi). Oleh kerana pentas kami juga begitu hampir dengan pentas Semangat 46, maka tidak hairanlah jangkaan akan berlaku perkara buruk di situ. Saya terpaksa menenangkan keadaan (ketika itu turut bertindak selaku pengacara majlis) apabila batu-batu kecil mula menghujani pentas. Kesian arwah Pak Roman (pemain muzik kami) dan Izni Ghani atau Nani (bekas isteri Jamilul Hayat). Kedua-duannya turut tercedera kecil dek bahana batu sesat ! Ianya berlaku juga di Ampang Jaya dengan calun BN ketika itu YB Datuk Ong Tee Kiat. Kecoh sungguh !
Adalah diharapkan agar piliharaya kali ini tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Usahlah diikutkan perasaan kepartian. Patuhilah setiap prosedur yang ditetapkan. Kasihan anggota polis kita. Negara kita ini kecil. Pusing Perlis, konar ke Kelantan, u-turn dengan ’belon’ ke Sabah atau Sarawak, balik-balik muka orang itu juga yang ditemui. Janganlah membenci sehingga tidak boleh langsung bertegur sapa. Bila majoriti telah bersuara, padukan kembali ukhwah dan silaturrahim demi meneruskan pembangunan negara tercinta ini. Ketemu lagi...

Wednesday, February 13, 2008
CERITA TIGA
La ni sibuk orang cakap pasal pilihanraya. Rugi rasanya kalau tak ambil pot. Bila sebut pasal pilihanraya ni, teringat saya ketika kecil-kecil dulu. Itu era pemimpin yang tak gila nak berebut jadi calun. Kebanyakannya cikgu-cikgu. Kawasan saya nama wakil rakyatnya Haji RM Idris. Itu tahun-tahun 70an. Seingat saya, wakil rakyat saya ni memang seorang yang dikenali oleh semua orang di kampung. Puncanya, setiap kali ada keramaian dia ada. Sukan di sekolah tak pernah mis. Kalau ada kematian kerap juga dia datang. Lagi satu sebab, dia ada suku sakat kat kampung Kuala Slim, walaupun dia tinggal di Tanjung Malim. Tubuhnya agak besar. Pakai kereta kalau tak silap saya Mercedes Benz lama. Depan ada bendera Negeri Perak.
Arwah Tok Ujang (Ujang bin Talib), Ketua Kampung kami selalu dilihat bersama dengannya. Maklumlah, mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Arwah Tok Ujang putih, wakil rakyat saya tu agak hitam kulitnya. Tetapi, walaupun begitu mereka tidak berkasta-kasta. Masalah kampung selalunya dapat diselesaikan. Kalau diimbas, tak banyak manapun masalah pada waktu itu. Kerajaan Perikatan (lambang Kapal Layar) memang kuat (ketika itu). Yalah, kita masih dalam langkah awal mengisi kemerdekaan. Terlalu muda negara kita masa tu. Nak cerita masalah besarpun, peringkat nasional lagi besar. Rakyatpun tak pandai sangat minta itu ini. Kalau adapun mereka nak dewan, nak tiang gol, atau bantuan-bantuan baja getah.
Dulu-dulu budak sekolah rendah pemikirannya agak dewasa. Tubuhpun besar panjang. Tak macam sekarang. Nak kendong beg sekolahpun tak larat ! Itulah, walaupun saya masih di sekolah rendah waktu itu, tetapi saya dapat ingat dan boleh sedikit-sedikit berfikir bila ada pilihanraya. Saya dapat memahami hasrat Kerajaan (melalui ucapan pemimpin ataupun bakal calun yang bertanding). Yang syoknya, pilihanraya kali itu mereka akan tanam tiang letrik. Pilihanraya akan datang pula pasang wayar. Hinggalah pilihanraya seterusnya sambung letrik. Tunai tetap tunai. Waktu itu, negara kita tak ada sumber sangat. Perbelanjaanpun ikut kemampuan semasa negara. Itu pasallah penggal ketiga kekadang tu baru dapat elektrik ! Senario yang berbeza pada pemerintahan terkini di bawah Barisan Nasional (BN).
Saya cukup teruja kalau ada ceramah kempen pilihanraya. Masa tu riuh rendah suasana kampung. Pentas pidatonya kecil di kawasan padang sekolah. Cukup untuk pemidato saja. Tiangnya ialah dari tong drum minyak disel yang telah kosong. Dilapikkan sekeping playwood. Alat siaraya (speaker) Jabatan Penerangan kadang-kadang bunyi serak-serak payau (dek digunakan secara kerap). Kalau meragam jawabnya hanya heller (corong) yang mampu digunakan. Dalam gitu, letih juga menepuk sana sini. Nyamuk, agas macam-macam ada ! Naik berbintat tubuh. Apa ada hal ? Yang penting ucapan Haji RM Idris harus didengar beb !
Suasana malam ceramah tu bak ’malam raya’. Macam-macam gaya. Kebanyakannya hanya berpelikat dan berkain batik. Yang lelaki songkok tak lekang. Yang perempuan dengan kelompok mereka. Masing-masing penuh minat mendengar isu-isu yang dibangkitkan. Naik kematu tangan dok bertepuk selalu. Yang menjual ais krim, kacang putih, kacang kuda, kuih bom mewah sungguh ! Lepas bersurai macam biasa, padang penuh dengan sampah ! Tinggal gitu je, macam sekarang ! Esok sibuklah tukang kebun sekolah bereskan semuanya. Macam sekarang juga, lain orang buat sampah, lain orang tukang cuci ! Mentaliti 50 tahun agak tak berubah. Apapun, setiap kali pilihanraya, tak pernah pun lihat pembangkang berceramah di kampung saya. Macam kubu Perikatan. Tapi kabarnya sekarang ni dah lain. Menurut sumber, pembangkang (PAS) dah ada cawangan kat sana. Tak apalah, kan negara ini negara demokrasi ! Pilihlah siapa saja yang anda suka, tetapi biarlah memilih dengan ketelusan mata fikir ! Jumpa lagi...

CERITA DUA
Kata emak, saya lahir ’menyongsang’. Ertinya kaki keluar dulu. Apa raaa ! Itu yang terrer sikit main bola tu. Tapi setakat jaguh kampung jelah. Kata emak, orang yang lahir ’menyonsang’ ni kalau kita tertelan tulang ikan, sebut atau panggil saja namanya - InsyaAllah okey. Dulu-dulu biasa juga saya melawak dengan kengkawan, saya kata mula-mula saya julur kepala, lepas tu bila terpandang wajah nenek bidan kampung tu bengis semacam je, sayapun buat u-turn. Itulah pasal keluar kaki dulu !
Semalam saya kata jangan kesal bila kita ditaqdirkan dalam keluarga yang daif. Bersyukurlah. Dulu memang saya tak rasa nak bersyukur. Asyik menghitung nasib saja. Kenapalah Tuhan jadikan kami dalam keadaan sebegini ? Tidak seperti kebanyakan anak orang. Pergi sekolah hanya berbekalkan wang saku 10 sen. Kekadang 20 sen (entah bila tahun ?). Kerapnya tak ada langsung. Bila mak tak pergi menoreh kerana demam atau hujan, tak dapatlah merasa duit segerap yang emak jual. Tu yang dok teguk air paip kat kantin sekolah sampai kembung. Sedih sungguh ! Bila adik saya Nuri merungut kerana duit belanja sedikit, saya sering ingatkan dia tentang apa yang saya alami dulu.
Sayu sungguh ingat masa zaman di sekolah rendah (SKKS, Kuala Slim). Waktu di sekolah menengah (SMJK (I) Slim River, Perak) untung sikit, sebab ada kengkawan anak peneroka Felda Sungai Behrang. Mereka ni loaded. Dapatlah menumpang tui. Khalil, Mizi kini generasi kedua di sana. Saya juga ada kengkawan dari Slim Village Lotfi, dari Balun Nazri dan dari SKC Piloi. Kalau ada diaorang ni tak perlu fikir sangat bab duit. Untung juga waktu itu. Agaknya tuah lahir menyonsang kot...
Cerita bab miskin ni, dulu-dulu pakaian sekolah saya hanya sepasang. Kalau kotor basuh hari itu juga kat Sungai Tilau. Kemudian jemur di atas bara dapur tungku. Lapas tu gosok dengan seterika arang. Fuhhh, memang mencabar sungguh ! Oleh kerana sekolah (sekolah menengah) jauh, kena naik bas Mogah melalui jalan tanah merah yang tentunya mudah berhabuk, maka pakaian sehelai tentulah tidak memadai. Pakaian dulu (sebelum ada seluar hijau) macam doktor, putih. Sampai sekolah biasalah, kuning kusam je pakaian kami. Tetapi semangat untuk belajar tak pernah luntur. Kalau boleh tak mahu cuti. Kerana waktu bersekolah adalah waktu yang paling indah sekali. Maklum kengkawan semua kategori ada. Ada pop rock, ada balada, ada irama Malaysia, malah ada melankolik lagi ! Falsafah saya mudah, kita kena campur semua jenis kawan. Yang tak baikpun kalau boleh kita kawan juga. Kalau kita pinggirkan diri dari mereka, akhirnya mereka hanyut. Bila kita rapatkan diri dengan kengkawan spesis tersebut, peluang untuk kita ’berdakwah’ ada. Tetapi bagaimana pula kalau sebaliknya ? 'Orang yang dapat menerima nasihat, kadang-kadang lebih unggul daripada orang yang memberi nasihat' - Knebel.
Dalam berkawan sebenarnya memerlukan terlalu banyak keikhlasan. Jangan berkawan andainya anda tidak ikhlas. Itu penting. Berkawan dengan budak-budak Felda tu nampak macam saya cuba mengambil kesempatan. Tetapi percayalah, kerana keikhlasanlah anda disukai, digemari, diminati malah sehingga ke peringkat dicintai (oleh kaum yang berlainanlah !). Untunglah jika anda sememangnya seorang yang secara semulajadinya berperawakan friendly. Ia kurniaan Tuhan. Anda disenangi oleh semua orang. Tetapi, jangan sekali-kali cuba berpewatakan sedemikian. Atau istilahnya ’berlakun’ ! Cukup mudah untuk mengenali seseorang itu ikhlas atau tidak. Ada tekniknya. Tentulah semua orang tidak gemar kepada mereka yang suka berlakun atau berpura-pura. Prinsip kita berkawan harus disertai dengan keikhlasan. Tanpanya, ’beruk’ pun belum tentu nak berkawan dengan kita. Kerana deria beruk agak ebih baik dari manusia. Tak percaya, cuba ! Jumpa lagi...

Monday, February 11, 2008
CERITA SATU
Kerap berlaku apa yang kita rangka tidak menjadi suatu realiti. Itu maknanya kita adalah makhluk yang serba kekurangan, serba kelemahan. Hari Khamis lalu, mak saudara saya (Wan Nyah) meninggal dunia di Mengelembu, Ipoh. Namun saya bersyukur, kerana dua minggu sebelumnya saya sempat menziarahnya di Hospital Besar Ipoh. Saya teringat bahawa saya belum lagi menulis di ruangan ini seperti yang saya janjikan. Lepas satu, satu halangan. Esoknya Farahana (anak saudara saya di Kampung Chuah, Port Dickson) kena gigit lipan bara. Kesian budak tu. Biru jarinya. Kemudian hadir kenduri cukur jambul cucu Mak Lang. Terus lupa apa nak buat. Maklumlah, blog baru. Lupa semanjang...
Apapun, semua itu ada hikmahnya. Kata Zubir Ali (Kumpulan Harmoni) - ”Penantian Itu Suatu Penyiksaan”. Menulis bukan suatu yang sukar. Yang payah adalah mengintai isinya. Lebih baik bungkam berkaitan seratus hal yang seharusnya diungkapkan, daripada mengungkapkan satu hal yang tidak perlu diungkapkan - Geronimo Cordono.
Lahir dalam keluarga besar yang daif bukanlah pilihan kita. Itu kerja Allah, jangan sesekali dikesali. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan ke dunia untuk merasai nikmat alam ciptaan Tuhan ini. Saya anak keempat dari enam beradik. Arwah bapa saya menjadi boroh di sebuah lombong bijih timah. Manakala arwah emak penoreh getah. Kedua mereka tidak pernah bersekolah. Tetapi apa yang paling mahal ialah, soal pelajaran emak sanggup bergolok bergadai demi memastikan anak-anak berjaya. Saya bangga juga, sebab biarpun tak berapa pandai, tapi merasa juga ke peringkat IPT. Saya pernah belajar di Jalan Othman, Petaling Jaya (ambil PJJ Diploma Pentadbiran Awam, ITM). Dek kesibukan mencari duit hingga menjejas fokus, maka satu sem saja dah ’belayar’. Teman-teman saya di Asyik FM, RTM pun kabarnya ’blah’ juga. Hinggalah joint kolej IPRM yang ketika itu diketuai oleh Prof. Datuk Hamdan Adnan, dapatlah segulung diploma. Nanti kita cerita bab belajar kat sana.
Satu perkara yang paling melekat dalam diri kami adik beradik ialah, amanat emak bahawa kalau berambut panjang, bersubang, merokok, minum arak - bukan anak emak ! Masa itu sibuk budak-budak lelaki kampung yang duduk kat KL bila balik memperagakan subang sebelah. Begitu juga gejala hippies merebak dengan meluasnya. Cara orang kampung macam mak saya mungkin betul. Nak tahu, sampai dah besar panjang beginipun masih ingat dan ikut perintah emak. Terngiang-ngiang lagi ungkapan keramat emak yang cukup terkesan itu...
Kalau emak tak mengaku anak, macam si Tengganglah jadinya. Hisshhh, sisih Malaikat 44 ! Peliknya sekarang, anak-anak pulak buat amanat macam tu pada ibu bapa. Kalau tak beri mereka harta, tanah ke, duit ke, emak bapakpun mereka boleh buang. Yang baik sikit, letak kat rumah orang-orang tua. Lepas tu lupa terus (tak percaya tanya kat orang JKM). Kesian, 9 bulan tanggung kat dalam perut, keluar jadi malaun ! Marilah kita sama-sama menginsafinya. Siapalah kita tanpa mereka ?
Sampai besar, seboleh-bolehnya saya tak mahu menyusahkan orang lain. Masa sekolah rendah misalnya, kalau nak pergi sekolah saya akan berbisik dengan emak. Saya takkan tinggikan volume suara. Waktu belajar di peringkat kolej, saya sanggup membaca menggunakan lampu bilik air dengan pintu di buka sedikit, demi untuk tidak mengganggu orang lain. Bagi saya, kalau mereka terganggu dengan perbuatan saya, saya rasa macam bersalah sangat. Kalau boleh biarlah perangai ni kekal begitu. Bila orang terganggu dengan perbuatan kita, maknanya pakej gangguan mencakupi perasaan dalaman dia. Tak baik kan....Oh ya, andai anda terganggu dengan kealpaan saya menulis, maafkan saya. Esok kita jumpa lagi...

Wednesday, February 6, 2008
MENGIMBAU MASA LAMPAU
Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera.
Salam perkenalan dari saya SHAH EFENDY, seorang insan yang telah diberi peluang oleh-Nya untuk merasai nikmat kehidupan di bumi Allah yang cukup mencabar ini. Alhamdulillah, sehingga kini saya dan anda masih kekal di sini untuk mengecapi nikmat yang berlimpahruah, yang langsung menyedarkan diri kita bahawa Allah masih menyayangi - maka itu Dia memberi rahmat untuk kita bermuhasabah dan memperbetulkan diri yang selama ini agak lalai dan alpa.
Selamat datang kepada anda ke blog ini atas nama RETROSPEKTIF yang membawa maksud "meninjau atau mengenang kembali peristiwa, dan sebagainya yang lalu" (lihat Kamus Dewan). Tulisan ini akan berlegar mengenai masa lalu saya yang mungkin boleh dikongsi bersama anda rakan maya saya. Tiada sedetikpun dalam diri saya untuk melempar riak. Hanya sekadar coretan pengalaman yang mana mungkin boleh dijadikan sebagai panduan dan iktibar kita bersama.
Wasallam.

Subscribe to:
Posts (Atom)