Wednesday, February 13, 2008

CERITA DUA

Kata emak, saya lahir ’menyongsang’. Ertinya kaki keluar dulu. Apa raaa ! Itu yang terrer sikit main bola tu. Tapi setakat jaguh kampung jelah. Kata emak, orang yang lahir ’menyonsang’ ni kalau kita tertelan tulang ikan, sebut atau panggil saja namanya - InsyaAllah okey. Dulu-dulu biasa juga saya melawak dengan kengkawan, saya kata mula-mula saya julur kepala, lepas tu bila terpandang wajah nenek bidan kampung tu bengis semacam je, sayapun buat u-turn. Itulah pasal keluar kaki dulu !

Semalam saya kata jangan kesal bila kita ditaqdirkan dalam keluarga yang daif. Bersyukurlah. Dulu memang saya tak rasa nak bersyukur. Asyik menghitung nasib saja. Kenapalah Tuhan jadikan kami dalam keadaan sebegini ? Tidak seperti kebanyakan anak orang. Pergi sekolah hanya berbekalkan wang saku 10 sen. Kekadang 20 sen (entah bila tahun ?). Kerapnya tak ada langsung. Bila mak tak pergi menoreh kerana demam atau hujan, tak dapatlah merasa duit segerap yang emak jual. Tu yang dok teguk air paip kat kantin sekolah sampai kembung. Sedih sungguh ! Bila adik saya Nuri merungut kerana duit belanja sedikit, saya sering ingatkan dia tentang apa yang saya alami dulu.

Sayu sungguh ingat masa zaman di sekolah rendah (SKKS, Kuala Slim). Waktu di sekolah menengah (SMJK (I) Slim River, Perak) untung sikit, sebab ada kengkawan anak peneroka Felda Sungai Behrang. Mereka ni loaded. Dapatlah menumpang tui. Khalil, Mizi kini generasi kedua di sana. Saya juga ada kengkawan dari Slim Village Lotfi, dari Balun Nazri dan dari SKC Piloi. Kalau ada diaorang ni tak perlu fikir sangat bab duit. Untung juga waktu itu. Agaknya tuah lahir menyonsang kot...

Cerita bab miskin ni, dulu-dulu pakaian sekolah saya hanya sepasang. Kalau kotor basuh hari itu juga kat Sungai Tilau. Kemudian jemur di atas bara dapur tungku. Lapas tu gosok dengan seterika arang. Fuhhh, memang mencabar sungguh ! Oleh kerana sekolah (sekolah menengah) jauh, kena naik bas Mogah melalui jalan tanah merah yang tentunya mudah berhabuk, maka pakaian sehelai tentulah tidak memadai. Pakaian dulu (sebelum ada seluar hijau) macam doktor, putih. Sampai sekolah biasalah, kuning kusam je pakaian kami. Tetapi semangat untuk belajar tak pernah luntur. Kalau boleh tak mahu cuti. Kerana waktu bersekolah adalah waktu yang paling indah sekali. Maklum kengkawan semua kategori ada. Ada pop rock, ada balada, ada irama Malaysia, malah ada melankolik lagi ! Falsafah saya mudah, kita kena campur semua jenis kawan. Yang tak baikpun kalau boleh kita kawan juga. Kalau kita pinggirkan diri dari mereka, akhirnya mereka hanyut. Bila kita rapatkan diri dengan kengkawan spesis tersebut, peluang untuk kita ’berdakwah’ ada. Tetapi bagaimana pula kalau sebaliknya ? 'Orang yang dapat menerima nasihat, kadang-kadang lebih unggul daripada orang yang memberi nasihat' - Knebel.

Dalam berkawan sebenarnya memerlukan terlalu banyak keikhlasan. Jangan berkawan andainya anda tidak ikhlas. Itu penting. Berkawan dengan budak-budak Felda tu nampak macam saya cuba mengambil kesempatan. Tetapi percayalah, kerana keikhlasanlah anda disukai, digemari, diminati malah sehingga ke peringkat dicintai (oleh kaum yang berlainanlah !). Untunglah jika anda sememangnya seorang yang secara semulajadinya berperawakan friendly. Ia kurniaan Tuhan. Anda disenangi oleh semua orang. Tetapi, jangan sekali-kali cuba berpewatakan sedemikian. Atau istilahnya ’berlakun’ ! Cukup mudah untuk mengenali seseorang itu ikhlas atau tidak. Ada tekniknya. Tentulah semua orang tidak gemar kepada mereka yang suka berlakun atau berpura-pura. Prinsip kita berkawan harus disertai dengan keikhlasan. Tanpanya, ’beruk’ pun belum tentu nak berkawan dengan kita. Kerana deria beruk agak ebih baik dari manusia. Tak percaya, cuba ! Jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Hai Pak Tam. Tahniah dh publish blog sendiri. kira oklh.bnyk idea pak tam menulis, tp klu x menulis mmg bekulah otak ek. kita ni dah la kongsi tarikh lahir sama pastu cara lahir pun sama. menyongsang...:-)oklha, teruskan usaha pak tam utk menulis dan memenuhkan blog ni.

Anonymous said...

THANKS..SAYA SUKE POTONG2 AYAT YANG MEMBINA DLM TULISAN EN SHAH...KADANG2 DLM BERKAWAN KITA X PERNAH FIKIR LANSUNG TTG KEIKHLASAN TP KITA HANYA PENTINGKAN APE YG AKAN KITA DAPAT BILA BERKAWAN DGN SESEORANG..