Tuesday, February 26, 2008

CERITA EMPAT BELAS

Masa Cerita Sebelas ada rakan komentar yang tanya pasal apa ayah Izan tak suka saya. Sayapun tak tanya Izan kenapa. Entah ? Tapi, saya fikir mungkin sebab benda lain kot yang saya tak tahu hujung pangkalnya. Sebenarnya ayah Izan ada saudara (yang kini ada pertalian dengan sepupu saya) di Kampung Jaya (sebelah Kampung Kuala Slim). Bila teringat Kampung Jaya tu, bagai nak menitis air mata sebab tanah kami di situ telah dijual oleh arwah emak, kerana emak dan bapa nak tinggal di Kampung Batu Tujuh, Jalan Tronoh, Batu Gajah dan kemudiannya di rumah kakak (Nyah) yang turut bersekali satu taman dengan Yong (kakak yang tua) di Taman Pelancongan, Pengkalan Pegoh, Ipoh.

Apakah mungkin disebabkan berlaku perkara-perkara lain yang membabitkan arwah emak atau apa, saya kurang periksa. Setahu saya, bapa Izan tak pernah sekalipun ’terserempak’ dengan saya dan Izan di mana-mana. Apalah kabar Izan dan keluarganya sekarang gamaknya...? Kita stop dulu pasal Izan okey...

Seperti kata Atih, ’tanpa kenangan kosonglah hidup ini’. Kenangan walau semanis dan sepahit mana sekalipun adalah guru yang paling bernilai. Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman. Semakin berusia, semakin banyak memori yang tercatat. ’Anda tersenyum...’, saya tahu anda sedang menyembunyikan sesuatu di balik senyuman yang manis itu. Simpanlah, dan senyumlah sendiri-sendiri ! Self service ya...

Benar, dulu saya ramai kawan perempuan. Tapi yang berstatus ’special’ tu cuma satu dua orang je. Yang lain saya anggap sebagai teman bersosial. Tidak lebih dari itu. Prinsip saya, jika seseorang itu sudah saya anggap sebagai adik, kakak, saudara atau apa, tidak akan hinggap walau sedetik atau sebesar zarah sekalipun perasaan untuk ’menyimpang’. Sure ! Jika kita ikhlas, tidak mungkin terkhilaf dan terjebak dengan perlakuan-perlakuan nakal seperti yang sedang anda bayangkan sekarang...Tak baik berprasangka tau ! ‘Don’t judge the book with the cover’. Walaupun saya kelihatan macam ’nakal’, tetapi hati budi dan perasaan saya hanya Allah Ta’ala yang tahu ! Tahu tak pe...

Lepas saya bekerja di KL, saya jadi seakan hilang identiti. Benarlah kata orang, perantau ni kalau tak cukup ilmu dunia tambah-tambah ilmu agama boleh hanyut. Banyak benar perkara yang ’kurang’ menyenangkan yang telah saya lakukan. Biarpun begitu, saya masih berpegang pada cakap emak dulu. Minum, rokok, bersubang dan berambut panjang akan saya jauhi dari kamus hidup saya. Cuma mungkin satu yang emak terlupa untuk pesan, iaitu ’perempuan’. Ada pelbagai cerita mengenai ’perempuan’ yang saya akan catatkan dalam blog ini untuk tatapan bersama. Pesan saya, jangan cari kesilapan kerana ia nya tetap wujud walaupun tersorok di tempat yang paling sukar ditemui. Justeru, carilah nilai dan intipati pengajaran darinya. InsyaAllah, ’ilmu’ akan anda perolehi untuk anda sebarkan kepada anak cucu atau ’sesiapa’ yang lain suatu ketika nanti !

Saya hanya ada peristiwa untuk dikongsi bersama rakan-rakan siber saya. Saya tahu, anda juga memilikinya. RETROSPEKTIF hanya sekadar wadah perkongsian ilmu, bukan medan menunjuk-nunjuk kehebatan diri atau apa. Jangan bimbang ianya akan kekal begitu mengikut track yang telah dirangka. Biarpun ada pelayar yang cuma singgah sesekali (kerana blog ini tidak disebarluaskan lagi), saya harap anda yang lain akan tetap setia melayarinya. Tiada istilah jemu dalam perkongsian dan percambahan ilmu. Justeru, saya berjanji untuk terus menulis di blog ini sehingga ke akhirnya. Saya temui anda kembali nanti ...

1 comment:

Anonymous said...

Atih ttp menyokong pak tam. pak tam menulislah sebanyak mana sekalipun, atih ttp akan baca. seronok baca cter2 pak tam. kdg2 trsa jgk nk buat blog sendiri tp x pndi nk mengarang. xde idea sgt. mengarang surat cinta blhlh .....:-)