Wednesday, February 27, 2008

CERITA TUJUH BELAS

Antara adik beradik, saya rasa saya agak kacak sikit. Abang saya Alom, adik-adik saya Emi (Haji) dan Nuri boleh kata biasa je. ’Nak pergi ke Jalan Riak lah tu !’ Sori,sori, sori. Entah kenapa, penumpang cukup suka naik bas kami. Nak kata pasal driver rasanya tak. Sebab muka dia yang macam pecah rumah tu tentulah ’mengurangkan’ selera penumpang. ’Tak baik oooo...’ Sori, sori, sori ! Mungkin kot pasal rezeki konduktor dia. Kacak tu ! Ini betul-betul kes ’perasaan’ ! Ataupun sebab saya terlalu pemurah kot. Yang pasti, saya adalah penghibur dalam bas tu. Sebaik bas bergerak je, saya start menyanyi. Muka tak malu betul. Yalah, daripada dengar lagu bangsawan Cina dari tape yang soundnya yang dah pecah tu, eloklah dengar suara saya yang boleh menyebabkan tetiba je hujan lebat. Kengkawan kelompok bas mini gelar saya ’Jay Jay’. Masa tu saya selalu pakai ’hanger’. Ala, yang tali gantung seluar tu. Orang pakai tali pinggang tak boleh pakai tali ni. Nampak ’gonjeng’. Laa, macam omputih pakai dalam filem koboi tu ! Tak boleh nak bayang ? Tak palah, bayangkanlah apa-apapun, asal bukan tali gantung kat penjara dahlah !

Peminat banyak gua cakap lu. Glamour lagi ! Ada sekali tu dalam duit singgit satu minah sudah bagi surat cinta. Tak glamour ke ? Tak pasal-pasal dah jadi girlfriend...Tapi girlfriend dalam bas je. Sorang lagi penumpang free. Girlfriend, tak kan nak ambil tambang, ya tak ? Baik hati punya pasal, habis dengan kengkawan dia pun saya pakej bagi free ! Lingkup driver tu ! Ada sekali kengkawan rapat kat kilang dulu naik dari Kampung Kerinchi. Ada dalam lima orang. Saya punya perangai, kalau nak bagi kengkawan free, selalunya saya akan guna kaedah 1 bayar 1. Kalau diaorang bagi singgit kertas contohnya, nanti saya bagi semula siling dengan jumlah yang sama. Tiketnya pulak macam biasalah, recycle ! Pernah jugak kalau tak ada tiket langsung, bagi ’kepala’ tiket je. Tapi, hari kengkawan saya naik tu saya kantoi. Mangkok-mangkok ayun tu bukan tahu nak berlakun. Siap hello bello lagi kat saya. Orang buat-buatlah tak kenal ke, ’hapa’ ke ! Ini, macam bagus je. Tu la pasal, driver saya dok perli...”Wah, ramai lu punya kawan aaa ?”. Pening kepala driver tu !

Dulu-dulu, tempat paling popular di KL masa hujung minggu adalah di Lake Garden (belakang Muzium Negara). Di situlah tempat warga kota menghilangkan tension setelah enam hari bekerja sakan. Berpusu-pusu manusia entah datang dari mana. Penyanyi generasi 60an dan 80an bersilih ganti menghiburkan pengunjung yang dahagakan hiburan. Ada Jefreydeen, A. Ramlee, Fatimah M. Amin, L. Ramlee, M. Osman, Latif Ibrahim, M. Daud Kilau, M. Shariff dan The Zurah II, Hail Amir, Uji Rashid, D. J. Dave, A. R. Badul, Param, R. Jaafar, Yusni Jaafar, Yahya Sulung dan ramai lagi. Datang Lake Garden tak berpasangan tak rugged la bro ! Itula yang buat saya tension selalu. Sebab setiap hari minggu saya mesti kena kerja. Melopong tengok ‘couple-couple’ tu turun melangkah kat Muzium Negara untuk ke Lake Garden. Masa tu ada makwe pun tak guna. Kita jadi spare tyre dia je. Buat apa. Fikir balik, yalah dia pun nak jugak berlibur dengan pakwenya. Tak alih-alih dapat pakwe yang ‘gila kerja’ ! Nasiblah ada boyfriend ‘stand in’ yang lain ! Ada jugak pekdah ! Tapi, tak ramai yang buat macam tu kot…

Saya baru dapat call dari rakan kita ’Ulny’, tanya bila cerita dia nak keluar. Inipun jenis spesis kuat kerja. Antara kuat kerja dengan kerja bagus ada beza. Tapi, dari pemerhatian saya Ulny ni dua-dua ada. Adik dia si Liza tupun macam dia jugak ! Cuma nakal sikit. Saya harap, Ulny simpanlah puji-pujian ini sebagai wadah untuk memperkasa kerjaya anda di masa hadapan. Jumpa lagi...

3 comments:

Anonymous said...

wa ka ka... masuk jugak nama aku kat sini.. makasih pak! aku jua mengagumimu.. semuga kita semua sama-sama bekerja untuk memajukan masyarakat Orang Asli yang masih jauh ketinggalan.. Hidup Encik Shah.. ulny

Anonymous said...

amboi2 nk msk jgk nama dia :-)ni dh msk nama dia mesti senyum meleret je....btl kan pak tam?

Anonymous said...

ensem ke en shah dulu ?? kekekeeke...kalu saya buka syarikat bus..awal2 lagi saya xkan ambik en shah bekerje dgn saye..bankrap saya tau kalau asyik bg tambang free je kat penumpang...haiya manyak lugi maaa...