Monday, February 25, 2008

GERITA DUA BELAS

Semalam Fidah budak cute jiran saya tanya : ”Apa yang special sangat Izan tu ?”. Ni nak bagi tahulah ni. Satunya, muka dia. Redup je. Sejuk mata memandang. Lagi sejuk kalau pandang masa dia kat kutub utara ! Selepas saya mula bekerja di Kuala Lumpur (kerja kilang je), satu masa Izan buat perangai nak ikut balik KL. Alamak ! Ini sudah kes berat. Masa tu kalau saya nak balik KL, dari Kampung Kuala Slim saya mesti naik keretapi Tanah Melayu kelas tiga dari stesen Slim River. Tak jauh dari situ terdapat satu-satunya panggung wayang kat pekan kecil tu. Bapa saudara saya pula bekerja sebagai ’jaga’ gate keretapi. Izan ’ugut’ nak ikut. Saya halang dia. Tapi dia nak ikut jugak-jugak ! Tahu apa jadi ? Tetiba entah dari mana, bapak dia (pak cik Ahmad tu) tarik tangan dia dengan kasar sebaik Izan melangkah kaki naik ke atas gerabak keretapi yang masih belum bergerak. Saya cuma dapat tengok Izan kena belasah dek bapak dia dari dalam keretapi. Geram sungguh ! Rasa nak je gigit tangan orang tua tu biar dia rasa. Tapi bimbang, takut dia gigit saya balik !

Tahu tak, rupanya dari cerita kawan dia, Izan cuma nak ikut sampai Tanjung Malim je. Kesian dia. Tanjung Malim selang dua stesen je dari Slim River selepas Behrang. Dari sana macam biasa dia akan naik bas balik ke rumah. Saya agak ada orang yang dah story kat bapak dia tentang perhubungan kami. Sejak itu saya tidak lagi berhubung dengan Izan. Masa tu Izan masih sekolah. Nak periksa MCE pulak tu. Tak palah, saya pujuk hati saya....

Sayapun hairan, punyalah bapak dia tak sukakan saya, penyanyi Jamal Abdillah pun dia tak suka (dulu muka saya ada mirip Jamal sikit). Jam tu, Jamal tengah top dengan lagu Derita Cinta dan lain-lain. Dua tiga tahun lepas tu, bila saya duduk serumah dengan Jamal Abdillah di Damansara Utama dan banding muka dia dengan saya...eh, eh samalah ! Tapi ’comel’ saya lagi ! Perasan ! Tu dulu. Lama jugak saya tinggal dengan Jamal kat rumah Dato’ Mohd. Zam, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Strategik rumah tu. Betul-betul berhadapan dengan The Ship (tempat Zainal Abidin dan Headwind, Alleycats serta Sahara Yaacob menyanyi). Syed Sobrie pulak menyanyi kat pub Traffic Light. Rahim Maarof & The Whitesteel kat pub di kawasan tu .Kadang-kadang Awie dan Wings (belum top lagi) turut ‘jamming’ sama. Search kat Hard Rock Café, Taman Tun Dr. Ismail. Baru ada satu album Made In Malaysia. Naik bas Sri Jaya pun sama-sama diaorang. Penyanyi Salimah Mahmud pun tinggal di kawasan tu. Nanti saya cerita bab ni....saya janji ada banyak yang menarik untuk dicatatkan sewaktu menyewa di Damansara Utama. Tungguuuu !!!

Ya, setia Izanlah yang membuatkan saya berani katakan bahawa dialah ’cinta monyat pertama saya’. Bila kami putus, saya tidak pernah cuba untuk mengambil tahu keadaan dia. Hati monyet (dah namanya cinta monyet, sayalah monyet tu) masa tu dah hancur ! Ewah ! Pada saya, jika bapa dia tak suka itu bermakna perhubungan kami tidak mungkin dapat pergi lebih jauh lagi.

Ditakdirkan Allah, kami bertemu kembali ketika Izan bertugas sebagai kerani di Balai Polis Slim River. Tuan Lat Mansor, masa tu jadi Ketua Polis Daerah Slim River. Kebetukan saya baik dengan Inspektor Faizul yang mempelawa saya join group Band Polis Slim River. ’3G’ dah dia masa tu. Tapi wajahnya tak berubah walau satu ’hun’ pun. Kalau tak silap, suaminya bekerja sebagai anggota polis di situ. Ada anak dua. Saya gembira melihat dia bahagia. Terus terang, dia adalah seorang wanita yang memiliki segala-galanya. Tuhan menemukan jodohnya dengan orang yang menjadi ’kesayangan’ keluarganya ! Malang sekali, saya tidak pernah bersua dengan suaminya...Tentu dia lebih baik dari saya ? Bertemu lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Atih nak ulas ckit cerita Pak Tam.Blh x? biarlah x blh pun, nk ulas jgk. :-)sbnrnya apa yg dilarang dan ditegah oleh ibu bapa kdg2 ada baiknya utk masa dpn kita. jika diikutkan perasaan marah, mgkn hidup kita akan merana tp jika kita bersabar dan terima ujianNya, InsyaAllah kita akan beroleh kebahagiaan...seperti apa yang kita telah miliki sekarang. kita harus sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. betul x Pak Tam?

Anonymous said...

uih..ramainya artis en. shah knal..siap tinggal serumah lagi tu..