Wednesday, February 27, 2008

CERITA ENAM BELAS

Punyalah teruk driver bas mini tu. Trip kedua dari KL ke Sungai Way dia mesti suruh saya turun belikan dia nasi lemak. ’Double’ bungkus lagi ! Nanti setiap traffic light bila berhenti, dia mesti melantak punya. Dulu laluan Lebuhraya Persekutuan akan ’jam’ bermula dari Jalan 222 lagi sampai KL. Paling perit dekat Jalan Bangsar. Gamaknya boleh ulangalik PD - Bangi satu trip tu. Pengsan nak sampai KL. Bas kecil, penumpang macam sardin ! Dahlah aircond tak ada. Kekadang tu, dua tiga jari je lekat kat tepi pintu. Dah tak tahu mana nak pegang. Yang kesiannya bila tengok mat salleh naik dan berdiri kat dalam ’perut’ bas. Punyalah panjang, sampai terpaksa membongkok kepala. Sikit lagi nak keluar tingkap ! Anda dapat bayangkan tak ?

Pekerjaan sebagai konduktor bas mini juga mengajar anda menjadi manusia berperi. Bayangkan dalam ramai-ramai tu ada warga emas, sekor ’humat’ pun tak kasi tempat duduk. Sayalah nanti selaku konduktor akan minta sesiapa bangun untuk warga emas tu duduk. Tapi, nak buat macamana, kalau dari awal lagi member tu dok ’fight’ untuk berebut tempat, tetiba bagi gitu je pada orang lain, siapa suruh ! Pandai kitalah pujuk. Kadang-kadang terpaksa rasuah ’beri semula’ tambang dia...

Juga, kerja sebagai konduktor bas mini ni selain daripada perlu bersifat simpati dan empati, perlu juga banyak kesabaran. Saya adalah seorang yang agak pemurah. Kalau ada penumpang yang ambil duit sepuluh sen ikut kocek seluar kiri, dua puluh sen ikut kocek baju, sepuluh sen lagi kat kocek kanan, sahlah dapat naik percuma. Selalunya saya akan bagi isyarat mata je, supaya dia tak payah bayar tambang ! Kalau tak pun, saya akan pura-pura beri tiket kat dia yang menunjukkan dia dah bayar. Saya kena hati-hati. Bas tu kecil je. Semua bahagian nampak ikut cermin pandang belakang pemandu. Ya lah, gaji pemandu ikut komisen tiket. Short banyak nanti dia tahu, saya pulak kena ’tiu !’ (kena sembur).

Bab tiket percuma tu memang syok nak story kat you all semua. Setiap tiket yang masih elok yang dibuang oleh penumpang, saya akan lurut baik-baik balik, dan akan beri pada penumpang berikutnya. Terer tak terer ! Masa jadi konduktor bas mini ’duit melimpah ruah’. Duit tak sah lah tu ! Teruk kan ? Untuk minum pagi, makan tengahari atau duit rokok pemandu, kami akan guna duit laluan dekat-dekat. Dulu kalau dari pekan Sungai Way ke Motorola tambangnya 20 sen. Tapi tak ada tiket. Begitu juga dari Jalan 222 ke pekan Sungai Way. Harga tiket sebenar 40 sen pergi dan balik Sungai Way - KL. Pemandu mesti kena cukupkan 300 tiket. Kalau dah lepasi paras tu, macam bonuslah pulak ! Tapi konduktor tak dapat apa. Tu la pasal jual tiket yang dah guna tu. Recycle kata istilah orang sekarang !

Selalunya bas akan bertolak ke KL jam 5.00 pagi. Oleh kerana takut lewat, saya selalu tidur dalam bas yang parking bawah flat kakak saya. Kekadang basuh muka je, lepas tu terus bertugas. Kebanyakan penumpang dinihari adalah kalangan mereka-mereka yang hendak ke Pasar Pesar KL (Central Market sekarang). Tak ramai, kekadang tu dua tiga orang je. Sebab kena rembat dengan bas lain. Untuk ke Sungai Way semula, bas akan mengambil penumpang di Bangkok Bank dan juga di hadapan Bank Pertanian (berhampiran Daya Bumi). Itu rutin.

Oh ya, jadi konduktor ni juga mesti sentiasa berwaspada atau berhati-hati. Pernah satu ketika tu dalam situasi bas bergerak laju, duit kat dalam beg kecil yang saya sandang terkeluar dan berterbangan di jalanan. Putih mata tengok. Saya ingat masa tu hampir lima puluh ringgit. Jawabnya gaji bulan tu terpaksa di potong. Bukan banyakpun, RM300 sebulan je. Tinggallah 250 ’hengget’. Untuk ’cover’ ekonomi korang tahulah apa saya buat kan ? Bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

rugi kalu 10 org mcm en shah..kekeke..tiket recicyle dan free tambang..tp bagus gak pasal tiket recicyle tu..mana aci pemandu sorg je dapat..yg dok kolek duit tu pun kena gak dapat...kekeke....skang ni dah x bleh dah buat mcm tu sbb tiket bas kena ambik kat pemandu bus..