Thursday, February 28, 2008

CERITA LAPAN BELAS

Semalam saya ke 28H, Sungai Way semula. Kalau dulu rumah tu penuh dengan anak dara, sekarang penuh dengan bebudak kecil. Nyah masih menjadi penghuni setia rumah bertuah tu bersama Nuri dan isterinya Ita sekeluarga (kak Ayu, Mimi, Aliya) dan dua ’baby’ yang dijaga oleh Ita. Seorang lagi anak mereka, Shafiq ada di Kelantan (di jaga oleh keluarga mertua Nuri). Kesian Wi (Nuri) sejak menjaga emak semasa sakit sampai kini tiada kerja tetap. Takpalah Wi, rezeki tu ada di mana-mana. Jagalah hati Nyah. Saya kagumi Nyah kerana begitu sabar dengan segala macam kerenah kami adik beradik sejak dari dulu lagi ! Semoga Allah merahmati Nyah selalu...

Saya masih ingat ketika kecil, waktu menjelang raya Nyah belikan saya baju. Tapi saya tak nak, sebab...yalah raya-raya mana ada orang pakai baju batik ? Mesyuarat PIBGpun kekadang Tok Ketua pakai t-shirt standard gi ’noreh’ je ! Mujurlah Alom (abang sulung) belikan t-shirt. Punyalah berkenannya dengan baju tu, sampai ambil gambar kad pengenalan pertamapun pakai baju tu. Lama jugalah Nyah tak bercakap dengan saya pasal kes tu. Hinggalah saya lulus SRP (dapat gred A25) - jangan terpedaya, bukan 25 subjek dapat A. Itu kira cukup makan jugak tu. Tahap gred A adalah setakat 33 (melepasi had 34 dapat B saja). Nyah hadiahkan sebuah purse yang berisi wang kertas $ 50.00 (dulu tak pakai RM). Saya nangis terharu. Raya kataklah jugak ! Gaduh adik beradik ni ibarat carik-carik bulu ayam, kan ?

Oh ya, bila tengok suasana di rumah tu, rasa sayu pulak. Masih ingat lagi bagaimana deritanya emak oleh sakit yang tak ketahuan hujung pangkalnya, saban hari terlantar di bilik depan rumah tu (bilik Nuri dan Ita anak beranak). Sehingga satu pagi, Wi telefon kata mak dah tak sedar. Badan dah biru katanya. Kesian Wi, dia tak tahupun yang emak dah pergi tinggalkan kami pagi tu. Saya amat terhutang budi pada adik ipar saya, Ita. Begitu setia menjaga emak biarpun terpaksa menelan pelbagai kerenah arwah. Demikian juga pengorbanan yang telah dibuktikan oleh ibu dan bapa serta keluarga Ita di Kelantan (sewaktu emak berubat dulu). Terasa ’kerdil’ benar diri ini jika nak dibandingkan dengan kalian. Apapun, yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal harus teruskan hidup yang semakin menghampiri ke penghujungnya ini. Ingat, setiap saat ada saja maut yang menjemput. Kita bila agaknya ?

Ringan je mulut nak suruh Nyah buat re-union. Macamana agaknya kakak-kakak tu sekarang ? Banyak yang dah 3G kot...(Gemuk, Gempal, Gebu). Nyah pun dah gemuk sikit. Pastilah kenangan masa lalu akan terhimbau kembali dengan pertemuan sebegitu. Kalau tak buat di rumah tupun, mungkin boleh buat kat Sunway Lagoon atau Taman Tasik Titiwangsa ke (boleh gak tumpang sekaki naik ’Eye On Malaysia’).

Sambung sikit yang semalam. Agak lama juga saya bekerja sebagai konduktor bas mini. Saya ni jenis happy go lucky dan suka bergurau dengan kengkawan rapat terutamanya. Satu masa bila saya balik kampung, saya sudah ’terkelentong’ (maksud asal tu nak gurau je) dengan kengkawan yang saya bekerja di KL tu sebagai cikgu. Hebohlah separuh kampung ! Nak dijadikan cerita ngeri, satu masa makcik radio kampung saya (dekat rumah arwah Suhaili kawan baik saya), ’ternaik’ lah bas mini saya tu. Punyalah aib ! Kebetulan makcik tu nak pergi rumah anak dia kat Sungai Way jugak. Yang tak syoknya tu, cara dia sembang tu sinis semacam je...Haaa kau, baru ya. Sejak tu balik KL pun senyap-senyap je. Takde la lagi gatal-gatal nak singgah-menyinggah kat rumah jiran tetangga sebelah menyebelah rumah makcik tu. Malu bro ! Tulah, ’mengelentong’ lagi !

Kalau nak ikutkan kerja apapun ok. Buat apalah nak malu ya tak ? Kita patut malu kalau buat kerja yang memalukan. Kerja apa tu ? Sendiri mahu ingatlah. Saya amat insaf bahawa pada setiap waktu kita melakukan dosa terhadap Allah. Tidak kira besar atau kecil, nyata atau kelam. Maka itu, pada kesempatan ini saya menyeru diri saya dan anda semua, supaya sentiasa bermuhasabah diri. Kalau dalam bekerja kita diukur melalui KPI (Key Performance Indicator). Dalam hidup beragama kita diukur melalui kaedah iman dan taqwa. Sama-samalah kita ingat mengingati. Ketemu kembali…InsyaAllah…

3 comments:

Anonymous said...

knp smpi msk 2 cter sama pak tam?mngkn ada kesilapan teknikal lh tu ek:-) atih setuju dgn pak tam psl kelentong-mengelentong ni. kdg2 x smpi jauh mana pun cubaan kita nk menipu klu kita ni bkn jns kaki tipu. ada jgk org kata 'tipu sunat'....
:-)

Anonymous said...

knp pak tam dh lama x menulis?pak tam cbuk ee. xpelah, ada masanya kita jgn terlalu membebankan fikiran kita ye....relaks....

Anonymous said...

btol kata en shah tu..tp pasal
3G tu jgn la disebut2 sgt..kang ada yg terasa...=)