Thursday, February 21, 2008

CERITA SEBELAS

Masa di tingkatan 5, saya berkenan pulak dengan satu budak form 3 dari Rasau, dekat Slim Village. Namanya Norizan Ahmad (panggilan manja Izan). Wajahnya saling tak tumpah pelakun Indonesia Christien Hakim. Punyalah cantik. Masalahnya, dia ni ramai sangat yang admire. Kengkawan saya jugak ! Sayapun hairan, muka saya masa tu taklah buruk sangat. Senang cakap, hansomlah jugak ! Tapi peliknya, dia benci betul kat saya. Jenuh saya try nak mengurat. Satu hari tu, saya beri dia surat melalui kawan dia. Nak tahu, lepas tu dia pi koyak surat tu kecik-kecik. Bubuh balik dalam sampul. Hantar balik kat tuannya. Sayalah ! Tak terbakar kau ! Yelah, kita ni gagak sedang dia merak yang menggigal. Namanyapun merak, mahal tuu !

Di sekolah saya pada waktu itu ada seorang recording artis lagu-lagu genre nasyid. Hidayah Mustafa namanya. ’Top’lah juga waktu tu. Pada satu ketika sempena sukan sekolah, diadakan pertandingan nyanyian (telentime). Saya masuk sekali. Itulah kali pertama masuk apa-apa pertandingan. Lima enam kalilah juga ’rasa nak terbuang air’. Hidayah masuk jugak. Tu la pasal, kami yang masuk tu sekadar buat syarat je. Dah tahu siapa yang nak jadi johan. Rupanya, menyanyi ni pun ikut nasib juga. Ada masa nasib-nasib suara okey. Ada masa tu payau semacam je.

Nak dijadikan cerita, saya menyanyi hari tu okey pulak. Lagu yang dipopularkan oleh D’ Llyods - ’Mengapa Harus Jumpa’. ’Feeling’ habis. Perasan ! Masa pengumuman tu, saya tengah dok sembang sakan dengan kengkawan. Tak dengar apapun kat pentas tu. Lagipun dah agak dah keputusannya. Mesti Hidayah jadi juara punya ! Tetiba, Khalil kawan saya jerit kat saya. ”Oiii ! kau menanglah. Pergi ambil hadiah tu !”. Eh, eh, iye ke ni ? Terpinga-pinga. Semua mata pandang kat saya. Last sekali, dapatlah hadiah macam piala dunia yang dimiliki terus oleh Brazil tu (ada replika pari-pari bersayap kat atasnya). Balik rumah letak kat dalam almari. Punyalah bangga. Empat hari lepas itu, piala tu dah hilang pari-pari. Rupanya dah kena cabut dek emak. Nangis ? Tak delah. Memangpun, masa tu patung-patung macam tu mak memang tak bagi masuk rumah. Ingat lagi masa pelakun Sidi Oraza hadiahkan kembali kepada FINAS, anugerah pelakun terbaik yang diterimanya sempena Asia Pacific Film Festival yang berlangsung di New Zealand. Kan anugerah tu berupa topeng. Tu yang dia tak gemar kot. Kalau Sidi Oraza macam tu, tak heranlah emak sayapun gitu ! Bukan kolot, tapi tuntutan agama ! Jadi pesan saya, jangan simpan apa-apa patung yang menyerupai manusia di rumah. Berdosa !

Lepas tu, bila pergi sekolah pada keesokan paginya ada ’surat’ sesat kat dalam loker meja. Ingat lagi, sampulnya kaler biru muda. Suspens jugak. Dari siapalah agaknya surat misteri ni. Berderau darah bila baca surat tu. ”Adakah lagu itu ditujukan pada Izan ?”. Tulah, Tuhan maha kaya. Kalau kita benci orang, satu hari nanti Tuhan terbalikkan pulak hati kita ! Sejak itu, Izan dan saya jadi couple yang cukup intim di sekolah. Tapi, intim-intimpun, masih dikekang adat dan budaya. Tak berani buat benda-benda tak senonoh. Bukan nak puji diri sendiri. Memang betul, masa tu orang kampung dia berlambak kat pekan Slim River. Pekan di mana kami bersekolah. Buat tak senonoh tengok, kalau tak perang sabil nanti. Satu kampung boleh turun kau !

Cinta monyet kami hanya indah dengan surat-surat berbaur kasih sayang. Ewah ! Kes ni kalau tahu dek emak saya, 45 kali mampus dibuatnya ! Yang syok tu dating kat library. Main pas-pas nota cinta. Kalau nak beli apa-apa saya taklah kisah sangat sponsor kan ada. Tu, kengkawan Felda saya. Takat beli yang seringgit dua tu celah gigi depa je. Kan dah saya kata, untung jadi orang yang keluar menyongsang ni ! Saya berani kata bahawa Izan adalah cinta pertama saya. Walaupun saya pernah jatuh hati dengan Ani. Kenapa Izan special sangat ? Nanti akan saya ceritakan...

3 comments:

Anonymous said...

tak tanya ke dekat Izan tu knape dia benci dulu?

Anonymous said...

amboi2 pak tam! blh thn jgk ee bab mengorat ni :-)tp mengenang kisah2 lama blh membuatkan kita tersenyum dan menangis kn pak tam. tidak semua kenangan itu indah....tp tanpa kenangan kosonglah hidup ini...

Anonymous said...

byk gewe rupenye en shah ni..la ni dah kawin..jgn byk bini plak tau...kesian bini 1st kene bahagi kasih sayang kpd 3 org..