Friday, February 29, 2008

CERITA SEMBILAN BELAS

Rupanya, waktu pagi adalah merupakan waktu paling afdal dan baik untuk mengimbau atau mengingati sesuatu terutama masa-masa lampau kita. Waktu yang tenang. Tapi, kekadang ada juga waktu pagi yang agak kalut bagi sesetengah kita. Yalah, ada yang tergesa-gesa nak pergi kerja, hantar anak sekolah, masak sarapan, make-up atau lain-lain yang sama waktu dengannya. Pagi tadi saya dapat mengingati kembali nama-nama lain yang menghuni rumah 28H, Sungai Way. Kak Normah (saya pernah jumpa dia masa saya menyanyi kat UKM sekitar sepuluh tahun lalu atau lebih) - dia ni dalam kategori ’cantikl’ah jugak, Norli (adik kak Normah - agak gempal), kak Zee dan adiknya Cha. Sebenarnya ramai penghuni kat rumah tu yang ’tak tahu’ bahawa saya dengan Cha pernah ada hubungan intim. Tak tahulah pasal apa jadi gitu...Tapi, masing-masing pandai ‘cover line’ ! Sekejap je pun. Sempatlah jugak pergi date kat KL dan tengok wayang kat panggung Sungai Way yang sentiasa ‘sesak’ tu !

Datang KL mula-mula tu baik sungguh. Bila dah bercampur dengan kengkawan yang dah otai kat kotaraya ni, macam-macam hal boleh berlaku. Tapi, tak boleh jugak nak salah orang lain. Sendiri cari sendiri jawablah ! Saya berkawan tak kira ‘kategori’ orang. Sampai sekarang pun gitu. Sebab tu saya ‘tak senang nak susah’. Ada je ‘masyarakat’ yang sudi nak membantu. Namun, saya juga sentiasa mengamalkan prinsip John Rambo : DTA (“Don’t Trust Anybody”).

Sewaktu tinggal dengan abang Khar (abang Ai) di satu bilik tingkat dua kedai Cina, saya masih makan di rumah Nyah. Abang Ai pun baik juga, selalu belanja. Tapi dia ni ada satu kelebihan. Dia suka ’berceramah’. Bukan ceramah politik, tapi ceramah jenis yang lebih sesuai dipanggil ‘mengomel’. Hampir hari-hari saya kena ’ceramah motivasi’ dengan dia. Dia juga kuat cari duit. Itu contoh yang paling baik untuk diikuti. Apa saja jenis kerja yang halal asal jadi duit, abang Ai tak tolak punya ! Pernah bawa teksi semasa kerja Bomba kat PJ, dan last sekali sekarang saya dapat tahu dia buka kilang buat kek kat Puchong ! Tuuu dia, hebat tak hebat abang Ai sorang ni. English diapun bagus. Dia ni dalam kategori ’hansom’lah jugak. Tu la pasal dapat isteri yang macam artis Bollywood tu !

Masa abang Ai buat part time bawak teksi, saya selalu juga ikut dia. Yang paling risau masa lepas tengah malam. Bawa penumpang macam-macam ’jenis’. Ada amoi jambu, seksi, mengada-ngada, taiko (samseng) bertatoo malah ’makwe berkumis’ pun ada ! Dia pernah juga menjalankan perniagaan jualan langsung. Pantang jumpa orang, mulalah nak story bab Avon dia tu. Tapi, mengena juga ‘ayat’ dia ni. Laku jualannya wa cakap lu ! Itu namanya the learning process pada saya. Komunikasi yang baik dan berkesan pasti membawa pulangan yang juga baik. Dalam tak sedar, saya belajar tentang itu 'from him'.

Saya kemudian bekerja di kilang Maruman (buat tali jam steel) dalam kawasan Free Trade Zone Sungai Way. Tak jauh dari kilang Motorola tempat Nyah dan kebanyakan penghuni 28H mencari rezeki. Tapi yang ’letih’ tu kena kerja shif. Pertama kali shif malam, punyalah ngantuk, boring dan macam-macam ’perasaan’ yang tak enak lagi ! Rasa nak balik meruap-ruap. Cuma yang mahal sikit kat sini, 'makwe'nya ramai. Hampir dalam nisbah 1 : 100. Tu la pasal sangkut dengan budak nama Shariffah. Kecil molek. Budak Nogori. Suka betul pakai baju warna merah. Mujur kat Sungai Way jam tu tak ’ramai’ masyarakat lembu’, kalau tak hari-hari kena tanduk ! Berbeza dengan saya, yang sejak dulu cukup suka pakai baju warna biru. Taksub dengan BN kot...Jumpa lepas ni...

3 comments:

Anonymous said...

waktu pagi mmg waktu yg menenangkan sbb otak kita tgh relaks. sbb tu pak tam blh mengimbau blk kenangan2 lama. masa ni kepala x bercampur lg dgn urusan2 lain. dh msk pejabat, mcm2 dh bercmpur aduk. atih pun suka bc cter pak tam pagi2. bila dh tgh - ptg, tgh banyak keje, x smpt nk buka pun. sorrylh!jgn kata atih dh x minat nk baca ee tiap kali pak tam ty asyik jwb x baca lg :-) jgn mrh ee....:-)tulis lh lagi ye...

Anonymous said...

x sangka pegawai cek yg sorg ni byk makwe sblm kawin...slps kawin ni ada gak ke???setia pd yg satu je la en shah ye..kalu nak lebih kena la bg pandai bw kete dulu..xkan la suami nak g umah bini muda,bini tua plak kene g hantar kot..bini muda xkan g amik punye sbb takut dgn bini tua katakan..kekekeeke..

Anonymous said...

hehehe best jugak dapat baca kisah org, terutamanya cerita dolu-dolu. ada yg boleh dibuat pengajaran dan ada yg boleh dicontohi... lagipun, boleh membezakan cara hidup masa lampau dan kini