Monday, February 25, 2008

CERITA TIGA BELAS

Saya minta maaf sebab nak melencong sikit. Kali ni nak cerita lagi pasal Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12). Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dipilih oleh parti masing-masing atau oleh diri masing-masing (calon bebas). Awal-awal lagi BN dah menang 7 kerusi Parlimen dua DUN, manakala PAS satu di kerusi DUN. Saya boleh agak, bertanding untuk kali pertama memang rasa teruja sangat. Kalau macam Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Seri S. Samy Vellu (kedua-dua dari BN) dan Dr. Tan Seng Giaw (dari DAP) tu orang Perak panggil ’dah tagun’. ’Otai’ kata bebudak sekarang. Apapun, yang penting nawaitu kita. Jangan sesekali menjadikan platform pilihanraya hanya sekadar untuk syok-syok sendiri je. Ingatlah, bahawa anda yang bertanding ada misi yang tersendiri. Jika anda dipilih, jangan riak. Saya dah kata awal dulu. Tak ada maknanya. YB adalah akronim bagi Yang Bekerja bukan Yang Berehat !

Musim PRU 11 2004, pernah satu malam saya dipelawa menaiki kereta salah seorang pemimpin parti pembangkang yang ada PhD. Jawatannya masa tu Setiausaha Agung. Saya fikir ramai yang kenal dengan nama Dr. Sanusi Osman. Saya dibawa dengan kereta mewahnya ’tawaf’ keliling Sentul. Masa tu pengaruh saya besar juga. Saya adalah Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan Batu, Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Taman Dato’ Senu, Penasihat Persatuan Penduduk Taman Dato’ Senu, Pegawai Khas kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) dan Penolong Setiausaha Penerangan UMNO Fasa III, Bandar Baru Sentul serta beberapa jawatan dalam NGO yang lain.

Popular jugak kat taman tu ! Kalau ada majlis keramaian mesti duduk depan punya. Itulah kalau orang dah suka. Dihargai, dipuji, disanjung, dijulang, ditatang dan macam-macam ’di’ lagi. Seperti saya sebutkan awal dulu, blog ini bukanlah medan untuk saya melontar riak mahupun takabur ! Na’uzubillahiminzaallik ! Ambillah mana yang baik untuk tauladan, singkirkan mana yang sebaliknya sebagai sempadan.

Dalam kereta, Dr. Sanusi minta jasabaik saya untuk membantu menukar minda para pengundi atas pagar dan juga penyokong taksub UMNO untuk memangkah calon Barisan Alternatif (BA). Saya kata padanya, ”InsyaAllah” saya akan bantu. Rasionalnya kerana calun BN adalah dari kaum Cina. ’Ng Lip Yong’ namanya. Saya tahu saya sedang berbohong ! Masakan saya akan mengubah pendirian ! Itu prinsip perjuangan saya. Oleh kerana demi menjaga ukhwah waktu tu, saya fikir eloklah saya ’beri muka’ sikit ! Tak rugi. Bukan kena bayar apapun ! Maka itu, saya langsung tak buat apapun untuk membantunya.

Akhirnya apabila keputusan pengundian dibuat, calun BN tersebut berjaya meraih majoriti undi sebanyak 11,517 dari 70,55 pengundi. Tak lama lepas itu wakli rakyat Kawasan Batu itu telah dilantik ke jawatan kabinet sebagai Setiausaha Parlimen. Pada penamaan calun semalam, Lim Si Pin, muka baru yang juga merupakan anak kepada Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yaik (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dan mantan Presiden parti Gerakan) akan berentap dengan calun PKR, Chua Tian Chang @ Tian Chua. Berdasarkan isu serta trend semasa, majoriti undi BN kali ini mungkin menjunam sedikit ! Tapi menang tetap menang ! Itu ramalan saya je...

Oh ya, saya teringat pada musim pilihanraya 2004, di mana dikabarkan poster pilihanraya Dr. Mashitah Ibrahim (tidak dipilih kali ini di kerusi Baling) dan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil (Lembah Pantai) menjadi ’mangsa curi’ ! Bukan sabotaj, tetapi diambil sebagai kenang-kenangan oleh ’peminat’ setia mereka. Poster calun mereka tak ubah seperti selebriti Bollywood dan Arabwood ! Itu yang mahal tu. Kali ini rasa-rasanya poster Nurul Izzah Anwar, Dato’ Halimah Mohamad, Azmin Ali ataupun KJ kot yang menjadi mangsa cilok ! Apa-apapun, pesan saya asal jangan ‘curi’ tiang elektrik dahlah ! Sampai jumpa lagi !

No comments: