Wednesday, March 5, 2008

CERITA DUA PULUH

Sedang enak makan mee mamak di Hameeds Restourant, KLCC, ekor mata terlekat pada dua individu yang cukup saya kenali sedang rancak berbual bersama seorang lagi rakan mereka. Kedua-duanya pernah menjadi ketua Jabatan saya. Dato' Zakaria Ahmad (zzakq@hotmail.com), mantan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Encik Md. Rosnan Sulaiman (rosnansulaiman@yahoo.com), mantan Ketua Pengarah JHEOA. Kedua-duanya tampak sihat dan masih beridentiti seperti dulu. Kalau saya ditanya siapakah yang saya ingin temui di dunia ini, kedua merekalah antaranya. Saya tak pasti Encik Rosnan buat apa sekarang, tetapi Dato’ Zakaria (Dato' Z) menjadi konsultan di bidang Quality Management. Cuma saya tak sempat berbual lebih panjang kerana waktu yang menghambat. Apapun, saya amat gembira hari ini kerana diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu 'mentor-mentor' saya yang banyak menabur jasabakti dan pengalaman dalam saya meniti alam kehidupan sebagai kakitangan awam. Saya masih belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai kerjaya sebagai kakitangan awam sepertimana yang disaran oleh sahabat kita tempohari. Nantilah, suatu hari bila saat itu tiba.

Ada sorang lagi rakan kita bagi komen tentang saya dan makwe-makwe. Nak kasik tahu ni, bukannya hebatpun, cuma agaknya bebudak pompuan tu amalkan pepatah ’tak ada rotan akarpun berguna’ kot... Tak ada yang kacak, separuh kacak pun okeylah ! Ye ke kacak ? ’Hancuuussss, adalah !!!’

Selepas boring bekerja di kilang Maruman tu, saya kemudian bekerja di beberapa buah kilang lagi antaranya kilang minuman Yeo Hiap Seng dekat Petaling Jaya dan akhirnya di kilang Anchor, tempat buat kasut untuk eksport. Malangnya, kilang-kilang tu semua tak ada story yang menarik untuk dibawa ke dalam blog ini. Apapun, saya cukup terkesan kerana institusi kilang itu telah menjadikan saya cukup dewasa dan berani berhadapan dengan kekalutan hidup ini. Kebanggaan saya adalah, sekurang-kurangnya saya pernah melalui alam bekerja sebagai konduktor bas mini, jadi mat kilang dan pernah juga bekerja kampung (menebas resam, lalang), malah pernah bekerja di ladang kelapa sawit, tembikai dan kacang goreng (bab ini belum sempat diceritakan lagi) sehingga kerja-kerja yang agak mudah seperti jadi penyanyi di club dan profesion sebagai kakitangan awam. Nak kelentong saya sikit-sikit boleh, tapi jangan lebih-lebih, nanti sendiri yang kantoi !

Cuma pesan saya, jangan kedekut ilmu. Dan, jangan pula buat macam tok guru silat. Oleh kerana takut anak murid lawan dia balik, ’buah’ yang sulit tu dia tak kasik ! Haa, nak pergi ’kuning’lah otak tu. Maksud saya, jarang tok guru beri semua ilmu dia atas dasar keselamatan diri. Ironinya, kalau dah bagi semua - gugurlah martabat mahaguru dia. Tak percaya tanya tok guru silat. Mesti dia tak ngaku punya...kan? kan ?

Peganglah peribahasa : ”Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya’, dan ’Bintang di langit tak kan terasa apa-apa walaupun kita memanggilnya kunang-kunang’. Cuma yang nak terasapun kalau anda memanggil saya ’kacak’, sedangkan saya sebaliknya. Tentulah ada yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Apapun, hidup kita ini sandar menyandar.’ Ibarat aur dengan tebing’, saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jangan amalkan sikap membenci...Tuhan marah ! Jumpa anda lagi...

5 comments:

Anonymous said...

terasa eden..hehehe..mcm mana en shah bleh jd artis ek?? emm...bg saya bila tgk gambar kat kulit album nampak muka en shah mcm budak2...berbeza rupa dulu dgn skang..dah masuk alam 3G ek??? hehehehe..

Anonymous said...

Peganglah peribahasa : ”Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya’, dan ’Bintang di langit tak kan terasa apa-apa walaupun kita memanggilnya kunang-kunang’. Cuma yang nak terasapun kalau anda memanggil saya ’kacak’, sedangkan saya sebaliknya << kenapa pulak nak merendah diri... kecantikan bukan pada paras rupa luaran je, tapi pd hati dan budi bahasa lah terletak kecantikan sebenar seseorang. lagipun Pencipta kita jadikan setiap manusia mempunyai kecantikan mereka yg tersendiri.. :D

Anonymous said...

ish en. shah ni..gi buat keje..jgn blog2 je..ehehehe~~

saje je singgah jap..nk tanya khabar..dh turunkan ilmu2 blog kat org lain dh ker? kan dulu en. shah ajar sy blog2 ni =P

Anonymous said...

hai pak tam. dh brp hari atih tggu. br ada cter pak tam :-)apalh pak tam ni, knp plk x kck. kn pak tam jgk selalu buat org mengaku cantik. lawa x hari ni? lawa....:-)Selamat Menjalankan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi!

Anonymous said...

btol tu..x semestinya bahasanye kasar , sikapnye kurg ajar..x semestinya jg bahasanye lembut tp blum tentu dalamannya sempurna...tp kalau selalu dok puji org, takut plak apa tanggapan org tu pd kita nanti...lain plak jadinye nanti..eden x tahu..hehehe