Friday, September 5, 2008

CERITA SEMBILAN PULUH LIMA

Kak Noraziah call dari Kedah. Jumpa abang dialah tu ! Hujan katanya kat sana. Apapun, terima kasihlah kerana rajin singgah kat blog saya. Semoga kak Nor dan suami sentiasa berbahagia dan berada di bawah perlindungan-Nya selalu.

Malam tadi Aye kasik mesej pasal duit. Lewat sikit hantar bulan ni, tapi bulan lepas kalau tak silap lewat jugak. Mujur ada Manja. Malam-malam buta pergi bank hantar duit. Harap-harap duit tu digunakan sepenuhnya untuk tiga puteri saya tu. Kat rumah masa tu ada Hassan dan Salleh (adik ipar saya). Mereka singgah sekejap dari pasar malam. Seronok layan mereka.

Esok kengkawan kat taman ajak masak bubur lambuk. Insya-Allah. Apapun, saya fikir idea ini baik untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim sempena ramadhan tahun ini. Tahun lepas mereka hantar saja bubur lambuk yang dah siap tu kat rumah-rumah. Kalaulah semua taman perumahan buat cam tu, ’aman’ kawasan setempat !

Sekarang ni kecoh orang dok cerita pasal kenyataan Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang. Gerakan, MCA nampaknya tak terima kenyataan TPM. Mereka nak supaya Datuk Ahmad Ismail sendiri yang ucap. Tup-tup dia tak nak pulak mintak maaf !

Kalau ikutkan saranan Tun Dr. Mahathir memang wajar tindakan beliau. Saya sokong 100% ! Baru perkataan itu yang keluar, macamana dengan kenyataan DAP dan HINDRAF pada masa lalu ? Tak adakah ’juara’ mereka yang nak suruh puak-puak tu minta maaf ? Apapun, ”HIDUP MELAYU !!!”.

Nak ambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Samad Idris yang meninggal semalam. Teringat kata Hassan Samad bos saya dulu. Katanya, ketika Pak Samad di Utusan, semua karya yang dihantar kalau bagus dipuji : "macam anak dara". Tapi kalau yang teruk, "macam ******* !!!", terus ke dalam bakul sampah. Alfatehah...

1 comment:

Anonymous said...

Shah, Kalo engko cakap Allahyarham Tan Sri Samad Ismail kuat mencarut aku percaya. Semalam dalam Mingguan Malaysia akau baca Cerpen karya penulis Azizi Haji Abdullah tentang Allahyarham. Siap ada perkataan 'kongk**'lagi. Tak caya tengok. Ini Utusan pun satu, buatlah star macam kau tu ! Gua chow.Marah ni !!!