Monday, September 8, 2008

CERITA SEMBILAN PULUH ENAM

Dua hari berturut-turut tempat saya buat gotong royong masak bubur lambuk. Saya ambil part potong bawang dan menyiang udang. Enjoy sungguh ! Kebetulan saya memang ‘hantu’ bubur lambuk. Chef (Dr. Tajul) yang memasak bubur tu pun seronok tengok ramai yang datang membantu. Tahun lepas dia buat sorang sambil dibantu oleh dua tiga teman-teman yang lain. Apapun, saya amat teruja dengan aktiviti macam tu. Meriah sungguh !

Aizat, Setiausaha Persataun Penduduk kami sempat hulur tabung projek bina surau. Amal jariah dibulan mulia ni memang baik. Besar ganjarannya, tambah-tambah untuk bina rumah Allah. Saya berdoa semoga hasrat kami akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah. Yang penting mesti ada kesepakatan, ikhlas, usaha tanpa jemu dan menjadikannya sebagai misi bersama sehingga projek menjadi kenyataan !

Nyah (kak saya) ke rumah Alom minggu lepas. Abang saya yang sulung tu dah lama juga saya tak hubungi. Itu bukan salah siapa, salah saya. Yalah, masing-masing dah ada keluarga, jadi sibuklah mengurus keluarga sendiri. Alom ada di Terendak Kem. Saya suka dengan peribadi kakak ipar saya - Kak Non, baik sangat. Dia orang Pasir Berdamar, Telok Intan, Perak. Mereka dah ada menantu. Namun, sejak Faizah kawin dulu saya tak sampai-sampai lagi ke rumah mereka. Doa saya selalu mengiringi mereka, moga dilimpahkan dengan kebahagiaan, keimanan dan keselesaan hidup yang berpanjangan.

Pagi ni gebang dengan Encik Nadri dari Tingkat 10. Saya suka pegawai ini kerana beliau merupakan pakar rujuk dalam banyak hal. Tapi pagi ni topik kami pasal saya nak ke Jabatan baru. Saya kata InsyaAllah, sebab hitam putih masih tak nampak lagi. Beliau mahir dalam sepak terajang perjawatan, kerana dulu dok urus benda tu semasa kat JPA. Apapun, thanks Encik Nadzri, kerana anda telah menitipkan semangat yang membina kepada diri saya.

Terawikh kat rumah dengan Manja memang best. Keja-kejap berenti...terbuang gaslah, tersasul baca ayatlah. Macam-macam. Tapi, InsyaAllah...sejak sehari dua ni lancar jer. Surah al-Aa’la tu memang saya hafal sejak sebelum kahwin dengan Manja lagi. Jadi senag sikit bila bab witir. Yalah, nak kawin dengan Hajah kena buat home work dan persiapan agama di mana yang perlu (yang masih ’belur’). Mujurlah kahwin dengan dia, kalau dengan ’Madonna’ atau dengan salah seorang anggota Spice Girl ke, entah jadi apa saya ni kan ?

Tahun ini merupakan ulangtahun ke 4 perkahwinan kami. Saya tak tahu nak hadiah apa. Tapi, rasa-rasanya minyak wangi lagilah. CD, Keylie Minogue, Guess dan beberapa jenama ternama lagi pernah saya hadiahkan untuk Manja. Kali ini saya mungkin cari jenama lain pulak ! Minyak Patrol kot...?

Esok saya akan ke Mesyuarat Festival Pantun Antara Kementerian 2008 di DBP. Jumpa lagilah dengan kengkawan lama. Peserta KKLW dah ’full house’ ! Nampaknya kalau Encik Mistuman (KKLW) nak jadi wakil dah tak ada tempat. Tukang sorak boleh kot ? Tahun ini tiga wakil JHEOA dan satu wakil Kementerian mengambil bahagian. Pengurus Pasukan ialah KPSU cun, Roslinda Ulang (bakal dapat Anugerah Pengurus Pasukan Palin Cun). Orang Batu Pahat daaa...Saya baru terima email dia, cantiknya gambar. Hari tu Cik Asmah kasi tahu, dah ada Cik Roslinda tu bolehlah pakat-pakat cari sponsored. Tak mengapalah, asalkan jangan MIA (Missing In Action) masa anak buah tengah bertanding sudah ! Boleh kalah tu !!

Sayapun tak tahu, apakah kali ini saya diberi peluang lagi sebagai Perantara Pantun. Itupun kalau tak ada yang ’cedera parah’ dalam pasukan. Syok dapat jadi perantara ni. Saya pernah bercita-cita nak gantikan tempat abang Chu (Chuari Selamat). Kalau dia tau ni, sah kena kutuk ! Apapun, saya harap pasukan kami kali ini akan berjaya hingga ke separuh akhir, kalau tidakpun hingga ke final. Ni esok-esok nak kena latih bebudak tu. Pasukan KKLW kecuali saya semuanya ’pendatang baru’ belaka. Apalah rupanya nanti ? Lantak kau oranglah. Asala jangan merapu jauh sangat sudahlah.

Baru dapat berita kemenangan YB Tan Sri Joseph Kurup (Timbalan Menteri KKLW) merangkap Presiden PBRS di Kawasan Pensiangan, Sabah pada PRU12 yang lalu dibatalkan. Halamak, pilihanraya kecil lagi ! Letihlah cam ni...(Letih nak buat congakan siapa yang bakal menang). Namun, sebagai ’penyokong kuat BN’ saya tetap yakin BN pasti menang ! Okey, jumpa semula...

1 comment:

Anonymous said...

shah ko jgn lupa anta borang tu.tarikh tutup 5 ari lagi tu....