Thursday, September 25, 2008

CERITA SERATUS SEPULUH

Semalam, pertama kali kami berbuka di kedai. Sesekali makan kebab dan ketupat cecah rendang tok, nikmat sungguh. Mahal tak pa, asal saja sedap. Ada sesetengah peniaga tu, bukan pikir pasal kepuasan pelanggan pun. Buat kueh ker, makanan ker, air ker, main belasah jer. Mereka tahu, jam-jam macam ni pasir dengan kayu apipun diborong dek pelanggan yang datang membeli. Tapi mereka lupa, pelanggan juga tau serik. Tambah-tambah saya. Kalau sekali terkena lain kali kirim salamlah. Biar terpaksa makan rumput lalang, nama nak beli juadah ’peniaga mangkok’ macam tu, baik tak payah !

Jadi saya nak usulkan supaya kita semua (lelaki/perempuan) mesti pandai memasak makanan. Sedap tak sedap tangan kita. Saya pernah makan sup ayam dengan sahabat karib saya ’Sam’ pemain drum The Zurah II di sebuah gerai di Bandar Baru Sentul. Hancus. Rasa dia kurang lebih air longkang kat tepi jalan tu. Hangin satu badan saya dibuatnya. Pernah juga makan soto. Sup dia macam air lalu. ’Tawar melesior’ kata arwah emak saya. Dan yang membuat saya tambah menyirap bekas soto tupun 'sompek' sana sini ! Pekejadahnya ?

Justeru, saya ingin menyeru kepada para peniaga, agar melaksanakan tanggungjawab sosial anda dengan sebaik mungkin. Berniaga itu memanglah digalakkan oleh Islam. Tetapi, Islam juga tidak suruh anda ‘menganiaya’ pelanggan anda melalui perbuatan-perbuatan yang dilarang. Apa lagi di bulan yang mulia ini…

Saya boleh berbangga, masakan-masakan seperti rendang kerang/daging, masak lemak cili api, masak taucu timun, ikan ‘serba rasa’ (ciptaan saya), asam pedas, kerabu sayur, kerabu mangga, masak pindang, tom yam, sayur campur, kailan ikan masin, mee kari, sambal petai, sambal belacan/tempoyak, kari ikan/ayam/daging/udang dan beberapa lagi mampu saya sediakan dengan tangan saya sendiri. Kalau sekiranya ada kengkawan yang nak rasa masakan saya bolehlah order. Meminjam ungkapan klise seorang peniaga : “Yang tau, tahu”.

Hari ini sepatutnya saya hadir ke majlis perasmian Medan Info Desa (MID) Bandar Al-Muktafi Billah Shah oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman. Sekali tiga Kad Jemputannya yang saya terima. Malangnya saya ada urusan lain. Di Putrajaya juga ada majlis Berbuka Puasa anjuran KKLW. Encik Mistuman awal-awal lagi dah 'book' saya untuk jadi emcee. Malangnya pada tarikh tersebut saya terikat dengan komitmen yang lain. Jadi, tak dapatlah saya bersama program yang tidak pernah mis saya juruacarakan itu. Minta maaflah Datuk. Selamat Hari Raya kengkawan semua, Maaf Zahir dan Batin. Semoga sukses…Wasallam.

2 comments:

Anonymous said...

Encik Shah, saya nak order tom yam ketam. Ketam tu make sure isi banyak dan dibersih sebersihnya. Tom yam tu jangan pedas sangat tapi mesti kawwwwwwwww. Hantar tomyam tu kat blok D9...

Anonymous said...

Encik Shah nape tak pegi ke perasmian MID tu, saya tak pegi malasla bulan2 puasa ni nak pegi majlis.