Tuesday, September 2, 2008

CERITA SEMBILAN PULUH EMPAT

Alhamdulillah, akhirnya pada 28 Ogos lalu saya telah menjejakkan kaki semula di UiTM, Shah Alam. Tahun lalu, saya ke sana kerana urusan kemasukan pelajar Orang Asli dengan sahabat saya yang merupakan Ketua Seksyen Pendidikan, sdra. Roslan Tambi Chik. Suasana yang paling menyeronokkan saya ialah bilamana melihat deretan anak Melayu berduyun-duyun menaiki bas untuk ke kuliah masing-masing daripada stesen bas dekat Asrama Jati. Saya tiba di fakulti yang dijanjikan dan menemui Encik Adnan. Setelah segala urusan selesai, saya meminta diri untuk pulang. Nampaknya ada sesuatu yang positif di situ !

Dalam bas, kak Noraziah hantar sms tanya pasal pertemuan dengan Encik Adnan. Saya berterima kasih padanya, sebab selalu mengambil berat tentang saya. Kak Nor ni dah macam kakak saya sendiri. Yalah, kami bukan baru kenal. Sejak era Tan Sri Zaleha Ismail di KPNPM lagi. Perwatakannya cukup berbeza dari SUS-SUS lain yang pernah saya temui. Sekali tengok macam orang Sarawak, tapi rupanya ’orang Kelang’. Suami dia orang Kedah. Dah lama tak dengar cerita anak-anak saudaranya yang dulu comel-comel, la ni dah besar panjang, dan mungkin dah nak kahwin ! Lagi seorang yang saya sukar nak lupa ialah kak Mai, sekarang pesara. Apa kabarlah agaknya sekarang ? Harap-harap sihat dan berbahagia dengan anak-anak dan abang Tapa dia tu ! Lama tak makan asam pedas kak Mai...Saya takkan lupa jasa baik kak Mai dan abang Tapa yang bersusah payah membantu meminjamkan bayaran wang pengajian diploma saya dulu.

Pagi 29 Ogos, saya mendapat perkabaran gembira dari pihak agensi Kerajaan yang menggambarkan bahawa saya ’mungkin’ akan menyertai mereka pada 16 Oktober ini. Syukur, alhamdulillah. Petangnya, saya ke Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Fasa IIIB, Bandar Baru Sentul dan dipilih menduduki Jawatankuasanya. Menurut Rahim yang dipilih semula selaku Ketua Cawangan, saya akan diminta untuk menerbitkan Buletin Cawangan. Sempena persidangan tu juga, saya telah membentangkan usul ’Membuka 10% Pengambilan Pelajar Bukan Bumiputera Di UiTM’. Lulus dan akan dimurnikan lagi untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Bahagian Batu nanti.

Persidangan malam tu di premis JKM Bandar Baru Sentul, memperlihatkan kesatuan dan kejituan ahli-ahli cawangan tersebut. Semuanya menang tanpa bertanding. Tengok gaya Rahim berucap, saya fikir dia ada ’inti’ untuk menang dalam perebutan kerusi Naib Pengerusi Bahagian Batu nanti. Y. Bhg. Datuk Hj. Mohd. Yusoff Hamid, Ketua Bahagian Batu pun nampaknya serasi benar dengan dia. Sebut pasal Datuk Yusoff Hamid ni, saya rasa perlu sebut satu perkara yang menjadi tarikan saya malam tu. Orangnya sederhana, tetapi ’ucapannya’ cukup baik. Merangkumi semua aspek. Orang kata, ucapan berpakej ! Tahniah Datuk, saya fikir lawan Datuk nanti (kabarnya beliau akan ditentang) bukan tandingan yang setara...

Sabtu, saya, Manja, emak dan Dekmah ke rumah Pak Long. Kesian dia, masih macam tu jugak. Baring jer. Mak Long, Kak Long Shidah dan Ita masih setia menjaga bapa mereka yang tersayang. Sempat jugak saya buat’tahi mata’ kat bilik atas mereka. Lepas solat maghrib, kami sekeluarga balik. Saya sempat jugak menyapa cikgu (isteri Uda Atan) di rumah sebelah yang ketika itu bersama anak lelakinya. Uda tak ada kat rumah katanya. Sewaktu tiba Bangi, cepat-cepat buka TV Pertandingan Akhir Akademi Nasyid (AN). Walaupun Farihin (adik kawan baik saya Abdullah Sani Abdul Fatah) beriya-iya ’rekomen undi’ Aiman, tapi rezeki menjadi calon favoirite saya Azihan. Syabas !!! Lain kali, saya harap para juri pertandingan agar tidak ’buyers’ pada peserta tertentu ! Tak best cam tu ! Profesionallah sikit…

Lepas tu, call Aye dan kakak. Alhamdulillah, mereka sedang study hard. Larut malam pun masih study. Baguih no ! Mila dok ’mengawas’ kata mereka...’Macam-macam’ anak kecil saya tu. Mujur diapun dah mula rajin sejak naik kelas ni. ”Abah, Mila ada satu berita nak habag mai. Mila dah buat teknik rebonding”, katanya. Pakai duit dia katanya lagi. Ini emak dialah yang punya kerja ni ! Kecik-kecik dah melawa !

Ahad, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-51 Kemerdekaan Negara. ”Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !”. Saya mengemas rumah dengan Manja. Kesian dia, letih benar nampaknya. Letih-letihpun, sempat jugak membantu menguruskan pembelian perabut baru emak. Perabut rayalah katakan. Tapi, Manja kata dia nak ambil perabut lama emak tu. Kalau tak, tak tahu nak letak mana...? Lagipun, perabut tu dia yang beli dulu. Elok lagi tu !

Petang, kami berterawikh di Masjid Bandar Baru Bangi. Timbalan Nazir kat situ Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Fadzillah Kamsah. Masjid tu buat 20, macam Masjid Nabawi dan Masjidilharam kata Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dalam ucapan ringkasnya sebelum solat Isya’. Tapi lepas 8, hilang beberapa jemaah dari setiap saf. Termasuk saya dari saf ketiga. Tapi sempat jugak buat witir di situ.

”Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1429 Hijrah” kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ramadhan kali ini lebih bererti daripada masa-masa lalu. Insya-Allah. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua mendapat puasa yang mambrur ! Pagi 1 September, saya sibuk membuat kraftangan kat rumah. ’Terperanjat beruk’ jugak Manja bila tengok produk hasilan tangan laki dia ni kat table komputer dia tu. Menarik gua cakap lu ! Kengkawan kalau nak tempah bolehlah...harga boleh runding...

Masa shopping kat Billion, Bandar Baru Bangi, Awai (adik ipar) call ajak datang rumah mak kat Kajang berbuka puasa sama-sama. Okeylah, walaupun kami dah planning nak terawikh kat masjid Bangi, tapi demi ’family’ apa salahnya. Saya masak gulai lemak cili api ikan pari, sambal petai ikan masin duri dan sambal belacan (seberandah tu !). Seberandah tu maknanya ’banyak’. Mana punya kamus, tak tahulah...Habis, punah kena ’belasah’ !

Malek Marhaba hantar mesej ramadhan ’had yang mandi junub’ tu. Nak balas top up pulak dah habis. Apapun, thanks Malek atas joke tu. Aye pun hantar pesanan ringkas pasal ramadhan. Anak-anak saya Lidiya (Kakak), Amalia (Aye) dan Mila dah janji nak puasa penuh kali ini. Dah besar dah pun…wajib ! Apapun, jangan lupa study ya sayang…

Hari ini saya dok sibuk urus nama peserta Festival Pantun Antara Kementerian 2008. Saya ucap syukur sebab Cik Roslinda Ulang, KPSU (WK)D sudi nak jadi pengurus. Kali ini KKLW ada Intan Yusmahani Md. Haris (KKLW), Syuhairi Ismail, Hemley Banganga dan saya (JHEOA). Masa bertanding tu saya dah tak ada di Jabatan ini. Apapun, saya masih di bawah Kementerian yang sama. Jangan bimbang…

Rasa beritahu dia bangga dapat bersama dengan 20 personaliti termasuk Datuk Sheikh Muszaphar, Datuk Misbun Sidek, Datuk Mazlina dalam perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Naik Lotus satu sorang. Pergi balik diambil dengan Perdana V6. Yang syok Rasa kata, masa kat jalanan kena jem teruk. Kereta tu siap pasang ’siren’ lagi. Bertuah betul jadi orang terkenal ni. Insya-Allah, satu masa nanti saya pasti dapat peluang tu...Jumpa lagi !

1 comment:

Anonymous said...

Bestnya family ko ni !