Monday, September 29, 2008

CERITA SERATUS TIGA BELAS

Jumaat berbuka kat rumah Nyah di Sungai Way. Nuri bersekali, sebab dia tak kerja hari tu. Ngam jugak juadahnya. Macam biasa bila balik adalah ’buah tangan bersahur’ yang dibekalkan Nyah dan Ita.

Sabtu, ajak Manja shopping kat Mid Valley, Bangsar. Hujan pulak tengah lebat. Tawaf keliling sampai dua kali. Tak dapat jugak nak masuk parking. Last-last buat keputusan, balik ! Jam menunjukkan sekitar 6.00 petang. Kena jem pulak kat Federal Highway. Kemudian tiba Kentucky toll Sungai Besi. Sekali lagi jem. Berbaris, punyalah ramai makhluk. Macam nak ambil zakat kat Indonesia ! Bekas PRO KKLW yang kini dah ke Jabatan Penerangan semula pun ada sekali dengan kakak iparnya. Nak ke Johor katanya. Sampai dah masuk waktu berbuka, belum lagi dapat order. Lepas makan, terkocoh kacah balik ke Bangi.

Masa kat Kentucky tu call abang Karim Latif. Saja jer nak isi boring masa tengah berbaris ambil order. Saya sentuh tentang rencana Utusan Malaysia hari tu. Abang Karim kata memang dia bermula aktif berlakon ketika di Jalan Ampas lagi sebagai pelakon extra. Dia kini banyak masa kat rumah. Terimgat cerita koboi turun kuda. Keh keh keh ! InsyaAllah, kalau tak ada apa aral saya akan pergi ke rumahnya dengan Faimi dan rakan-rakan Pentarama yang lain.

Ahad, saya sibuk dengan aktiviti ’ko-kurikulum’ mengecat rumah (hijau pucuk pisang lagi). Hari tu hijau tua dan sedikit muda. Multi green ! Enjoy jugak mengecat ni. Manja pergi facial kat Bintang (dulu Warta). Lepas ’Asar sebaik selesai mengecat, ke Shah Alam pulak rumah Awai dengan semua famili Manja. Persona Manja ’mogok’ kat rumah. Bukan rosak, saja jer ’jimat’ minyak. Keh keh keh ! Pergi dengan kereta Hasnal dan Haris.

Susah payah si Zarina(isteri Awai) dan dua adik perempuannya memasak. Biasalah rumah baru, masih belum complete kemasnya. Saya naik ke tingkat atas dan ’membuta’ sementara menantikan waktu berbuka puasa. Letih Sheikh, mengecat dari pagi ! Tapi tak pa, asal isteri ’happy’, cukup ! Sukalah masak udang cili padi tu. Sedap. Sumpah ! Pandai bini Awai masak !

Lepas tu ke up town dekat rumah Awai. ‘Wanita-wanita’ tu dok borong bunga. Elok jugak, dapat saya songkok raya. Pertama kali datang up town tu, senarionya saling tak tumpah macam kat Rantau Panjang atau Padang Besar. Macam-macam barang keperluan ada. Pakaianlah terutamanya. Kesian emak, macam nak pitam dia. Letih tu !

Balik Bangi ingat nak terus tidur sebab dah Isyak kat Shah Alam. Tak boleh jugak. Agaknya pasal tidur agak lama sebelum waktu berbuka tadi. Manja lepak habis ! Pengsan dia kat sofa.

Pagi ni ke tempat kerja. Trafik tidak seperti biasa. Line Clear ! Manalah pergi kereta-kereta ni semua gamaknya ? Oooo, tuan-tuan mereka ajak balik raya...Untunglah kau ’orang’ kereta, dapat balik raya ! Sesetengah tempat dikabarkan hingga boleh ’tidur’ kat atas jalanraya. Nak mampus ?

Di tempat kerja ada beberapa kerat jer manusia. Seksyen Kewangan masih ramai lagi. Mereka tu tak ada kampung kot ? Atau, kampung mereka dah balik bandar ? Tanya kat Shah IT kenapa dia tak balik raya. Dia kata ’boringlah’ asyik-asyik benda yang sama jer...? Apa yang sama, apa yang tak sama ? Bebudak sekarang, raya bagi mereka macam dah tak ada makna. Risau jugak, adakah mungkin generasi akan datang (generasi selepas Shah IT) tidak akan lagi berminat untuk merayakan Eidulfitri ?

Petang ni lepas ’Asar jangkanya nak menziarah Pak Long di HUKM dengan Hasnal, Ngasiah, Manja, emak dan lain-lain. Harap-harap kesihatannya ok ! Bye...

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya...
duit raya ada tak ?