Wednesday, September 10, 2008

CERITA SEMBILAN PULUH TUJUH

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir nak isi borang UMNO semula. Oraitlah tu. Usah panjang-panjang sangat rajuk tu Tun. Tapi ingat, janganlah nada Tun macam pembangkang lagi. Nak betui pun, betui dari dalam. Usah pakai media, usah pakai chedet. Sekurang-kurangnya bila Tun di dalam, puak-puak yang keras kepala dalam UMNO ni dapatlah dibendung sikit....Senang cakap Tun, kalau ada yang tak puas hati pi pakat dengan PM dan Timbalannya. Itu budaya UMNO yang wajar dipraktikkan. Jangan cakap lain buat lain no ! Seronok dok tengok Pak Lah dan Tun duduk semeja bersama Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan semalam. Turut sama semeja ialah Datuk Sri Najib, Ketua Hakim Negara dan Tun Ahmad Sarji. Okeylah tu....

La ni orang sibuk cerita bab Pakatan Rakyat atau lebih tepat DSAI (secara peribadi) nak tumbangkan Kerajaan BN ikut pintu belakang pada 16 September ini. Alih-alih dah tukar ke tarikh lain pulak iaitu sehari atau dua hari (atau setahun ?) selepas tarikh tersebut seperti yang dihebahkan oleh Timbalannya melalui beberapa blog. Saya harap DSAI sabaqlah sikit. Tunggulah PRU13. Jadi, takdaklah orang dok mengata kerajaan yang nak dibentuk nanti ’Kerajaan Katak’ atau Kerajaan Mee Segera !

Sayang kan ? Melayu kini seakan kehilangan ’taring’. Secara peribadi saya cukup mendambakan pemimpin yang berjiwa nasionalis dan Melayulis ! Dulu ada ramai ultra Melayu. Antaranya Datuk Onn, Tun M dan Datuk Syed Jaafar Albar. Saya terarah kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali. Tapi, kini Datuk Paduka Ibrahim Ali di luar UMNO pulak. Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, Datuk Muhammad Aziz (Sri Gading), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) mungkin boleh ambilalih kot...Tiba-tiba hati kecil saya berdetik, bahawa Datuk Ahmad Ismail (Ketua UMNO Bukit Bendera) akan ’dikambinghitamkan’ petang ni. Sembelih jangan tak sembelih ! Habis ’satu’ vokal Melayu !

Tapi, bila sebut bab Datuk Ahmad Ismail ni, saya fikir ada sesuatu yang beliau kena kontrol sikit. Seeloknya berhentilah daripada membuat sebarang komen. Rehatkan mulut tu. Ini bulan mulia. Orang kata, ’kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Janganlah lagi buat komen negatif dalam keadaan BN yang masih tak stabil ni. Tan Sri Koh Tsu Koon punya hal biarlah orang lain yang komen balik. Biar second bos UMNO Negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah (mantan bos saya di Jabatan Perpaduan Negara 1993) yang ’sambut dan sanggah’. Ini dah masuk bab perkauman. Kontrol. Nanti tak pasal-pasal makan angin kat Kamunting ! Relaks bro !

PAT Tan Sri Abdul Aziz Zainal pun dah buat kenyataan semalam. Tapi, ingatan beliau merangkumi seluruh isi warga. Saya setuju kalau dikatakan penguatkuasaan pihak berwajib ada kalanya agak lemah. Sori. Lihat dan pantaulah ke dalam kedai-kedai buku la ni. Lihat buku-buku tentang komunis (yang berbaur sanjungan), lihat kedai-kedai pakaian ada t-shirt logo Mao Tze Tung. Cukup berbeza daripada masa lalu. Nampaknya, terdapat kecenderungan untuk mengangkat ’pengganas komunis’ kepada status pejuang kemerdekaan. Ini cakap orang tak sekolah. Situasi ini akan hanya mengelirukan rakyat terbanyak. Pantaulah encik-encik sekalian !

Terus terang saya adalah ’pembenci’ dan anti komunis, walaupun ianya komunis Melayu ! Saya tak kan lupa akan nasib rakan-rakan sekampung yang muda belia kudung kaki, tangan, buta mata, malah ada yang sehingga meninggalkan batu nisan. Bagaimana dengan isteri, anak dan keluarga mereka yang ditinggalkan ? Kesian kan ?

Harapan saya agar rakyat di negara ini akan terus berada dalam keadaan aman dan makmur sentiasa. Teruskan berpuasa. Teruskan menjaga negara yang sama-sama kita sayangi ini. Jumpa lagi....

No comments: