Monday, September 15, 2008

CERITA SERATUS DUA

Semalam ke Bandar Tun Hussein Onn menziarah Pak Long. Kesian dia dah kurus kering kerana tak makan seperti seminggu dua yang lalu. Mak Long dan kak Long minta saya cukur misai dan janggut Pak Long. Bulu hidungnya pun dah panjang. Kesian dia. Sebenarnya saya tak biasa buat kerja macam tu pada sesiapa pun. Bukan apa, bimbang tercedera. Sedangkan saya yang selalu bercukur ni pun kerap kali diguris dek pisau cukur seperti tu.

Dengan penuh cermat saya laksanakan tugas yang mencabar itu. Akhirnya settle ! Alhamdulillah, Pak Long pun tak merungut. Lepas tu saya bedal tidur sampai kami nak balik. Turut sama ke sana emak, Dikmah dan diekori kemudian oleh Haris dan Shimah (yang sedang mengandung empat bulan) serta anak-anaknya Haikal dan Umairah.

Sebenarnya sebelum ke sama, saya sempat menolong menyediakan bahan-bahan bubur lambuk bersama Aizat dan seorang lagi yang baru menyewa di tempat yang saya diami itu. Dan sebaik balik, saya terus ke tempat memasak bubur lambuk menolong apa yang patut. Dah ramai-ramai bergotong royong, ringanlah sikit. Sempat jugak saya minta ’chef’ Dr. Tajul emailkan resepi bubur lambuk tu.

Petang selepas ambil bubur lambuk, kami sekeluarga ke rumah Hasnal untuk berbuka puasa. Peliknya, setiap tahun bila berbuka di rumah Hasnal mesti hujan lebat. Semalam pun sama. Best jugak makan kat sana. Ada nasi ayam special yang ditambah dengan bubur lambuk yang saya bawa (tawar sikit) dan kueh mueh yang dibeli oleh Haris dan Hasnal. Jadi Pak Melan betul (Pak Melan = Pak Melantak !).

Balik buat terawih dengan Manja. Badan terasa cukup letih. Tapi, isteri punya pasal layan jugaklah dia yang asyik menaip (buat kerja ofis) sambil saya menonton TV. Saya kekadang tu kesian jugak dengan Manja, ada saja kerja yang di bawa balik. Atk habis-habis ! Kalaulah saya kaya raya, saya pasti minta isteri saya duduk kat rumah jer. Sebulan RM 1 juta gaji dia. Berangan sungguh ! Itulah pasal tak kaya-kaya....

Hari Jumaat lalu dapat call dari Insan yang kini berada di Newcstle, Australlia. Seronok dia kat sana. Dah hilanglah dia punya darah tinggi, sakit pinggang dan 1000 satu macam penyakit lagi. Yalah, dok sorang-sorang kat KL, isteri kat sana belajar, mana tahan beb !!! Apapun, tahniah kerana dah beli kereta baru. Taklah susah nak hantar isteri ke kuliah atau ke mana-mana kan ? Saya pun kalau ada kesempatan teringin jugak nak ke sana. Yalah, sementara ada kaum kerabat ni kan ? Bolehlah saya bawa cenderamata kat kengkawan sekor sorang kanggaroo. Ewah, sesedap rasa, macam senang jer kan ? Tapi, angan-angan tu kan ke kunci kepada realiti ?

Hari Sabtu, Abang Dollah hantar mesej dari Penang tentang Izan Mansor meninggal dunia dan dikebumi pada hari yang sama. Innallillah..Kalau tak silap arwah sebaya dengan saya dan adik abang Dollah yang perempuan tu. Sayapun dah tak ingat namanya. Tapi masa tu badannya agak berisi. Matanya bulat. Mejer Naim suka usik dia. Siapa namanya dan di mana dia sekarang ? Harap-harap abang Dolah boleh kirim salam saya kat dia. Dalam mesejnya abang Dolah kata dia selalu layari blog saya ni. Terima kasihlah bebanyak. Oh ya tentang balik mana raya ni, kemungkinan besar ke PD kampung isteri.

Apapun nampaknya bila dah jauh-jauh macam gini, sahabat-sahabatlah yang memberikan infomasi mengenai hal-hal kampung. Kepada Mamat terima kasihlah kerana sentiasa berhubung dengan kengkawan ! Wah, hari tu baca pasal bos dia nak mintak Tun M jadi Ketua Cawangan UMNO Cawangan Proton Tanjung Malim. Oraitlah tu !

Hari ni Manja pesan nak makan mee goreng. Kena cari petang nanti ni. Bye...

1 comment:

Anonymous said...

Kau tak balik Slim ke Din ? Tengok-tengoklah kawan-kawan kita kat sana. Umah aku ada buat dodol. Meh la datang...